Monday, 29 September 2014

Cecik In Memory

31/08/2014
I found this little guy sitting on the floor alone and he seems lost. So cute. Masa tu nak pergi butik Sincerely By Us, dia duduk betul2 depan butik tu, dekat tangga. Mula2 fikir, mungkin mak dia ada, so biar jela dulu, pergi window shopping dulu.


Lepas keluar dari butik, tengok ada lagi. Duduk diam situ, tak gerak2. So masa tu I decided to take him home, nasib baik ada kotak kecik dalam kereta, letak dia dalam tu. Senyap je dia, kadang2 mengiau kecik, maybe still blur and ketakutan.


Bila bawak balik, Tom start bising. Dia buat bunyi "hisss" bila nampak budak kecik ni, petanda tak best. Sebab biasanya, Tom yang paling senang nak adapt dengan miau baru. Or maybe sebab Tom dah besar, so karakter dia dengan dulu tak sama.



Masa tu, baru jumpa miau yang datang rumah dan miau tu sakit, then baru jumpa this little guy, so agak kelam kabut sikit, sampai muka dia yang comot ni tak sempat nak tenyeh dengan kain. Bila try nak mandikan dia, dia punya mengamuk macam miau besar. Badan pun penuh kutu. Dan masa tu cage yang kecik buat letak miau yang sakit tu, so takde choice kena letak budak ni dalam bilik, just biarkan dia jalan2 dalam bilik.





01/09/2014
Keadaan semakin tidak mengizinkan dengan miau yang jumpa kat tepi rumah tu makin sakit, dengan Blanco nya still dalam cage sebab lepas castration, rasa dah tak boleh handle. Memula fikir, sayang jugak nak lepaskan tapi bila memikirkan takut tak terjaga, so hari tu open for adoption. Dengan harapan, ada orang cepat nak adopt sebab budak ni comel sebenarnya, cuma comot sikit. Last2 jumpa jugak adopter dia, which is jiran belakang rumah je (advertise kat Fb).

 Dia suka tido kat celah2 ni, maybe dia rasa safe. So cute sangat tido kat celah2 buku, kan?



Kadang2 dia ok, kadang2 rasa insecure. Maklumlah, baru beberapa hari. Tapi takut kalau simpan lama2 lagi rasa sayang, so bila dah jumpa adopter dia, terus je nak hantar. Even hati rasa berat :(

02/09/2014
Balik je dari kerja, terus hantar budak ni kat jiran belakang rumah, Yati nama dia. Masa tu rasa sedih, tapi yakinkan dalam hati he will get a better home. Sebab memang selalu berhajat nak bela kucing warna oren, dan tak sangka ni first time jumpa sendiri, biasanya previously adopt dari Fb. So, ni gambar terakhir sebelum lepaskan dia ....

 Tonyoh sikit muka before hantar kat mama baru, so takde laa comot sangat. Masa ni rasa sedih tengok muka dia, berat je rasa ...


03/09/2014
Lepas hantar, rasa rinduuu sangat kat budak kecik ni, sampai laa Yati (adopter) kirim gambar dekat Whatsapp. Dah bersih dah, tak comot lagi. Kutu pun dah takde. Suka sangat tengok dia happy jee :)


20/09/2014
Selepas beberapa hari berlalu, tiba2 dapat whatsapp dari Yati, dia kata Cecik (Yati bagi nama dia Cecik) dah takde ...Terkejut sangat masa tu. Yati hantar Cecik pergi Vet, doktor cakap ada jangkitan bakteria kat pundi kencing dia. Patutlaa Cecik macam susah nak kencing dan kalau berak, dia kena teran kuat2. Cecik pun masa duduk dengan aku sehari dua, dia tak suka minum air, so end up aku kena push dia minum pakai syringe. Kesian Cecik, memang sedih sangat.

Masa Yati kirim gambar ni, Cecik dah besar dah, tapi sebak rasa tengok badan dia jadi kurus. Maybe dia suffer sebab tak boleh kencing dan berak. Kesian sangat. Yati kata, sebelum ni dia happy je main2, bergurau. Mungkin usia dia memang tak panjang, kami pun redha je .... RIP Cecik, mama & mama Yati always love you :'(


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...