Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Saturday, 24 January 2015

Dari 2014 ke 2015

Actually dah lama nak tulis entry ni tapi asyik tertangguh, terpikir antara samada nak tulis atau pun tidak?

Masuk tahun 2015 dah kita, Alhamdulillah. Besides umur yang dah makin bertambah, experience dan kenangan pun makin bertambah.

Tahun 2014 adalah tahun "calm down" untuk aku, di mana aku banyak spent masa dengan aktiviti batiniah (batiniah? bukan batiniah yang tu, hokey) atau aktiviti spiritual (bukan main spirit, hokey). Tak dapat dinafikan, aku suka dan rasa tenang hidup macam ni, selepas apa yang aku lalui pada tahun 2013 adalah sangat menyedihkan. So tahun 2014, aku banyak tenangkan diri dan enjoy setaip detik.

Paling best pada tahun 2014, ialah of course, pergi Korea. First time pergi oversea, mau tak excited to the max. Hadiah untuk diri sendiri selepas 10 tahun kerja dan bila umur dah masuk 3 dekad. Dan ada benda2 yang berkaitan dengan kerja, yang mana aku mintak dengan Tuhan hari2, akhirnya dimakbulkan. Syukur. Sesungguhnya Allah bersama - sama dengan orang yang sabar dan orang yang dianiayai :')

Benda yang tak best ... ada jugak benda yang tak best. Malas nak citer, tapi apa yang terbuku di hati aku, sama macam apa yang Bangsar Babe cerita. Sama. Itu yang tak best. People come and people go, but only the true one will remain with you. Kan?

 "Some friends gladly stay, some move away. Some come and go, but their affection grows. While some, I recall, are not friends at all."

Dan sama jugak seperti perempuan2 yang single, still single macam orang lain, dah lali dengan soalan2, "bila lagi", "lama dah single tu", "tak nak kawin ke?". Kekadang rasa kalau aku ada kekuatan, nak je jawab, "Dont worry about my life, okay. I am okay, and there is nothing you need to worry about". Tapi aku faham, some of them really concern, but some are just asking. Belum kawin, tanya bila nak kawin. Dah kawin, tanya bila nak ada anak. Tipikal masyarakat memang camtu. Senyum, tak perlu kata apa2 :)

Of course, penantian itu satu penyeksaan. Apatah lagi kau dah tunggu untuk itu for a longgggg time. For many many years. Tapi, Tuhan kata, "Ko punya turn belum lagi. Sabar okay". So, kena la tunggu. Kalau benda kita dah plan bagai nak rak pun, kalau Tuhan kata belum, so tunggu la lagi. Kau tengok kiri, kawan2 dah kawin. Kau tengok kanan, kawan2 dah dukung anak. Kau masih macam tu. Single. Alone. And lonely.

One of the reason aku bela kucing banyak2, ialah sebab aku tak nak fikir tentang "loneliness" tu. Bila aku ada kucing, aku kena pikir depa nak kena bagi makan, sakit kena bawak pergi vet, depa happy ke tak tinggal dengan aku. So, bela kucing ni one of the way to distract me daripada pikir tentang kenapa aku masih single? Kenapa aku masih tak kawin? Tapi, aku ni memang catlover pun. Bukan semata - mata sebab lonely or what, okay.

Dan aku sibukkan diri aku dengan buat benda2 yang aku suka - like memasak, membaca dan menulis. Aku belajar untuk enjoy every minutes of my life. Yes, am single? So? Doesnt mean kalau single, kau kena bersedih hari2. Hari2 cakap kat diri sendiri, "Turn kau belum lagi, one day. One day. One fine day. Sabar".

Aku ni bukan jenis orang yang penuh dengan kesabaran. Kalau dulu, rasanya unsur sabar dalam diri aku cuma 20% je. Aku memang jenis tak boleh sabar, semua benda aku nak cepat. Dan aku jugak jenis apa yang aku nak, dan apa yang aku dah plan, mesti nak jadi. Kalau tak jadi, aku nak mengamuk. Biadap betul perangai, kan?

But now, not anymore. Aku belajar untuk berlapang dada. Kalau apa yang aku nak tapi tak dapat, aku sabar. Kalau orang duk ngate aku, aku sabar. Kalau orang asyik nak sabotaj aku, aku sabar. Aku ubat kesedihan aku dengan baca al-quran. Itu je yang mampu menenangkan jiwa aku, yang mampu meredakan kegelisahan aku. Bukan nak bajet alim, tapi aku cuma cerita benda yang betul. Based on my experience.

Sebab aku yakin Tuhan itu Maha Adil.

Setiap hari, aku cuba untuk improve myself to be a good Muslim. Kalau tak good pun, as an ordinary Muslim yang happy dengan hidup secara wasatiah. Cewah, cakap macam ustazah, kan. Aku sekarang spend time more untuk dengar cerita dan masalah kawan2 dan orang2 di sekeliling aku. Kalau dulu, aku asyik sibuk pikir tekanan kerja aku, tekanan hidup single, tekanan itu, tekanan ini. Sampai aku "lupa" yang orang sekeliling aku pun ada cerita masing2. So sekarang ni, aku ketepikan segala tekanan dan permasalahan aku, instead aku luangkan masa dengar cerita, taking care of people around me. People who appreciate kehadiran aku.

Plus, dengan adanya kawan2 jenis yang suka travel, menambahkan keceriaan hidup aku. Dulu bukan aku tak minat travel, cuma maybe asyik pikir pasal kos, kos, kos. Sekarang, aku tak peduli dah pasal kos. Yang penting, aku nak gi travel. Travel buat aku rasa happy sangat. Syukur sangat sebab Allah bagi rezeki agar aku dapat travel. Apa yang aku nak, Tuhan bagi. Nak kucing, Tuhan bagi. Nak kucing banyak, Tuhan bagi. Nak pergi travel, Tuhan bagi. Ye, ada yang Tuhan tak bagi, tapi belum. Maybe belum. Kena sabar. SABAR, SABAR dan SABAR.

Tahun 2015, aku tak mengharap a big miracle, tapi aku pasang niat jugaklah sikit2. Benda pertama aku nak buat ialah, derma darah. Syukur dah termakbul awal Januari hari tu, dah derma darah for first time untuk tahun ni. Secondly, aku nak keep travelling. Dah plan dengan member2 nak pergi situ, nak pergi sini. Hari2 excited membilang hari nak pergi vacation. Ewah, macam duit kau banyak je kan nak pergi merata2 tempat.  Then, aku nak anak2 aku (baca : kucing2 aku) sihat walafiat. Dan aku still berharap Semek dan Coffee dapat jumpa aku balik. Lagi, aku berharap sangat aku dapat sambung belajar (dah apply, tengah tunggu result). Aku juga berharap agar aku dapat menukar kerjaya aku kepada yang lebih better dari sekarang, InsyaAllah. Dan akhir sekali, aku harap tahun ni, jodoh aku dengan orang tu sampai jugak akhirnya. Aku nak kawin dengan orang tu.

Eh, kau kata sikit je pasang niat kan. Ni lebih daripada 5 niat dah ni.

Dan untuk tahun 2015, aku nak tingkatkan amal ibadah aku dan menjadi Muslim yang lebih better daripada hari ini. InsyaAllah :)



Tuesday, 15 July 2014

Kenangan Bulan Puasa Masa Kanak - Kanak

Ramadhan datang lagi.

Tiba2 aku teringat kenangan bulan puasa masa kecik2 dulu.

Tak pernah2 pulak aku tulis pasal kenangan dulu2. Lately, aku rajin masak untuk hidangan berbuka puasa. Sambil2 masak tu, aku terkenang masa zaman budak2 dulu.

Everytime bulan puasa, aku mesti dikerah oleh mak untuk buat biskut dan kuih raya. Yelah, anak perempuan dia pun 2 orang je tinggal, so siapa lagi yang nak tolong dia buat kuih raya. Aku ingat lagi, biasanya masa awal bulan puasa, mak akan siap2 beli bahan2 untuk buat biskut dan kuih raya. Antara yang wajib ialah Planta 1 tin. Tepung Gandum berpeket2, manik urai, ceri, chocolate rice untuk hiasan, buttercup, gula aising, soda bikarbonat, loyang untuk alas bakar kuih dan macam2 jenis acuan serta cup kertas yang kecik2 tu. Mak selalu spend dalam RM200 ke RM300 untuk bahan2 buat kuih dan makanan2 kering untuk bulan puasa.



Sebab tu tak susah untuk aku kenal bahan2 nak buat kuih atau biskut ni sebab dari kecik dah didedahkan untuk buat kuih. Cumanya, buat sendiri aku tak pernah sebab aku takde oven. Ye, itu cuma alasan. Aku belum beli oven lagi.

Kalau masa buat kuih, tugas aku ialah mengadun ramuan tepung dengan bahan2 lain dengan menggunakan pengadun elektrik yang macam pistol tu. Bukan mesin yang pakai bowl besar tu tau. Aku pernah complaint dengan mak (kecik2 dah banyak complaint), kenapa tak beli je mesin adun kuih yang canggih tu, taklah penat tangan aku pegang dan godek2 tepung guna pistol tu. Kena berdiri lak tu. Lama lak tu. Ada laa lebih 20 minit. Mak kata mesin tu mahal, abah masa tu tak mampu.

Bila penat, aku akan buat muka kelat. Muka tak ikhlas. Lepas adun dan godek2 tepung, kena tekap pakai acuan pulak. Lepas tekap, kena letak bahan hiasan atas biskut tu macam ceri ke, manik urai ke. Lepas buat kerja2 leceh tu, kena susun cantik2 dalam dulang pembakan untuk bakar dalam oven. Eh, kerja tak habis lagi. Lepas tu kena duduk melangut depan oven tu, tunggu sampai biskut masak dibakar. Biasanya 1st trial mesti tak jadi, ada yang tak masak la, ada yang terlebih masak la, ada yang jadi terkelayap la (terkelayap tu maksudnya kuih tu tiba2 mengembang, tak macam acuan asal, buruk benor rupe biskut tu kalau jadi terkelayap). Bila biskut dah masak, kena cungkil dengan berhati2 guna garfu, then masukkan dalam tin biskut yang beralas suratkhabar. Tujuan alas surat khabar tu supaya biskut tahan lama rangupnya dan susah nak masuk angin.

Lepas habis kerja2 leceh tu, aku la yang kena kemasnya. Dah habis buat biskut raya, kena dera lagi dengan mak. Kalau mak masak gulai untuk berbuka, dia akan panggil aku untuk kacau gulai tu sampai masa yang dia tentukan. Boring gila berdiri depan periuk tu lama2, sambil mak basuh pinggan la, buat itu la, buat ini la. Aku pun tak tau kenapa selalu dikerahkan untuk buat kerja2 leceh dan membosankan.

Bila sampai waktu berbuka, aku kena susun pinggan mangkuk dan letak atas meja untuk semua orang. Termasuk cawan sekali. Lepas tu kena tuang air untuk semua gelas. Ingat lagi, tiap kali bulan puasa mak mesti tak miss beli laici dalam tin tu dalam 2-3 tin. Bila puas minum air laici, mak suruh abah tebang tebu kat belakang rumah. Tebu tu mak tanam. Bila dah tebang, dah kupas kulit dan bersihkan dengan air (tang bersihkan dengan air tu kerja aku la tu), abah akan bawak tebu dan satu baldi kosong, naik motor ke rumah Pak Man yang jual air tebu. Dia ada mesin tebu, so abah just bawak tebu2 tu untuk diperah airnya. Tak sampai RM5 pun (masa tu laa), dapatlaa air tebu satu baldi. Aku kadang2 abah angkut bawak naik motor untuk memastikan air tebu tak tumpah masa naik motor. Sampai rumah, sebelum masuk dalam jag plastik besar, air tebu tu kena tapis dulu hampasnya. Minumlaa air tebu sebaldi tu sampai dah tak lalu nak minum air tebu lagi.

Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, aku jarang sangat dapat merasa baju baru. Tapi, everytime nak raya, abah akan bawak sefamily beli kain kat Kedai Kain India. Masa ni memang best, sebab aku boleh pilih design kain apa yang aku nak. Tak payah nak ikut kaler tema bagai (family aku pun tak pernah ada warna tema, lol). Biasanya, aku akan pilih warna yang terang2 macam kuning, merah mak ngah. Tak pernah pilih warna biru sebab tak suka. Sama je sampai la aku besar, suka pakai warna yang bold dan attracting dari jauh dah boleh kenal. Biasanya, kat kedai kain India mak akan tawar menawar dengan India tu untuk dapat harga paling rendah, which is, aku memang tak mahir bab tawar - menawar ni.

Bila hantar kain untuk ditempah, tak pernah buat baju lain selain daripada baju kurung. Mak tak bagi buat baju pelik2 macam kebaya ke, kebarung ke dengan alasan aku gemuk, nanti takleh pakai lama. So end up baju2 kurung aku semuanya besar, lengan labuh sampai tak nampak tangan, kain kena lipat sampai berkali2. Sangat tak fashionable mak aku ni. Tapi, poket mesti ada, wajib. Sebab senang nak isi sampul duit raya :D

Sejak anak2 semua dah besar, mak dah tak buat biskut raya lagi. Yelah, anak2 dia semua dah jauh, siapa lagi nak tolong dia buat kuih. Aku pun tak nak dia buat kuih raya, so aku beli je, macam orang sekarang panggil, kuih tunjuk2. Tapi kadang2, aku rindu dengan tat jem strawberi mak yang aku tak pernah jumpa kat mana2 lagi. Kuih siput mak yang terasa sangat daun karinya, kuih maruku yang selalu keras ketung (keras ketung tu maksud dia keras melampau, sampai rasa nak tercabut gigi bila makan, lol)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...