Kampung Genting, Pulau Tioman
Perangai sangat aku ni bila entry Cambodia hanging by the moment, travelog Bukit Tinggi tak habis lagi dah nak tulis travelog Pulau Tioman kan.
Sorry ye for info2 yang tergantung, aku nak tulis pasal Tioman dulu.InsyaAllah aku akan habiskan semua entry jalan2 sebelum class start.
Ya Allah, berilah aku kekuatan!
Plan asal nak pergi Tioman adalah pada first half year, tapi delay delay delay sampai lah second half year.
Bila delay, so kuranglah rasa excited tu kan, sebab takut tak jadi.
Tapi bila dah nak dekat tu, rasa terus excited macam masa mula2 planning!
Best sangat! One of travel experience that I never forget lah!
Kalau nak berholiday holiday kat pulau, bulan Mac hingga May adalah yang terbaik.
Paling bagus bulan 4 lah. Cuma terik sikitlah.
Kalau pergi lepas Raya, bulan 11 or 12 tu paling tak patut.
Dan biasanya aktiviti laut tutup sampai bulan 2.
So plan betul2 ye.
Kalau tak nak sesak dan charge mahal, avoid pergi masa public holiday atau cuti sekolah.
Ok, aku bahagikan travelog ni kepada beberapa bahagian, so senang nak tengok mana tips yang boleh pakai. Kalau ada apa2 nak tanya, jangan segan ye.
Pengangkutan
Tioman boleh sampai samada dengan menaiki kereta atau bas.
Kalau naik kereta, boleh drive sampai Jeti Marina Tanjung Gemuk, ada parking area kat sini.
Semestinya berbayar, tapi aku tak tau berapa charge nya.
Kalau macam aku, aku naik bas Transnasional.
Tiket beli di kaunter TBS.
Ada beberapa buah bas yang pergi Tioman, pilih je mana yang nak.
Masa aku beli tiket, harga around RM33 (one way)
Nak beli online boleh jugak, tapi charge bank macam mahal je, so aku pergi sendiri TBS untuk beli tiket.
Aku ambik time paling last, 11.30 malam.
Park kereta di TBS (sehari RM4) then naik bas kat sana.
Balik pun kat TBS jugak.
Transnasional ok, in term of masa adalah tepat.
Seat pun ok, driver bas pun ok.
Jeti Marina Tanjung Gemuk, Rompin. Sorry gambar blur, lol!
Masa mula2 planning, our guide kata suruh turun di stesen bas Mersing (Jeti Mersing kat sebelah stesen bas).
Sebab feri ke Tioman paling awal pukul 5 pagi.
Bila kira2, lebih kurang 5 jam dari KL ke Tioman, rasanya sempatlah kan.
Tapi feri pukul 5am tu cancel, next feri pukul 2 petang.
Boring laa kan nak tunggu sampai pukul 2 petang, boleh muntah tu menunggu.
So plan changed, turun kat Tanjung Gemuk untuk catch feri ke Tioman pukul 7 pagi.
Aku bajet sampai laa around pukul 5 am, boleh laa tido lama sikit dalam bas kan.
Rupanya tidak, okay. Abang driver tu bawak laju gila kot, pukul 3.30am dah sampai kat Jeti Marina Tanjung Gemuk.
Terpacaklah 3 anak dara kat tepi jalan setelah abang driver suruh turun kat situ.
Dah laa ngantuk, blur2 pulak tu. Gelap je semua.
Lepas tengok google maps, jalan ke terminal jeti.
Nasib baik lampu memang diorang pasang.
Yang ada cuma pakcik jaga dan kucing2.
So tido lah kitorang kat situ sampai pukul 6 pagi. Jadi gelandangan jap.
Tandas ada kat terminal, surau ada kat tepi jalan, tak jauh dari terminal jeti tu.
Tempat makan pun banyak, tapi pukul 7 baru bukak, semua dekat2 je.
Convenient laa kat Jeti Tanjung Gemuk ni.
Nak tido pun selamat, terminal bersih je even banyak stray cats.
Tido bersama kucing gelandangan
Lepas dah contact our agent, kitorang pergi laa ambik tiket feri, bayar pakej semua.
Almost semua orang pakai agent untuk pergi ke Pulau Tioman.
Bukan tak boleh buat sendiri semua like beli tiket feri, cari resort, cari pakej island hoping semua kan.
Tapi, time is matter. Kalau beli tiket sendiri, takut risiko tiket feri habis, sebab agent adalah ramai.
Kalau takat resort dengan island hoping tu, berlambak kan.
So untuk jimat masa, mintak je agent settle semua.
Around pukul 7.30pagi kitorang gerak naik feri.
Perjalanan adalah lebih kurang 2 jam. Sempat tido dalam feri, hew hew.
Harga tiket feri adalah RM35 (one way).
Naik feri Gemilang 1
Masa balik dari Tioman around pukul 10 pagi, situasi adalah berlainan dengan masa pergi.
Sebab tiket balik KL aku dah beli awal2, so kitorang kena pergi ke Terminal Bas Mersing.
Nasib baik balik KL pukul 6 petang, so kalau ada apa2 hal berlaku, still got times kan (tapi Alhamdulillah takde apa2 hal).
Problem arise bila tak tau nak naik apa dari Jeti Tanjung Gemuk ke Stesen Bas Mersing.
Sebab according to local people, teksi memang susah nak dapat kat situ. Dang!
Then selepas beramah mesra, tanya itu, tanya ini, kitorang disuruh menyeberangi jambatan ini.
Sebab kat seberang jambatan ni, ada terminal bas dan teksi, katanya.
Jambatan ni kat sebelah kiri, border antara Rompin, Pahang dengan Endau, Johor (Patut laa orang selalu panggil Endau-Rompin, sebelah2 je).
So kira macam menyeberangi negeri la ni.
Ada laa lebih kurang 300 meter kot kami berjalan bawak begpack masing2.
Lepas seberang jambatan, masuk ke simpang kanan, tanya orang2 kat situ, macamana nak dapat teksi or bas.
Kali ni Ira main peranan, dengan tips travel around the world dia, dia ajak kitorang pi tanya polis kat Balai Polis Endau tu.
Kitorang okay je.
Baik betul polis2 kat situ, diorang tolong call member2 yang bawak teksi untuk ambik kitorang kat balai tu.
Tips : bak kata Ira, kalau tak tau nak buat apa or naik apa kat sesuatu destinasi, pergi je balai polis, mintak tolong dengan diorang.
Backpackers katanya. Sebelah sana dah masuk Johor.
So, pakcik teksi pun betul2 sampai depan balai polis tu untuk ambik kitorang.
Dahla tolong ambik, dia charge kitorang satu teksi ke stesen bas Mersing, RM30 je.
Sebab according to orang2 kat jeti Tanjung Gemuk tu, kalau naik teksi ke Stesen Bas Mersing, charge around RM50 - RM60.
Baik sungguh hati pakcik. Moga Allah memurahkan rezeki pakcik teksi tu dengan polis2 kat Balai Polis Endau tu, aminnnnn.
Kitorang sampai stesen bas around pukul 3 petang, so got many hours lagi.
Lepas lepak2 kat cafe, kitorang lepak kat stesen bas.
Rupanya ada hikmah jugak naik feri dari Tanjung Gemuk.
Sebab stesen bas Mersing adalah tidak berapa best in terms of healthiness.
Banyak stray cats kat sini, bau pun kurang menyenangkan.
Tandas, surau, ok. Cuma environment tu laa.
Sedih aku tengok begitu banyaknya stray cat kat sini, meminta2 belas ehsan dari manusia.
Terus teringat anak2 kat rumah :(
If only I can do something :'(
Tak teringat pulak aku untuk bawak kibbles masa pergi Tioman ni.
Gerai2 ada, even tempat charge handset or powerbank pun ada (dekat bahagian belakang, belah kanan. RM2 sekali charge).
Kat sini mostly tiket bas ke KL lah.
Cuma nak tido tu, tak boleh sangatlah macam kat jeti Tanjung Gemuk tu.
Then kitorang dapat tau, dekat jeti Tanjung Gemuk tu boleh je tunggu bas Transnasional, sebab memang dia lalu kat situ.
Macamana abang driver tu bawak turun kitorang kat situ, macam tulah boleh naik balik KL kat situ jugak.
Tempat nak tunggu untuk naik, agak jauh dari jeti. Landmark dekat kedai jual buah buahan. Belah kiri.
Kalau tak confident, tanya je orang2 kat situ.
Bas lain aku tak tau, kalau Transnasional ye, diorang lalu depan jeti Tanjung Gemuk tu.
Cuma tulah, dekat jeti Tanjung Gemuk tu, tak tau nak lepak mana dalam masa nak tunggu bas tu.
Kiranya ada hikmah jugaklah, dapat experience dan buat comparison antara 2 terminal kan.
Kalau aku, aku pilih jeti Tanjung Gemuklah.
Terminal bas Mersing
Tiket feri boleh beli kat sini atau kat terminal. Office ni sebelah terminal je. Ada few kedai makan untuk lepak dan minum2 or makan2
Penginapan
Model2 Island Reef Resort
Kami memilih pakej Island Reef yang terletak di Kampung Genting.
According to my friend, Kampung Genting kalau nak snorkelling adalah best.
In terms of location, Island Reef best sebab dekat dengan jeti, kedai makan, kedai souvenier, mini mart.
Cuma kena panjat naik bukit guna tangga la, which is kalau bawak mak ayah, tak berapa sesuai kot.
Sebab tangganya tinggi, panjang pulak tu.
Kitorang ambik quarter room, ada 2 queen beds dalam tu.
TV tak berapa function, tapi ok je, bukan tengok sangat pun.
Ada aircond, hot shower.
Tapi aku tak pernah guna pun, mandi pakai cebok je, sejukkkkkk gila ok.
Bilik mandi sekali dengan tandas, dan besarrr. Tandas duduk ye.
Selimut tebal, ok. Tuala agak nipis. Kalau rasa nak bawak tuala sendiri, ok je.
Ada tempat nak sidai dekat luar bilik.
Kitorang dapat bilik pun dekat je dengan cafe dan reception.
View dari bawah
Tangga tinggi dan panjang ye. Hazab nak naik ye.
Lobi or reception
View luar bilik
Tapi air yang sejuk dan segar tulah yang membuatkan aku rindu dengan Tioman.
Menggigil setiap pagi nak mandi!
ps : Mini mart ada atm BSN. Ada meps kot? Tak pasti, sebab aku tak pi tengok.
Pakej yang kitorang ambik adalah included penginapan, tiket feri pergi balik, pakej island hoping, breakfast, lunch dan dinner untuk 3 hari 2 malam.
Cuma masa first day check in je, breakfast dan lunch tak include.
Rata2 harga pakej kat sini around RM300 - RM350, ok la tu kan.
Kalau nak view cantik, boleh try kat Sun Beach Resort kat Kampung Genting jugak, sesuai untuk yang berhoneymoon :D
Kalau pergi masa peak time macam public holiday dan school holiday, pakej akan naik harga sikitlah.
So plan betul2 ye.
Ok, nanti sambung next entry. Bawah ni gambar2 makanan yang disediakan oleh Island Reef Resort. Tatap nak letak gambar makanan kan! Hew hew hew!
Cafe di Island Reef Resort
View dari cafe. Best tengok laut, feri, boat. Tapi spoil sikit sebab sekarang tengah jerebu kan.
BBQ dinner. Ikan bakar, sotong bakar, ayam bakar, sosej bakar. Puas hati.
Breakfast before pergi island hoping activity
Dinner second day. Just suit for 3 of us. In fact, lebih pun.
Breakfast last day. Tapi nasik lemak Pak Alang Mak Alang still tak boleh lawan, lol!
sis, which travel agency ye u amik?
ReplyDeleteSaya tak ambik travel agency, saya ambik pakej je, Island Reef pakej.
ReplyDeleteDekat facebook ada page Island Reef Resort
Assalamualaikum.. Tumpang iklan sikit Admin :-)
ReplyDelete#Jadual Feri (Mersing-Tioman-Mersing)
check-out: http://percutianpulautioman.blogspot.my/
# Gambar Resort
Check-out: http://resortpulautioman.blogspot.my/
# Booking Tiket Feri
Check-out: Tioman Ferry Ticket Reservations
sorry nak tanya ckit.. masih ada number contact teksi kat tanjung gemok?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. selamat malam..
ReplyDeleteMaaf tuan blog, abang wan tioman disini :-)
jika tuan puan ingin mendapatkan ticket feri boleh layari link sebelah -->> Booking Ferry Ticket
© www.percutianpulautioman.blogspot.com
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
www.kitaholidays.cf
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Bpe rate harga ke yogjakarta?
ReplyDeleteBpe rate harga ke yogjakarta?
ReplyDeleteBagi pelanggan yang sedang mencari tiket bas dari Terminal Bersepadu Selatan ke Tanjung Gemok, kami dari Syarikat Sanwa Travel and Tours menyediakan pakej bas mulai jam 4 pagi, 9 pagi, 3 ptg dan 11 malam. Manakala bagi perjalanan pulang ke dari Tanjung Gemok ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bermula seawal 8.30 pagi, 12.30 ptg, dan 10 malam dengan hanya RM34.00. Untuk sebarang pertanmyaan sila hubungi 094526773 , 013-36465773 atau 011-33533312
ReplyDelete