Monday 4 May 2015

Me'nate Steak Hub - Mahal Sangat Ke?


Dah 2 bulan lamanya aku mengidam nak makan steak. A very good, or at least a good steak I mean. Rasa macam dah lama tak makan steak, paling last kalau tak silap dekat Chilis or TGI.

Simple je restoran dia

Dah lama dengar pasal steak yang best kat Me'nate ni, tapi lepas heboh cerita ada orang pergi makan steak kat sini, total amount bil dia around RM10k, terus simpan hajat nak makan kat sini. Curious nak tau, apa yang mahal bebenor pasal steak kat sini. Boleh baca kat sini cerita yang duk heboh tu.

Ada 3 branches Me'nate kat KL ni, yang aku pergi dekat area Jalan Genting - Klang, sebelah je dengan KL Festival City Mall. Another branches ialah dekat Ampang (dekat dengan Hotel Flamingo dan Ampang International School), dan satu lagi dekat Wangsa Maju, dekat dengan Wangsa Walk.

Bila Man pronounce nama restoran ni - "Menet", aku gelak gila. Aku cakap kat dia, sebutannya "Me-na-te" macam ala2 sebut "binatang" dalam loghat Kelantan..

First impression masa masuk restoran Me'nate ni, ialah, eh simple je restoran dia. Tak macam restoran mahal pun. Less decoration. Bak kata omputih, less is better kan. Meja banyak, orang ramai. Full house.

Baru je duduk, waitress dia dah datang. Dia bagi menu, dan dia persilakan untuk pergi depan, pilih daging. Aku jadi blur2, aku kata nanti aku pergi depan, aku nak take times sikit. Bila tengok orang ramai, aku risau jugak, eh ni mesti lambat sampai order ni. Waitress tu dengan yakin nya cakap kat aku, "Tak lambat pun cik" bila aku tanya, "Lambat tak akan siap?"

 Boleh bajet harga and plan nak makan apa

Lepas dia tengok muka kitorang still blur2, dia mintak kitorang pergi depan untuk pilih daging. So kitorang pun pergilah. Ada 3 freezer kat area depan, satu freezer untuk daging, satu freezer untuk daging kambing, satu lagi untuk daging Wa' gyu. Harga daging Wa' gyu memang mahal, paling mahal ialah RM520, okay. According to my little knowledge, daging Wa' gyu ni import khas dari Jepun, dan antara daging yang terbaik sekali sebab datang dari baka baik. Dan according to someone I knew, Tun Mahathir propose, mintak Malaysia bawak masuk daging baka Wa' gyu ke Malaysia, means tak payah import lagi, ternak terus kat Malaysia ni sebab baka daging ni memang bagus.

 Telan air liur tengok harga steak Wa' gyu

Aku kalau steak, biasanya minat makan kambing. Aku suka kambing, tak kira laa kari kambing ke, kambing bakar ke, I just love kambing. Aku bukan pandai pun makan steak, so bila bab nak pilih bahagian mana tu, aku bertambah lagi blur.

First step, kena pilih daging dulu

Bila orang yang first time pergi Me'nate ni, depa akan pikir, "Eh, harga daging ni je RMxx, belum masuk yang lain lagi? Patut laa mahal". No, no. Setiap bungkusan daging ni, dah letak harga siap2 - termasuk cara nak masak macamana, side dishes, dengan air. Harga pakej orang kata. So pilih je mana yang berkenan di hati, nak daging apa, nak bahagian mana. Dan pilih jugak mana2 harga yang mampu nak bayar, ehehehe. You pay for what you choose :P


Service pun bagus, kalau depa tau customer blur2 nak pilih, macam aku ni, dia akan advice kat kita. Contoh aku nak makan kambing. Dia akan tanya nak yang banyak daging ke, nak banyak lemak ke, nak part mana. So aku pilih yang banyak daging, sebab aku nak makan puas2. Bila tengok daging tu, eh, macam sikit je ni. Bila tengah lapar, unsur tamak memang akan muncul.

Lepas pilih, dia tanya pulak, nak masak macamana. Eh, masak macam biasa laa, kan? Lepas tu waitress tu tunjuk gambar ni.

Then, nak masak style macamana?

 Ok, part ni memang zero. Apa bezanya? Still masak, kan? (kata2 dari orang yang tak pandai makan steak tapi tetap nak makan steak) Kalau tak silap aku, yang part atas tu daging dia even after masak, still kuat rasa daging, dan part yang paling bawah, daging masak betul, or masak gila. So akan kurang rasa daging tu. Kalau tak silap aku laa. Mula2 aku confident pilih "medium" sebab ayat "just nice" tu kan, tapi waitress tu advice, kalau aku boleh tahan rasa darah kambing, ok. Tapi takut tak boleh tahan rasa darah, nanti darah kambing tu naik ke kepala, nanti akan jadi high blood pressure attack. Hurm...sounds scary. So aku pun pilih je "well done" macam yang waitress tu suggest, instead of "medium well". Man pulak pilih daging, nak masak cara "medium well".

 
Picture credit to this blog

Then dah pilih daging, kitorang pergi kat area air pulak. Area air ni kena isi sendiri, self service sebab air boleh refill. Tapi semua air kopi je yang aku nampak malam tu - mocha, latte, coffee. Tongkat Ali pun ada! Even aku coffee lover, tapi aku tak berani nak minum kopi banyak2, takut sakit kepala. Besides, dah malam kan. Kang tak boleh tido.


Lepas dah pergi ambik air sendiri, then kitorang pergi duduk balik. Order untuk menu lain. Teringin nak rasa pasta dia, so aku order Bolognese. Mana tau kot2 steak lambat siap kan, boleh makan Bolognese dulu.

Bolognese, RM10

Dalam masa 10 minit lepas order, sampai. What can I say, sedap. Rasa lemak2 cheese, lol! Satisfied.

Then baru 2, 3 kali suap sambil borak2, our steak has arrived. Dalam masa 20 minit lepas pilih daging tadi. Alamak, nak makan mana dulu ni? Bolognese ke steak??

Lamb Loin Bone (well done) RM57.40

Sedap. Sedap, Puas hati. Nangis :')
Sebab punya laa lama ngidam nak makan steak, then rasa berbaloi tunggu berbulan2, sebab sedap :')
Tak reti nak komen lebih2 pasal steak, tapi its worth the money.
Plus, first time aku makan coleslaw yang sedap, suit to my taste.
Coleslaw dia rasa masam2, tak pasti dia letak what kind of vinegar.
Biasanya coleslaw rasa plain2 je kan. Yang ni masam2, then rasa fresh.
Me like :')
Mashed potato dia ok.

 Ang Striploin (medium well) RM73.80

Ni Man punya.
Bila dia tanya "Nak rasa?"
Eh, of course laa nak. Dia tak tanya pun, aku still nak. Lulz.
Sedap. Puas hati. Tu je nak cakap.
Harga pun, puas hati. Lulz.

Aku punya steak tak habis, ok. Dasar pentamak nak daging banyak2 kan, haa ambik. 4 ketul dia bagi. Bila makan 2 ketul, dah hampir nak stop. Last2 bagi 1 ketul setengah kat Man, suruh dia habiskan. Kalau makan steak kat Chilis, boleh je aku habiskan steak bahu kambing (lamb shoulder) favorite aku tu, sampaikan kalau Man nak rasa sikit, aku cam tak ikhlas je nak bagi, lol. Mungkin faktor usia, dan fakotr perut dah mengecik.
Aku rasa laa. Tu yang tak boleh habiskan tu.

Bolognese aku surrender, tak boleh habiskan. End up mintak waitress tu bungkuskan for take away. Tak baik membazir, since baru makan beberapa suap je kan. Then Man nampak fries, dia nak order fries. Sedap jugak fries dia.

Curly Fries, RM8.00

So as the conclusion, puas hati makan kat sini. Simple restaurant, but worth it for your money. Cuma yang tak best tang nak masuk area restoran ni, leceh. Aku tak suka benda yang leceh2. Pusing2, baru jumpa restoran dia. In terms of location, tak susah pun nak cari sebab landmark KL Festival City Mall tu besar. Dekat dengan Uptown Danau Kota. Total amount untuk makan semua ni (including GST), around RM150.
Suprisingly, lagi rendah berbanding makan kat Chilis.

Any info needed, boleh tengok kat FB page sini.

2 comments:

  1. ni sapa yg tulis ni ..penulis upahan ke ..mula blurr lepas tu puji pulak ..

    ReplyDelete
  2. Good read. I nak try jugak nanti this end of year g KL dgn mom.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...