Saturday 24 January 2015

Dari 2014 ke 2015

Actually dah lama nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh, terpikir antara samada nak tulis atau pun tidak?

Masuk tahun 2015 dah kita, Alhamdulillah. Besides umur yang dah makin bertambah, experience dan kenangan pun makin bertambah.

Tahun 2014 adalah tahun "calm down" untuk aku, di mana aku banyak spent masa dengan aktiviti batiniah (batiniah? bukan batiniah yang tu, hokey) atau aktiviti spiritual (bukan main spirit, hokey). Tak dapat dinafikan, aku suka dan rasa tenang hidup macam ni, selepas apa yang aku lalui pada tahun 2013 adalah sangat menyedihkan. So tahun 2014, aku banyak tenangkan diri dan enjoy setaip detik.

Paling best pada tahun 2014, ialah of course, pergi Korea. First time pergi oversea, mau tak excited to the max. Hadiah untuk diri sendiri selepas 10 tahun kerja dan bila umur dah masuk 3 dekad. Dan ada benda2 yang berkaitan dengan kerja, yang mana aku mintak dengan Tuhan hari2, akhirnya dimakbulkan. Syukur. Sesungguhnya Allah bersama - sama dengan orang yang sabar dan orang yang dianiayai :')

Benda yang tak best ... ada jugak benda yang tak best. Malas nak citer, tapi apa yang terbuku di hati aku, sama macam apa yang Bangsar Babe cerita. Sama. Itu yang tak best. People come and people go, but only the true one will remain with you. Kan?

 "Some friends gladly stay, some move away. Some come and go, but their affection grows. While some, I recall, are not friends at all."

Dan sama jugak seperti perempuan2 yang single, still single macam orang lain, dah lali dengan soalan2, "bila lagi", "lama dah single tu", "tak nak kawin ke?". Kekadang rasa kalau aku ada kekuatan, nak je jawab, "Dont worry about my life, okay. I am okay, and there is nothing you need to worry about". Tapi aku faham, some of them really concern, but some are just asking. Belum kawin, tanya bila nak kawin. Dah kawin, tanya bila nak ada anak. Tipikal masyarakat memang camtu. Senyum, tak perlu kata apa2 :)

Of course, penantian itu satu penyeksaan. Apatah lagi kau dah tunggu untuk itu for a longgggg time. For many many years. Tapi, Tuhan kata, "Ko punya turn belum lagi. Sabar okay". So, kena la tunggu. Kalau benda kita dah plan bagai nak rak pun, kalau Tuhan kata belum, so tunggu la lagi. Kau tengok kiri, kawan2 dah kawin. Kau tengok kanan, kawan2 dah dukung anak. Kau masih macam tu. Single. Alone. And lonely.

One of the reason aku bela kucing banyak2, ialah sebab aku tak nak fikir tentang "loneliness" tu. Bila aku ada kucing, aku kena pikir depa nak kena bagi makan, sakit kena bawak pergi vet, depa happy ke tak tinggal dengan aku. So, bela kucing ni one of the way to distract me daripada pikir tentang kenapa aku masih single? Kenapa aku masih tak kawin? Tapi, aku ni memang catlover pun. Bukan semata - mata sebab lonely or what, okay.

Dan aku sibukkan diri aku dengan buat benda2 yang aku suka - like memasak, membaca dan menulis. Aku belajar untuk enjoy every minutes of my life. Yes, am single? So? Doesnt mean kalau single, kau kena bersedih hari2. Hari2 cakap kat diri sendiri, "Turn kau belum lagi, one day. One day. One fine day. Sabar".

Aku ni bukan jenis orang yang penuh dengan kesabaran. Kalau dulu, rasanya unsur sabar dalam diri aku cuma 20% je. Aku memang jenis tak boleh sabar, semua benda aku nak cepat. Dan aku jugak jenis apa yang aku nak, dan apa yang aku dah plan, mesti nak jadi. Kalau tak jadi, aku nak mengamuk. Biadap betul perangai, kan?

But now, not anymore. Aku belajar untuk berlapang dada. Kalau apa yang aku nak tapi tak dapat, aku sabar. Kalau orang duk ngate aku, aku sabar. Kalau orang asyik nak sabotaj aku, aku sabar. Aku ubat kesedihan aku dengan baca al-quran. Itu je yang mampu menenangkan jiwa aku, yang mampu meredakan kegelisahan aku. Bukan nak bajet alim, tapi aku cuma cerita benda yang betul. Based on my experience.

Sebab aku yakin Tuhan itu Maha Adil.

Setiap hari, aku cuba untuk improve myself to be a good Muslim. Kalau tak good pun, as an ordinary Muslim yang happy dengan hidup secara wasatiah. Cewah, cakap macam ustazah, kan. Aku sekarang spend time more untuk dengar cerita dan masalah kawan2 dan orang2 di sekeliling aku. Kalau dulu, aku asyik sibuk pikir tekanan kerja aku, tekanan hidup single, tekanan itu, tekanan ini. Sampai aku "lupa" yang orang sekeliling aku pun ada cerita masing2. So sekarang ni, aku ketepikan segala tekanan dan permasalahan aku, instead aku luangkan masa dengar cerita, taking care of people around me. People who appreciate kehadiran aku.

Plus, dengan adanya kawan2 jenis yang suka travel, menambahkan keceriaan hidup aku. Dulu bukan aku tak minat travel, cuma maybe asyik pikir pasal kos, kos, kos. Sekarang, aku tak peduli dah pasal kos. Yang penting, aku nak gi travel. Travel buat aku rasa happy sangat. Syukur sangat sebab Allah bagi rezeki agar aku dapat travel. Apa yang aku nak, Tuhan bagi. Nak kucing, Tuhan bagi. Nak kucing banyak, Tuhan bagi. Nak pergi travel, Tuhan bagi. Ye, ada yang Tuhan tak bagi, tapi belum. Maybe belum. Kena sabar. SABAR, SABAR dan SABAR.

Tahun 2015, aku tak mengharap a big miracle, tapi aku pasang niat jugaklah sikit2. Benda pertama aku nak buat ialah, derma darah. Syukur dah termakbul awal Januari hari tu, dah derma darah for first time untuk tahun ni. Secondly, aku nak keep travelling. Dah plan dengan member2 nak pergi situ, nak pergi sini. Hari2 excited membilang hari nak pergi vacation. Ewah, macam duit kau banyak je kan nak pergi merata2 tempat.  Then, aku nak anak2 aku (baca : kucing2 aku) sihat walafiat. Dan aku still berharap Semek dan Coffee dapat jumpa aku balik. Lagi, aku berharap sangat aku dapat sambung belajar (dah apply, tengah tunggu result). Aku juga berharap agar aku dapat menukar kerjaya aku kepada yang lebih better dari sekarang, InsyaAllah. Dan akhir sekali, aku harap tahun ni, jodoh aku dengan orang tu sampai jugak akhirnya. Aku nak kawin dengan orang tu.

Eh, kau kata sikit je pasang niat kan. Ni lebih daripada 5 niat dah ni.

Dan untuk tahun 2015, aku nak tingkatkan amal ibadah aku dan menjadi Muslim yang lebih better daripada hari ini. InsyaAllah :)



Apabila Saya Rindu Korea...


Hoih! Cerita pasal Korea je tak habis2 kan, macam blog K-Poppers dah jadinye asyik citer pasal Koreaaaa je. Even am not a K-Popper, but I loveeeeee Korea!

After dah 3 months, still rindu Korea cuma tak seteruk dulu lah. Luckily, bila rasa rindu Korea, rasa nak makan makanan Korea, ada member2 yang minat Korean food gak. Tak semua orang boleh telan Korean food kan, ni kalau aku bawak Man makan Korean food, for sure dia tengok je aku makan. Tak patut pulak kan camtu.

So first place yang aku pernah pergi, ialah Street Cafe yang terletak di USJ SS15. Ada 2 branch Street Cafe ni, satu lagi di Sunway Piramid. Yang dekat USJ ni betul2 depan Taylor College, landmarknya ialah sebelah Seven Eleven.


The Street Cafe, USJ SS15


Menu adalah macam2, tapi since kat Korea aku makan set nasik berlaukkan lauk tipikal Korea, so itu jelah yang aku order. Tak berani lagi nak cuba yang rare, lol. Nanti tak habis makan, membazir lak.

Bulgogi Pot Set, RM19.90

Ni yang aku order hari tu. Nama menu ni ialah Bulgogi Pot Set. Ada Miso sup, Bulgogi, kimchi dan salad. Bulgogi dan Miso sup adalah sedap. Kimchi pun sedap, semua origin from Korea. Nangis makan :') . Terus feeling macam ada kat Korea. Oh, I miss Korea so much! Licin okay aku makan.


Ni drinks yang kitorang order hari tu. Aku macam biasa, coffee addicted mesti order coffee punya. Sedap coffee ice dia. Diorang order Korean tea dan yang macam ABC tu, aku lupa nama dia. Korean ABC kot, lol. Tapi sedap dan rupanya sangat menarik compared with other 2 drinks.

Kimbab Set (Street Raboki + Kimbab), RM21.90.
Tak tau rasa dia macamana, tak try pun. Ada kimchi dan sos dia.


Kimbab set tu ada include yang macam sushi ni sekali, yang belah kanan tu nama dia Chicken Stick Korean BBQ, aku order asing. Harga RM6.90. Not bad laa. Tapi tu pun tapau, sebab kenyang terlampau. Tamak kan order banyak2, lepas tu tak larat nak makan.

 
Toboki Rice Cake with Sweet Chilli Sauce, 
range price RM8.90 - RM11.90. Ada orang tu makan tak habis.

 Ramyun Spicy Mushroom Mix, RM12.90

Meja kitorang penuh dengan makanan


Macam biasa muka happy dapat makan

Total up makan semua lebih kurang RM150++, included all taxes. Konsep Street Cafe ni origin Korean cafe style, ada dinding yang korang boleh conteng2 dan paste patch sticker. Dan korang boleh pilih samada nak duduk atas kerusi meja cam biasa, or duduk makan atas lantai dengan meja kaki pendek tu, ala macam Korean style la. Makan atas lantai pulak ada 2 konsep, satu yang open, satu lagi yang  private, ada langsir boleh tutup. Kitorang pilih yang private. Mostly yang ada sini adalah orang2 muda, tak nampak pulak mak2 or bapak2 makan sini. Tak kena tekak kot, yelah as I mentioned before, bukan semua orang boleh makan or suka makan Korean food. Alhamdulillah aku dilahirkan dengan tekak yang universal, semua makanan InsyaAllah aku boleh makan. Sebab tu badan aku tak slim2. Eh?



Ok, tempat seterusnya untuk melepaskan rasa rindu terhadap Korea, adalah Bulgogi Brothers. Ada 3 branch BB ni, aku makan kat E Curve. Branch lain ialah di MidValley Megamall dan Paradigm Mall.
First impression, eh ni mesti mahal makan kat sini, sebab deco restoran nampak macam restoran mahal. But I was wrong, until I saw the menu and the bill.

Bul means api.
Gogi means daging.
Bulgogi means daging yang dimasak atas api. Eh, betul ke?

Spicy Chicken Bulgogi atau Dak Galbi Bulgogi, RM29.90

Kitorang order Dak Galbi Bulgogi then share makan. Dak Galbi ni served mentah2, then waiter tu akan masak depan kitorang. Gambar kat bawah ialah cara dia masak Dak Galbi ni. Simple je, aku pun boleh masak cam gitu. Kan?

Waiter tengah masak

Rupa Chicken Bulgogi yang siap dimasak


Ni hidangan penuh. Yang side dishes macam kimchi dan Korean salad tu, FOC. Kimchi origin from Korea, sedap sangat. Member aku makan salad tu, dia kata yang warna kuning tu ada rasa labu, sedap katanya. Dan jangan risau, BB tak serve babi, no pork dish, okay. Kalau tak pasti, boleh refer kat website BB Malaysia ni, boleh tengok menu dia. Kalau was2, jangan makan. Simple.

Measil Tea, RM3.90

Measil tea ni OMG. sangatlah sedap okay, rasa macam teh jasmine pun ada. Aku tanya waiter tu, tea ni boleh refill ke? Dia senyum je, dia kata takde refill. Tapi dia boleh bagi aku satu small cup, free. Oh, suka! Service kat sini adalah sangat bagus, sangat sopan dan sangat warm. Environment adalah cozy dan relax je. Kitorang order satu dish je, then tambah satu mangkuk nasi (sebab satu set ada satu mangkuk nasi je), itu pun dah kenyang. Total makan semua included all taxes, less then RM50. So surprise. Ok laa kan.




Ada satu lagi tempat yang aku nak cuba, iaitu Dubu2, one of Korean restaurant yang ada kat Malaysia ni. Nanti kalau dah try, InsyaAllah aku buat review. Till then, thank you for reading this entry. I love Korean food :)

Sunday 18 January 2015

Dapur Sarawak, Jalan Sarikei

Oleh kerana belum berpeluang nak pergi Sarawak dan rasa makanan2 eksotik orang Sarawak, sekarang tak payah tunggu lagi. Dekat KL ada cafe Dapur Sarawak yang sangat simple dan menu nya yang awesome. Cafe ni pernah masuk rancangan JJCM.

Dapur Sarawak terletak berdekatan dengan Bulatan Pahang. Kalau dari Bulatan Pahang, ambik lorong ke Melawati / Wangsa Maju / Danau Kota. Tak susah pun nak cari even location cafe ni agak tersorok. Dekat dengan Restoran Haslam dan dekat dengan Pekeliling. Belakang Hospital Tawakkal.

3, 4 kali jugaklah aku pergi kat sini. Sebab everytime datang, try satu menu. Mana nak larat try banyak2, datang waktu malam pulak tu. Masa memula dapat tau ada cafe ni, happy la jugak sebab dah lama sangat duk cari Laksa Sarawak, my favorite. Teringat makan kat sini, laksa Sarawak yang awesome. Jom tengok apa yang aku dah try ;

Mee Kolok Special, RM9.50 (Udang, ayam, daging)

Mee Kolok, menu paling famous di Sarawak, Not bad for me yang first time try. Suit untuk breakfast. Kalau nak makan, kena gaul2 dengan sambal kicap. Even mee kolok ni ada sup, tapi aku lebih suka makan mee ni kering2.

Nasi Manok Panggang, price range RM9-RM10

Nasi Manok Panggang. Manok tu means penyet. Ala, macam Nasi Ayam Penyet la. Ayam tu sedap, dan besarrrr.

Laksa Sarawak RM8.50

Laksa Sarawak. Rindu nak makan Laksa Sarawak ni, akhirnya tercapai jua.

Bihun Belacan, RM6

Beehun Belacan, Oh my God, yang ni adalah sangat awesome, should give a try! Even kuah nya guna belacan pun, tapi rasa belacan tu adalah sedappp. Bau belacan pun unik, beza sangat belacan Sarawak dengan belacan semenanjung, lol. Ada letak telur padi (macam telur pindang orang Johor tu) This one is recommended!

Harga RM6 - RM7.50 (depend on size)

Mee Jawa. Not bad, kuah pekat. Boleh try lagi next time.


Nasi Aruk Dabai, or Nasi Goreng Dabai. Yang ni wajib cuba, sebab rasa dia unik. Dabai tu sejenis buah yang cuma terdapat di Sarawak, harga agak mahal kerana buah ni bermusim, according to my Sarawakian friend. Buah dabai tu yang memberikan rasa dan warna yang unik pada nasi goreng ni. Buah dabai ni agak masin, thats why kalau letak dalam nasi goreng, tak perlu tambah garam. Sedap, I like this one :)

 Nasi Aruk Dabai RM6

Cucur Pusuk (Cucur Ikan Bilis) RM4

Tea C Special, RM3.50

Tea C Special, atau Teh 3 Layer, special drink kat sini. Sedap, sebab minuman ni guna gula apung yang dibawa khas dari Sarawak. Gula Apung tu macam gula nira laa. So rasa manis tu berbeza. Recommended.

Asam Boy Fizz, RM3.50


First Lady, RM4.50

First Lady, minuman special yang ada Ribena, susu, buah (ada laici, tapi kalau minum kat Sarawak, macam2 buah diletak) dan lemon. Sedap. Should give a try.


 DAPUR SARAWAK

off, 19, Jalan Sarikei, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam
Harga menu bergantung kepada saiz



Saturday 17 January 2015

Jangan Tahan Kencing!

Hoih! Dah lama gila tak tulis any entry lepas holiday mood balik Korea kan. Takkan nak tunggu balik Krabi nanti (April, Insya Allah :) ) baru nak update kan? Aku ni bukan je blogger pemalas, update pun ikut mood. Moody blogger pun ye, lol.

Hari ni saje nak cerita pasal aku pergi ambik result medical checkup yang aku buat on my birthday tahun lepas, almost sebulan dah baru nak pergi ambik result. Tu pun almost give up bila kena pusing 2, 3 kali untuk cari parking yang nan hado, dengan jalan around the hospital jem yang hazab. Tapi bila memikirkan membazir je kalau pergi sia2, so aku sabar la jugak

Ingat ke pergi then ambik, terus balik. Rupanya kena jumpa doktor jugak for counselling session. Masa tu perut aku memang dah menjerit2 sebab tak breakfast lagi, just minum Nescafe. Menggigil bila pagi2 ambik kafein tapi tak makan apa2. Rasa macam nak telan kambing sekor pun ada.

Tengah duk layan internet, nama aku pun dipanggil untuk masuk ke bilik doktor. Dia check pernafasan aku dulu, tanya soalan sikit2 dan dia briefing pasal summary of medical checkup. Bagus jugak Hospital Pantai Cheras ni. Before this aku buat medical checkup kat tempat lain, takde pun briefing2 detail about the result. Aku macam dah berdebar dah, sebab cara doktor tu cakap macam aku di suspect ada penyakit sesuatu. Tiba2 takut.

Doktor tu nama dia Doktor Nurul. Dia briefing aku very detail about the summary, siap bagi ilmu free lagi kat aku. Nak bagi aku faham punya pasal, siap conteng2 lagi atas result medical checkup tu. Aku tak kisah, malah suka pulak bila tengok kesungguhan dia menerangkan pada aku tentang darah, kalsium, kolestrol, dan ilmu2 pasal perubatan yang aku tak tau apa2. Dia pun tak berkira bila aku tanya something or anything yang takde kena mengena dengan summary tu. Kagum. Dapat ilmu free aku hari ni. Suka sangat.

Dia kata paras kolestrol dalam darah aku ok, cuma kolestrol baik sangat rendah, eh, kolestrol baik? Apakah?

Doc : Total kolestrol awak ok, cuma kolestrol baik terlalu rendah. Kena increase kan.
Me : Kolestrol baik? So makanan apa yang saya kena ambik, doc?
Doc : Bukan makanan, kena exercise.
Me : .............................................

Asyik ingat nak makannnnn je kan. Exercise tak ingat. Lol


Then kata dia lagi, urine aku sedikit kotor, which is aku tak tau kenapa. Mula2 doktor ingatkan masa aku checkup tu, aku tengah period or baru habis period. Bila aku check balik period schedule aku, aku belum period lagi masa tu, almost nak period. Then doktor Nurul tanya, ada tahan kencing tak? Aku cakap ye, ada. Lately habit buruk aku ialah aku suka tahan kencing. Even takde benda pun yang urgent, tapi aku tahan jugak dan sengaja lengah - lengahkan. Even aku minum banyak air. Doktor Nurul siap lukis bagi aku tengok, kenapa bila aku selalu tahan kencing, aku akan dapat kencing kotor. Dia kata sebab jarak pundi kencing orang perempuan ni pendek je.So kalau ditahan2, air kencing yang bertakung tu akan mudah dijangkiti bakteria bila dah penuh. Oo...camtu ceritanya ...

Yang lain2, Alhamdulillah, normal. Risau jugak, at the age of 30 ni, tetibe aku suspect ada sakit jantung ke, kencing manis ke, darah tinggi ke. Maklumlah, lately makan tak jaga dan badan dah naik 500gm, tambah pulak sometimes aku pening2 kepala. Signal badan dah makin berat, hahaha. Buah pinggang dengan hati pun okay. Doc Nurul bagitau lagi, selalunya orang yang konsisten ambik jamu dan makanan tambahan berisiko ada failure kat dua organ ni sebab jamu dan makanan tambahan (supplemen la kot) mengandungi steroid. Sebab tu dia kata biasanya orang yang ambik jamu akan rasa cergas lepas ambik, tu kesan daripada steroid la.

Doc : Kidney dengan liver awak okay, takde masalah. Biasanya orang yang ambik jamu or supplemen tambahan akan ada masalah sikit kat dua organ ni.
Me : Tapi bukan ke orang kata makan jamu tu bagus, doc? Buat panas badan and bagi tambah tenaga?
Doc : Orang yang makan jamu rasa segar sebab dalam jamu tu ada steroid. Steroid tu yang bagi rasa cergas.
Me : Oo...dah kalau camtu, kalau dah kawin nanti, nak kena makan apa kalau tak cergas?
Doc : Exercise.
Me : ....................................................exercise lagi ......


Dan Doc Nurul advise kat aku, tak perlu every year buat X-Ray sebab X-Ray ni radiasi. Terdedah kepada radiasi adalah tak bagus. Dia nasihatkan kalau rasa perlu je buat, kalau rasa everything ok, tak payah buat. Dia tak galakkan every time nak medical checkup, buat X-Ray. Unless kalau syarat nak mintak kerja or apa2 yang compulsory to do.

Ok, tu jelah nak cerita. Lepas ni aku update entry pasal makan2 pulak.
Chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...