Sunday, 2 November 2014

Persiapan Untuk Ke Korea (Musim Luruh)

Bulan ni adalah sangat terujaaaa sebab nak pergi holiday at oversea - KOREA!

So, this is my first time pergi oversea and pergi Korea. Pergi dengan kawan dan register pakej dengan Kembara Sufi. Actually, Korea is not in my list tapi nak tunaikan hasrat member yang nak sangat pergi ladang buah, so I okay je. Lagipun, memang nak sangat pergi holiday kat oversea, Korea pun best what.

Bila first time experience, memang zero, tak tau and tak reti nak pack apa, nak check apa as a preparation nak pergi sana. Ada jugak dapatkan tips daripada member2 yang pernah pergi Korea, tapi bukan masa fall season ni. Orang lain pergi musim sejuk, so takkanlah kita nak bawak baju main salji masa musim luruh, kan? Nanti orang kata excited bebenor sampai salah apparel.

Just simple preparation, hoping can give a little guidance pada yang baru nak pergi Korea jugak.

1) Check temperature and weather.
Boleh je tanya agen about cuaca dan berapa suhu kat sana masa nak pergi tu, tapi kalau nak lagi accurate, boleh check kat website tentang forecast weather. Macam table kat bawah ni, boleh check kat link sini. Then bolehla tau nak bawak baju tebal mana, aksesori apa nak kena beli and so on.


2) Exchange rate

Up date on 4/10/2014 ;



So, bajetlah berapa nak bawak gi sana nanti. Aku aim tak shopping sangatlaa (lalalala) tapi bila duk baca blog2 traveler yang dah gi sana, kosmetik kat Korea sangatlah murah. Terus teringat produk2 Skin Food yang memang asal kat sana terus heavy breathing. OMG. Cukup ke nak bawak RM500 jee??

 Aku tukar duit kat Midvalley Forex, currency change masa tu 1000 won bersamaan RM3.17. Kalau tukar kat airport mahal, kalau tak silap aku hari tu bank charge RM3.24. Better tukar siap2 sebelum pergi airport.

3) Barang Keperluan
Bab ni aku memang pakar, siap list out lengkap lagi dari sekecik2 item hinggalah sebesar2 item yang nak dibawak, sebab aku paling tak suka, sikit2 nak beli padahal kau boleh je pack from sini kan. Tapi aku tak taulah either semua barang2 yang list out ni berguna tak kat sana nanti as this is my first time kan, haruslah excited nak bawak semuaaa benda macam luggage tu besar sangat.

A) Apparel
 - Baju tido and seluar tido sepasang dah le. Bukan busuk pun, bukan berpeluh pun kat sana macam kat Malaysia ni yang tetibe kau tengah tido, macam mandi sauna. Ahaks! (I love my country ;) )
 - Baju jalan macam blouse, sweat shirt, hoodie and seluar jalan yang comfort, kalau boleh daripada cotton atau wool sebab ada yang jenis cepat sejuk kat peha kan. Aku usha fall n winter collection kat Uniqlo which is harga affordable, tak payah beli mahal2 kot macam kat kedai2 untuk traveller tu. Plus, fashionable lagi.
 - Winter coat. Sebab kadang2 weather hujan, jadi elok sangat bawak winter coat ni untuk elak angin yang sejuk. Boleh usha kat sini untuk winter coat yang cantik dan harga berpatutan.


 - Mafela or shawl. Bawak je sebab tak tau lagi cuaca kat sana macamana kan. Plus, shawl pashmina sangatlah selesa, boleh jadi selimut jugak. Aku bawak pashmina yang member aku bagi je, then mafela tu nanti nak beli kat HNM or Uniqlo
- Innerwear (atas dan bawah) dan heattech. Heattech ni macam inner or shirt yang material dia bagi kita panas bila pakai, which is sesuai sangat gi Korea time fall season ni kan. Contoh Heattech ialah macam kat gambar ni yang diambil daripada website Uniqlo, range daripada inner, legging, socks dan gloves. Harga antara RM69.90 ke RM39.90





 - Aksesori macam stokin, sarung tangan nipis. Sarung tangan maybe perlu sebab takut nanti tangan jadi kebas sebab terlampau sejuk. Tak perlulah tebal sangat macam nak main salji, bukan musim winter pun. Stokin perlu untuk tiem tido dan time nak pergi jalan. Bawak lebih sikit sebab nanti berbau .. hihihi.
- Towel kecik, in case nak lap2 muka and tak lupa kain sembahyang dan sejadah kecil, kalau ada. Kain sembahyang kalau boleh bawak yang jenis material ringan sebab senang nak sumbat dalam beg masa jalan2.

B) Toilettries
Oleh sebab barang2 Skin Food semuanya gedabak2 botol dia and ada yang guna botol kaca macam toner tu, so better just beli botol kecik2 yang sesuai untuk travel sebab tak makan banyak space. Dalam botol2 tu boleh la letak toner, serum, moisturizer, sunblock, emulsion dan apa2 cream ntah.


 Semua yang comel2 ni adalah free gift / samples from Skin Food - kapas muka, toner, emulsion, cream, serum. Krim sunblock tu je aku beli. Jimat ruang dan tak berat. Sangat suka!

Cukup untuk 5 hari kat Korea

- Kit makeup
 - Berus gigi, ubat gigi, facial wash, shampoo. Aku jenis yang tak boleh guna shampoo sebarangan, nanti rambut jadi layu dan tidak bermaya. Nak flip rambut nanti pun tak macam dalam iklan, lol (perlu ke?) So haruslah aku bawak shampoo sendiri dalam botol kecik jugak.


 Ni semua dalam toilettries pouch

 - Lotion, lip balm or Vaseline. Cuaca sejuk akan mengeringkan muka dan bibir dengan cepat, jadi benda2 ni memang sangat wajib, kalau tak nanti bibir jadi luka sebab kering sangat.
 - Deodorant, perfume
 - Tissue, wet tissue, hand sanitizer, pad, panty liner. Kat sana bila nak poo or pee depa tak guna air, so wet tissue amatlah perlu dibawa. Hand sanitizer pun perlu sebab takkan sikit2 kau nak basuh tangan kan (hygiene lah sangat)

C) First Aid Kit
 - Handyplast
 - Minyak Gamat
- Minyak Gosok
- Minyak Cap Kapak
 - Panadol, pil selsema (yang tak mengantuk) perlu in case anything happen masa kat sana kan (tapi harap2 takde apa yang happen laa). Letak je semua ni dalam pouch atau uncang kecik, senang nanti nak cari kalau nak guna.

Semua aku pack dalam beg kecik, senang nak bawak dan letak dalam sliding beg


D) Food
 - Milo 3 in 1
 - Maggi (wajibbbbb!!)
 - Biskut2
- Bubur segera
- Sambal kering ikan bilis / rendang
Kat sana nanti sejuk, so bila sejuk mesti cepat lapar. Hihihi ....



E) Gadjet
 - Powerbank
- Kamera
 - Charger
- Universal / Travel adapter
 - Battery spare
- Memory card spare


Travel adapter ni aku beli kat All IT, harga RM12.00. Check dulu kod negara yang nak pergi sebab ada banyak kod untuk adapter ni. Kalau tak sure, boleh tanya sales assistant kat situ. Kat belakang adapter ni ada tulis negara Korea, so senang laa. Ada 2 jenis adapter, satu Universal Adapter, satu lagi Travel Adapter. Universal adapter ni untuk semua jenis electric cord, so tak payah risau salah beli ke atau nak kena tengok kod negara. Range harga dalam RM30 - RM50. Kalau Travel adapter pulak, biasanya untuk negara2 khusus yang pakai electric cord jenis sama. Selain daripada All IT, boleh jugak cari di kedai2 farmasi (area travel item) atau di AEON BIG. Harga dalam RM10 - RM20.

F) Others
 - Payung
- Rain coat
- Beg plastik
- Pad pemanas (Heater pad)



Heat pack ni aku beli kat Daiso Aeon Maluri, sebab kat Daiso MV dah habis. RM5, ada 7 pack dalam tu. Cara pakai ialah bukak plastik, letak pack tu dalam poket kiri kanan. Then bila rasa sejuk, genggam2 sampai rasa panas. Boleh jugak letak dalam gloves. Tahan selama 7 jam. Berbaloi.

Update lepas balik dari Korea ;

Suhu waktu pagi dan malam adalah SANGAT SEJUK, suhu waktu pagi boleh cecah 5 - 8 darjah celsius, dan waktu malam suddenly from 22 darjah celsius, tetibe boleh drop ke 14 darjah celsius. Maklumlah, pergi waktu hujung Autumn dan nak masuk Winter dah. So, apparel yang kena bawak adalah ;
1) Winter Coat / Jacket  = Orang Malaysia tak biasa dengan cuaca sejuk, so kena pakai jacket tebal sikit lebih kurang macam winter jacket. Winter Coat dengan bulu2 juga adalah sangat bagus. Bawak jacket sehelai, winter coat sehelai, cukup. Sebab kat Korea nanti boleh beli lagi.



2) Mafela / Shawl = angin sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat, bersin dan boleh dapat flu. I have experienced this, bila angin sejuk lalu, hidung rasa tersumbat dan pedih kat dalam. Silap2, boleh dapat sakit. So memang perlu benda ni, especially yang kurang daya tahan antibodinya.
3) Sarung tangan, stokin = sarung tangan nipis adalah wajib, aku beli kat Daiso je RM5, lol. Takyah tebal sangat, sebab pakai waktu pagi dan malam je. Tapi waktu petang kadang2 angin sejuk, so kena pakai jugak. Stokin pun kena pakai. Tengok orang jugak la, macam aku, kaki tak sejuk sangat, tapi tangan cepat sejuk. Tapi aku bawak je stokin. Sarung tangan aku bawak sepasang je, stokin bawak 2,3 pasang. Masa tido tak pakai stokin pun takpe sebab sistem floor heater dah cukup untuk memanaskan kita masa tido sampai kena bukak sliding door, lol!

Semua ni beli kat Daiso Midvalley. All RM5 per item

4) Heattech = Aku tak tau laa kenapa heattech macam takde function untuk aku masa kat sana, tapi aku beli n pakai je. Anggap jela macam pakai inner. Actually tak beli pun takpe, sebab lepas pakai t shirt tebal, pakai jacket kat luar. Heattech aku beli satu je, kat Uniqlo.



5) Seluar = tak semestinya pakai jeans tapi kalau jenis kaki cepat sejuk, jangan pakai legging. Legging memang bagus sebab boleh ringankan luggage, tapi sejuk kat sana boleh tahan ke? Bawakle seluar jeans satu, dan seluar lain yang agak tebal. Seluar aku bawak 4 pasang untuk 5 hari.
6) Hoodie, fleece shirt = Hoodie yang aku beli kat Uniqlo sangatlah best, it keeps me warm even tak pakai jacket kat luar pun. Dan aku bawak fleece long sleeve shirt yang aku beli kat Uniqlo last year, but still kena pakai jacket kat luar sebab tak cukup tebal.

Kalau kasut pulak, I have learnt from my shit mistakes, pakai flat shoes je masa gi sana, tetibe hambik ko, ada aktiviti hiking for 10 minutes! OMG. Sangatlah bahaya ok pakai flat shoes masa hiking, plus sebab flat shoes tu jugaklah, aku jatuh masa kat Seoul sebab sibuk ambik gambar. Shitty experience, jatuh kat Seoul. Ko mampu?
So kasut yang wajib dibawak adalah sport shoes atau sneakers, kasut jalan2 yang tapak rata (bukan flat, sebab bagi aku flat shoes tak sesuai untuk bawak jalan2 sebab nanti tapak kaki sakit sebab takde cengkaman) atau kasut boot yang bukan bertapak tinggi. Yang penting kasut tu comfy, safe and bergaya. Lol!

Boot pun boleh beli kat bundle, banyak je yang berkualiti. Tips : Better jangan pakai boot yang bertali, sebab kalau kat airport, susah nak tanggalkan kasut kalau lalu kat scanner, scanner dapat detect ada besi dalam boot. Macam aku, aku pakai boot yang berzip, senang.

Semua toilettries yang aku senaraikan adalah wajib, especially Vaseline Petrogel, Lip Balm dan Vaseline Lotion. Semua ni kena pakai masa kat sana kalau tak nak bibir kering mengelupas then berdarah, and lotion sangat wajib dibawak sebab kalau tak apply to all over your body masa kat sana, masa last day or masa dalam flight nak balik Malaysia, korang akan tergaru2 sebab gatal, kulit nak mengelupas. Kalau tak nak tergaru2, then please apply lotion.

Macam shower foam atau shampoo memang ada disediakan di hotel atau apartment kat Korea, botol besar lagi  (tapi tak boleh bawak balik macam kat Malaysia ye) so either nak bawak atau tak, terpulang pada korang. Selain penggunaan wet tissue yang penting masa masuk tandas, kalau jenis yang tak selesa pakai wet tissue, kena bawak botol kosong satu untuk tadah air kat sinki, then bolehlah masuk tandas sebab kat sana takde paip air ye dalam toilet tu. Bawak botol mineral kosong 500ml pun takpe.

 Bau coco ni sangat best, rasa macam nak makan, lol

Titbits macam biskut, maggi and so on, suprisingly tak abis pun sebab accomodation yang Kembara Sufi sediakan adalah sangat memuaskan hati. No complaints from me at all. Just, waktu dinner kat Korea sangatlah awal, pukul 6 lebih ke 7 malam camtu.  So by night, mesti lapar especially lepas mandi. Masa kat sana, untuk supper aku bedal roti yang disapu Nutella, buat milo panas atau makan biskut je. Yang lain2 aku tak sentuh pun. Tapi kalau ada sambal kering, lagi umph! :D

Yang tak wajib dibawak adalah tuala kecik (kat hotel ada), payung & rain coat. Itu je. Oh ya, lupa nak bagitau. Better bawak rayban / sunglass sebab waktu pagi di Korea adalah panas yang silau. So siapa2 yamg mata tak tahan silau, pakailah rayban. Aku tak bawak pun, tak perlu.

Lagi satu, mostly hotel atau apartment takde seterika atau kalau ada pun, kena kongsi by main pass pass seterika tu. Kalau nak convenient, bawak je seterika sendiri. Kalau takut luggage berat, beli yang portable iron tu, boleh tengok kat lazada, harga dalam RM100 sebelum promotion. Kalau malas nak bawak seterika, bawak pakaian atau tudung yang tak payah gosok atau yang tak berkedut kalau tak gosok.

Lastly, untuk duit shopping pulak, masa kat Seoul je korang akan habiskan duit tu, so bajet untuk orang yang tak berapa nak shopping ialah RM300 - RM500, dan bajet untuk yang gila shopping pulak ialah RM1K - RM3K. Kat sana ada banyak tempat nak tukar duit, tapi hati2 masa tukar dan tolong kira sendiri dengan bawak kalkulator sendiri. ATM pun ada, tapi tak semua tempat ada Global ATM. Gambar nanti aku tunjuk dalam next entry hokay.

Selamat berpacking :)

Autumn di Korea Hari Pertama

4 comments:

  1. Boleh tak bagi link check cuaca tu ?

    ReplyDelete
  2. Salam. Nice info. Boleh share tempat menarik yg dikunjungi di korea?

    ReplyDelete
  3. Niceinfo...nk tanya luggage u bwk yg saiz 24" ka atau smaller..rasa nk bwk smaller tp takut nnti tk de ruang untuk letak brg shopping balik nnti

    ReplyDelete
  4. Niceinfo...nk tanya luggage u bwk yg saiz 24" ka atau smaller..rasa nk bwk smaller tp takut nnti tk de ruang untuk letak brg shopping balik nnti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...