Showing posts with label Bukit Tinggi. Show all posts
Showing posts with label Bukit Tinggi. Show all posts

Monday, 30 May 2016

Travelog Bukit Tinggi & Padang, Indonesia : Tour Guide

Salam semua,

Sorry laa aku dah jarang2 buat entry baru sebab buzy dengan benda lain...kalau aku tak buzy pun, aku takde mood nak update. Mood nak menaip tu perlu, kalau tak, bosan je nanti orang baca.

Aku tak sangka pulak entry Bukit Tinggi aku tu mendapat sambutan daripada pembaca2, dan ramai sekali yang bertanya, aku pakai guide yang mana? Dah hampir setahun berlalu sejak aku pergi Bukit Tinggi tu kan, baru laa ni aku nak bagitau, ceh. Tu pun lepas ramai sangat yang bertanya. Maafkan saya yang malas ni ye.

Oklah, aku guna khidmat Mukhlis Budget Tour Padang masa pergi Bukit Tinggi tu. Tapi kan aku ada cerita yang Mukhlis ni meninggal few days before aku sampai sana, so yang handle tour aku masa tu ialah bapa mertua kepada arwah Mukhlis dan isteri arwah. Aku sebenarnya masa tu macam ...entahlah....rasa sedih... even aku tak pernah jumpa arwah Mukhlis, cuma berwhatsapp je dengan dia.

Harga untuk tour ni depend pada berapa ramai yang kita nak pergi biasa laa kalau tour kat Indonesia ni, lagi ramai kau bawak, lagi murah la yang kau dapat kan.

Hotel yang aku tinggal..sorry la, lupa laa nama hotel ni apa


Guide yang aku guna ni sangat bagus dari segi pilihan lokasi hotel untuk aku. Hotel ni ada free wi fi (kat area receptionist) dan ada breakfast sekali. Yang paling best, dekat sangat dengan tempat makan lain2 macam restoran atau gerai2 street food . So malam2 boleh usha macam2 makanan, jalan kaki je.

In term of guide pulak, bapak mertua arwah Mukhlis sangat peramah, dia melayan je soalan2 aku dan dia pun suka bercerita. Dia tau aku suka makan, dia bawak ke tempat makan yang best2, bagi aku rasa. Dan mana aku nak pergi, dia bawak je. Yelah memang lah bayar kan, tapi servis nya jugak bagusss pak.
Nyamannnnn :D :D :D

Mereka boleh dihubungi di nombor +62 812 6842 2608 atau +62 819 7513 210.

Aduhh...cerita pasal Bukit Tinggi ni, teringat aku sambal hijo kat restoran Lamun Ombak tu...adoiii..kenapa la sambal kau sedap sangatttt....mana nak cari kat KL ni sambal sedap macam tu, haish...rindu pulak kat Bukit Tinggi :(




Saturday, 12 September 2015

Travelog Bukit Tinggi & Padang, Indonesia : Aktiviti di Bukit Tinggi



Kenapa Bukit Tinggi?

Actually, memang satu je wish aku bila pergi Bukit Tinggi - nak pakai costume Minang!
Tu je, honestly.
Plus, wishlist aku adalah untuk complete kan ASEAN trip dalam masa 2 tahun, InsyaAllah.
I have another more countries to go! 
Dalam kepala memang dah ada macam2 plan, tapi end up, depend on rezeki dan ketentuan, kan.

Ok, gambar di atas adalah model rumah Minang.
Yang ni tak berapa besar, biasa je.
Kat sinilah aku pakai costume Minang tu dan berposing sakan kat rumah ni.
As for memory kan. Kalau boleh, setiap negara yang aku pergi tu, aku nak pakai costume depa.
Masa aku pergi ni takde orang pun.
So takde laa malu2 nak posing bagai.

Contoh pelamin orang Minang. Meriah betul kan.

Nak pakai costume Minang, achievement unlocked! :)

Harga sewa costume ni ialah 35k.
Boleh pilih nak pakai warna apa.
Kat situ jugak ada photographer yang tawarkan pada kita nak ambik gambar bercetak.
Harga dia charge masa tu 60k, ada 3 keping gambar dia print.
Tak nak pun takpe.
Tapi bagi aku, ada lagi satu tempat yang kalau nak pakai costume ni, aku recommend.
Sebab basically, view dia sama je, tapi tempat lain tu is much better lah.
Teruskan membaca. Hahaha.



Istano Rajo Basa Pagaruyung

Excuse for the hazy picture, sebab masa ni memang jerebu pun, baru je happen.
Ok, kat sini yang aku recommend pakai costume Minang tu.
Sebab view lagi cantik, dan lagi feel Minang dia, lol!


All the Minang things in one picture 

Masa first time sampai tu, like wow! Besar gila!
Ada lebih kurang 5 tingkat kot dalam tu, sampai ke atas tu ha aku panjat naik.
Takde apa sangat pun dalam tu, just deco2, baju tradisi orang Minang je.
Tapi haruslah buat photoshoot dalam tu kan.
Wajiblah bergambar kat sini, baru orang percaya kau pergi Bukit Tinggi.
Bapak supir aku kata, "Kalau enggak ada rumah ini, enggak ada orang mau ke sini" Lol!



Kat sini pun boleh sewa pakai costume Minang, harga 30k.
Murah sikitlah daripada tempat yang aku pakai tu.
Costume sama je, cuma ada tambahan tanduk Minang kat sini, hahaha.
Mula2 tu aku rasa macam nak pakai lagi, tapi end up malas lah. Sama je kot.
Pun ada photographer yang akan offer kau untuk ambik gambar.
Aku tak tau berapa sebab tak tanya pun.


Harga tiket. 




Sepanjang kat sini, kopi adalah minuman ruji.
Bapak supir akan berhenti di mana2 kedai kopi yang ada view cantik atau memang dia nak berhenti kejap, hahaha.
Kalau orang macam aku takpelah, memang tegar kopi.
Kalau tak nak minum kopi, minum teh pun boleh.
Dependlah kalau nak minum ke tak.
Sambil minum kopi, sambil tengok view. Lupa sekejap KL tuh.
Harga secawan biasa diorang charge 5k.






Ini ialah Jam Gadang, simbol yang terkenal kat Bukit Tinggi ni.
Terletak di tengah2 bandar kecil Bukit Tinggi tu.

Sejarahnya, dibina pada tahun 1926 sebagai hadiah daripada Ratu Belanda kepada Rook Maker, setiausaha atau pengawal Fort De Kock (nama lama Bukit Tinggi) pada masa pemerintahan India Belanda. Seni bina arkitek menara jam ini dirancang oleh Yazin Sutan Gigi Ameh, dan anak pertama Rook Maker yang pada masa itu berusia 6 tahun adalah orang yang meletakkan batu asas untuk pembinaan menara ini.

Ramai orang Indo datang lepak2 kat sini.
Kau akan nampak jam gadang ni masa aktiviti shopping2.



Dalam area bandar Bukit Tinggi jugak, kalau kau nak merasa naik kereta kuda pun boleh.
Harga kalau tak silap aku around 35k sekali round.
Tapi aku tak naik pun. Entah, rasa kesian kat kuda tu.
Jiwa kebinatangan sangat kan.


Pasar Atas

Aktiviti shopping2 adalah wajib kalau datang Bukit Tinggi ni.
Tapi aku rasa orang macam aku tak sesuai pakai pakej, sebab aku kurang shopping.
Sama macam masa kat Korea kan!
Rugi bapak supir kalau bawak aku, hahaha.
Kat sini, antara area yang terkenal untuk shopping adalah Pasar Atas, Pasar Bawah dengan Pasar Kuning.
Pasar Atas paling glamer, tapi harga agak mahal, maybe sebab tourist attraction kot.
Aku tak beli apa pun kat Pasar Atas, sebab aku dah target nak cari barang kat Pasar Kuning.
Area Pasar Atas kalau nak beli souvenier okay la, cari dekat kedai2 souvenier (bukan gerai).
Kena rajin jalan sikit la.
Area Pasar Atas dengan Pasar Kuning jauh2 tau, so mintaklah dengan bapak supir korang nak pergi mana.
Dekat Pasar Kuning, shopping adalah lebih heaven sebab harga lagiii murah.
Apa yang aku nak contoh macam jubah hitam tu, ada kat situ.
Cantik, puas hati sangat. Eh, jubah ek! :P
Kat Pasar Kuning tu jugak adalah heaven kalau nak beli kain pasang. Boronglah kau sekontena pun.



Bukit Tinggi adalah paling famous dengan kain sulam.
Memang cantik, rambang mata kau jah.
Kalau ikut nafsu seorang perempuan, memang nak borong selori.
Tak rugi kalau beli pun, pastu balik Malaysia jual lah kan, hahaha.
Jangan lupa spend duit untuk beli kain sulam pada akak2 yang memang datang sini dengan niat nak shopping, ye!


Masa nak borong kerepek2, bapak supir bawak pergi sini.
Katanya, ramai orang Malaysia beli kat sini.
Aku borong kerepek pisang yang famous tu, dan kerepek2 lain jugakla.
End up sekotak je, kalau convert around RM50 dapat sekotak kerepek tu.
Sentiasa akan ada adik2 kat dalam kedai ni bagi kau rasa sample kerepek2 yang dijual.
Orang lain pergi Bukit Tinggi berkotak2 borong, hahaha.
Nampak tak agenda shopping bukan dalam list aku?



Then bapak supir bawak pergi ke Kiniko ni.
Kiniko ni famous dalam pembuatan pelbagai jenis kopi dan teh, serta kerepek pisang.
Aku beli kopi je kat sini, and sampai sekarang still minum kopi O dia.
Not bad.


Kiniko


Banyak jenis kopi, pilih je mana yang berkenan


Boleh cuba kopi daun kat sini (rasa macam teh). Rasa dia memang lain, orang sini panggil kopi kawa. Boleh beli kopi kawa ni kalau minat.


Lubang Jepang

Lubang Jepang juga terletak dalam area bandar Bukit Tinggi, kira tempat sejarah lah.
For those who loves history boleh try masuk. Entrance fees dengan hired guide is different charge ye.
Kalau nak ambik guide, charge 50k.

Peta dalam lubang

Guide aku cerita, originally lubang ni tak sebesar ni, just ngam ngam satu badan je boleh masuk.
Orang Jepun masa zaman penjajahan dulu suka buat lubang2 macam ni kan.
Teringat aku masa pergi Muzium Perang kat Penang tu, yang tu paling best. Feel sangat.
Dalam lubang ni ada banyak bilik. Bilik untuk memasak, bilik tamu, bilik tidur. Complete lah.
And suprisingly, rasa sejuk je bila masuk lubang ni, bukan sebab ada aircond ke apa.
Memang natural punya sejuk. Otak orang Jepun kan, memang geliga.


Banyak barang tinggalan dalam lubang ni sebenarnya.
Tapi guide aku cerita, dia kecewa jugaklah sebab pihak berkuasa tak peduli pun untuk jaga tinggalan2 sejarah macam equipment semua tu, sebab bila ada equipment2 macam tu, varu laa tourists rasa lebih feel kan.
Macam kat Muzium Perang Penang tu, semua barang original, memang best bila masuk.
"Bila udah korupsi, tinggalan seperti ini enggak dipeduli" gitu katanya.



Dinding yang berlekuk ni menarik perhatian aku. Aku tanya guide, apa fungsi buat lekukan waving macam ni?
Dia kata, Jepun buat dinding lekuk macam tu untuk mengelakkan suara dalam gua jadi bergema.
Lekukan ni yang akan halang suara dari jadi bergema, so takde lah orang luar tau kan ada lubang kat dalam ni.
"Orang Jepun memang pandai. Patutlah kita dijajah mereka dulu"
"Sekarang pun kita "dijajah" Jepun, kak. Semua barang2 yang kita pakai adalah buatan Jepun" kata dia.
Ya tak ye jugak yek. Dekat Padang, rata2 aku nampak mostly kereta buatan Jepun yang menjadi pilihan diorang.


Dah habis menjelajah, kau akan nampak view macam Grand Canyon ni kat luarnya.
Sayup je mata memandang.
Ianya terhasil daripada aktiviti gempa bumi ratusan tahun dahulu.
Nampak macam, wow! Even dalam gambar tak berapa nak wow.


Dekat area2 Lubang Japang tu, ada banyak gerai2 jual cenderamata.
Antara yang famous ialah lukisan istana Pagaruyung tu dengan berlatar belakangkan gunung, kerbau.
Masa aku kecik2 dulu macam pernah nampak je lukisan ni.
Ada yang besar, ada yang kecik. Pilih je mana nak as for souvenier kan. Cantik.
Aku beli fridge magnet pun kat sini, sebab takut kalau tak jumpa kat tempat lain.
Kalau rasa tak nak pakai Rupiah, boleh bayar pakai RM.


Fridge magnet yang dibeli. Suka design rumah Minang tu.



Masa first one the way from Padang ke Bukit Tinggi, mesti lalu kat air terjun yang famous ni.
Bukan untuk mandi ye, untuk foto foto sebagai kenangan.
Bapak supirku kata ada je orang mandi manda kat sini, yang ambik air ada jugak.
Tapi they prefer not to lah.
Berhenti sekejap untuk tengok2 dan posing bajet model, lol!
Kena bayar tau, tapi dah include dalam pakej sekali.








Betul2 sebelah jalan raya. Ramai datang lepak2 sekejap kat sini.


Ada landasan keretapi macam view kat negara omputih kat Padang ni.
Ni ialah hasil tinggalan zaman penjajahan Belanda.
Masih kukuh, utuh dan dapat imagine bila keretapi lalu kat sini, its a nice view kan.
Bapak supirku cerita, jalan raya, landasan keretapi ni semua Belanda yang buat.
Keretapi masih ada yang guna landasan ni, cuma jarang2 lah.
Kerajaan Indonesia cuma menampal mana yang rosak je, lol!
Dia kata, even Belanda tu penjajah, tapi fasilitas tetap dijaga untuk rakyat Indonesia, malah lebih baik daripada kerajaan Indonesia itu sendiri.
Sebab mostly pemerintah daripada zaman dulu sampai laa ni, semua fasilitas hanya tertumpu kepada kepulauan Jawa. Kepulauan Sumatera macam dianak tirikan.
Padahal kat Sumatera pun banyak tempat tourist attraction like Medan, Aceh tu kan.
"Korupsi makanya, duit masuk dikantungan". Begitulah makanya.


Sumber gambar adalah dari sini

Second thing selain daripada nak pakai costume Minang, yang buat aku teruja nak pergi Bukit Tinggi adalah kerana Tasik Maninjau yang famous amous itu.
Teruja nak tengok keindahan panoramanya dengan mata kepala sendiri.
Gigih ni pakai sweater bagai, rasa2 sejuk kot atas tu.

Malangnya. Ya, malang sekali.
Timing aku pergi sini adalah timing yang tidak bagus, makanya.
Sebab Indonesia baru sahaja membakar hutan2 nya untuk aktiviti penanaman semula ya.
Makanya, jerebu sudah mulai melanda hampir keseluruhan Bukit Tinggi ya.
Masa hari kedua aku kat sana, baru nak start.
Dari atas puncak sampai ke bawah, langsung tak nampak tasik macam gambar kat atas tu.
How frustrated I was at that time.
Obvious kot muka kecewa aku, sampai bapak supirku pun perasan.
Huhuhu.
Daripada keluk 33, 38 sampai ke keluk ampat ampat, hape pun tak nampak.
Nampak jerebu je.
Oh my......jauh aku datang semata nak tengok ni kan.
Takpelah, redho jelah. Aku merancang, tapi Allah yang tentukan. Kan.
Mungkin rezeki nanti masa pergi Medan ke, boleh tengok lagi cantik (pujuk diri sendiri)
Bila tu nak pergi Medan? Bukan kata nak pergi Jogja dulu?

So guys, Tasik Maninjau adalah tempat wajib bila berkunjung ke Bukit Tinggi ye.
Make sure pergi bukan masa jerebu, lol!
Ada gerai minum kat bawah, boleh kalau nak try apam labu sambil minum kopi (kopi lagi).
Aku tak try, sebab terlupa bila frust sangat kan.
Sedih jah.

Ni gerai minum kat bawah tu



On the third day lepas pergi Istano Basa Pagaruyung, bapak supirku bawak pergi jalan2 ke area Batu Sangkar dan Padang Panjang.
Sepanjang perjalanan, mata aku terpaku pada kehijauan buminya, sawah padi kiri kanan, bukit bukau, udara fresh, sawah padi ada yang kat daratan, ada yang ditanam di lereng2 bukit, view pokok kelapa lagi.
Like, macam pernah pergi tempat ni? Tapi first time kot aku jejak kaki ke Indonesia.
Dejavu ke?

Ikutkan hati, nak je suruh bapak supirku stop kereta kat semua tempat, sebab terlalu banyak tempat yang cantik.
Boleh je suruh dia stop, dia pun kata kalau rasa nak berhenti ambil foto, kasi tau je.
Tapi bila dah terleka tengok view tu, mesti lama kan.
So malaslah aku. Aku tengok dari dalam kereta je. Which is, unforgettable memory lah.
Semakin dalam dia bawak, semakin aku rasa like, macam pernah pergi je tempat ni?
Apakah? Sebab nenek moyang aku asal memang dari Sumatera pun, tapi bahagian Medan ler.

Banyak sebenarnya rumah tinggalan asli berbentuk Minang ni kat sana, contoh macam rumah warna hitam yang bapak supirku bawak ni, katanya berusia ratusan tahun.
Nampak macam scary kan, sebab dah lama takde orang tinggal.
Cuma ada sorang yang tolong jaga and bersihkan rumah ni.
Tu pun masa aku turun nak ambik gambar, dia lari ke dalam rumah.
Aku suka architecture yang nampak klasik ni, sebab feel dengan history nya.
Dan tiba2 masa tu aku berhajat nak menjelajah area Batu Sangkar ni lebih mendalam kalau ada rezeki dan peluang, sebab aku terasa "sesuatu" kat sini. Entah, dont know why.
Ke saka aku memang asal kat sini? Lol!
Rindu lettew kampung halaman :D


Tasik Singkarak

Ok last sekali nak cerita, tempat yang aku pergi adalah Tasik Singkarak ni.
Takdelah cantik macam Tasik Maninjau tau (kedua2 nya terbentuk hasil daripada aktiviti letusan gunung berapi).
Tapi bila dah jerebu macam ni, kecewanya tetap sama lah.
Nampak bayang2 je, so imagine lah sendiri cantik ke tak cantik.
So ini jelah gambar yang ada, hadap lah dengan redho.

So konklusinya, kalau pergi Bukit Tinggi ni, aktiviti2 nya adalah ;

1) Makan, makan dan makan
2) Shopping
3) Sight seeing
4) Pakai costume Minang, hahaha.

InsyaAllah, lepas ni aim Jogja pulak :)

Tuesday, 1 September 2015

Travelog Bukit Tinggi & Padang, Indonesia : Makanan di Indonesia

Cerita pasal makanan lagi, hahaha!

Ok, ini adalah entry tentang makanan2 yang aku makan sepanjang di Padang, Indonesia.
Balik Malaysia terus bertukar poof! Macam maskot yang memboyot!
Matilanakkk kena jogging 8 bulan!
Tapi sebab Indonesia kan banyakk sekali makanan2 yang bagus2 gitu, makanya rugi kalau enggak cuba!
Ya kan? Ya kan? Lol!

Satay Minang

Satay Minang adalah famous amous kat sini. Aku makan kat tepi jalan je, saja nak try street food. Sedap. Kuah kacang dia tak sama dengan Malaysia punya style, tapi sedap. Masa aku makan tu harga 20k, after convert lebih kurang RM6, mahal kan? Aku rasa macam aku kena pau je, lol! Tak tau harga dia berapa kat restoran Sederhana tu. Orang Malaysia biasanya suka makan kat restoran tu. Tapi aku saja gatal nak try makan kat tepi jalan kan, hambikk kena pau. Tapi ni one of food yang wajib try lah kalau pergi Padang.

Martabak Mesir

Oh my, yang ni memang sedap hokayy! Beza sangat dengan murtabak kat Malaysia, daging dia rasa lain! Jangan pikir daging lain pulak! Choii! Tapi daging dia tu macam dia marinate dulu, sebab terasa kedagingannya. Eh, betul ke penggunaan tatabahasa aku ni? Lantak! Yang penting nak bagitau, memang sedap okay! Kena try kalau pergi sana! Martabak ni cicah dengan kicap lada, bukan dengan bawang cuka yang macam kat Malaysia. Lain sangat kan? Ramai orang makan kat sini, yang berhenti untuk bungkus pun ramai, tak putus2 orang. Makanya, haruslah dicoba!
Harga : 17k

Lemang Durian

Lemang durian? Apakah?? Actually, takde apa yang special pun sebab just lemang dan durian, cumanya cara makan orang Indonesia ialah lemang tu dicicah dengan durian. Sounds weird kan? Aku try sekali, ambik lemang cicah durian, tapi aku macam tak boleh hadap gaya tu, so end up aku makan lemang asing, makan durian asing, haha! Tapi lemang dia bapakk lah besar, okay! So makan 2 ketul pun dah kenyang! Makan pulak durian, lagilah kenyang! Terus tak makan dinner dah, sebab aku makan benda ni around petang macam tu, on the way back ke hotel hari ketiga. Durian dia sedap! Eh, macam takde durian je kat Malaysia kan. But okay laa kalau nak give a try. Tak try pun takpe :D
Harga : 60k (termasuk air kopi)
Tempat makan : Pondok Lemang Kawa Durian

Kuih Bika

Kalau datang ke Bukit Tinggi, tak sah kalau tak makan kuih bika yang enak ini, aduhaii. Lagi enak jika dimakan semasa panas ya, sambil2 minum kopi O panas, waduh waduhh...sedap banget! Aku beli tiga je, buat makan malam sebab kesuntukan masa untuk berhenti2 lagi. Rasa kelapa yang dibakar guna dapur arang yang membuatkan kuih bika ni sedap sekali ya! Menggigil makan ya! Hahaha! Over tak aku punya review? 
Harga : 9k (3 keping)


Dessert atas dan bawah ni iala dessert yang aku makan di hotel as a breakfast. Aku tak ingat dah namanya apa, tapi sedap, especially yang kat bawah tu. Yang kat atas ni bole buat sendiri je, kelapa parut, jagung rebus, gula. Then gaul. Simple je kan.

Yang kat bawah tu, yang merah2 tu rasa dia kenyal2, lembut. Kuah dia daripada santan, tapi cair. Sedapnyaa, mana nak cari kat Malaysia ni, teringat pulak. Tak manis, tu yang aku suka tu. Sedap dimakan masa suam2. Nak buat sendiri pun susah sebab tak tau nama :/



Batagor

Ini ialah Batagor. Bapak supirku yang suggest makan, tapi kata dia kalau tak minat, tak try pun takpe. Masa tu curious laa kan nak tau apakah Batagor ini?? Laa, rupanya macam rojak je! Tauhu goreng, telur rebus, kuah kacang dan asam limau, tu je. Rasanya? Hurm..bapak supirku kata yang dekat Jakarta punya sedap. Tapi aku rasa rojak lagi sedap, sebab kuah kacang rojak adalah pekat sekali gitu, plus ada macam2 accessories dalam rojak. Batagor ni simple je, aku order yang basic je. Ada 3 jenis, so kalau rasa nak try, order lah mana yang berkenan.

Makan ni je masa dinner? Of course lah tak kan. Makan sekali bakso di kedai yang sama. Aku bukanlah peminat bakso, so rasa bakso tu pun so so je, lol! Bapak supirku kata lagi, kalau nak rasa bakso yang sedap, makan dekat kedai belakang hotel Kharisma tu, dekat depan rumah sakit (hospital). Kedai tu ramai orang, confirm sedaplah tu! Tapi aku tak pergi try pun, sebab kenyang makan durian lemang dan kuih bika on that day.
Harga sepinggan : tak pasti, tapi makan batagor, bakso dengan teh O panas dalam 53k

Martabak Bandung

Martabak Bandung, tapi di Malaysia ialah apam balik. Confuse jugak mula2 dengan Martabak Mesir. Tapi bila tengok rupa dia yang full of calories, oh enggak confuse lagi dong! Macam apam balik, cara buat pun sama, cuma beza filling dia. Ada macam2 filling martabak bandung ni, pilih je mana yang berkenan! Aku pilih cheese campur coklat, matilanakkk, double calories! End up makan 2 keping dah stop, tak boleh habis. Tamak lagi kan! Sekeping besar ni boleh dimakan 4-6 orang, sebab fillingnya adalah tebal, okay! Tapi aku suka cara packaging dia yang pakai kotak, so nampak komersiall sikit lah kan. Aku makan martabak ni lepas makan batagor dan bakso. Mampu?
Harga : 17k

Pilih je filling apa yang berkenan

Aiskrim Labu

Ok, last sekali adalah aiskrim labu. Saja je mencuba, rasa dia biasa2 je. Kalau pergi ke Tasik Maninjau, jangan lupa cuba apa2 makanan yang berasaskan labu ye, macam aiskrim labu, aiskrim cendol labu (macam abc tu) dan kuih apam labu. Masa kat sana, aku tak merasa kuih apam labu tu sebab terlupa ada kat gerai keluk 44 tu. Hurm...mula lah teringat2. Tak tau rasa dia macamana, tapi kalau sedap, bagitau aku ye! Lol!
Harga aiskrim labu : 5k satu cup
Tempat makan : Kedai Bundo Kandung Kerupuk Labu


Nah, belanja gambar meal nasik ayam satu! :D

Travelog Bukit Tinggi & Padang, Indonesia : Makan Tengahari

Matilanakkk...entry Cambodia tak habis lagi, aku dah nak buat entry Bukit Tinggi pulak.
Sorry ye, aku skip sekejap entry Cambodia (Battambang) sebab mood aku masih ke laut nak habiskan.
Sila la hadap dulu entry Bukit Tinggi ni.

Alhamdulillah, merasa jugak menjejakkan kaki ke bumi Indonesia ni.
Tempat kelahiran nenek moyang aku.
Tapi nenek moyang aku rata2 orang Medan.
Medan belum lepas lagi, InsyaAllah ada rezeki nanti, sampai laa tu.

Apa yang menarik kat Bukit Tinggi?
Takdelah menarik sangat.
Cuma aku nak fulfill kan wishlist aku - nak pakai costume tradisional orang Minang, tu je.
Hahaha...motif sangat kan.
So kali ni trip aku memang leisure gila, aku malas nak buat itinenary or booking apa2.
Cuma booking flight ticket dengan supir je.
So semua agensi travel uruskan.
InsyaAllah trip ke Vietnam, Myanmar, Laos, Filipina dan Bangkok, back to backpacking style.
Ada masa aku nak adventure, ada masa aku nak leisure2.
Duit aku, lantak lah kan.
(Yang penting tak meminjam duit orang lepas tu kutuk orang tu kat twitter)

Ok, first of all, nak cerita bab makan tengahari dulu.
Biasa laa, apa2 hal pun cerita bab makan dulu kan.
So kat sini aku list out tempat makan tengahari based on favorite aku masa di Bukit Tinggi.
Cuma di Padang, makan kat satu tempat je.

1) Kelok Sikabu, Bukit Tinggi, Maninjau


Kelok Sikabu yang terletak di Maninjau adalah favourite aku. Selain lauk pauk dia yang best, view dia pun awesome. Kalau 10 bintang rate, aku bagi 8. Masih tak boleh lupa kesedapan gado2 (first time makan) yang buat aku jatuh cinta, dan juga sambal hijau, masak lemak patin dia yang oh my....sedapnya!! Bertambah2 nasik aku, tak peduli diet or gemuk or whatever. Janji bahagia kannn.... :)

Lauk pauk

Gado gado

Pemandangan

Kat sini boleh pilih samada nak makan atas kerusi panjang atau duduk bersila. Oleh sebab bapak supir aku tak larat nak duduk bersila, so aku okay jelah bila dia ajak duduk di kerusi panjang, betul2 mengadap sawah ni ha. Oh, so awesome lah!

Dishes and the view :)


2) Pak Datuk, Padang Panjang


Kat Malaysia aku jarang sangat makan nasik padang. Seingat aku, ada laa dua ke tiga kali kot. Masa makan tengahari kat Pak Datuk ni adalah masa hari pertama sampai di Padang. Kalau kat Malaysia, nak makan nasik padang kena ambik dan pilih lauk dulu kan? Tetapi kat Indonesia lain caranya.

"Kita tapau yang ni, yang tu. Malam nanti kita beli nasik, kita makanlah" kah kah kah!

Kat Indonesia, lauk pauk nasik padang akan dihidang dahulu, kemudian kita baru pilih nak makan lauk apa. Oleh sebab tak tau style makan kat sini, so aku pun main pilih sikit situ, pilih sikit sini, cubit lauk situ, cubit lauk sini. Pening pikir nak habiskan lauk dia semua macamana? Bawak hantu raya sekor pun tak habis makan ni! End up kos makan adalah agak tergezut jugaklah, lol!  Lauk dia okay, sedap, tapi aku tak ingat aku ambik lauk yang mana, sebab hari pertama sampai, aku blur blur lagi. Siap kata kat tukang kira tu, nak tapau yang mana tak habis makan, hahahaaha! Kampung sangat kan!

Typical in Indonesia

Hari pertamalah katakan, semuanya nak rasa. Mula2 order jus alpokat. Lepas tu cancel mintak teh botol.
Tapi waiter tak dengar, dia bawak dua2 air sekali, haa ambik. Hadap lah 2 air sekali! Nasib habis, tak membazir :D

3) Lamun Ombak, Padang


Rumah Makan Lamun Ombak ni terletak di Padang. Kami makan kat sini masa on the way back, bapak supirku nak hantar ke airport Minangkabau. Tapi takde gambar makan kat sini ye, sebab aku segan bila bapak supirku tunggu aku keluar dari tandas masa tu, nak makan sama2. So aku tak ambik pun gambar, sebab aku tengok dia macam dah lapar dah. Tapi kat sini aku makan sambal hijau dengan . Makan dua tu pun dah cukup untuk buat aku menambah2 nasik, haha! Terbaikkk lah! Sampai balik Malaysia, aku duk teringat ingat sambal hijau tu..oh my...kena cari nasik padang kat kampung baru pulak ni!

4) Pondok Flora, Batu Sangkar


Pondok Flora adalah antara yang terfamous untuk makan tengahari kalau berada di Bukit Tinggi, Padang. Pemandangan sawah padi yang menghijau adalah once in a lifetime experience untuk aku, dan ianya adalah best!

One of the view

Memang ramai yang singgah makan kat sini. Tapi lauk pauk dia adalah biasa je bagi aku. Special dish adalah Ikan Gurame. Ikan Gurame ni dibela di kolam restoran ni. Isinya lembut, tak pedas. Tapi biasa je bagi aku. Mungkin ada di tempat lain yang sedap kot.

Basically, lauk pauk nasik padang adalah lebih kurang sama, cuma kat Pondok Flora ni ada tambahan satay minang, kerepek balado dan acar timun.

Ikan Gurame

Nak makan bersila pun boleh, feeling ala2 desa

Ni view tempat aku makan. Boleh tengok itik dan ikan berenang - renang

Berebut rebut macam dah lama tak makan. Gemuk2 ikan semua.

Nilah ikan gurame yang dibela tu. Sisa makanan pelanggan biasanya akan dicampak ke dalam kolam untuk dimakan oleh ikan2 gurame ni. Tengok tu, berebut2 bila aku campak sisa ikan gurame kat mereka ni. Ibarat ikan gurame makan ikan gurame gitu, kawan makan kawan, lol! Mula2 aku like, "Eh, tak kotor ke kolam ni nanti?" Tapi bapak supirku kata tak apa, campak je, memang makanan diorang. Sampai ternganga nganga mulut nak mintak makanan lagi, lol!

Tengah tido. Teringat kat Blanco :/

Pemandangan dari luar. Nampak cool kan?

Pemandangan sekeliling

Ok, itu aje.
Nanti cerita pasal makanan lagi ye! Haha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...