Welcome to Kampung Genting :)
Makanan
Kalau cakap pasal makanan, tu memang aku suka lah kan.
Tempat makan kat Kampung Genting adalah banyak, tapi bukan laa sampai 50 buah.
Adalah dalam lebih kurang 10 buah macam tu.
Tapi kitorang takde laa try semua.
Masa first day sampai, kitorang breakfast kat kedai Pak Alang Mak Alang ni.
Duk order nasik lemak dengan roti canai.
Nasik lemak dia ya Allah, sambal sdap weyh!
2 kali kitorang makan kat sini, order apa pun sedap.
So aku memang recommend la kedai ni.
Kedai dia kat tengah2, dekat dengan jeti, belah kanan.
Kat sini ada jugak orang jual burger, goreng pisang, cendol.
So takkannya kelaparan kalau pergi sini, memang best. Duit je kena banyak, lol!
Kitorang biasa lepak2 makan goreng pisang bila petang2.
Nasik lemak Pak Alang Mak Alang yang sedap ya Allah....I miss this! :(
Ni kedai dia
That moment bila tak tau nak makan apa, tanya adik tu, "Kat sini apa lagi yang sedap dik?" Confident dia jawab, "Mak saya masak semua sedap". Kan. So order la nasik goreng kampung ni yang ternyata sedap.
Yang kanopi warna merah tu tempat jual goreng pisang, keropok, cendol
Layan petang2 syok woo
Aktiviti
Aktiviti? Mandi laut la, apa lagi! Lol!
Selain mandi laut, snorkelling tepi pantai, boleh jugak berkayak.
Sewa kayak aku tak tau berapa, tapi kalau nak sewa basikal, boleh sewa sejam RM6.
Kalau nak sewa set snorkelling, around RM16 for one day. Haa, snorkelling laa puas2 sampai terbakor kulit.
Kalau waktu petang, boleh tengok sunset :)
Then boleh pusing2 area situ untuk tengok apa yang local people buat.
Ada tempat untuk belajar canting batik kalau nak.
Sunset Pulau Tioman
Ok, kitorang buat aktiviti island hoping on 2nd day.
Sewa satu bot, kongsi ramai2.
Bukan kitorang je dalam tu, masa tu ada lagi 6 orang sekali dengan kitorang, dan seorang guide.
Tempat yang kitorang pergi adalah kat Pulau Renggis dan Kampung Tekek (kedai bebas cukai).
Jeti Kampung Genting
Sepanjang atas bos, pemandangan adalah cantik, dan mendamaikan.
Terasa asyik dan leka melihat pemandangan Pulau Tioman yang tak boleh lupa sampai bila2.
Bila sampai kat Pulau Rengis, terus rasa teruja bila tengok ikan2 cantik, bestnyee lahaii!
Patutla orang kata Tioman memang best untuk aktiviti snorkelling.
Tapi kebanyakan datang Tioman untuk buat aktiviti diving.
Confirm lagi cantik kan. Bestnye jadi diver :)
Dekat Tioman, takde kes tak best pun.
Cuma ada satu kes kematian je, tu pun involve diver, according to abang guide tu kata.
Sebab diver tu dari laut dalam, naik terus ke atas laut.
Supposedly tak boleh kan, kena naik step by step kan.
So end up keluar darah dari telinga, hidung sebab tekanan yang mengejut.
First time tengok, excited baq ang! Hew hew hew
Oh my!
Untunglah!
Cantik sangat! Ambik gambar pakai handset je
Cannot help not to share this!
Bagi ikan makan roti. Best!
Unforgettable memory!
Atas bot. Alhamdulillah tak mabuk laut, lol!
Marine Park. Nak masuk sini kena bayar. Bayar RM5 masa nak naik feri ke Tioman (tak include dalam pakej)
Kat sini kitorang buat aktiviti then having lunch. Banyak stray cats kat sini, kesian :(
Tengah bagi ikan makan roti. Ada ikan kat situ, tapi sebab air keruh, so tak nampak dalam gambar. According to Ira, dulu air kat sini jernih, tak macam sekarang.
View di jeti Kampung Tekek
Nice eh? Banyak gila ikan kat sini!
Lepas habis island hoping aktiviti, kitorang lepak2 tengok view, makan2 dan mandi lagi petangnya.
Kalau nak mandi, better mandi dekat area belah kanan, yang dekat Sun Beach Resort tu, sebab airnya jernih dan banyak ikan, best!
Cuma air tak dalam la, tak syiok sikit. View cantik :)
Jangan lupa beli roti untuk bagi ikan makan, banyak ikan cantik2.
Ada yang siap jumpa penyu lagi kat area jeti tu, ikan todak pun ada.
Nice and romantic view at Sun Beach Resort. Rindu
Baring atas seat sambil tengok jeti dari kejauhan
Waktu malam pulak, lepas balik mandi pantai, mandi, solat, then dinner di cafe.
Lepas tu usha2 barang souvenier untuk family, teman2 rapat dan untuk yang tersayang.
Boleh try tawar menawar, InsyaAllah dapat, cuma timing kena betul la..hihihi.
Kitorang beli fridge magnet, keychain, soft toys dan t-shirt.
Lepas shopping, pergi lepak dekat jeti, tengok orang memancing ikan dan sotong.
Sambil borak2 dengan traveller yang datang Tioman sambil tukar2 cerita :)
Terasa lenguh2 badan lepas mandi2 laut, nampak tak usia dah meningkat kat situ? Lol.
Muka still sunburn, tapi tak seteruk masa pergi pulau awal tahun laa.
Tipikal souvenier yang wajib beli - fridge magnet. Lol!
Masa trip kali ni, kitorang berpeluang kenal beberapa orang.
From strangers, become friends.
Dengan bantuan muka cantik Ira dan mulut manis Nurul yang pandai berkata2 , this trip jadi mudah dan menyenangkan, dan sangat memorable for me - aktiviti, gurau2, kenal kawan baru, makan best.
(takde laa macam certain orang yang ajet2 backpackers tapi buat decision pun lembab)
Tak terasa 3 hari 2 malam tu, even singkat tapi penuh bermakna.
Bye bye Tioman. Kalau ada rezeki InsyaAllah, will be back :)
hai.. assalamualaikum... nama saya haniza... umo saya 19 thun... seronok bace blog akak... boleh x nak tau hotelo ape yang akak nduduk selama kat sane tu...
ReplyDelete