Dah lama tak berblogging kerana kesibukan kerja membatasi minat baruku..cewah.
Lately, tak berapa berkesempatan menonton tv, tapi untuk series2 yang menjadi kegemaran, haruslah ditonton walaupun di tengah2 perjalanan cerita, tv pulak yang tengok aku membuta...
Antara yang menjadi kegemaran ialah;
Gilmore Girls
- Paling suka Gilmore Girls dan aku siap beli collection DVD dari siri pertama sampai habis. Kekadang aku rasa diri aku macam Rory, tapi rasanya diri aku lebih serupa macam Lorelai....wahhhhh konon kan. Tapi sukalah cerita ni sebab unsur kasih sayang anak beranak dan betapa rapatnya mereka macam best friend.
Desperate Housewives
- Saat entry ni ditulis, Desperate Housewives antara yang memenuhi jadual tv aku iaitu tiap2 hari Selasa pukul 10.30 malam. Bagi aku, makin lama makin best pulak soap drama ni dan drama bersiri ni selalunya ada macam2 cerita - serius, lawak. tragis. Tapi kalau bab lawak tu, ianya terletak pada dialog cerita ni dan bukan pada aksi. Aku suka dengan fesyen rambut diorang, fesyen baju diorang dan setiap karakter yang ada dalam DH ni.
The Fresh Prince of Bel Air
- Cerita ni popular masa zaman 90an dan masa tu aku still sekolah rendah lagi. Memang peminat Will Smith, filem2 dia aku tengok dan drama TFPOBA ni pun harus jugaklah kan. Lawak memang tahap pecah perut punya, semua karakter pun aku still ingat sampai sekarang. Yang paling best, Man si encik boyfriend pun suka cerita ni ;D
Grey's Anatomy
- rancangan berbentuk kedoktoran ni sangatlah fofular di kalangan mereka yang bercita2 ingin jadi doktor, tapi malangnya cita2 murni tu tidak kesampaian, dan aku adalah salah seorang daripada mereka2 itu. Grey's Anatomys ni bukan saja ceritanya fokus pada hal2 kedoktoran, tapi turut dimasukkan unsur2 percintaan, nilai2 murni dan kekeluargaan, persahabatan. Yelah, doktor pun ada perasaan kan, bukan takat rawat patient je...
The Scrubs
- Scrubs juga adalah rancangan berbentuk kedoktoran, tapi dalam kategori komedi yang melampau2. Berbeza dengan Grey's Anatomy yang lebih membawa mesej yang berat, Scrubs mampu menggelikan hati aku dengan lawak2 kehidupan doktor yang semestinya penuh tekanan hidup mereka. Sesuai untuk mereka yang suka cerita unsur2 lawak tapi ada kelas yang tersendiri ;D
No comments:
Post a Comment