Saturday, 11 July 2015

Seam Reap, Cambodia - Day 1




Disebabkan stress dengan schedule yang pack - assignment nak kena hantar, dengan kuiz nye lagi, so aku decided nak pergi travel lepas tu. Balas dendam sebab serabut bergelumang dengan perihal study aku.

Sebelum ni tak pernah terfikir untuk jejakkan kaki ke Cambodia or nama asalnya Kemboja, tapi tertarik bila traveller cerita Seam Reap is a safe city, so aku buat plan. Lepas research sana sini, then terus usha tiket kat AirAsia. Ada apa kat Seam Reap? Seriously say, if only you love history and architecture, then Seam Reap is one of cool destination for you.

Terjumpa air ni kat Jaya Grocer, KLIA2. 
Orang cakap sedap, bagi aku..hurm...ok laaa

First time merasa Nasi Lemak Pak Naseer. Sedap :)


Tiba di Seam Reap Airport


And, if you love outdoor photography, Angkor Wat will give you the best memory to capture.

Aku beli tiket masa ada promotion, tapi tak murah mana laa harganya. Tak ambik baggage service, just add on meal je. Check in pukul 4 pagi, malam tu tak berapa nak tido sebab terlalu sejuk. Aku dah aim nanti check in je hotel, nak tido dulu. Wah, datang jauh2 terus tido dulu, nampak sangat kaki tido :D

Cambodia ada 2 je airport - di Phnom Penh dan Seam Reap. Jejak je kaki, dah rasa panas bahang. Bumi Cambodia yang tak berawan masa tu membuatkan cuaca rasa terik. Arrive pukul 8 lebih, tapi rasa macam dah
pukul 10.



Masa nak keluar aiport, nampak ada kaunter jual simcard. Ada 3 kaunter, aku beli simcard kat kaunter hijau - SMART namanya. Harga USD5. Nak experience macamana internet kat Cambodia, ok ke tak. So far laju sikit dari Malaysia even negara dia kategori negara miskin *facepalm* Servis sangat bagus, siap tolong tampalkan simcard asal aku supaya tak hilang kalau aku letak kat mana2 celah. Dan diorang ajar macamana nak tengok baki, nak buat international call, nak topup and all.



Keluar je airport, nampak 2, 3 orang tuk tuk driver tengah usha customer. Baguslah, tak payah nak cari2 lagi. Lepas tanya berapa rate pergi hotel, then deal, terus pergi kat tuk tuk dia.

Suasana kat Cambodia is nothing interesting kalau kau jenis kaki shopping, jenis suka travel kat tempat2 up je like Europe, Australia, Japan. Sebab memang takde apa pun, ada Angkor Wat je. Jalan2 nya berdebu, cuacanya panas. Maklumlah, aku pergi masa musim panas gila baq ang. Tu yang aku bagitau kena bawak mask tu. Pakai masa naik tuk tuk. Tapi tengok omputih relax je tak pakai mask pun. Kental paru2 diorang tu.

Bila dah sampai hotel, driver tuk tuk tanya aku, apa plan aku lepas ni. Aku jawab, "I want to sleep first". Mati lah pergi oversea semata nak tido je kan. Tapi, tu memang mission aku pun, tido dulu sebab mengantuk sangat. Then baru plan nak buat apa. Lepas deal dengan dia next planning pukul 1pm, aku pun check in.

Tapi nya, aku terlajak tido sampai pukul 2pm. Sebab aku adjust sendiri jam kat handset masa dalam flight, so sudahnya jam kat handset aku lambat 2 jam. Timing kat Cambodia lambat sejam daripada Malaysia. Kelam kabut bangun, mandi sebab dah lama driver aku tunggu kat bawah hotel. Dia siap tido lagi. Tipikal orang Malaysia kan, always late, never early.



Aku tak ambik lunch sebab masa dah tak mengizinkan. Driver terus bawak pergi ke tempat yang offer segala bagai tiket - tiket flight, tiket entrance, pakej. Lepas usha dan refer to my plan, aku decide nak pergi War Museum dan Cultural Village je. Makan pun atas tuk tuk je, nasib baik dah bawak bekal sikit.

Lepas cakap mintak maaf dengan dia sebab buat dia tunggu lama, so kitorang pun menuju ke first place to visit - War Museum. Agak dalam tempat dia. Aku pilih nak pergi tempat ni sebab semua yang datang Seam Reap pun pergi sini. Tapi ....



Antara servis2 yang ditawarkan




Boring. Not worth dengan apa yang kau bayar. Just tengok benda2 peninggalan masa zaman perang Khmer dulu yang disusun teratur. Muzium Perang Penang lagi best. Tapi oklah kalau nak tau sejarah kan (kata minat sejarah). Aku tak ambik banyak gambar pun kat sini. Masa aku mintak tour guide yang diorang kata free tu, orang kat situ kata "Sorry, no tour guide". Hurm...so jalan2 je laa dalam tu. Lepas dah jalan, boleh tengok sejarah perang, diorang pasang video kat satu bilik tu. Salah satu sebab Cambodia lambat membangun ialah diorang baru je habis perang saudara. Dalam tahun 80an macam tu. Kalau tanya aku, tak pergi tempat ni pun takpe.

Lepas tu, driver bawak aku pergi Cultural Village. Haa, yang ni best. Recommended sangat. Dapat award one of best tourist attraction by TripAdvisor. Fees USD20. Masa beli tiket, orang kat kaunter tanya aku,
"Are you Cambodian?"

Mula2 rasa nak carut, tapi bila pikir balik, orang Khmer dengan orang Malayu memang serumpun, so terus cool. Sejarah tu, sejarah.


Mula2, masuk muzium. Dalam muzium tu, ada patung2 karakter terkenal bagi orang Khmer, raja2 diorang. Patung2 disusun ikut zaman, so kita boleh tengok macamana perkembangan budaya dan pengaruh hegemoni budaya lain ke atas orang Cambodia dari zaman dulu hingga zaman sekarang. Perkembangan kemajuan diorang agak lambat, mungkin faktor kerajaan diorang yang tak berapa stable.



Sekejap je dalam tu, then keluar jalan2, pusing2 dalam Cultural Village tu. Tempatnya besar, macam kau jalan2 dalam taman. Boleh tengok architecture bangunan2 sejarah di Cambodia, versi mini. Memula aku pelik, kenapa bangunan dia ada ciri2 budaya Melayu? Apa kaitan orang Khmer dengan orang Melayu?




Lepas pusing2 satu taman sambil ambik angin, then petang sikit, ada persembahan drama oleh pelakon2 dan penari2 kat CV tu. Enjoy tengok lakonan dan persembahan diorang. Different area, different cerita, tapi based on culture orang Cambodia laa. Ni baru betul vacation, enjoy the moments :)





Dah puas jalan2 dalam CV, aku rasa nak round bandar Seam Reap lagi, tapi masa dah tak mengizinkan. Dah nak senja dah. So aku mintak driver bawak ke area masjid. Sebelah masjid ada 2, 3 buah restoran Muslim.
Tapi sebab dah teruja nak try famous dish kat Seam Reap - Lembu Naik Bukit, so aku terus tuju ke restoran ni.

tips : Bagitau je kat driver, nak pergi area makanan halal, sebab kat area ni jer ada makanan halal.




Malam tu untuk dinner, aku order 2 dishes - Beef Climbing Mountain dengan Fish in Morning Glory Pond.

Lembu Naik Bukit tu, akak ni masak depan kita. Daging tu akan di marinated terlebih dahulu, then baru masak dengan telur, sayur2 bagai. Bekas nak masak dish ni pun unik - kat tengah2 tu macam menggelembung
ke atas, so macam seolah2 daging lembu tu naik atas bukit masa memasak. Perumpamaan laa...







Bagi aku, not bad laa. Tapi dish Fish In Morning Glory Pond adalah sangattttt sedap! Tak pernah jumpa lagi kat Malaysia, lol!



Lepas makan, rasa macam berat nak jalan even driver tuk tuk aku kata dekat je kalau nak pergi night market. Aku mintak tokey kedai panggilkan driver tuk tuk, ambik aku depan kedai. Punya laa pemalas kan. Bayar USD1 je, memang dekat pun night market tu, lol!



Night market ni ada beberapa bahagian, 3 area kalau tak silap aku. Aku pergi night market area sini je, usha2 dulu, esok baru decide nak beli ke tak. Souvenier, t-shirt, pants tu semua ada laa. Basic things macam rayban, power bank tu pun ada.

ps : tips kalau nak cari t-shirt or pants, sebab design selalunya kalau tak gambar gajah, design gambar Buddha. So cari design gambar Angkor Wat. Balik balik itu je design nye.





Lepas tu aku pergi ke area Pub Street. Meriah betul kat situ, ramai omputih melepak sambil minum beer murah. Ada jugak orang jual juice, jual durian, jual street food kan sini. Pancake pun ada! Tetibe teringat penkek Krabi :P



Kat sini ramai tuk tuk driver akan usha tourist yang nak pakai service diorang. So kalau nak plan apa2 aktiviti untuk day after, boleh la deal dengan diorang. Kalau jalan ke depan sikit, akan nampak Art Centre Night Market, lepas jambatan. Kat sini ada barang2 ukiran dan kraftangan, tapi tak ramai customer. And harga tak pasti murah ke mahal, sebab aku tak survey pun. Kalau nak pergi Hard Rock Seam Reap, jalan ke kiri sikit. HR tu dekat area round about. Tak pun tanya je orang kat situ, "Where is Hard Rock Cafe?"


Dah puas ronda2, so aku pun balik hotel. Simpan tenaga sebab esok untuk day 2, nak pakai tenaga banyak nak jalan2 kat Angkor Wat. Soo teruja!

Thursday, 2 July 2015

Seam Reap, Cambodia - Bajet




Ni bajet aku untuk 4 hari 3 malam.
Aku pergi 2 tempat, iaitu Seam Reap dan Battambang.
Oleh kerana kadar tukaran ringgit kepada USD agak tinggi, so aku memang tak jimat manalah.
Tapi still, dalam bajet aku laa.
Seriously say, bajet aku banyak habis untuk beli air.

So ini bajetnya based on rate USD1 = RM3.60 ;

Day 1 (Seam Reap)
Simcard SMART = $5
Tambang tuk tuk dari airport ke hotel = $5
Town tour by tuk tuk = $7.50 (kalau takde partner, $15)
War museum = $5 (tak berbaloi, tak pergi pun takpe)
Cultural Village = $15 (yang ni best)
Dinner = $8 (2 menu)
Tuk tuk to night market (malas nak jalan sebab perut dah berat) = $1
Beli air  = $3
Shopping
Coffee Cambodia = $10
Kerepek = $5

Total Day 1 = $64.50 (RM232.20)

Day 2 (Seam Reap)
Angkor Wat pass = $20
Beli air = $5
Lunch = $8
Dinner = $6.50
Massage = $3
Shopping
Souvenier = $8
Shawl = $5
Dried Mango = $2
Purse = $4

Total Day 2 = $61.50 (RM221.40)

Day 3 (Battambang)
Tiket bas ke Battambang = $8
Beli air = $5
Lunch = $1.25
Tuk tuk tour = $12.50
Bamboo Train = $10
Naik motor = $3
Kena bagi kat polis = $3
Upah budak = $0.50
Hotel = $4

Total Day 3 = $47.25 (RM170.10)

Day 4 (Battambang - Seam Reap)
Tiket bas ke Seam Reap = $5.50
Air = $3
Lunch = $5.25
Tuk tuk ke aiport = $5
Shopping
T-shirt = $9

Total Day 4 = $27.75 (RM99.90)

So total untuk 4 hari = $201 (RM723.60)

Masa kat Battambang, aku withdraw duit daripada Maybank. Tak payah call bank pun, just buat pengesahan kat mesin ATM

USD50 = RM185 (USD1 = RM3.70)
So total duit poket aku = USD 190 + USD50
= USD240 (RM864)

Tapi bila balik Malaysia, ada balance lagi duit USD, dalam USD16 (RM57.60)
So USD240 - USD16 = USD224 (RM806.40) total duit poket yang aku guna selama 4 hari 3 malam kat sana. Actually bajet boleh kurang lagi kalau tak beli banyak sangat air, tak ambik War Museum, tak makan mewah, tak shopping, tak pergi Battambang. RM300 pun lepas, lol!


Bajet aku sebelum pergi Seam Reap ;
Tiket ke Seam Reap (return) = RM342.08 (include breakfast Nasi Lemak Pak Naser)
Hotel di Seam Reap = RM155.34 (2 malam)
Makanan (bawak pergi) = RM25

So total semua sekali ialah RM806.40 + RM342.08  + RM155.34 + RM25 = RM1,328.82
Lebih kurang macam tu laa...
So korang boleh plan to spend wisely kalau pergi Seam Reap...its all depend on your budget :)

Seam Reap, Cambodia - Persiapan



Lama duk peram cerita pasal Seam Reap ni, baru sekarang ada masa nak tulis sebab aku dah habis exam, dah settle semester, Alhamdulillah. Selepas stress bagai, sekarang baru gian nak menulis balik. Takut nanti peram lama2, lupa pulak, huhuhu.

Ok, ada yang tanya, kenapa Seam Reap? First, sebab Seam Reap ada Angkor Wat. Second, sebab Seam Reap adalah kawasan yang selamat untuk solo bacpacker, especially untuk wanita. Third, sebab Seam Reap is easy to explore. Faktor2 nilah yang menyebabkan aku tetiba je nak pergi Seam Reap, even SR takde dalam list aku.

1) Cuaca

Masa aku pergi SR, cuaca adalah PANAS. PANAS YA AMAT macam Malaysia. The best time kalau nak pergi Cambodia ialah bulan November hingga Februari (peak season), suhu dalam 24 - 26 darjah celcius. Kalau pergi masa low season macam aku, alamat dia bergelen - gelen la air teguk, balik Malaysia kulit gelap macam baru balik bercuti dari pulau.

2) Pakaian

Pakai ler baju macamana yang kau pakai masa kat Malaysia. Oleh sebab banyak berjalan, so pakai la pakaian yang selesa, yang menyerap peluh, warna cerah2.

3) Kasut

Pakai selipar or kasut sport or sneakers adalah digalakkan.

4) Makanan dan minuman

Masa aku buat research before pergi SR, ada yang kata halal food is limited. So beria nih, beli makanan macam nak pergi ke negara yang totally takde orang Islam, bawak macam nak pergi seminggu. Actually, tak perlu sangat pun. Just bawak light food macam snack, junk food sebab masa kat Angkor Wat, tetiba tengah jalan rasa lapar, so makan jap dalam Angkor Wat tu. Bukanla kau kena makan bentang tikar, bawak periuk nasik bagai, melampau tu. Bekal macam roti ke, sneakers ke, biskut ke. Sebab bila dah dalam AW yang besar bapak tu, takkan nak patah balik pergi cari makanan kan, rugi masa. Plus, boleh jimat sikit.

In terms of air, air kat SR harga lebih kurang USD0.75 - USD1. Air mineral around USD0.75 (500ml), air tin USD1, lebih kurang RM3 laa. Aku banyak spend untuk air, tekak kering dan panas ya amat. Sikit2 beli air, sikit2 beli air. Kalau nak jimat, bawak air dari hotel or bawak banyak2. Tinggal larat tak larat je nak pikul.



Ayam Brand Tuna dengan Sambal Yoes tu kena rampas dek Kastam sebab liquid above 100ml tak boleh bawak masuk dalam cabin (handy bag) even aku letak dalam bagpack. Tapi Nasi Lemak, Nasi Tomato, Kari Ayam tu lepas even kalau ikutkan dalam kategori liquid jugak. Kalau ikut rules, memang tak boleh, tapi depend on Kastam jugakla. Diorang tanya aku nak pergi mana, aku cakap la nak pergi Cambodia. Lepas tu buat muka pelik, macam tak pernah dengar pulak Cambodia tu kat mana. Mungkin bagi diorang, Cambodia tu macam takde orang Islam je, so makanan halal limited. Tu yang lepas nasik2 tu bagai, firasat aku la. Yelah, bagi aku Kastam tu pun manusia jugak, timbang rasa jugakla. Yang penting, ekspresi muka tu main peranan. Buat muka kesian dan senyum banyak2, insyaAllah okay. Ceeeee....plus, aku check in pukul 4 pagi, aku mamai2, Kastam pun mamai2.Tak straight sangatla. Tapi tuna dengan sambal dalam tin tu memang banned. Sayu je tengok masa kena rampas tu, huhuhu.

5) Duit


Cambodia ada 2 jenis matawang, USD dan Riel. Masa aku tukar,

USD 1 = RM3.6 / RM3.64
USD 1 = 10, 000 Riel (Cambodia currency)

Kat Malaysia, kau tukar je RM ke USD. Masa kat Cambodia baru tukar sikit ke Riel. Actually, tak tukar pun takpe, sebab kalau beli air dan kita hulur duit USD, orang Cambodia akan bagi balance dalam duit Riel. So boleh la buat beli air ke, benda2 yang murah. Tapi make sure habiskan duit Riel tu kat sana before balik Malaysia, kalau tak, nanti kat Malaysia tak boleh nak tukar dah. Kalau ada duit Riel kat tangan, guna duit Riel dulu, then baru guna USD.

Aku tukar duit macam biasa laa, kat Nu Sentral. Dulu aku cerita kat Spectrum Forex ni takde orang pun kan, laa ni kena beratur laa pulak. Dah ramai yang tau exchange rate kat sini murah ek. So aku tukar RM503.30, dapatla USD 140.


Then aku tukar lagi dekat Midvalley Forex, tukar RM181.75, dapatla USD 50 jee. Masa kat sini, akak jaga kaunter tu tanya, aku nak pergi mana tukar duit USD ni. Aku cakapla nak pergi Cambodia. Dia bagi semua duit baru kat aku. Sebab kata dia, kalau kat Cambodia, diorang terima duit baru dan masih elok je daripada tourists. Duit kemek, koyak, buruk, berlipat, bergulung, tak nak. So simpan dan jagalah USD korang baik2, jangan lipat, jangan kerunyuk, jangan gulung. Leceh kan.


6) Dokumen

Aku ni jenis proper planning punya orang. So sebab plan nak pergi solo, dokumen2 ni aku letak dalam satu fail, kalau ada apa2, senang. Refer je.

a) Salinan fotostat pasport
b) Salinan emel dari agoda.com (pengesahan hotel)
c) Salinan voucher dari hotel
d) Itinenary aku
e) List of budget by day
f) Itinenary flight
g) Boarding pass, copy of boarding pass
h) Alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia di Cambodia


7) Mask

Kat Cambodia adalah berdebu, disebabkan atas jalan raya ada macam2 - lori, bas, tuk tuk, motor, kereta, kereta lembu. So mask adalah wajib jugakla, especially kalau kau jenis cepat sakit or ada masalah paru2. Tuk tuk driver aku panggil "snow in Cambodia" :D Kau perlukan mask ni masa jalan2 naik tuk2. Tapi aku tengok omputih takde pun pakai mask, mungkin diorang kebal la kan.

 RM4.30, kat Wellness Aeon huhuhu

Ok, tu je untuk persiapan ke Cambodia. Nanti aku cerita pasal aktiviti day by day ye. Till then, thanks for reading!


Angry bird aku tertinggal kat aiport Seam Reap :(

Tuesday, 30 June 2015

Fiske Steak House & Asam Pedas - Harga Mampu Makan


Masa makan kat Me' nate hari tu, Man sibok cakap dia suka sangat steak kat Fiske ni, dia kata ayam roasted tu yang paling best dia pernah makan seumur hidup dia.

Fine.
So aku pun tanya laa dia, dah bilanya dia nak bawak aku pergi Fiske tu?



So hari yang lainnya, kitorang pun pergi laa having early dinner kat Fiske ni. Restoran ni dekat AU2, landmark simpang 3 dekat traffic light, dekat medan selera, dekat dengan stesen Petronas.

Kitorang duduk kat bahagian belakang sebab Man nak smoking kan. Bila aku tengok restoran ni, simple je. Kedainya memanjang, ada 3 side - depan, dalam and belakang. Dinding transparent, so that customer kat
belakang boleh nampak tembus sampai ke depan. Dengan alunan muzik jazz petang tu, aku cukup suka dengan environment nye yang santai dan relax.


So kitorang pun order laa. Man makan ayam roasted dia yang dia kata best tu, dan aku try chef recommended, Mix Grill.


Roasted Chicken, RM14.84

Mix Grill, RM21.20

 Mix Grill yang aku makan tu ada 3 ketul daging, yang tengah2 ialah lamb kesukaan aku. Sedap jugak, presentation pun not bad. Harga steak adalah murah bagi aku, tak padan dengan portion nya yang quite banyak untuk sorang makan. Memang tokey kedai ni nak bagi customer dia makan kenyang2.


Sos steak mostly guna sos kacang panggang ni, pandai chef dia buat. Not bad rasa dia.


Saje je motif ambik gambar dekat2, so boleh feel rasa daging tu kalau belum pernah try kat Fiske ni :P


Mash potato dia even rasa plain je, tapi sangat banyak, ok. Atas ada kentang panggang, dalam bowl ada mash potato, kat bawah bowl ada kentang lagi. Memang kenyang la citer dia kan. Plus ada salad to
complete the side dishes.

Bandung RM2, Fresh Orange RM5

Air aku order Fresh Orange dan Man order Bandung. Aku tengok ramai customer order air Bandung ni, sedap laa kot. Servis kat sini cepat, dan menjelang nak malam tu, customer tiba2 ramai, dah penuh dah kedai. Tapi servis dia maintain cepat. Kagum.

Bread Puding, RM8.37

Dan untuk desert, ramai blogger suggest makan bread puding ni, so aku pun order la. Sedap, serius. Dalam puding ni ada aiskrim vanilla, oh my, memang sedap okay. Recommended sangat.

 
Mushroom Soup, RM4.13

Tak cukup bread puding, Man order pulak mushroom soup. Aku tak try pun, perut dah sendat bai. Man makan habis. Dia makan apa pun habis, lol!

Untuk semua menu ni, total including GST : RM55.54 je. Sooooo murah!

 Patutlaa ramai yang datang makan steak kat sini, murah dan bagi aku, not bad. Boleh datang lagi. Recommended untuk orang yang nak makan steak tapi dengan harga yang murah. Unless ko mampu nak makan steak kat Me' nate every week kan.

Set Asam Pedas Ikan Pari, RM25

Second time aku datang nak ifthor dengan Man, aku order set asam pedas yang glamer tu. Kuah asam pedas dia pekat, tapi nasik sikit je, lol! Kalau asam pedas aku suka yang masam, tapi yang ni ok bagi aku. Kongsi dua dengan Man, bukan sebab diet. Sebab kitorang masing2 order chicken roasted. Sedap jugak, patutla Man suka bebenor. Dia kalau hadap ayam tu, aku pun dia tak tengok. Dah makan sampai tinggal tulang, baru angkat muka, tengok muka aku. Sentap sangat tau.

 Masa bulan puasa, aku datang terjah je, tak book apa2 pun. Orang dah ramai, waitress tanya aku kenapa lambat datang. Aku cakap aku tak book apa2 pun, kalau lambat sikit takpelah, boleh tunggu. Tak sampai 15
minit, set asam pedas dah sampai. Habis je makan asam pedas, ayam pulak sampai. Bertukar pinggan aku ha, macam masuk pertandingan makan2, lulz. Soooo good sangat servis dia. Even kedai penuh melimpah
dengan customer pun, servis sangat laju n profesional. So untuk rating servis, aku bagi 5 bintang untuk Fiske :)



So kalau nak try, bolehla cari kat sini
Dibuka pada hari  Selasa - Ahad
Selamat Berpuasa :)

Monday, 4 May 2015

Me'nate Steak Hub - Mahal Sangat Ke?


Dah 2 bulan lamanya aku mengidam nak makan steak. A very good, or at least a good steak I mean. Rasa macam dah lama tak makan steak, paling last kalau tak silap dekat Chilis or TGI.

Simple je restoran dia

Dah lama dengar pasal steak yang best kat Me'nate ni, tapi lepas heboh cerita ada orang pergi makan steak kat sini, total amount bil dia around RM10k, terus simpan hajat nak makan kat sini. Curious nak tau, apa yang mahal bebenor pasal steak kat sini. Boleh baca kat sini cerita yang duk heboh tu.

Ada 3 branches Me'nate kat KL ni, yang aku pergi dekat area Jalan Genting - Klang, sebelah je dengan KL Festival City Mall. Another branches ialah dekat Ampang (dekat dengan Hotel Flamingo dan Ampang International School), dan satu lagi dekat Wangsa Maju, dekat dengan Wangsa Walk.

Bila Man pronounce nama restoran ni - "Menet", aku gelak gila. Aku cakap kat dia, sebutannya "Me-na-te" macam ala2 sebut "binatang" dalam loghat Kelantan..

First impression masa masuk restoran Me'nate ni, ialah, eh simple je restoran dia. Tak macam restoran mahal pun. Less decoration. Bak kata omputih, less is better kan. Meja banyak, orang ramai. Full house.

Baru je duduk, waitress dia dah datang. Dia bagi menu, dan dia persilakan untuk pergi depan, pilih daging. Aku jadi blur2, aku kata nanti aku pergi depan, aku nak take times sikit. Bila tengok orang ramai, aku risau jugak, eh ni mesti lambat sampai order ni. Waitress tu dengan yakin nya cakap kat aku, "Tak lambat pun cik" bila aku tanya, "Lambat tak akan siap?"

 Boleh bajet harga and plan nak makan apa

Lepas dia tengok muka kitorang still blur2, dia mintak kitorang pergi depan untuk pilih daging. So kitorang pun pergilah. Ada 3 freezer kat area depan, satu freezer untuk daging, satu freezer untuk daging kambing, satu lagi untuk daging Wa' gyu. Harga daging Wa' gyu memang mahal, paling mahal ialah RM520, okay. According to my little knowledge, daging Wa' gyu ni import khas dari Jepun, dan antara daging yang terbaik sekali sebab datang dari baka baik. Dan according to someone I knew, Tun Mahathir propose, mintak Malaysia bawak masuk daging baka Wa' gyu ke Malaysia, means tak payah import lagi, ternak terus kat Malaysia ni sebab baka daging ni memang bagus.

 Telan air liur tengok harga steak Wa' gyu

Aku kalau steak, biasanya minat makan kambing. Aku suka kambing, tak kira laa kari kambing ke, kambing bakar ke, I just love kambing. Aku bukan pandai pun makan steak, so bila bab nak pilih bahagian mana tu, aku bertambah lagi blur.

First step, kena pilih daging dulu

Bila orang yang first time pergi Me'nate ni, depa akan pikir, "Eh, harga daging ni je RMxx, belum masuk yang lain lagi? Patut laa mahal". No, no. Setiap bungkusan daging ni, dah letak harga siap2 - termasuk cara nak masak macamana, side dishes, dengan air. Harga pakej orang kata. So pilih je mana yang berkenan di hati, nak daging apa, nak bahagian mana. Dan pilih jugak mana2 harga yang mampu nak bayar, ehehehe. You pay for what you choose :P


Service pun bagus, kalau depa tau customer blur2 nak pilih, macam aku ni, dia akan advice kat kita. Contoh aku nak makan kambing. Dia akan tanya nak yang banyak daging ke, nak banyak lemak ke, nak part mana. So aku pilih yang banyak daging, sebab aku nak makan puas2. Bila tengok daging tu, eh, macam sikit je ni. Bila tengah lapar, unsur tamak memang akan muncul.

Lepas pilih, dia tanya pulak, nak masak macamana. Eh, masak macam biasa laa, kan? Lepas tu waitress tu tunjuk gambar ni.

Then, nak masak style macamana?

 Ok, part ni memang zero. Apa bezanya? Still masak, kan? (kata2 dari orang yang tak pandai makan steak tapi tetap nak makan steak) Kalau tak silap aku, yang part atas tu daging dia even after masak, still kuat rasa daging, dan part yang paling bawah, daging masak betul, or masak gila. So akan kurang rasa daging tu. Kalau tak silap aku laa. Mula2 aku confident pilih "medium" sebab ayat "just nice" tu kan, tapi waitress tu advice, kalau aku boleh tahan rasa darah kambing, ok. Tapi takut tak boleh tahan rasa darah, nanti darah kambing tu naik ke kepala, nanti akan jadi high blood pressure attack. Hurm...sounds scary. So aku pun pilih je "well done" macam yang waitress tu suggest, instead of "medium well". Man pulak pilih daging, nak masak cara "medium well".

 
Picture credit to this blog

Then dah pilih daging, kitorang pergi kat area air pulak. Area air ni kena isi sendiri, self service sebab air boleh refill. Tapi semua air kopi je yang aku nampak malam tu - mocha, latte, coffee. Tongkat Ali pun ada! Even aku coffee lover, tapi aku tak berani nak minum kopi banyak2, takut sakit kepala. Besides, dah malam kan. Kang tak boleh tido.


Lepas dah pergi ambik air sendiri, then kitorang pergi duduk balik. Order untuk menu lain. Teringin nak rasa pasta dia, so aku order Bolognese. Mana tau kot2 steak lambat siap kan, boleh makan Bolognese dulu.

Bolognese, RM10

Dalam masa 10 minit lepas order, sampai. What can I say, sedap. Rasa lemak2 cheese, lol! Satisfied.

Then baru 2, 3 kali suap sambil borak2, our steak has arrived. Dalam masa 20 minit lepas pilih daging tadi. Alamak, nak makan mana dulu ni? Bolognese ke steak??

Lamb Loin Bone (well done) RM57.40

Sedap. Sedap, Puas hati. Nangis :')
Sebab punya laa lama ngidam nak makan steak, then rasa berbaloi tunggu berbulan2, sebab sedap :')
Tak reti nak komen lebih2 pasal steak, tapi its worth the money.
Plus, first time aku makan coleslaw yang sedap, suit to my taste.
Coleslaw dia rasa masam2, tak pasti dia letak what kind of vinegar.
Biasanya coleslaw rasa plain2 je kan. Yang ni masam2, then rasa fresh.
Me like :')
Mashed potato dia ok.

 Ang Striploin (medium well) RM73.80

Ni Man punya.
Bila dia tanya "Nak rasa?"
Eh, of course laa nak. Dia tak tanya pun, aku still nak. Lulz.
Sedap. Puas hati. Tu je nak cakap.
Harga pun, puas hati. Lulz.

Aku punya steak tak habis, ok. Dasar pentamak nak daging banyak2 kan, haa ambik. 4 ketul dia bagi. Bila makan 2 ketul, dah hampir nak stop. Last2 bagi 1 ketul setengah kat Man, suruh dia habiskan. Kalau makan steak kat Chilis, boleh je aku habiskan steak bahu kambing (lamb shoulder) favorite aku tu, sampaikan kalau Man nak rasa sikit, aku cam tak ikhlas je nak bagi, lol. Mungkin faktor usia, dan fakotr perut dah mengecik.
Aku rasa laa. Tu yang tak boleh habiskan tu.

Bolognese aku surrender, tak boleh habiskan. End up mintak waitress tu bungkuskan for take away. Tak baik membazir, since baru makan beberapa suap je kan. Then Man nampak fries, dia nak order fries. Sedap jugak fries dia.

Curly Fries, RM8.00

So as the conclusion, puas hati makan kat sini. Simple restaurant, but worth it for your money. Cuma yang tak best tang nak masuk area restoran ni, leceh. Aku tak suka benda yang leceh2. Pusing2, baru jumpa restoran dia. In terms of location, tak susah pun nak cari sebab landmark KL Festival City Mall tu besar. Dekat dengan Uptown Danau Kota. Total amount untuk makan semua ni (including GST), around RM150.
Suprisingly, lagi rendah berbanding makan kat Chilis.

Any info needed, boleh tengok kat FB page sini.

Sunday, 15 March 2015

Merayau rayau di Pasar Seni


Hari Sabtu tu aku dah plan nak pergi KL Sentral, semata nak beli kad TNG. Aku sampai pukul 12, office TNG tutup pukul 1 tengahari. Sejam aku tunggu, orang ramai kat situ. Disebabkan kad TNG di merata2 Petronas dah habis, so terpaksa laa aku beli kat sini. Bila tiba nombor giliran aku dipanggil (aku orang last sekali kena panggil even aku bukan orang yang last datang), aku terus tanya soalan bertubi2 pada cik yang jaga kaunter tu ;

Cik TNG : Mintak IC Cik.
Aku : Eh, nak beli kad TNG pun kena isi form?
Cik TNG : Kalau ada IC, tak payah isi form Cik. Just nak check je.
Aku : Oh, ok. Sekarang ni kalau nak beli kad TNG, kena beli kat office TNG je ye? Petronas dah tak jual?
Cik TNG : Eh, tak Cik. Sekarang ni kad takde stock, so kami stop sekejap jual kat Petronas. Design pun tinggal satu jenis je. Takpe ke Cik?
Aku : Oo...macam tu ke. Design tak kisah apa pun.

Gitulah soalan2 aku pada cik tu. Kad touch no go aku dah lama tak reload, plus design lama pulak tu. Maybe dah tak relevan. So, aku kena beli yang baru. Nanti nak masuk tol batu 3 tu dah tak boleh pakai cash. Either kena pakai kad atau smart tag. Hub office TNG kat KL Sentral ni dibuka hari2 kecuali hari Ahad. Hari Sabtu bukak pukul 8.30 am sampai 1 tengahari. Kedudukan hub TNG ni agak tersorok, just cari tempat atm machine, atau hub YES, atau hub MAS. Dekat2 situ je.

Settle beli kad, aku terus naik LRT ke Pasar Seni. Dah lama tak naik LRT sejak ada kereta. Dah 6 tahun kot. Tiba2 je aku nak naik public transport ni sebab aku nak cut cost in term of entertainment. Dah sambung study ni kan, kena jimat sikit la. Sampai je Central Market, perut aku meragam mintak diisi. Padahal dah makan before keluar, haish. Susah laa camni nak diet. So lepas tengok barang2 kat street luar, aku menuju ke restoran Es Tellar, restoran Indonesia yang aku dah aim dulu masa first time datang. Seriously, aku ingat ke restoran ni restoran ayam penyet, tapi takde pun menu ayam penyet. Frust sikit. Tapi sebab dah lapar, aku order je Nasi Goreng Ekor dan Teh Botol.


Isi perut dah settle, baru boleh pergi usha2 CM dengan senang hati. Harap2 aku takde rasa nak beli apa2 kat CM. Hew Hew Hew. Aku naik tingkat 2 dulu sebelum jalan2 kat tingkat bawah. Kebanyakannya kedai jual baju, jual pants, jual shawl. Tak dinafikan, aku suka style dan design kat CM. Bohemian, loose dan mostly fabrik cotton dan linen. Tapi harga memang tak murah. Agak mahal laa, macam nak mencekik tourist pun ada gak. Kalau souvenir tu aku tak pasti laa sebab tak beli, tapi in terms of kain batik ke, mahal oii! Macamana nak kata one of tourist attraction, aku yang orang Malaysia ni pun tak tertarik dengan harganya. Kalau tawar pun, tak boleh tawar banyak.

Bila aku masuk satu kedai nyonya ni, aku tertarik dengan baju2 dan pants yang dia jual. Cantik, dan kena dengan tastes aku. Mata aku dah aim pada seluar Aladdin warna Emerald Green tu, tangkas je tangan aku menyambar. Dan tangkas jugak nyonya tu suruh aku try. Aku dah aim nak pakai seluar tu masa kat Krabi nanti, hew hew hew. Aku keluar dari bilik persalinan dengan gembiranya. Tapi bila nak bayar, aisehmen. Tak cukup duit pulak. Oleh sebab nyonya tu tak terima debit card, so aku cakap kat dia aku pergi cari mesin atm dulu. Muka dia nampak sedikit hampa, mesti dia ingat aku nak lari dan tak jadi beli. Tipikal Malaysian.

Tapi honestly, aku memang rasa nak lari pun sebab aku nak save duit, hahaha. Niat aku memang nak usha2 je CM, tak nak beli apa2. So aku turun bawah, sebab tingkat atas aku dah habis tawaf. Sambil2 cari atm machine, aku ronda2 kat tingkat bawah pulak. Ah, dalam hati aku, kalau dah rezeki nyonya tu, tak ke mana nya. Aku beli jugak pant tu walau aku macam acuh tak acuh.

Dekat tingkat bawah, mostly peniaga di CM jual souvenir, makanan dan ada jual yang jual pakaian jugak. Aku tengok ada peniaga jual shawl dari Kashmir, bila tengok harga, mak aih - RM120! Ni betul2 mencekik dah ni. Ceh, tunggu aku pergi Kashmir je lah, aku borong banyak2 shawl kat sana. Oh, bilalah dapat pergi Kashmir ni!

Peniaga yang jual makanan ada jugak orang Bangla, fasih berbahasa Melayu tapi tetap ada lenggok Bangla. Sebab diorang leka melayan tourists, aku yang pure Malaysian ni diorang tak pandang pun. Yelah, kat tourist lah hang nak kelentong kan. Aku pergi kedai hujung sekali, ada makcik yang duduk bersandar di tepi rak sambil memegang handphone. Terkial2 dia menaip sesuatu di telefonnya, antara sedar dengan tidak bila aku masuk kedai dia. Kedai dia sangat biasa, tak banyak barang makanan macam kedai2 kat depan yang dimonopoli oleh orang muda dan orang Bangla. Entah kenapa aku rasa kesian dengan makcik tu, aku pun terbelek kerepek2 kat kedai dia, dan terbeli kerepek2 itu. Keadaan dia nampak macam tak berapa sihat, tu first impression aku. Selesai akad jual beli, aku terfikir sesuatu. Entah2 makcik tu main Forex, mana nak tau? Lagi berduit daripada aku, jual kerepek tu kerja part time je. Dont judge a makcik by her kedai kerepek, okay.

Dah usha2 kedai di Malay Street dan Indian Street, aku masuk pulak dekat area Chinese street. Dekat hujung sekali, ada uncle Cina tengah baca paper Cina, pakai kanta pembesar. Mesti dia ada masalah mata. Masa aku jalan2 sambil menjeling2 kedai dia, aku ternampak gambar Siti Nurhaliza, artis kegemaran aku. Gambar masa dia muda. Dan ada artikel disebelahnya. Fikiran aku mula tak fokus. Aku keep walking forward, usha2 kedai di situ, tapi aku rasa macam nak patah balik, nak baca apa yang ditulis pasal Siti tu.

Rupanya, tu kedai tilik nasib. Oh, nilah uncle yang glamer tu. Yang pernah tilik muka Siti Nurhaliza dan muka Mawi. Sebelum masuk, aku mintak izin dengan uncle tu untuk baca artikel pasal Siti, dan aku bagitau dia aku fan Siti. Dia pun memandang aku sedikit kehairanan sambil mengangguk, tanda beri izin. Lalu dia teruskan pembacaan dia.

Artikel berkenaan Siti tu ada gambar Siti masa dia muda2 dulu, belum pakai tudung. Menurut artikel tu, dikhabarkan yang Siti akan berkahwin dengan kerabat diraja. Kalau bukan kerabat diraja pun, dengan orang kenamaan atau orang yang bukan calang2. Takde pulak artikel tu kata Siti akan kahwin dengan duda anak empat. Nampak sangat aku kena tipu masa remaja2 dulu, choii. Melampau laa kan boleh tilik nasib orang sampai bagi detail sangat status duda anak 4, lol! Tahi lalat Siti di hujung bawah bibir, kiri pun ditilik. Dikhabarkan Siti akan menempa kejayaan yang luar biasa, kaya raya. Hidup Siti akan bahagia, mewah. Tapi Siti takkan terlepas dari menghadap fitnah dan unsur2 yang nak menjatuhkan dia sepanjang masa.
Terus aku teringat yang aku pun ada tahi lalat di kedudukan yang sama. Mula lah aku berangan2 sambil tersenyum perasan, akan kaya macam Siti. Perasan sangat.

Artikel kat bawah poster Siti tu pulak adalah artikel pasal Mawi. Tapi aku tak baca pun, sebab aku tak minat Mawi. Memang pernah aku terbaca dalam paper Metro dulu2 masa Mawi mula2 naik lepas menang AF, yang ada orang tilik nasib dia based on muka dia. Tak silap aku pasal kekayaan dan kejayaan yang dia capai. Aku tak baca artikel pasal Mawi tu, cuma aku ternampak beberapa perkataan sepert "Suami", "Panas Baran", "Marah". Itu je. Bila dah balik, nyesa pulak aku tak baca. Eh, tak rugi pun kalau tak baca sebenarnya.

Sedang aku leka membaca artikel pasal Siti tu, tiba2 uncle kedai tu kata ;

"You are stubborn."

Aku menoleh kat dia. Eh, apa hal pulak uncle ni. Cari gaduh ke apa, tetiba sound aku stubborn lak. Tapi aku sedar diri yang aku dalam kedai dia, so lantak dia laa nak cakap aku apa pun. Aku cakap kat dia sambil tersenyum, "Erm...maybe"

Lepas tu dia kata lagi, "You are really stubborn person. If people say 2, you say 3. If people say 3, you will say 4. You will never listened".

Terpecah gelak tawa aku bila dengar apa yang dia "tilik" pasal aku. Antara admit atau tidak.

"You have married? Or married already before?"

Bila tetiba dia tanya aku bab kahwin, aku terus jadi interesting. Aku jawab dengan muka yang naif, "Not yet. Am not yet married". Suasana jadi hening seketika.

Aku tengok uncle tu mengerut2 kan muka dia, macam kehairanan. Maybe first time "tilikan" dia salah. Lepas tu dia bawak keluar sekeping kertas kecik dan pen. Dia bertanya pada aku, "If you dont mind, can you give me your birth date?"

"But I have 2 birth date. Which one you one?"

"The one that stated on your cert.birth", dia cakap.

So aku bagi jelah kat dia birth date aku. Saja nak melayan uncle ni, sebab dah laa aku masuk kedai dia semata nak baca artikel je kan, bukan nak service ke apa. Macam kurang ajar pulak kalau blah camtu je. Apa salahnya layan orang tua, as a respect sign.

Lepas dia kira2 mende ntah aku tak tau, dia berkata pada aku, "Your aim  is very high in life. You want a bungalow, with swimming pool. Very high. Very ambitious".

Sekali lagi ketawa aku pecah. Sebab aku actually tak suka orang "tilik" aku even aku suka "baca" orang. Tapi dengan uncle ni, aku tak boleh lari. Dia sambung lagi,

"You have a bad temper. You hard to manage your anger"

Cepat2 aku angguk dan admit apa yang dia kata tu.

"Yes, I am. Maybe its from my father's gen"

Uncle tu mengangguk2 tanda setuju dengan kata2 aku.

"You dont trust people".

Bila dia cakap camtu, aku senyum lebar. Dalam hati aku cakap, "Orang tua ni macam tau2 je aku tak caye apa dia cakap pasal aku". Dua tiga kali jugakla dia repeat ayat ni, maybe dia tau apa yang tersirat kat fikiran aku.

"Why you not marry yet?" Dia tetibe tanya pasal kahwin pulak dah.

Aku tak jawab, cuma mengangkat bahu tanda "I dont know".

Bab kahwin tu yang buat muka di berkerut2, then sekali lagi dia kira apa ntah kat kertas tu. Aku acuh tak acuh je tengok dia kira.

"From your past, you have experienced a sad life. A man had make you sad. Thats why you marry late".

Past? My past? Mende pulak orang tua ni merepek. Oh, aku teringat. Agama dia kan percaya tentang karma dan kelahiran semula, so dia kaitkan reason aku tak kawin lagi dengan "my past". Tapi, as a sign of respect, aku tak admit nor deny it. Aku dengar je.

Aku tak minat nak tau pasal kahwin, tapi dia berminat nak "tilik". Dia kata, "Youv will marry soon. Soon. This year. Or next year".

Dia kata lagi, bakal suami aku tu tua. Orang tua. Atau lagi tua dari aku. Tiba2 aku teringat kat Man. Memang dia jauh tua dari aku pun, lol. Apa2 jelah uncle oii.

"Your love life, your sex life is good. You are a romantic person". Kembang kempis hidung aku bila uncle tu kata aku romantik. Memang aku romantik pun, tak payah tilik, aku tau dah tu. Eh?

Sambung uncle tu lagi, "You worry too much about your family. You love to travel and you will travel a lot"

Bila uncle to cakap je pasal travel, terus aku gembira.Gembira sangat. Aku cakap kat dia, "Yess, I love to travel. Travel is fun".

Ada satu perkataan yang dia sebut pasal leader or leadership aku, tapi oleh sebab dia cakap laju dan dengan keadaan dia yang ok tak ok, aku tak berapa faham. Either dia cakap aku "want to be a leader" atau "can be a great leader", aku tak pasti, tapi yang aku dengar cuma ayat last, "But your leadership skill is weak".

Mungkin dia "tilik" aku ni ada bakat nak jadi leader, atau aku nak jadi leader, tapi aku tak layak untuk jadi leader. Apa2 jelah uncle, I dont give a damn pun. Kalau dah takdir aku jadi follower, maka follower lah aku. Tak mati pun tak jadi leader, plus bukan semua orang dilahirkan dengan bakat untuk jadi leader.Tapi bila aku tanya dia, "But one thing I dont understand, why people always sabotage me. Especially in my career?"

Uncle tu tak jawab. Daia tanya aku balik, "Sabotage?" Aku jawab, "Ya, sabotage. In my career".

Uncle tu senyum je, tak jawab. Ceh, benda yang aku nak tau dia tak jawab pulak. Benda yang aku dah tau, dia sibuk nak bagitau. Baik aku "tillik" diri aku sendiri je, lol!

Bila dia tak jawab, aku sendiri jawab persoalan aku untuk cover malu, "Hurm..maybe its my fate, right? My fate that people will sabotage my career". Uncle tu mengangguk2 sambil tersenyum lagi. Eh, aku yang tanya, aku sendiri yang jawab. Apa ni.

Soalan last aku tanya dia, ialah soalan "I can be a rich person or not?" Aku saje tanya dia camtu, nak tengok apa reaksi dia. Yang lain2 tu aku tak nak tau sebab aku dah tau, bab ni je aku nak tengok dia jawab apa. Mungkin masa aku tanya soalan ni, aku nampak cam tegas dan seolah2 kalau uncle tu cakap no, aku akan bertukar jadi naga dan tanya "WHY NO????". Cepat je dia angguk2 kan kepala dia, "Yes, yes, you can. You can be rich". Hahaha..kelakar pulak aku tengok. Memang ler boleh jadi kaya kalau ditakdirkan memang kaya dan berusaha kan. Tu semua ketentuan Allah.

Lepas cakap terima kasih kat uncle tu sebab dia sudi melayan aku, aku pun blah dan meneruskan pencarian machine atm. Bila aku beredar, aku nampak tiba2 ada pelanggan nak masuk kedai dia, mungkin diorang nampak aku dalam tu, so baru berani nak masuk. Seronok jugak sembang dengan uncle tu. Paling tak boleh blah, lepas dia highlight kelemahan2 aku yang ketara, yang mana aku sendiri dah tau dan orang lain pun tau, lastly dia cakap, "You dont worry. You are good person".

Pulak dah. Tang mana yang good tu, tak tau lah aku kan.

Mungkin rezeki dah tertulis untuk nyonya tingkat atas tu yang aku akan "bagi" duit kat dia hari ni, aku terjumpa atm machine yang tersorok di belakang kedai2 lorong belakang. Lepas withdraw duit, aku terus menuju ke kedai dia di tingkat atas. Bila dia tengok aku terintai2 kat kedai dia, dia pun teringat. Mungkin dia dah agak yang aku tak jadi beli sebab punyalah lama aku "cari" atm machine kan. Dia memang simpan seluar tu untuk aku. Agak terkilan jugak sebab aku tersasar niat daripada tak nak beli apa2, tapi beli jugak. Tapi bila tengok pant cantik tu, aku pujuk hati sendiri, "Dah rezeki nyonya tu, nak buat camne"

Ayat pujuk diri sendiri untuk tidak rasa bersalah sebab dah tershopping. Tipikal shopper.

Sebab pada mulanya, nyonya tu mintak laki dia untuk teman aku ke machine atm, tapi aku menolak dengan baik. Sebab aku antara acuh tak acuh nak beli. Beria pulak nyonya tu nak mintak laki dia temankan aku kan, sebab katanya atm machine tu agak tersorok. Memang tersorok pun.

"Thats why I ask my husband to accompany you. I sure you will lost". Muka nyonya tu cam bangga sebab dia tau aku sesat. Padahal aku tak sesat pun, saja lengah lengahkan masa.

Even takde customer kat kedai dia dan aku satu - satunya customer dia, aku mintak kurang pun tak boleh. Kedekut betul. Dengan alasan pant yang aku beli tu berkualiti. Yelah, memang fabric dia bagus tapi aku ni bukan tourist, lagipun kedai ko tu bukan ada orang masuk pun. Getus hati aku yang dah habiskan RM70 untuk seluar Aladdin tu. Nasib baik cantik, so tak terkilan sangat. Aku pun menabur janji manis pada nyonya yang kurang nak cakap bahasa Melayu tu, "Next time I will come to your kedai lagi". Dia ketawa gembira sambil cakap," Terima kasih". Eh, tau cakap Melayu rupanya nyonya ni. Ingatkan tak reti. Tipikal Chinese Malaysia.

Lepas dah habis round satu CM, luar dan dalam, aku cepat2 beransur ke LRT sebab takut kalau aku tershopping lagi. Habis duit aku nanti. Bukan boleh percaya aku ni. Masa dalam LRT, aku teringat kata2 uncle tukang tilik tu tentang aku. Actually, apa yang dia bagitahu aku, semuanya aku dah tau. Aku dah "tilik" diri aku sendiri. Antara admit atau tak je. Antara redha atau tak je. Tapi aku redha. Kalau macam tu nasib aku, aku redha. Kalau aku tak ditakdirkan kaya seperti yang aku mahu, aku redha. Sebab rezeki, jodoh, semua Allah dah tulis. Kadang2 kerisauan melanda diri aku, like apa yang aku nak susah sangat nak dapat, atau tak dapat. Umur dah makin lanjut, tapi apa yang aku harapkan, tak menjadi. Cepat2 aku istighfar, dan ingat konsep qada' dan qadar. Kalau dah begitu, begitulah. Selain daripada bersedih, hidup ini juga terlalu singkat untuk dihabiskan dengan kerisauan tanpa penghujung. Just enjoy, ingat Tuhan, tingkatkan amal ibadat, jangan menganiaya orang, tolong orang kalau orang mintak tolong. Aku selalu mengingatkan diri aku yang aku dicipta untuk beribadah kepadaNya. Bukannya untuk risau dan sedih dengan benda2 yang aku tak dapat. Kalau Tuhan nak bagi, Dia akan bagi. Tapi kenalah usaha jugak, bukan duduk kat rumah dan mengangkang saje. Teringat pulak uncle tu "tilik" aku, dia cakap aku ni jenis, kalau takde duit, aku akan duduk rumah. Hahaha, memang laa. Dah takde duit, duduklah rumah diam2. Benda yang dia "tilik" pasal aku tu tak bagi manfaat apa2 pun, just general info je.

Tapi jauh di sudut hati aku, aku memang nak jadi kaya. Aku nak travel selalu. Dan aku nak hidup bahagia dan gembira.Ustaz kata, doa mampu mengubah takdir. Jadi berdoalah, sebab hanya Allah penentu segalanya, hanya Alah yang boleh mengubah apa yang Dia nak ubah.

ps : Masuk tandas kat CM 50sen tau, tapi tandas dia sangat bersih dan ada berdeko kan tradisional. Siap ada orang selfie lagi kat dalam tu, hahaaha. Parking fees agak mahal, around RM4 kalau tak silap aku, per hour. So better naik LRT je, tak jauh pun menapak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...