Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, 21 February 2015

Second Resolution Unlocked!

Alhamdulillah.

One of my new year resolution has unlocked - to continue study. Yay! After leaving the "student" title for 10 years ago, now I become a student again - part time student.

 Officially a student now!

Of course am excited. But I always tell myself, dengar macam senang, tapi tak senang manalah. Sebab kalau setakat nak continue study dengan pointer yang cukup2 makan (2.0), everyone can continue study. But the best is to have a target - Kalau dapat 3.0 ke atas memang mantap la. Cubalah dapatkan Anugerah Dekan at least sekali seumur hidup, lol. Masa ambik diploma dulu study pun main2, sekarang dah tua2 baru nak insaf. Part time study tak senang, sebab kau kena pandai divide masa kau - antara kerja, personal time dengan study. Nobody will remind you bila masa nak hantar assignment, sebab semua kau kena pandai2 sendiri. Nasib baik aku memang apply course yang kena bacaaa je, so bacaaa jelah kerja aku. Dah tua2 ni, malas nak burden my brain fikir benda susah2. Hidup aku dah cukup challenge okay, tak perlu tambah lagi another challenge.

Bila check schedule, Alhamdulillah tak clash dengan mana2 tarikh aku nak pergi travel. Penting tu. Sebab komitmen untuk studi dah ada, travel walau macam mana pun, takkan delay. Dah lama plan kot, kalau tak jadi, memang menangis tepi dinding laa aku.

Kadang2 ada pikir jugak, apa yang aku buat masa aku umur 20an, habiskan masa berpoya2 je kot. Kan bagus kalau aku continue study or pergi travel. Tapi yelah kan, ini semua ketentuan Tuhan. Baru sekarang nak tergerak hati aku nak continue study, nak gi travel. Ada hikmah semua tu, cepat ke lambat. Nanti dah ada anak, aku nak guide diorang betul2 - pergi travel masa umur masih muda dan kalau nak sambung belajar, sambung je. Selagi ada peluang, buat je apa yang kita nak buat.

Bila ada member2 yang concern tentang banyak benda aku nak buat tahun ni, "Ha? Ko nak sambung belajar? Nak gi travel lagi? Habih kalau tahun ni kawin, camne? Hi, kalau aku taklah, aku fokus nak kawin je."

Aku tak nak tangguh lagi benda yang aku memang nak buat. Aku nak sambung belajar, aku buat. Aku nak travel, aku buat. Bab kawin tu, kalau dah sampai masa, kawinlah. Tapi apa yang aku dah plan, aku still nak buat.

Kita hidup ni tak lama. So, enjoy our life. Apa yang kita nak buat, kita usaha sampai tercapai. Kalau asyik nak delay tahun ke tahun, takut nanti tak sempat. Siapa kata lepas kawin, kita takleh buat itu, takleh buat ini? Boleh, sebab prinsip aku, nak seribu daya. Asalkan kita tau batas dan tau apa yang kita buat, just go on. Memang kalau dah kawin, its double or triple job, tapi kat dunia ni biarlah kita bersusah2 dan berpenat2 sebab aku percaya, setiap orang ada impian masing2. Umur laa ni dah 30, takut kalau tak buat laa ni, umur 40 dah tak larat dah.

Jangan nanti bila kau dah tua2, terkeluar ayat2 macam ni, "Kenapalah masa dulu aku tak bla bla bla...".
Lagi satu, kalau kau rasa perkahwinan atau pasangan ko as a wall which block you to achieve your dream, jangan nanti kalau bercerai, kau akan buat statement, "Kenapalah aku tak buat bla bla bla...sebab kahwin punya pasal lah ni, sebab si anu tu tak bagi, kalau tak aku dah bla bla bla dah". Masa ni tak guna kau salahkan orang lain atau salahkan benda lain, sebab semuanya atas diri kau sendiri sebenarnya. Nak atau tak nak. Buat atau tak buat. Itu je.

NEVER STOP CHASING YOUR DREAM.

Wednesday, 26 November 2014

Solatlah Awal Waktu

Aku terbaca cerita ni di Facebook, di post oleh seorang facebooker. Tak tau kenapa aku boleh menangis baca cerita ni, dan cerita ni sangat menginsafkan. Sama - samalah kita hayati ...

Nak share cerita menyentuh hati ex school mate saya di MRSM Balik Pulau dulu... Nor Sahidah Hamid yang baru menunaikan haji baru2 ini... Solatlah awal waktu. Baca sampai habis, semoga beroleh manfaat dan jadi inspirasi untuk istiqomah solat awal waktu.

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.
Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat Asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan Asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah - tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong di bahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, di tepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri..bagaimana pula wanita ini?

Wanita Arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah - celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib di ruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba - tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita arab itu, dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata - kata dari mulut saya,  "Here in Masjidil Haram sometimes we have to beg for a space. Just to see God." Saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): "Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. " Airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." Saya tak mampu lagi terus berkata kata.

Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran menyampuk. "Itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat".

Mendengar saja ucapannya saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.

Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis.

"I am sorry.. bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup." perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques. Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan".

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham Bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.

Salah seorang menyampuk "Where is your hometown?".

" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country".

"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarras me in Mahsyar"

Wanita Arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "Terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur Inshaallah".

Ya Allah terimalah kami sebagai tetamuMu, janganlah kami diuji perkara yang kami tidak mampu menghadapinya.....sesungguhnya Engkau maha mengasihani......Amin

Saturday, 21 May 2011

Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.


This is a little story about four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody.

There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it.

Anybody could have done it, but Nobody did it.

Somebody got angry about that because it was Everybody's job.

Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it.

It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...