Monday, 18 July 2011

Movie Marathon - Transformers vs Harry Potter 7


Aku tak pernah buat kerja2 macam ni - tengok 2 filem sekaligus dalam masa sehari.
Tapi sebab dah 3 minggu berturut2 aku beratur kat GSC sebab nak tengok Transformers berakhir dengan kekecewaan, jadi aku decide untuk tengok je kat MBO dengan Man.
Ye, pengajaran untuk diri sendiri, agak2 kalau filem tu best dan ramai orang akan tengok, jadi silalah tengok di panggung wayang yang tak ramai orang agar tidak pulang dengan tangan kosong dan kekecewaan.
Tetiba teringat peristiwa aku cari tiket Transformers kat IOI, lepas tu Alamanda, tapi semua FULL BOOKING. S***.

Sejak aku cut penggunaan credit card ni, jadi agak payah laa sikit dalam hal2 nak booking tiket wayang (selain dari shopping). Tapi sementara encik boyfriend tengah tak buzy ni, aku usahakan jugak nak tengok dua dua filem ni sebab katanya favourite kan.




Akhirnya, dapat tengok filem Harry Potter dengan peminat Harry Potter jugak, iaitu encik boyfriend sendiri. Sebelum ni aku pergi tengok dengan member2 yang bukan peminat Harry Potter, so feel tu agak kurang sebab bila duk cerita pasal Dumbledore ke, muggle ke, Dementor ke, Hogward ke, bukan diorang faham pun kan. Tapi dengan Man, dia terlebih tau dari aku.
Malas nak ulas panjang sebab bagi die hard fan Harry Potter, mestilah kena tengok kan. Cuma bagi aku, episod last ni sepatutnya kena kasi panjang sikit, 2 jam setengah ke sebab last kan, kasi can laa nanti die hard fan rindu nak tengok lagi. Budak2 tu pun dah makin membesar. Setiap episod Harry Potter mesti aku akan nangis sebab feel terlebih. Man bila terdengar aku macam tarik hingus, dia tengok je aku sambil buat muka yang seolah2 berkata, " Apakah? Kenapa menangis tengok Harry Potter??" Belum sempat dia tanya kenapa aku nangis, aku kata aku memang akan menangis bila tiap kali tengok Harry Potter. Dia tak cakap apa2, dan lepas tu terus letak tangan dia atas bahu aku, konon2 nak pujuk aku supaya berhenti menangis sebab aku dah ganggu fokus dia nak tengok cerita tu kan. Fineeee.


Harry Potter habis dalam masa 2 jam suku dan sebelum sambung tengok Transformers, kitorang makan kat Subway dulu. Malas nak ambik gambar sebab Subway kat situ terlalu open space, nanti kalau aku ambik gambar Man, dia marah. Habis je makan, aku dah tarik Man masuk cinema tapi Man nak merokok dulu. Hmmph..dia tak tau ke yang aku ni jenis paling tak suka masuk tengok wayang lambat2 sebab aku tak nak miss sikit pun Transformers tu?? Man nak beli pop corn lagi tapi aku dah tolak dia masuk.





Macam yang aku bagitau tadi, malas nak ulas panjang2 sebab kalau dah fans Transformers tu, haruslah tengok kan. Setiap filem Transformers tidak mengecewakan. Tapi aku tertidur dalam keadaan bising sebab - sejuk dan memang aku mengantuk. Man nampak suka sangat Transformers. Tak taulaa aku kalau ni first time dia tengok Transformers kat wayang. Bila tengok heroin cantik + sexy, dia macam tak senang duduk je. Aku tetibe teringat dia pernah kata kat aku, kalau dia nampak perempuan cantik dan aku ada kat sebelah dia, aku kena ketuk lutut dia ( orang lelaki faham kan kenapa). Aku memang nak buat macam tu, tapi kang tak pasal2 dia menjerit sebab terkejut dalam wayang tu, so aku tak jadi nak buat. Transformers durasinya dalam 2 jam setengah. Aku suka Bumble Bee sebab dia sensitif. Man pulak suka Megatron (robot jahat).

Tak tau bila lagi boleh buat movie marathion ni, tapi oklaa, cuma aku tak tahan sejuk je. Oh ya, oleh sebab Harry Potter dah habis, so nanti mungkin ada movie marathon Harry Potter, macam Lord of the Rings, Star Wars tu. Aku mesti join! ;D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...