Sunday, 27 February 2011

Makanan untuk Orang yang Berdiet

Sebelum ni, aku tak berapa berkenan nak cuba - cuba makan oat ni.
Sebab pernah try bancuh dengan garam, makan macam ala2 nestum tu.
Tapi hasilnya, tak lalu pun dan tak habis sebab TAK SEDAP LANGSUNG.

Aku pun baca laa kat google, faktanya oat lebih elok dimasak.
Yela, bancuh dengan air panas pun kira masak laa kan.
Tapi maksud di sini ialah masak oat atas api.

Resepi kat bawah ni hasil google lan aku, tapi aku ubahsuai sikit laa ikut citarasa lidah aku kan.
So, bolehlaa try yek.
Harus diingatkan, bila makan oat, kadar untuk berasa lapar semula adalah tinggi sebab oat low in calorie and carbs. Sebab tu oat dimakan untuk berdiet.



Bahan - bahan
Oat (dalam 10 sudu makan)
Garam (secukup rasa)
Bawang besar (kalau besar sangat ambil separuh, kalau sederhana ambil sebiji)
Ikan bilis (segenggam)
Lada sulah (secukup rasa)
Serbuk lada hitam
Carrot
Minyak untuk menumis
Air

Cara Memasak;
1) Mula - mula (ayat skema), tumis bawang sampai kekuningan.
2) Masukkan pula ikan bilis. Ikan bilis ni bolehlah samada nak ditumbuk dulu secara hancur / tidak, atau tak nak tumbuk pun takpeee...
3) Campurkan serbuk lada hitam dan garam.
4) Kemudian, tuangkan air dalam anggaran separuh mangkuk. Masukkan oat.
5) Perlahankan api. Jika agak pekat, tambah lagi air. Jangan sampai cair sangat pulak.
6) Masukkan carrot dan serbuk lada sulah.
7) Masak hingga menggelegak. Siap.

Resepi oat ni rasa macam bubur lambuk pun ada. Sedaplah kalau nak dibandingkan masak dengan garam je kan.
Oleh sebab aku suka masam2, jadi aku bubuh hirisan tomato sekali dalam oat ni.
Dan oleh sebab aku suka pedas, so aku campur jugak dengan lada hitam.
Boleh jugak kalau nak tukar carrot tu dengan kacang peas + jagung. Pun sedap jugak.

Oh ya, oat pun boleh dimasak dengan susu dan pisang, tapi kalori akan bertambah sikit lah.
Tak tau laa sedap ke tidak, tapi ikut rasa lidah masing2 yek.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...