Saturday, 25 July 2015

Seam Reap, Cambodia - Day 2 (Part 2)


Previous entry aku tak cerita pasal sejarah Angkor Wat ni kan.
Ok, kalau baca kat Wikipedia, ianya bersumberkan sejarah Cambodia lah.
Tapi kalau sumber dari kita, Angkor Wat tu planner nya ialah Raja berketurunan Melayu ;

"Sebenarnya, selain daripada Jayavarman II, yang dimana keturunannya merupakan raja-raja Melayu yang memerintah Cambodia, terdapat sebuah susuk yang dipersetujui oleh para sejarawan bahawa datang daripada sebuah kerajaan Melayu Segenting Kra (Isthmian Malay) bernama Tambralingga.
Memperkenalkan kepada anda, seorang raja Melayu yang pernah memerintah Kemboja, dan dinasti ini dikatakan datangnya daripada sebuah kerajaan Melayu dari Selatan Kemboja, iaitu Tambralingga. Namanya ialah Suryavarman I.
Mari kita belajar secara ringkas kehebatan raja agung Suryavarman I ini:
a.) Toleransi beragama yang diamalkan oleh Suryavarman I apabila tidak memaksa para pengganut Hindu Devaraja memeluk agama Buddha bagi menjaga takhtanya.
b.) Empayar Khmer mula meluas ketika di bawah pengaruhnya, Dengan bantuan ayahnya yang memerintah Tambralingga, baginda memulakan dasar perluasaan kuasa Angkor sehingga menjadi sebuah empayar hebat. Antara negeri-negeri yang dimasukkan ke dalam jajahan takluknya ialah Negara Mon di Sungai Menam, Tanah Dataran Korat. Kemudian Suryavarman I meluaskan empayarnya ke bahagian selatan sehingga ke Segenting Kra dan juga utara Chiang Mai.
c.) Membina sebuah projek yang sangat mengagumkan iaitu West Baray. Teknologi membina sebuah tasik untuk mengairi seluruh tanaman di Angkor ini memang menakjubkan. Berukuran 7.8 kilometer x 2.1 kilometer, adalah sangat mengagumkan apabila seorang raja Melayu memerintah mampu membina sebuah takungan air yang sungguh menakjubkan.
Tidak cukup dengan itu, sejarawan Khmer iaitu Keng Vannsak pula mengatakan bahawa terdapat sebuah Dinasti raja-raja Melayu Champa yang pernah memerintah Khmer. [Dinasti itu dimulakan oleh Jayavarman VII (1181 – 1217) kemudian diteruskan oleh Indravarman II (1218 – 1242), dan diakhiri oleh Jayavarman VIII (1243 – 1294)"

Prasat Bayon, banyak muka macam gambaran Buddha. Atau muka Raja Jayavarman?


Banyak lagi fakta2 yang menarik, boleh baca kat sini.
Asalnya pembinaan Angkor Wat ni manifestasi kepada agama Hindu, tapi ditukar kepada agama Buddha.
Tapi banyak patung2 Buddha yang takde kepala, aku terbaca kat somewhere katanya, kepala2 Buddha itu dicuri.
Angkor Wat adalah salah satu warisan yang dilindungi oleh UNESCO.

"Salah satu pengunjung Barat perintis yang mengunjungi candi ini antara lain António da Madalena, seorang biarawan Katolik Portugis yang mengunjunginya pada tahun 1586 yang menyatakan "Sebuah bangunan yang luar biasa yang tak mungkin digambarkan dengan pena, karena tidak ada bangunan lain di dunia ini yang menyerupainya. Bangunan ini memiliki menara dengan hiasan yang sangat halus dan indah yang hanya bisa diciptakan oleh manusia jenius."[6] Pada pertengahan abad ke-19, candi ini dikunjungi oleh ilmuwan dan penjelajah Perancis, Henri Mouhot, yang memperkenalkan situs ini ke dunia Barat melalui catatan perjalanannya, ia menulis:
"Candi ini—menyaingi (kemegahan) Bait Salomo, dibangun oleh Michelangelo purba—pantas menduduki tempat terhormat sebagai salah satu bangunan terindah (di dunia). Bangunan ini lebih besar dari segala peninggalan Yunani atau Romawi, dan menyajikan kontras yang sangat menyedihkan dengan kondisi kini yang jatuh terpuruk ke dalam kebiadaban."
So tak ke kau rasa bangga sebagai orang Melayu, atau sebagai keturunan Melayu?
Sumber adalah dari sini. 
Even orang Melayu dahulunya beragama Hindu, Buddha, tapi Allah akhirnya mengtakdirkan Islam agama yang menambahkan lagi keagungan peradaban tamadun Melayu di Asia Tenggara.

Ok, lepas meng explore Angkor Wat, driver bawak aku ke Prasat Bayon.
Another great architecture of classic building, like, wow!


Bahagian bawah

Kat sini adalah bertingkat2.
Kat bahagian bawah takde apa sangat, memang kena panjat sampai atas.
Tapi kat atas tu hazab betul panas dia, seolah2 matahari tegak atas kepala kau je.
Sampaikan aku yang tahan panas ni, dah tak tertahan panasnye.
Prasat Bayon bukan laa besar macam Angkor Wat tu.
Tapi bila dah ramai orang naik atas, kau akan rasa cepat2 nak turun.
Oh ya, Prasat Bayon memang diilhamkan untuk agama Buddha oleh Raja Jayavarman 7.
Ada 216 "wajah2" di Prasat Bayon ni. Boleh baca sumbernya di sini.

Bahagian  atas



Macam Angkor Wat jugak, ada part yang telah runtuh, di bina semula oleh pasukan geologist.
Tapi bukan main letak je atau bina balik ikut sesuka hati sendiri.
Re construction bangunan2 yang history ni sangatlah makan masa, sebab nak kena buat kajian, kena hati2, kena ikut plan asal.
Sayang laa kan daripada biar je runtuhan2 tu, so better la bina balik.
Yang penting, unsur klasik nya dikekalkan.


Sekali tengok macam main letak2 je kan batu2 tu, tapi bila tengok betul2, macamana orang zaman dulu boleh bina bangunan yang macam ni? Yang strukturnya mengagumkan macam ni? Memang genius dan bertamadun!


Bahagian belakang Prasat Bayon

Aku kat Prasat Bayon ni sejam je, sebab tak tahan panas terik.
Lagipun tak besar, so boleh proceed ke tempat seterusnya.
Macam biasa, driver aku biar aku explore every single part puas2, haa posing lah kau puas2 kat dalam tu.
Dia pi tido kat mana ntah.

Lepas aku pusing2 cari driver aku, dia tanya, aku tak lapar ke? Nak pergi makan dulu ke?
Aku cakap aku belum lapar gila lagi, still boleh nak jalan2 lagi.
Lagipun aku bawak snack sikit kan, so takdelah kebulur pun.
Kalau ikutkan nature aku, pukul 12 memang aku dah meroyan lapar nak nasik.



So the last one ni adalah candi yang famous, iaitu Angkor Thom.

"Angkor Thom is in the Bayon style. This manifests itself in the large scale of the construction, in the widespread use of laterite, in the face-towers at each of the entrances to the city and in the naga-carrying giant figures which accompany each of the towers."



"I meet you at the other side ok?" kata driver aku masa dia drop aku kat depan Angkor Thom.
Sebab plan Angkor Thom ni ialah, masuk kat depan, keluar kat belakang.
Angkor Thom ni jadi bertambah famous sejak filem Thom Raider buat penggambaran kat sini.
Lagipun, aku excited nak tengok structure pokok2 yang dah meliputi dan menyelubungi sebahagian binaan candi ni.
Bila tengok, akan rasa wow! Amazing!

Sebelum masuk, akan ada guard yang akan check tiket kita dulu sebelum masuk.
Sebab tu aku kata, simpan tiket masuk tu baik2.
Kalau tak tunjuk tiket, tak boleh masuk.

Tapi.
Kecewa betul aku, masa aku nak masuk dalam site ni (especially part pokok2) tu.
Dalam site tu ditutup utuk restructure :(
Sedih :(
Lagipun diorang tengah siapkan platform untuk visitor berjalan dalam site tu, sebab terlalu banyak batu2 runtuhan, susah kalau nak jalan.
Me is so frust :( :( :(

So end up aku duduk2 je kat luar.
Hurm.
And aku rasa laa kan, tak rugi pun kalau hired tour guide bila masuk Angkor ni.
Sebab mungkin ada cerita atau facts yang kita tak tau, yang takde dalam internet.
So bagi aku a little bit investment untuk tour guide kalau pergi tempat2 history macam ni adalah berbaloi.
Lagi2 kalau kau spesies malas membaca kan. Cerita pasal sejarah pulak tu.



Aku dekat Angkor Thom ni sekejap je, tak sampai sejam pun sebab tak dapat nak masuk site dalam tu kan.
So aku pun jalan keluar.
Masa nak sampai ke pintu gerbang keluar, ada beberapa budak2 yang jual souvenier macam fridge magnet, dompet kecik, berkumpul kat situ.
Ada jugak orang dewasa yang jual buku cerita tentang Angkor Wat.
Aku mula2 tu nak jugak beli buku tu, harganya USD1 ke USD3, aku tak ingat dah.
Tapi bila fikir, info2 tentang Angkor Wat aku boleh dapat dalam internet je, so aku cancel nak beli.
Kedekut punya traveller :D

Budak2 yang jual souvenier tu duk persuade visitors untuk beli.
Aku rasa rimas sikit bila dah ramai push2 macam tu.
Yang paling tak boleh blah, ada sorang budak ni. Umur dalam 11 or 12 tahun maybe.
Dia keep pushing me to buy her souvenier, "Cheap maam, 1 dollar only maam, please buy from me".
Memula tu aku senyum je kat dia sambil angkat tangan means, "No, thank you".

Matahari makin meninggi, cuaca panas makin terasa.
Tiba2 aku rasa nak marah sebab aku contact driver aku, dia tak respond.
Ada ramai driver tuk tuk yang tunggu diorang punya customer kat situ, tapi aku tak nampak driver aku.
Banyak kali aku pusing, sampai aku rasa nak giveup, then rasa nak buat gila dengan jerit kat situ.

Budak perempuan yang duk push beli tu keep chasing me, even aku kata aku tak nak dengan gaya yang sopan lagi manis.
Oh my, dia ekori aku lagi sampai aku rasa saka aku masuk meresap dalam badan. Tanda2 nak mengamuk.
Even aku cakap "I dont want" pun dia still push aku.
Dengan cuaca panas, tak jumpa cari driver aku. rasa nak marah.
"Please buy maam, please buy from me" budak perempuan tu tak putus asa paksa aku beli.

Tetiba aku berhenti depan lopak air tu.
Aku betul2 nak marah masa tu. Aku rasa nak tengking budak tu, "I DONT WANT TO BUY! DO YOU UNDERSTAND ME??????"

Seriously, muka aku dah merah masa tu. Aku tak nampak dah orang di sekeliling.
Aku tenung budak tu dengan rasa amarah aku. Dia pun berhenti depan aku.
Bakul yang berisi fridge magnet masih berada di tangan dia.
Sebelum nak marah, aku teringat kata2 dalam ceramah ustaz Kazim, kalau nak marah orang, jangan tengking, sebaliknya guna "deep voice" ala2 Morgan Freeman.
So that orang yang dengar our deep voice tu akan takut. Akan rasa psikik.

"I dont want to buy. You get it? I. Dont. Want. To. Buy."
Aku tenung budak tu dengan muka serius.
Kalau ikut saka aku, memang dah lama aku tengking budak tu, sebab dia memang degil sangat.
Tapi gila kau, aku ni bukan kat Malaysia.
Aku ni sekarang dekat negara orang. Negara orang, okay.
Nanti kalau aku tengking budak, buatnya driver tuk tuk yang tengah berkumpul ramai2 kat situ datang kerumun aku, tak ke haru?
Confirm masuk berita nanti, tajuknya "Malaysian tourist scold poor Cambodian kid".
Terus kena ban, takleh masuk Cambodia dah.

Budak tu memang degil.
Bila aku tenung dia, dia tenung aku balik. Oh my!
Kenapa lah aku yang kau pilih??
Padahal ramai lagi tourist kat situ, kenapa aku jugak???
Aku mengucap banyak2 dalam hati.
Aku dah lama tak rasa nak marah orang macam ni.
Mungkin saka aku dah masuk Islam barangkali.
Sebab aku sangat behave bila marah, tak baran macam dulu2.

Dalam rasa nak marah meletup2, aku sempat berfikir.
Dia budak yang miskin dan terdesak dengan kehidupan, lalu dia mendesak orang lain untuk memenuhi kehidupan dia.
Kalau aku tak fikir dia tu budak miskin yang terdesak, dah lama dah dia kena maki dengan aku masa tu.
Tapi aku sempat merasionalkan minda aku yang berada di bawah separa sedar.
"Jangan marah, jangan marah" pujuk diriku dalam hati.
Atau mungkin malaikat yang sedang memujukku supaya tidak buat gila di negara orang.

Bila dia dengar deep voice aku yang ala2 Morgan Freeman tu, dia pulak yang marah2 aku sambil menghempas fridge magnet yang dia pegang, ke dalam bakul.
Lalu dia pun pergi meninggalkan aku sambil menghentak hentakkan kaki, tanda tak puas hati.
Astaghfirullah! Aku mengucap banyak2 masa tu. Bukan ke aku yang sepatutnya marah???

Aku masih tak nampak driver aku masa tu.
Eh, rasa nak maki pulak driver aku ni.
Lepas beberapa kali aku pusing area situ, aku ternampak dia melambai2 aku.
Rupanya dia dekat pintu gerbang, tapi tersorok daripada driver2 yang lain.
Patutla aku cari tak jumpa!

Dalam rasa nak marah, aku masih mampu tersenyum depan dia.
Sebab dah jumpa kan, so hilanglah rasa nak marah.
Then aku terfikir, scam macam ni lagi dahsyat kat India, so mampu ke aku tahan??
Kalau yang macam ni pun aku rasa nak meletup, kat India nanti lagilah macamana?
Confirm saka aku naik gila balik. Confirm.




Habis sudah setengah hari pusing di Angkor Wat.
Perut pun dah lapar, so driver aku bawak ke tempat yang sama lagi.
Kali ni aku makan Fried Rice Muslim. Biasa je.
Kalau nak kelainan, aku suggest try Nasi Goreng Loklak.

Actually kalau aku tak nak pergi lunch, aku boleh proceed lagi jalan2 kat area Angkor Wat ni.
Sebab aku ada terbaca blog siapa ntah, diorang ada naik bukit, panjat tangga bagai kat candi mana satu ntah.
Kenapa laa driver aku tak suggest pun pergi kat situ? Haishh...
Aku rela je berlapar kalau seharian dapat explore semua tempat kat Angkor Wat ni.
Even driver aku kata dia akan bawak aku pergi ke 3 candi paling famous, tapi tak worth it laa aku dah bayar dia for whole day kan.
Isk. Ok nyesal tetibe. Damn.


Nasi Goreng Muslim. Muslim sangat.

Ice Coffee with Milk, atau Kopi Cambodia yang sedap sangat! 
Aku ketagih kopi ni.

Masa tengah makan, driver aku datang duduk depan aku.
So kitorang pun having a little chit chat.
Cerita pasal Angkor Wat, cerita pasal Cambodia.
Aku tanya dia, government dia ok tak.
Dia cepat2 geleng kan kepala.
Aku curious, "Why?" tanyaku.
Dia kata kerajaan dia tak baik sangat.
Hidup di Cambodia adalah susah.
Kalau nak buat pasport, bayarannya ialah USD150, tapi valid sampai 3 bulan je.
3 bulan je?? Oh my.
Ramai orang Cambodia yang berhijarah ke luar, especially pergi Thailand atau Korea Selatan.
Bila aku tanya dia, bila nak datang Malaysia?
Dia senyum je, seolah2 impian nak pergi Malaysia tu macam mission impossible.
Dia kata lagi, boleh nampak perbezaan antara orang kaya dengan orang miskin kat Cambodia.
Kalau kaya, kaya sangat, kalau miskin, miskin gila.
Tak ramai orang kaya kat Cambodia ni, and biasanya rumah diorang besar, halaman rumah pun besar.
Orang2 kaya terdiri daripada orang kerajaan, dan orang atasan kerajaan.
Aku tanya dia, ada satu parti politik je ke kat Cambodia ni?
Dia kata ada lebih kurang 20, tapi tak pernah menang tiap kali pilihanraya.
Even ramai yang vote parti lain, tapi parti lain tak pernah menang.
Dan rata2 diorang tak suka orang Khmer.
Orang Khmer kejam, dan kurang ajar.
Banyak aku jumpa perkataan "Khmer Rouge" kat Seam Reap ni, aku ingatkan Khmer Rouge tu bangsa asal kat sini.
Yang lagi sadis, diorang tak dapat nak luahkan atau kutuk2 kerajaan diorang, kalau tak alamatnya mati kena tembak kat situ.
Aku cerita la kat dia, masa aku kat airport Seam Reap, pegawai tu kasar gila, siap pau aku RM10 lagi.

Orang Islam adalah minoriti kat Seam Reap ni, sikit sangat.
So makanan halal adalah sangat limited.
Bayangkan kalau yang majoriti Buddhist pun susah nak hidup, inikan pulak yang Muslim sebagai minoriti.
Tapi orang Cambodia kat Seam Reap rata2 pandai berbahasa Inggeris.
Kecik ke, besar ke.
So takde masalah komunikasi kalau datang sini, yelah rezeki diorang memang sangat bergantung pada tourists kan.
Aku pernah baca kat somewhere yang ada kes pick pocket kat Seam Reap, tapi Alhamdulillah, sepanjang kat sini, aku okay.
Aku rasa Seam Reap memang bandar yang selamat. Dan orang2 dia baik2 dan sangat helpful.
Even kau tanya driver tuk tuk pun, diorang tak tipu kau dan willing nak tunjuk arah macamana nak pergi satu2 tempat tu.
Kalau yang kerek tu, tu mesti Khmer Rouge. Lol!


Killing Field, sejarah sedih untuk orang Cambodia

Dah habis borak2, driver aku tanya, nak pergi mana pulak lepas ni.
Masa tu aku dah takde apa2 plan, so aku mintak je dia bawak aku pergi mana2.
Dia bawak aku pergi kedai2 jual kraftangan Cambodia, kedai jual cincin.
Yang rata2 bukan level aku lah nak shopping.
Aku masuk kejap, then tak sampai seminit, keluar balik. Hehehehe.
Agak boringlah macam ni, tapi nak buat camne kan.
Then dia bawak aku pergi Killing Field, one of historical place.
Takde apa sangat yang nak tengok kat sini, tapi sejarah di sebalik Killing Field ni sangat penting bagi orang Cambodia.
Pernah dengar nama Pol Pot? Then boleh baca kat sini apa kaitan dia dengan Killing Field ni.
Oh ya. Killing Field ni takde bayaran untuk masuk pun.


Lepas tu, driver aku tanya, esok apa plan aku.
Aku cakap laa, esok aku dah plan nak pergi Battambang.
Tapi aku belum beli tiket lagi.
Terus dia suggest bawak aku pergi tempat nak beli tiket, which is under agent.
Oklah, aku pun tak kisah sangat sebenarnya, sebab aku pun tak tau kat mana stesen bas kat sini.


KamPong Cham tu mungkin tempat Melayu Muslim yang diperkatakan. Aku tak tanya pulak harga berapa nak pergi sana. InsyaAllah kalau umur panjang, aku singgah ke situ.



So urusan beli tiket pun dah settle.
Aku kena ada kat depan hotel pukul 7 pagi esok macam tu.
Sebab ada bas yang akan ambik aku depan hotel, untuk dibawa ke stesen bas.
Orait, senang kerja.

Cuaca makin panas, aku pun tak tau nak buat apa lagi, driver aku pun tak suggest pergi mana2 tempat lagi.
So aku pun mintak dia bawak aku ke Old Market, aku nak jalan2 kat sana.
Sambil window2 shopping, sambil basahkan tekak kat kedai makan.
Actually aku tak berani nak cuba any fruit juices sebab pernah terbaca cerita blogger yang bila balik Malaysia, cirit sebab minum street fruit juices kat sini.

Sebelum hari gelap, aku balik hotel dulu untuk mandi.
Dah berpeluh dan hapak sebab dari pagi berjalan kat Angkor Wat kan.
Lepas mandi dan settlekan apa yang patut, aku pergi lagi ke restoran yang sama untuk dinner.
Tokey kedai tu dengan family members dia semua dah kenal aku, siang malam makan kat situ.
Bukan tak nak cuba kat kedai lain, tapi kat kedai lain tu macam ada takde je pelanggan, so kurang yakin sikit.
Plus, makanan kat sini sedap, terasa nak cuba semua menu dia, lulz.


Fried Fish with Three Tastes (Ikan Tiga Rasa) dengan Fried Chicken with Chilly


Dragon Milk Shake yang sedap. Recommended!

Masa makan tu, tokey kedai tanya aku, berapa lama aku kat Seam Reap.
Aku cakap sampai hari ni je, esok nak pergi Battambang.
Bila aku sebut Battambang, tetibe dia like, "Battambang??? That is my hometown!"
Terus dia bagi aku satu name card.
Dia kata adik dia driver tuk tuk kat Battambang, kalau aku nak, boleh contact adik dia kat sana nanti.
Aku pun terus je ok, sebab aku pun takde janji dengan mana2 driver kat sana kan.
Alhamdulillah, Allah permudahkan plan aku.
Lagipun diorang ni semua Muslim kan, so aku pun berniat nak bantu sesama Muslim lah.
Family diorang ni berbisness rupanya, abang tokey kedai, adik pompuan waitress, adik lelaki tukang masak, adik lelaki sorang lagi driver tuk tuk. Complete, hahaha.
Bila adik perempuan dia dapat tau aku nak pergi Battambang, terus mata dia bersinar2, cerita pasal hometown dia, then dia ada suggest aku nak buat aktiviti apa kat sana.
Bila aku tengok dia excited bercerita, aku tanya, "You miss your hometown so much, right?"
Dia angguk laju2. Dia kata lagi dia akan balik masa bulan puasa nanti. Dia nak makan macam2.
Touching jap aku.

Lepas makan kenyang2 dan say goodbye pada mereka sekeluarga, kali ni aku jalan kaki je balik, sebab dah familiar sangat dengan area kat sini kan.
Ewah, berlagak.
Kat sini terlalu lah banyak bar, macam2 jenis bar kau boleh jumpa kat sini.
Paling takleh blah, ada bar nama "All Same Same, But Here Is Different".
Padahal semua sama je aku tengok.
Lepas jalan2 kat Night Market, aku pun decide nak buat aktiviti urut mengurut.
Kat sini banyak pusat nak urut2, so pilih je mana yang berkenan.
Aku massage depan hotel aku je, senang.
Lepas layu kena massage, boleh balik hotel terus, tido.
Nampak tak kat situ aku memang kuat tido orangnya.

Bapaklah best bila dah seharian berjalan sana sini, lepas tu kena urut kan.
Sempatlah aku borak2 dengan tukang massage aku tu.
Awek tu dah kawin, ada sorang anak.
Dia siap tunjuk lagi gambar family dia kat aku.
Dia kata, orang Malaysia punya English sangat bagus.
Dia teringin jugak nak datang Malaysia, tapi tak mampu.
Aku tanya dia, how much your salary working here?
Dia kata tak cukup, sebab kat situ boss dia ambik ramai tukang urut, so bayaran pun sikitla.
Dia kata dalam USD3 macam tu, tapi tak taulah aku seminggu ke sebulan.
Takkan sebulan kan. Teruk bebenor kalau sebulan.
Dia kata nak bela sorang anak pun cost tinggi, so kalau nak buat anak lagi tu, kena pikir lapan ratus kali.
Kesian nya.

Lepas sejam kena lenjan dengan awek tu, badan aku jadi lemau gemalau.
Rasa dahaga pulak lepas kena urut, so aku pi minum sekejap kat area2 situ.
Then balik hotel, packing barang sebab esok dah nak check out to next destination.


Tuesday, 21 July 2015

Kerutuk Daging


Tetibe pulakk nak tulis entry pasal resepi Kerutuk Daging ni di celah2 entry Seam Reap.
Motif? Motifnya adalah sebab aku suka makan Kerutuk Daging.
Dan aku selalu masak Kerutuk Daging.

Buat yang tak pernah dengar nama masakan ni, ianya ada mirip macam rendang laa.
Tapi bahan2 dan cara masak tak complicated macam rendang.
Cuma tempoh nak masak tu agak lama, sama macam masak rendang.

Boleh pilih either nak masak daging atau ayam.
Aku tak pernah try masak Kerutuk Ayam, selalu buat Kerutuk Daging je.
Rempah Kerutuk ni susah nak cari, aku first jumpa pun masa balik hometown.

Resepi originally ambik dari sini, tapi aku tulis jugak2 laa cara2 nak masaknya.
Sangat sedap bila makan dengan nasik panas, atau roti putih.
Yummeh!



Bahan2 ;

500gm daging / ayam
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat (atau satu kotak santan 200-250gm)
2 sudu kicap pekat
1/2 keping gula melaka
2 sudu besar kerisik

Untuk menumis ;

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 tangkai bunga lawang
3 tangkai bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Minyak untuk menumis
Air
Garam



Cara - cara ;

1. Potong daging kecil - kecil. Bersihkan. Toskan.

2. Kisar 1/2 biji bawang besar, bawang putih dan halia.

3. Campurkan bahan kisaran dengan rempah kerutuk. Bubuh air sikit untuk jadikan pes. Campur sekali cili giling.

4. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dulu sampai wangi.

5. Masukkan campuran pes kerutuk tadi. Masak sampai terbit minyak.



6. Masukkan daging. Gaulkan.

7. Masukkan santan. Biarkan seketika dan gaul sekali sekala. Tambah air sedikit demi sedikit, ikut citarasa
sendiri laa nak pekat banyak mana. Jangan cair sangat, jangan pekat sangat ye. Pepandai laa adjust.

8. Lepas 15 minit camtu, masukkan kicap pekat, kerisik dan gula melaka. Masak lagi sampai kerutuk bertukar jadi warna gelap. Last sekali masukkan garam.

9. Agak2 dah pekat, tutup api. Then boleh makan. Kbai.

Monday, 13 July 2015

Seam Reap, Cambodia - Day 2 (Part 1)


Hari kedua adalah hari yang ditunggu.
Gigih bangun pagi2 bersiap, sebab dah janji dengan driver tuk tuk, pukul 6.30am ambik aku kat depan hotel.
Tapi driver aku ni pulak salah hotel perginya, entah hotel mana dia singgah.
Dah aku kena tunggu dia pecut tuk tuk dia tu.

Bagus driver aku ni, siap ada container untuk isi air sejuk. Kalau ambik trip dengan dia, dia akan bagi air mineral percuma.


Reason bangun pagi2 ni adalah sebab nak catch sunrise kat Angkor Wat :)
Ingatkan tak sempat, tapi Alhamdulillah, dapat jugak peluang.
Dalam 15 minit perjalanan ke Angkor Wat, kiri kanan aku hutan je.
Even hutan tak tebal mana pun, cuaca sejuk jugak.
Aku perasan ada beberapa omputih yang naik basikal untuk ke Angkor Wat ni.
Boleh sewa basikal kat Seam Reap ni, harga kalau tak silap aku start from USD3. 
Omputih kan suka benda2 adventure ni. 
Ada peta, compass, dah cukup dah.
Lagipun pagi2 ni tak panas kan.



Nak masuk mana2 Angkor, mesti tunjuk pass ni, so jangan hilangkan yek. Kalau hilang, nanti kena buat yang baru, mahal tu, USD20.


Sebelum masuk ke kawasan Angkor, driver aku berhenti dekat kaunter untuk buat pass masuk.
Pass masuk ni siap kena ambik gambar lagi tau, macam ambik gambar passport tu.
Tapi ni terus je ambik gambar kat situ, takde studio2 bagai.
Aku beli pass masuk untuk one day entrance, harga USD20.
Pusing laa satu Angkor tu sampai tercabut kaki kau.
Ada jugak pass untuk 3 hari, seminggu camtu.
Ikutlaa berapa hari larat nak pusing2 dalam Angkor tu.

Then, sampai di Angkor Wat. Alhamdulillah :)

Subhanallah :)

Sempat jugak tengok sunrise even dah terlambat sikit.
Punya laa ramai orang nak tengok sunrise, ada yang sampai panjat tembok.
Photographer pun ramai, aku tengok macam2 jenis kamera, lens diorang bawak.
Bosar godang lak tu. Nak dapat the best shoot punya pasal kan.

Subhanallah, berbaloi sangat bangun pagi2 camni.
Sunrise di Angkor Wat cantik, rasa macam nyaman je.
Like, kagum tengok senibina Angkor dari jauh, berlatarbelakangkan cahaya matahari.
Something that you cannot miss when you visit Angkor Wat.

Dalam 20 minit camtu menghayati keindahan ciptaan Tuhan, so aku pun gerak ke depan. 
Menuju ke Angkor Wat.
Rasa sangat excited dapat pergi tempat bersejarah macam ni.

Across the bridge


Bayang2 4 tiang Angkor Wat dari jauh


tips : bawak air mineral banyak2 ye, sebab masa ni cuaca adalah sangat kering dan panas. 
Sebotol kecik tu pun tak cukup. 

Oh, ya! Aku tak ambik breakfast lagi, just pack some biscuits, Sneakers, potato chips untuk alas perut.
Dalam area Angkor Wat ni ada je gerai makan, belah kiri. Berlambak.
Cuma Halal issue tu aku sangsi laa, sebab terbaca menu nasi goreng yang ada pork gitu.
Nak minum je pun tak berapa sure, kalau beli air botol ok laa.
Plus, harga pun mahal ok. Biasalaa, tourists attraction punya tempat kan.
Kalau kau pergi tempat ni, diorang akan persuade korang makan kat tempat diorang.
Tinggal hati kental tak kental je lah.
Ada lagi orang2 Cambodia yang menjual segala benda, persuade kau untuk beli jugak.
Tapi diorang ok, ada sorang akak tu pujuk aku beli shawl dia.

"How much?" aku tanya.
"5 dollar miss for one. Can use Peso also" jawab dia sambil tersenyum2 kat aku.
Dia bawak beberapa helai shawl di bahu dia.
Pulak dah, dia ingat aku ni Pinoy ke hape.
"I dont have Peso. I am Malaysian" kataku. 
Semalam diorang ingat aku Cambodia, hari ni diorang ingat aku Pinoy. Mati laa muka 1Asean sangat kann.
"Oh, I thought you Phillipines, sorry miss, sorry" sambil tunjuk shawl dia untuk aku pegang.
Actually aku tak berminat nak beli, tapi aku minat nak borak dengan dia je.
"Your English is very good. Where do you learn English?"

Depan Angkor Wat adalah sungai. So kena across the bridge bila nak masuk ke bangunan. 
Pelan dan architecture yang sangat menarik :)


Actually and seriously, kalau kau datang Seam Reap, kau akan kagum dengan orangnya yang pandai berbahasa Inggeris, takde pelat bunyi cakap Cambodia langsung. 
"Where do you learn English?" adalah soalan favorite aku kalau dengar pronounciation diorang yang sangat well done bila cakap omputih. 
Kagum.

"I learn from tourists miss. Tourist teach me how to speak English, from US, from Phillipines also" sambil tersenyum2 dengan aku.
Dia cerita lagi, dia ada kedai souvenier kat area situ, dekat belakang tempat aku duduk. 
Dia ajak aku pergi kedai dia, tengok2 barang. 
Aku tolak dengan lembut, aku cakap aku nak masuk Angkor Wat dulu, nanti dah habis jelajah, aku pergi cari kedai dia. 
Dia pun cakap "I wait for you miss".

Dan aku tak pergi pun kedai dia lepas keluar dari Angkor tu.

Sekumpulan makcik2 sedang membersihkan tasik depan Angkor Wat daripada pokok bunga teratai. Kalau tak bersihkan, nampak macam berkeladak je tasik tu.


Aku perati, omputih kalau pergi satu2 tempat tu, diorang akan dressing macam orang tempatan. 
Macam kat night market biasanya jual t-shirt putih dan seluar palazo printed kan, so diorang akan pakai 2 tu untuk pergi ke Angkor Wat. 
Fefeeling local gitu, even muka dah macam udang bakar sebab panas hazab kat Seam Reap ni.



Here I am, in front of the mystic and classic of Angkor Wat :)

On the way nak masuk ke Angkor Wat, aku tak habis2 bergambar, macam tak percaya je diberi peluang untuk ke Angkor Wat. 
Syukur sangat.

Ok, once dah masuk, apa yang boleh aku katakan ialah, 

SENIBINA ANGKOR WAT ADALAH SANGAT MENGKAGUMKAN DAN SANGAT KLASIK.


Bila ada kat sini, feeling macam dalam filem2 zaman pahlawan Cina :D




Memang tak berkedip mata aku memerhati segenap ruang dan inci senibina candi yang agung ni. 
Like, macamana orang dulu2 bina semua ni tanpa kemajuan teknologi macam zaman sekarang? 
Melalui senibina dan hasil tinggalan, kita tau betapa majunya tamadun sesebuah zaman tu. 
Betapa halus seni dan budaya mereka.

Ok, sebelum aku pergi Seam Reap, aku tak buat research pun pasal Angkor Wat ni. 
Yang aku tau, ianya dibina oleh Raja Suryavarman 2 yang dikatakan berketurunan Khmer. 
Boleh baca sejarah ringkas Angkor Wat kat sini.

Tapi, lepas aku baca buku ni, baru aku realized kaitan candi Angkor Wat dengan candi Borobodur di Jogja, Indonesia. 
Senibina dan ukiran kedua2 candi ni hampir sama, so maknanya ianya dibina oleh sesuatu kaum atau orang dari golongan yang sama. 
Dan kaum itu dipanggil kaum "Malayu" :)


Candi ni selain berfungsi sebagai tempat bersejarah, menjadi tourists attraction, ia juga masih berfungsi sebagai  kuil untuk penganut Buddha, yang mana sami2 Buddha ada sembahyang di sini. 


Kalau terjumpa dengan mereka yang pakai kain warna oren ni, boleh bergambar dengan mereka, tapi ada syaratnya ;

1) Kena mintak izin diorang,
2) Tak boleh suka2 hati nak sentuh diorang (physical touch)

So, just respect them ok.






Boleh dikatakan hampir semua area di Angkor Wat ni aku tinjau, naik tangga turun tangga, panjat situ, panjat sini. 
Sampai sengal2 rasa kaki. 
Tapi rugi laa kan kalau tak explore every single part, datang jauh2, beli tiket mahal2 tapi tak explore.
 Rugi, rugi. 
Belum tentu dapat peluang kedua nak datang sini kan. 
So sakit kaki pun, sakit kakilah. 

Then kau boleh nampak, ramai betul photographer ala2 National Geographic kat sini, semua pikul kamera gabak masing2 dengan lens 2, 3 jenis tu. Seriously said, Angkor Wat ni adalah heaven for photographer, nak cari angle untuk shoot for the best pictures, adalah sangat worth sebab hasilnya gambar sangat cantik. 
Aku yang guna camera phone je pun, takyah edit2 bagai. 
Even langit Cambodia tak berawan, tapi warna biru nya tu yang membuatkan gambar nampak cantik, macam bukan kat Cambodia, lulz. 
Tapi bab panas dia tu hazab takyah cerita laa kan.





Kat sini jugak, kau boleh hired tour guide kalau nak tau sejarah Angkor Wat ni. 
Tour guide kat sini ada macam2 jenis, I mean diorang boleh berbahasa berbagai2. 
Ada yang boleh berbahasa Inggeris, ada yang boleh cakap France, Itali, Russia. 
Yang berbahasa Indonesia pun ada. 
Maklumlah, tourists from all over the world kan. 
Muka Khmer, tapi cakap Itali baq ang. 
Kagum nok. 
Tapi sorry ye, aku tak tau berapa fees untuk hired tour guide berbahasa macam2 ni. 


Panjat jangan tak panjat

Penjelajahan Angkor Wat sampai ke kemuncak apabila kau kena naik tangga yang curam ni untuk ke atas. Memula aku pikir, eh, boleh ke ni? 
Sebab aku kan gayat kan. 
Dua tiga kali jugak pikir nak naik ke tak nak. 
Tapi ah, naik jelah dah alang2 sampai kan. 

tips : Jangan pandang bawah atau pandang belakang atau sibuk nak tengok kawan kau dah sampai tangga mana kalau kau jenis gayat. Naik slow2, tengok depan je. Tau2 dah sampai atas :D



Bila dah sampai atas, boleh tengok keseluruhan area Angkor Wat ni, sebab area ni yang paling tinggi. 
Kat area ni actually private sikit, sejumlah orang tertentu je boleh naik dalam satu2 masa, dan ada beberapa rules kau kena ikut, macam dalam gambar kat bawah ni.


Pergi mana2 tempat orang, sentiasa ikut rules. 
Jangan macam tourists dari sebuah negara tu, dahla suka pergi melancong ramai2, lepas tu suka buat bising, even dah dilarang buat bising sebab tempat suci kan. 
Aku pun tak paham, kat mana2 tempat depa ni bila bercakap macam berniaga kat pasor. 
Security kat situ pun dah letih dah nak sound group2 ni. 
Paleolitik sangat perangai tu.

Pakaian kalau nak mari sini pun kena jaga, tak boleh pakai ikut suka mak bapak kau je. 
Skirt pendek, seluar pendek santai macam nak pergi pantai tu tak boleh pakai. 
Topi tak boleh pakai. 
Sebab according to my little knowledge, semakin tinggi area candi tu, semakin suci ia dianggap oleh penganut2nya, so any pantang larang kena follow. 
Semakin tinggi sesuatu candi or kuil or tokong tu, dianggap semakin dekat dengan Tuhan mereka. 
So memang kena behave lah kalau nak pergi tempat orang. 
Kalau area tu diletakkan papan tanda "do not enter", so janganlah masuk, maybe untuk keselamatan kau sebab certain area still in construction (proses pembinaan semula candi) atau sesuatu tempat tu adalah suci, tak boleh suka2 hati nak masuk.


Salah satu daripada 4 tiang candi Angkor Wat. 
Senibinanya dan ukirannya sangat halus, sangat bertamadun.


Aku tengok ramai orang lepak kat sini, so aku pun join la sekali sebab rasa macam best je kan. Tapi kitorang kena halau dengan guard sebab dah jadi port lepak2 dah, lol. Ramai guard kat Angkor Wat ni, so sila patuh pada arahan ye. Kat belakang tu ialah bahagian2 yang diorang re-construct balik untuk mengekalkan kesenian Angkor Wat ni.



3 jam lebih aku explore area Angkor Wat ni, tu pun rasa tak puas lagi tengok senibinanya yang mengkagumkan. 
Tapi memandangkan matahari macam dah terpacak atas kepala, so aku berjalan keluar untuk cari driver aku yang entah kat celah mana port dia pergi tido.

Tapi apa yang aku dapat perhatikan masa kat Angkor Wat ni, kalau Angkor Wat ni tak wujud di Seam Reap, tak tau lah apa tarikan untuk tempat ni. Secara tak langsung, ianya membuka peluang ekonomi dan pendapatan kepada penduduk tempatan - jadi tour guide, jadi penjual souvenier, bukak kedai makan, jadi penyewa basikal, jadi driver tuk tuk, jadi translator. 
Dan diorang memang jaga kebajikan tourists kan sebab tourists lah punca pendapatan mereka.

Ok, tu je untuk part 1 ni. Dah penat menaip, nanti sambung part 2 pulak ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...