Sunday, 26 June 2011

My Idol - J.Lo

Ye, perempuan paling cantik di dunia pada tahun 2011 ini adalah - JENNIFER LOPEZ.


Aku memang dah lama minat dia, cuma KETERUJAAN tu bertambah sejak J.Lo jadi one of the new judge for Amercican Idol season 10. Haruslah tengok semua episod start dari audition, sampai finale kan. Amatlah suka tengok J.Lo yang CANTIK BANGAT, aku tengok baju apa yang dia pakai, fesyen rambut dia macamana, dan everytime dia senyum, sangatlah manis!!


Bagi aku laa kan, kalau nak tau perempuan tu cantik ke tidak, cuba imagine kan perempuan tu jadi lelaki. Maksud aku, cuba tengok muka perempuan tu dari sudut lelaki. Macam J.Lo, rahang pipi dia amat ketara, jadi kalau dia ni lelaki pun, memang termasuk dalam kategori hensem. Gambar kat bawah ni sebagai bukti (anda harus memiliki imaginasi yang tinggi untuk menjayakan teori ini).


Teori ini samalah jugak dengan bila aku tengok Cindy Crawford, iaitu oleh kerana rahang pipi muka ketara timbul, jadi kalau dia ni lelaki pun, memang termasuk dalam kategori hensem;



Ok, cukup aku letak satu gambar Cindy kat sini sebab tajuk entry ni adalah pasal J.Lo.
Apa saja pasal J.Lo memang aku suka, pasal laki dia ke si Marc Anthony tu, pasal peha dia, pasal punggung dia, pasal anak2 dia, pasal life dia, filem dia, fesyen dia...ah, semualah aku suka!



J.Lo rambut ikal, tapi sebab rambut dia panjang, so tak nampak ikal sangat la. Rambut dia selalunya akan potong layered, jarang aku tengok dia buat rambut lurus. Tapi bila ramubt lurus pun, tetap cantik :)



Yang ni ala2 simple, tapi bila dia potong ala2 baby doll macam kat bawah ni, comelll sangat! Aku pernah buat rambut macam ni raya tahun lepas, tapi bila rambut kat depan tu semakin panjang, dah cucuk mata aku dah. Tapi nampak comel je kan?


Dalam American Idol season 10 last episode, J.Lo buat rambut ala2 kembang gitu, which is aku tetap sukaaa! Yang ni kalau nak buat, haruslah rambut tebal kan, baru volume ada. Kalau rambut ala2 takde volume macam aku ni, rasanya kena tambah rambut palsu kat belakang. Ekekekeeke.....berangannnnn....




Bagi aku, J.Lo adalah antara wanita tersexy dan tercantik. Cantik tu kan subjektif, kalau aku kata cantik, orang lain kata tak cantik. Kalau aku kata tak cantik, orang lain pun kata tak cantik. Gitu. 







J.Lo bukan kali pertama kawin, dah banyak kali dah. Latest, dengan si Marc Anthony tu laa. Aku teringat statement dia pasal laki dia, dia kata Marc ialah lelaki yang kelakar dan selalu buat dia ketawa, sebab tu dia suka Marc. Betul tu J.Lo, lelaki kelakar memang amat penting dalam kehidupan, apatah lagi kita yang suka ketawa ni. Kita???? Apapun, aku berharap Marc adalah laki dia yang terakhir sebab aku suka tengok dia dengan Marc, walaupun nampak cam tak sepadan je, tapi bila diorang appear kat public, cool je, takdela nak peluk cium bagai over ratting kan. Jadi, aku suka laa.






Dan semestinya, rambut, fesyen dan gaya J.Lo akan terus jadi ikutan sampai bila2. Kalau dapat body macam J.Lo pun ok gak kan, yang penting peha dengan punggung maintain besaq. Aku pun bercita2 nak bagi rahang pipi aku timbul walaupun tak pernah2 timbul sejak azali, tapi aku akan usahakan sebelum menjelangnya perkahwinan. Tettt...bila tu? Hehehehehe.....aku tak tau caranya macamana, tapi aku cuba usahakan jugakla.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...