Sunday, 1 May 2011

Dah tutup???

Biasanya, kalau time aku nak mari period nih, keinginan aku adalah pelik2.
Pelik2 bukan le bermaksud nak makan babi ke, nak makan biawak ke hape. Haram tu.
Aku akan terliurkan benda yang masam2 macam asam pedas ke, tomyam ke, tomato ke.
Atau rasa nak makan cheese (selalunya burger cheese Mc'D la), atau coklat atau french fries.
Ntahla, aku pun tak paham kenapa selera aku bila nak period macam tu.
Selagi tak dapat tu, duk terbayang2, mulalaa meleleh air liur macam bayi yang mengidam sesuatu.
Okla, aku tipu je bab meleleh air liur tu. Hahahahahaha...

Dulu masa duk Puchong, aku suka satu kedai ni.
Kedai ni dalam Tesco Puchong. Nama kedai ni ialah Nooraini's.
Pemilik kilang Nooraini's yang buat biskut raya, kek tu (Puan Nooraini's).
Aku dengan housemate aku memang suka lepak kedai ni, sebab kedai ni simple je,
tapi best. Antara menu yang kitorang suka order ialah;


Ok, kat atas tu memang makan untuk 2 orang. 2 orang.
Tapi, baru2 ni setelah dah berbulan aku tak pergi makan kat kedai tu,
aku rasa sedih bila tengok kedai tu dah takde :(
Dah ganti dengan kedai lain dah...aku tak tau bila masa...

Antara menu terbaikkk dia ialah, Laksa Sarawak ;


Nasik lemak dia, bagi aku, not bad laa..but not my favorite one ;


Kalau cucur udang dia, sos dia yang paling besttt! Aku tak tau diorang buat camne sos ni, tapi memang terbaik ah! wallah!


So, bila kedai dia dah tutup ni, aku tak tau nak cari mana laksa sarawak yang best kat muka bumi KL ni.
Nanti laa aku try usha2 cawangan Nooraini's, ataupun pergi kilang Puan Nooraini tu tanya.
Selain tu, aku paling suka laksa penang dia (aduii, kecur pulak air liur aku bila teringat!) dan set lunch - Nasi lauk Singgang.
Mengada2 kan, padahal nak buat kuah singgang tu punya laa senang, nak jugak makan kat kedai.
Kiranya bila makan singgang tu, kerinduan aku pada kampung halaman terubat sikit laa..hahahaha (sebenarnya malas nak masak kan).

Kat sini aku sertakan blog mamat ni, dia pun ada cerita pasal Nooraini's ni la.
Tapi aku tak tau pulak yang dulu nama kedai ni Laksa Paradise.
So korang boleh laa tengok gambar2 yang dia ambik, terutamanya gambar laksa penang tu...

1 comment:

  1. Oh yum yum! This made me hungry, like what you stated in your intro. Hehe.
    Watch movie online

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...