Friday, 28 November 2014

Percutian di Korea Musim Luruh (Autumn) Hari Keempat


 Good Morning Seoul!

 Bangun pagi pukul 5.30 am as usual, wake up call never failed as usual 4.30 am, then bersiap2 untuk aktiviti hari ini. Yang bagusnya hari ni ialah, tak payah bawak luggage sebab akan stay kat Hotel May sampai esok.

Kami keluar dalam pukul 8 pagi macam tu, then straight away pergi sarapan di Foreign Itaewon Restaurant. Lagi. According to our tour guide, takde restoran Halal yang nak bukak untuk sarapan pagi di Seoul ni, ni pun kat FIR ni paksa rela sebab staff diorang semalam kerja sampai lewat malam. Kesian pulak. Tapi tulah, perut kitorang pun perlu diisi jugak. Another reason why maybe di Hotel May buffetnya mahal atau non Halal, am not sure the real reason why kitorang kena makan di FIR lagi. But its okay. Pergi ke negara orang ni tak payah nak banyak songeh sangat, mana2 yang Halal ok je. Janji kenyang.


My breakfast today.
Di tengah2 cuaca sejuk, bila ada maggi sup adalah sangat teruja :')
Buffet style.

Then whole day activity hari ni adalah shopping dan melawat ke tempat2 bersejarah di Seoul ni. Pagi2 ni kami pergi ke Kedai Ginseng. Dengar briefing kat sana, then shopping barang2 ginseng. Lepas tu, kami ke kedai Amethyst pulak. Aku tak berapa enjoy sebab aku tak minat barang kemas. Agak badmood hari ni sebab rasa macam mengantuk, plus sejuk lagi dengan suhu 5 degree celcius, I really miss and need my coffee :(

Nasib baik ada tour guide yang baik hati tolong carikan kopi untuk aku yang dah bising2 nak kopi. Ahaks ;D

Oh ya! From day first lagi, everytime lunch and dinner kami tak jumpa minuman manis pun. Tapi, nobody asking for that (kalau complaint aku tak tau la kan). Better macam ni, sebab orang Malaysia ni asyik2 minum manis je. Orang Korea kalau minum manis pun either tea or coffee. Teh tarik, sirap bandung, 3 layer tea tak wujud kat sini. Kitorang minum air sejuk je for 4 days straight. Bagus, I like.


Di tengah2 bandar Seoul
Hari ni pakai boot sebab takut jatuh lagi macam semalam :D

 Selesai melawat kedai2 itu, kami kembali ke Itaewon semula untuk makan tengahari pada pukul 12 pm. Tapi kali ni kat tempat lain pulak, iaitu di Restoran Taj. Aku lupa nak ambil gambar sebab buzy menyembang.



*Both pictures above taken from visitkorea

Semua orang tau yang Korea Selatan mempunyai talian internet terlaju di dunia. Masa aku kat sini, upload gambar di Instagram/  Facebook tak sampai 5 saat. Kagum baq ang! Oleh kerana aku lupa nak call syarikat telekomunikasi masa kat Malaysia untuk activate roaming, so aku bergantung sepenuhnya pada wifi kat Korea (ps : kalau pakai line, kena call syarikat telekomunikasi dulu untuk activate roaming, kalau pakai prepaid tak payah. Once touch down Korea, line akan roaming automatically). Sepanjang aku kat sini, kami selalu akan tanya tour guide, apa password untuk free wifi. Kalau kat restoran mana2 di Seoul atau luar Seoul, memang ada. Tapi yang aku nak tergelaknya kadang2 kat tempat naik cable car di tengah2 hutan tu pun ada yang tanya "password sini apa ye?". LOL!

As for reference, ini adalah comparison 10 negara yang mempunyai line internet terlaju di dunia ;



 Kengkadang our tour guide akan tanya the restaurant owner apa password untuk free wifi, lepas tu dia senyum. Memula tu aku one of yang memang gila nak cari password, tapi bila tengok dia senyum sinis, aku just forget about that. Aku terfikir, lebih baik aku face to face dengar cerita orang depan aku daripada aku hadap phone. Sebab lepas ni maybe tak jumpa dah, bolehla tambah experience or tips dari cerita orang lain, kan? Tour guide pelik sebab aku tak tanya pun dia password, dia tanya aku, "Why you dont ask me for password?" Aku jawab, "I dont need any password today, thank you" sambil tersenyum manis kat dia.
Dia terkejut, seraya berkata dalam nada sarkastik, "Wow, so amazing. I impress". Lepas tu aku gelak je.
Yelah, whats mean kalau pergi travel tapi tak tambah kenalan, asyik hadap telefon je kan? Suprisingly, "penyakit" ni bukan melanda orang muda je, orang tua pun sibuk nak tanya password wifi! :D

 Usai makan tengahari, later solat di masjid ini.


Then, pada pukul 2, kami meneruskan aktiviti bershopping dengan melawat kedai kosmetik pula. Oh, yang ni aku suka sangat!

IBC Cosmetic with duty free

Selain daripada internet yang laju, Korea juga terkenal dengan barisan jenama produk kosmetik yang AWESOME. Like what I use currently, Skin Food. Brand Face Shop, Nature Republic, Laneige tu semua originally from South Korea. Cosmetic brand in Korea terbahagi kepada 2, upper brand and street brand. Upper brand jarang ada kat Malaysia dan kurang dikenali di negara kita, tapi kualitinya amat bagus. Macam IBC yang kitorang pergi ni ialah dalam kategori upper brand. Aku beli mask sheet kat sini, harga 10,000 won untuk 10 peket mask (RM30). Macam2 ada sebab orang perempuan Korea suka pakai kosmetik, especially BB cream. My tour guide suggested to use peeling gel sebab dia kata kulit orang Malaysia nampak kering dan berminyak. Ok, dan dan aku pi cari, lol!

Di kaunter briefing

Baru 4 hari di Korea, aku dah ada double chin. Choy!

Sepanjang 4 hari di Korea, semua gambar tak payah edit, muka memang nampak flawless gitu, lol. Untungla orang Korea, dengan cuaca dan 4 musim, kulit diorang tak berminyak macam orang Malaysia. Patutla kulit diorang nampak cantik. Malah, diorang ada kosmetik yang special ikut season - Summer & Spring dan Autumn & Winter. Tapi, maybe tak sesuai untuk orang Malaysia sebab kita all the year panas kan. Very panas.


Dalam pukul 3.30pm macam tu, kami singgah di Namsangol Hanok Village.


Aku memula macam pelik, apasal sunyi je tempat ni? Rupanya, hari Selasa tempat ni tak bukak, kitorang salah hari, maybe. Tempat ni according to the tour guide, boleh disewa untuk buat majlis kahwin secara tradisional. Dah tak ramai orang Korea yang nak buat majlis kahwin ala tradisional, tapi kerajaan Korea tetap nak maintain that culture laa. Plus, bangunan yang bercirikan tradisional ni dikomersialkan menjadi kedai2 makan.


Pada hari2 biasa kecuali hari Selasa, banyak aktiviti yang dilakukan di Hanok Village ni, boleh refer kat website ni. Untuk mengenali budaya dan cara hidup masyrakat Korea pada zaman dulu, Hanok Village adalah tempat wajib untuk dikunjungi. Masuk adalah percuma.


Tengah asyik mendengar penerangan daripada tour guide, tiba2 aku terpandang tower ni, macam kenal? Tapi lupa namanya. So aku tanya tour guide, tower apa tu? Dia cakap ni Namsan Tower. Oh, aku ada terbaca dalam blog bloggers yang pergi Seoul, tempat ni memang biasa dikunjungi, antara tempat yang mesti pergi kalau melawat Seoul. Hurm, I wonder why dont have Namsan Tower in list? Takpelah, put Hanok Village and Namsan Tower for my next trip kalau ada rezeki datang Korea lagi :)

Namsan Tower


Selepas sesi melawat Hanok Village, pada pukul 4.30 pm, tibalah ke aktiviti yang ditunggu2 oleh kebanyakan ahli rombongan - Shopping. Perempuan laa especially. Yang lelaki buat muka bosan, lol. Kami shopping di area Myongdong dan Namdaemun. Sebelah sebelah je dua area ni. Macam ala2 Jalan Masjid India dengan Jalan TAR gitu.


Gambar kat atas ni adalah Woori Bank yang ada menyediakan Global ATM. Kalau kita orang Malaysia nak keluarkan duit, carilah ATM ni, sebab ada logo PLUS dan CIRRUS. Di Seoul memang banyak ATM, tapi mostly ATM untuk local bank la. Kalau berniat nak keluarkan duit masa di Korea, make sure sebelum pergi, call dulu bank untuk bagitahu yang kita nak keluarkan duit di Korea. Bank akan tanya bila kita nak pergi, hari apa kita nak balik, limit yang kita boleh keluarkan, charge yang kita kena bila keluarkan duit kat sana. Semua ni perlu untuk ciri2 keselamatan. Kalau tak silap aku, waktu kita nak keluarkan duit dari ATM machine di Korea perlu ikut waktu ATM di Malaysia beroperasi, iaitu start pukul 6 pagi hingga ke 12 malam je yang boleh keluarkan duit. As masa di Korea tak jauh beza dengan Malaysia (beza sejam je) so takde masalah lah kan. Dan, duit yang kita withdraw dari ATM adalah dalam nilai Won, bukan RM ye. So kalau tak reti camne nak tekan2 ATM machine di Korea tu (sebab mostly guna Korean word), boleh mintak tolong tour guide atau orang bank keluarkan duit. Sebab aku masa kat sana, tekan tekan, tak keluar. So sad :(


Di Namdaemun, mostly peniaga kat sini jual baju, seluar, aksesori dan souvenir. Tipikal tourists, kalau pergi Korea mesti cari t-shirt "I Love Korea". Sebenarnya, kat mana2 pun korang boleh beli, cuma its depends kalau korang nak yang berkualiti atau kurang kualiti je. Kalau nak yang murah, beli je t-shirt I Love Korea ni dekat Namdaemun ni. 3 helai 10,000 won kalau tak silap aku (sehelai lebih kurang RM10 la). Kalau yang berkualiti sikit, 2 helai 10,000 won (sehelai RM15).


Antara aksesori yang dijual di Namdaemun ni macam spek mata, rayban, kerongsang. Kerongsang biasanya beli 5 for 10,000 won atau 20,000 won, ikut saiz. Kat sini boleh tawar menawar, jangan risau. Kalau betul2 nak beli, tawarlah serendah mungkin, biasanya diorang akan jual jugak. Jangan tawar menawar dah habis rendah, lepas tu tak nak beli. Memang kena carutlah dengan orang yang jual tu, lol!


Untuk souvenir pulak, banyak je kedai2 atau gerai yang jual macam2 jenis souvenir, kalau rajin nak jalan2, bolehlah compare dulu harga. Aku lebih suka beli fridge magnet as a souvenir. Harga fridge magnet bermula dari 5,000 won ke 10,000 won - ikut jenis. Ada yang sepeket 4, 5, 10. Ramai bloggers kata kalau nak souvenir berkualiti, cari di Insadong. Tapi kitorang tak pergi Insadong. Kalau keychain pulak, harga pun lebih kurang macam fridge magnet. Yang lain2 macam chopstick ke, piring ke, patung ke range price from 10,000 won  - 30,000 won. So buat korang yang tak pernah pergi Korea, based on my info here, bolehla bajet berapa banyak nak bawak duit untuk shopping. Aku dalam kategori "tak berapa nak shopping", so untuk souvenir aku habiskan RM100 je. Kalau yang jenis suka shopping tu, diorang habiskan RM200-RM300 untuk souvenir sahaja.


Dekat Namdaemun ada banyak kedai2 kosmetik macam The Face Shop, Skin Food dan Nature Republic.
Aku sebut brand je orang Malaysia kenal je la, brand2 lain orang Malaysia tak kenal pun. Macam Face Shop ni, memang gila2 diorang buat sales, aku bila tengok pun jadi gila. Kat Malaysia ni manalah ada jual lambak macam ni kan, lol. So tips untuk yang gilakan barang kosmetik, bawaklah banyak duit untuk shopping barang kosmetik. Aku habiskan RM100 je untuk kosmetik, sangat sedih :( Kalau betul2 nak shopping untuk barang kosmetik sahaja, bajetlah RM300 - RM500 camtu. Puas hati.


Yang paling murah kat sini adalah face mask sheet. Satu peket yang ada 10 ke 20 pack, boleh dapat dalam harga 5,000 - 10, 000 won je. Berbaloi - baloi. Lotion tangan dalam tiub kecik2 pun murah, 10 tiub boleh dapat harga 5,000 won. Beli as a souvenir pun sesuai, kawan2 perempuan mesti sayang kat korang, lol. Korea memang syurga barang kosmetik, I can say that. Murah dan berkualiti. Actually di Myongdong lagi havoc barang kosmetiknya, tapi aku tak sempat nak pergi ke Myongdong. Di Myongdong street, kedai2 kosmetik bermurah hati bagi sample free, even korang just lalu depan kedai je. Tapi exceptional untuk Skin Food, korang kena beli barang dulu baru dapat free sample, sama je macam di Malaysia. Maybe sebab Skin Food ni pengguna dia tau the quality of the brand, so loyal customer dont mind. Skin Food dan Face Shop brand kegemaran orang muda, sementara Nature Republic pulak brand kegemaran untuk yang tak berapa muda.


Di Namdaemun, kalau tak beli seluar / baju / kasut, memang rugi sebab murah dan boleh tahan kualitinya. Oleh kerana kitorang pergi masa nak masuk musim Winter, so semua orang jual apparel musim sejuk. Dalam entry persiapan nak pergi Korea, aku bagitau tak payah bawak winter coat / jacket banyak2 sebab kat Korea boleh beli, murah je. Harga sweater / knit cardigan / winter coat yang material macam linen dalam
30, 000 won je (RM60). Belilah sepasang atau berpasang2 untuk pakai sendiri atau nak bagi mak ayah. Mana tau lepas ni nak pergi oversea untuk Winter time pulak kan. Ecececeh. Kalau seluar pulak, memang berbaloi sebab seluar semua kain tebal, harga dalam 3,000 - 5,000 won je (RM10 - RM15). Rugi kalau tak beli sepasang. In term of style, fashion kat Korea memang up to date dan stylo, so tak payah risau kalau tak lawa ke apa. Korea kot. Ingat Korea, ingat K-pop, lol.


Yang berbaloi untuk beli di sini ialah macam stokin dan kasut. Kasut pun harga start dari 30,000 won. Boot macam2 jenis ada. Oleh kerana aku dalam kategori "tak berapa nak shopping" dan bajet aku ala2 rancangan "Destinasi Bajet", so aku menganga jelah bila tengok orang lain berbondong2 bawak shopping bag, ala2 nak borong satu Namdaemun tu. Aku teman orang shopping je, tapi sempat la beli sweater sehelai. Ibarat makan kimchi berulam seaweed bila orang tanya, "Eh, tak shopping ke?" :( : ( :(


Untuk mak2 budak pulak, bajet ratus2 adalah tidak cukup untuk shopping kat Seoul ni, seriously aku cakap sebab korang akan gila bila tengok baju budak, kasut budak yang comel2 dan harga dalam kategori "not bad". So, preparelah bajet lebih dari RM1K. Bila tak dapat shopping, aku lebih suka tengok gelagat orang2 Korea (ayat pujuk diri sendiri). Orang Korea mostly baik dan suka tolong orang lain, but to expect they are friendly and treat you like a king is, no no. Kalau diorang tengok korang just nak belek2 barang then tanya harga, diorang akan jawab dengan muka serius dan letak balik barang yang korang pegang tu. Yelah, mostly yang datang ke tempat macam Namdaemun, Myongdong, Dongdaemun ni pemborong2 yang beli dalam jumlah yang besar, setakat korang yang nak beli sehelai dua then tawar habis rak lepas tu buat trick blah dari situ sebab peniaga tak bagi harga yang korang nak, apalah sangat. Diorang tau korang adalah orang Malaysia bila korang tawar menawar harga, lol. Tipikal orang Malaysia suka tawar menawar kan, which is actually bagus but bear in mind, the exact price of the item is - nobody knows. So, tawar selagi boleh and bila peniaga tu kata dah tak boleh bagi harga rendah dah, itulah harga sebenar barang tu.

Then another tips yang aku bagitau dalam entry persiapan nak ke Korea itu ialah bawak kalkulator sendiri, bila korang nak tukar duit di Namdaemun atau Myongdong. Sebab dont trust sangat makcik2 yang berniaga tukar duit ni, ada yang kena tipu tapi nasib baik realize. Kalau rasa tak cekap nak kira2 tukaran duit ni, please jangan pergi sorang. Ajak orang lain teman, then kira sama2. Sebab diorang tengok ko orang Malaysia yang tak pandai cakap Korea dan diorang pun tak faham English, masa tu nak ambik kesempatan. Macam ala2 Petaling Street pulak.

Aktiviti yang aku tak merasa masa kat Seoul ni adalah naik subway. Kalau rasa tak puas shopping di Namdaemun dan Myongdong, boleh pergi ke underground shop di sepanjang lorong stesen subway. Macam2 kedai ada kat bawah tu, kedai kosmetik, kedai baju, kedai kasut, kedai buku. Sama je macam kat atas, cuma kedai2 kat bawah tak ramai orang la sebab mostly orang pass by sebab nak tukar stesen subway atau nak naik turun je. To be honest in my opinion, kalau korang jenis fashionista atau suka up date your style, fashion di Dongdaemun adalah yang terbaik. Sangat stylo dan very up to date. Kalau beli banyak2 lagi berbaloi, setakat sehelai dua, harga lebih kurang kat Malaysia jugaklah kalau masuk butik Zara, lol.


Selepas penat bershopping dan jalan2 for the whole day, akhirnya pada pukul 8 malam kami dinner di Ankara Palace Dubai Restaurant ni. Menu, semua sedap dan I give 5 out of 5 stars! Ankara Palace terletak di Itaewon jugak, betul2 depan jalan besar. Restoran ni memang recommended sebab sangat satisfy dengan menu dan servisnya.


Buffet style jugak, aku si pentamak ambik semua jenis dishes yang ada sebab semua nampak sedap gila. Macam nak nangis sambil makan sebab terharu :') Kalau ada peluang datang ke Seoul lagi, I want to have a dinner in this place!

Settle dinner pada pukul 8.45 malam. kami bertolak ke hotel untuk mandi, solat dan tido. Hari keempat di Korea aku dah rasa homesick, rindu dengan Malaysia dan badan aku macam rasa tak sedap, maybe effect cuaca sejuk di Seoul ni. Hai, macamana nak kawin dengan orang Korea macam ni! Lol! Kiddin'.

Next entry hari terakhir di Selatan Korea, thanks for reading! :)

Autumn di Korea Selatan Hari Kelima

4 comments:

  1. Nice entry! Banyak maklumat yang dikongsikan bersama and sememangnya betul pasal air tu. Tapi saya punya kulit tak tahu kenapa mengelupas masa kat Korea dulu. Anyway, saya ada tulis satu entry blog pasal Korea tapi dari perspektif yang berbeza. Sudi-sudilah tengok ye? thanks! :)

    http://wanderlust.tripovo.com/places/25-evidences-showing-south-korea-is-not-worth-visiting-at-all

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you! Kulit mengelupas tu maybe sebab tak pakai lotion kot, so jadi kering and mengelupas. Sama macam saya jugak on last day masa kat Korea, siap gatal2 lagi. Saya dah drop by kat your link, what a breath taking pictures! Buat saya rinduuuu Korea sangat! Anyway, thank you for reading :)

      Delete
  2. Salam. Untuk pemandangan cantik musim luruh saya cadangkan boleh pergi ke kawasan yg bernama Damyang Metasequioa. Kawasan ini berhampiran dengan gwangju. Kawasan ini cantik dengan pokok metasequioa waktu musim luruh dan tak ramai yang tahu lokasi ini

    ReplyDelete
  3. thanks for the info... suke baca

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...