Sunday 12 October 2014

Blanco My Macho Cat

22/03/2014

I went to Damansara to pick up Blanco from the founder. Masa tu founder dia balik kampung, so dia tumpangkan Blanco kat rumah jiran dia. Akak jiran dia baik sangat, siap belikan kibbles ProDiet yang besar, dengan wetfood 3 peket dan mainan lagi untuk Blanco. Dari gaya dia, dia memang sangat sayang kat Blanco. Aku memula tak kisah, aku tanya dia banyak kali, kalau akak nak, saya ok je. Tapi dia kata laki dia alergik dengan kucing, so dia takleh buat apa even dia nak sangat bela Blanco. Dia siap letak Blanco dalam kotak besar, dengan kain supaya Blanco tak sejuk, dan angkat kotak tu pergi ke kereta aku. Yang aku rasa nak tergelaknya, dia siap seat belt kan kotak tu, dia takut kalau aku break emergency, takut kotak yang berisi Blanco dalam tu tercampak. Okay, kat situ memang boleh nampak dia sayang sangat si Blanco nih.



First day kena angkut. Nampak cam baik and manja je si Blanco nih. Nama Blanco ni aku terpikir masa aku nak adopt dia. Entah, rasa cam nama tu sesuai dengan dia.


 Masa ni umur dia dalam nak masuk 3 bulan kot? Entah, aku bukan reti sangat nak agak2 umur kitten ni. Masa ni bulu dia pendek2, muka pun muka kucing kampung je. Tapi perut buncit. Nampak macam kucing pandai.


 Bila bawak Blanco masuk untuk sesi perkenalan dengan Tom n Snowy, tak berjalan dengan baik sebab si Blanco ni tetibe jadi garang, or bekeng bak kata orang Ganu. Macam biasa, 2 penyiasat aku nak siasat laa kawan baru diorang, yang takleh blah si Snowy yang buta tu pun sibuk nak intai2 jugak. Tak macam masa aku bawak Snowy kenal dengan Tom, masa tu diorang okay je. Blanco ni lain kes sikit.

 Inspektor buta pun nak check

 Giliran Tom pulak nak check

Nampak tak telinga ke belakang tu? Nampak tak?


Malam tu, aku letak Tom n Snowy dalam cage kat luar. Kesian jugak, tapi kena bagi space sikit kat budak baru ni. So sebagai sesi bermesra, aku bawak dia tido dengan aku. Blanco masa ni dah toilet trained, memang dia pandai sangat.




Hari esoknya, sesi bermesra antara budak bertiga tu. Blanco still lagi dingin, Tom n Snowy cuba nak merapati dia. Yang kelakarnya, bila Snowy makin duduk dekat Blanco, si Blanco jeling je Snowy, tanda tak suka, Snowy tu kan buta, manalah dia nampak kalau Blanco tu jeling dia ke apa, lol. Tapi anak2 aku si Tom n Snowy memang kucing2 yang baik, mudah mesra, especially Snowy. Sayang Snowy sangat2.

 Tom ; Eeii..sombongnya!

 Snowy : "Hai, nama saya Snowy"

 Blanco : "Ada aku kesah?"

 "Sombonglaa awak ni, kita nak kawan jee"

"Ko jangan dekat dengan aku"

Beginilah diorang sampai pertengahan bulan 4 tu, baru ngam. Baru boleh main gurau2, main kejar2 dan makan sama2. Selalunya Snowy laa jadi mangsa wrestling Blanco sebab Snowy lagi kecik daripada dia. So dalam nak dekat 3 minggu jugaklah diorang baru ngam, sampailah Snowy hilang which is hari yang teramat sedih bagi aku....

 Good old days, tengah tengok mama pergi kerja :')

 Memula makan jauh2, lepas tu dah boleh makan dekat2

Blanco ni aku rasa dia kitten lone ranger dulu n selalu kena buli dengan kucing besar. Thats why dia tak berapa boleh ngam dengan mana2 kucing pun dulu, even kucing tu kecik daripada dia. Memula tu, bila nak tido siang, dia akan cari port kat tempat2 tersorok macam belakang tong sampah, belakang almari, bawah meja untuk tido sebab maybe dia rasa insecure even duduk dalam rumah sendiri. Memang kelakar bila tengok dia sanggup tido lurus badan bila tido belakang almari yang sempit tu. Dulu2 dia dah biasa kot macam tu, lol.

 Old habit of stray cat, lol










Dulu masa Snowy ada, Snowy la kucing kedua paling aku sayang selepas Semek, laa ni Blanco ganti tempat dia. Blanco ni kucing homey type, dia lebih suka duk rumah teman aku daripada main kat luar, tak macam Tom, asyik nak gi jalan je. Mana aku pergi, Blanco akan ikut, takleh berenggang langsung kalau aku ada kat rumah, Even nak gi jamban pun dia nak ikut. Kalau aku mandi, dia duduk depan pintu, tunggu aku keluar. Kalau aku balik kerja, dia akan lari kat aku macam sambut aku balik.





23/08/2014

Lepas Raya, umur Blanco dah capai 7 bulan aku rasa, so dah boleh bawak klinik untuk castration. Dia still lagi tunjuk tanda2 dia nak mengawan, tapi aku tak pernah tengok dia pi keluar cari awek, asyik melekat dengan aku kat rumah. Kekadang terpikir gak, si Blanco ni gay ke apa? Lol.

Cerdiknya si Blanco ni, lepas bawak balik dari klinik, aku letak dia dalam cage supaya dia tak pergi main2 dengan Tom, kang terkoyak pulak jahitan kat anu dia tu. Bila aku balik kerja lepas seminggu dia kena duduk dalam cage, tetibe aku tengok dia ada kat atas pagar, tengah tunggu aku balik kerja. Macam sakit jantung aku dibuatnya, takut kalau jahitan dia terkoyak. At first, aku ingat orang lain yang bawak dia keluar cage since dia selalu bising2 nak keluar, maybe orang menyampah dengar. Last2 aku dapat tau, dia sendiri yang keluar dari cage. Cage bersendal, tapi aku cuma sendal guna sendal atas je, so dia keluar kat sendal bawah. Sooooo pandai.

Baru2 ni Blanco sakit, macam cirit birit, maybe sebab salah makan. Aku punyalaa risau, sampai aku ambik half day leave untuk hantar dia ke klinik, siap buat blood test lagi. Fees RM100 lebih jugaklaa, campur dengan ubat2 dia semua, dah la masa tu hujung bulan. Dia yang tak suka duduk dalam cage, tetiba masuk dalam cage sebab nak tunjuk dia tu sakit. Menangis aku masa tu, doa banyak2 supaya dia takde apa2. Alhamdulillah, lepas jaga elok2 dan bagi ubat secara konsisten (even dia mostly muntahkan ubat2 tu), dia dah okay. Happy sangat :)




Harap2 Blanco stay lama dengan Mama :')

Sunday 5 October 2014

Skin Food Review 2


I started to love Skin Food since my first purchase around last year. Now, almost 1 year I became a loyal consumer of SK. The products suit me well from facial wash until body wash, I love them all.

Dan kalau beli banyak2 sekaligus, beside dapat cop on card, akan dapat sample kecik2 macam ni which is sangat suka sebab can try first before purchase the real one. Plus, bagus dan sangat berguna jugak bila nak pergi travel sebab less space to put in bag dan tak payah risau kalau terpecah ke atau terbocor.
 

 Hahaha...sorry sebab tak tau kenapa gambar ni jadi terbalik, but this is what I got when purchase SK products around early in this year.


 From top :
1) Peach Sake Pore Pact Compact Powder = Excellent (5/5) RM57.90
2) Fresh Apple Mask Sheet = So so (free gift)
3) Strawberry Black Sugar Mask = Amazing (3.5/5)
4) Hop Beer Shampoo = Not suit me :(
5) Black Bean Nose Patch = Excellent (5/5)



Left : Kiwi Yogurt Mask Wash Off = Love it especially when apply on the face after keep it in the fridge (3/5)
Right : Carrot Collagen Eye Sheet = So so


 Skin Food never out of free sample :)

 Currently am using Gold Kiwi Toner, and its just so so for me. But I love Omija Whitening Emulsion! Rating  4/5. All the small boxes are free gift, contain toner and serum.

 From top ;

Aloe Vera BB Cream = Perfect! I love this BB cream! Even I rarely apply (only when need to do heavy makeup for special occasion), it gives a perfect shade after I apply makeup. Rating 5/5.
Others = Black Sugar Perfect First Serum, Watery Berry Toner & Serum, Gold Kiwi range & Omija Whitening range. All of these are samples and I get for free :)


 I bought Peach Sake Pore Serum to give it a try. I love its smell, so lovely. Rating 3/5

 Buckwheat Loose Powder, I love this one also. Perfecto for combination skin like me. 
Rating 4/5


 From left ;
Quince Whitening Sun Lotion SPF34 = Love it, can last long until 1 year (3.5/5)
Lime Curl Up Essence = Love the smell (3/5)
Egg White Patch Peel Off = So so
Fresh Apple Toner = Amazing! (4/5)
Egg White Pore Foam = Excellent! (5/5)
Argan Oil Silk Hair Essence = Excellent! (5/5)

I apply Argan Oil Silk Hair Essence right after hair routine weekly - Conditioner, Mask and Essence. Rambut jadi lembut keesokan harinya lepas apply all night . While Egg White Pore Foam sangat perfect untuk oily skin, memang puas hati after 1 week pakai.

Free gift that I got during new branch opening in Paradigm Mall, love them all!

Aquaria KLCC

Everytime visit Aquaria, adalah sangat tenang.
Dan sangat suka.
Dan selalu teringat pada Semek, my first cat.

Kalau masuk Aquaria, first thing is mesti jumpa sekumpulan ikan piranha ni. I always impress with piranha sebab diorang hidup bergeng, kalau serang pun mesti bergeng. Bukan spesies lone ranger.






 Then, second section ada kolam2 yang kita boleh main dengan tapak sulaiman (star fish) dan ikan2 kecil.



 Gerak ke depan sikit, akan jumpa belut elektrik dan spesies ikan kecil2.




Memerang pun ada

 Kolam yang menempatkan ikan2 kecil dan juga spesies ikan pari kecil. Tapi, tak boleh pegang ikan2 dalam kolam ni tau.














Section ni paling suka, my most favorite iaitu spesies ikan air tawar di Sungai Amazon. Ikan2 kat sini semuanya besar2, memang spesies makan orang ni. Bila berenang pun slow je, ambik corner pun slow je, berat sangat kot, lol.




 To be compared




Sangat tenang
















Admission Fees (Malaysia citizen with My Card)

Adult : RM38
Child (3 - 12 tahun) : RM28
Senior (60 tahun dan ke atas) : RM28

Dibuka daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang, setiap hari termasuk hari hujung minggu dan hari cuti umum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...