One of my new year resolution has unlocked - to continue study. Yay! After leaving the "student" title for 10 years ago, now I become a student again - part time student.
Officially a student now!
Of course am excited. But I always tell myself, dengar macam senang, tapi tak senang manalah. Sebab kalau setakat nak continue study dengan pointer yang cukup2 makan (2.0), everyone can continue study. But the best is to have a target - Kalau dapat 3.0 ke atas memang mantap la. Cubalah dapatkan Anugerah Dekan at least sekali seumur hidup, lol. Masa ambik diploma dulu study pun main2, sekarang dah tua2 baru nak insaf. Part time study tak senang, sebab kau kena pandai divide masa kau - antara kerja, personal time dengan study. Nobody will remind you bila masa nak hantar assignment, sebab semua kau kena pandai2 sendiri. Nasib baik aku memang apply course yang kena bacaaa je, so bacaaa jelah kerja aku. Dah tua2 ni, malas nak burden my brain fikir benda susah2. Hidup aku dah cukup challenge okay, tak perlu tambah lagi another challenge.
Bila check schedule, Alhamdulillah tak clash dengan mana2 tarikh aku nak pergi travel. Penting tu. Sebab komitmen untuk studi dah ada, travel walau macam mana pun, takkan delay. Dah lama plan kot, kalau tak jadi, memang menangis tepi dinding laa aku.
Kadang2 ada pikir jugak, apa yang aku buat masa aku umur 20an, habiskan masa berpoya2 je kot. Kan bagus kalau aku continue study or pergi travel. Tapi yelah kan, ini semua ketentuan Tuhan. Baru sekarang nak tergerak hati aku nak continue study, nak gi travel. Ada hikmah semua tu, cepat ke lambat. Nanti dah ada anak, aku nak guide diorang betul2 - pergi travel masa umur masih muda dan kalau nak sambung belajar, sambung je. Selagi ada peluang, buat je apa yang kita nak buat.
Bila ada member2 yang concern tentang banyak benda aku nak buat tahun ni, "Ha? Ko nak sambung belajar? Nak gi travel lagi? Habih kalau tahun ni kawin, camne? Hi, kalau aku taklah, aku fokus nak kawin je."
Aku tak nak tangguh lagi benda yang aku memang nak buat. Aku nak sambung belajar, aku buat. Aku nak travel, aku buat. Bab kawin tu, kalau dah sampai masa, kawinlah. Tapi apa yang aku dah plan, aku still nak buat.
Kita hidup ni tak lama. So, enjoy our life. Apa yang kita nak buat, kita usaha sampai tercapai. Kalau asyik nak delay tahun ke tahun, takut nanti tak sempat. Siapa kata lepas kawin, kita takleh buat itu, takleh buat ini? Boleh, sebab prinsip aku, nak seribu daya. Asalkan kita tau batas dan tau apa yang kita buat, just go on. Memang kalau dah kawin, its double or triple job, tapi kat dunia ni biarlah kita bersusah2 dan berpenat2 sebab aku percaya, setiap orang ada impian masing2. Umur laa ni dah 30, takut kalau tak buat laa ni, umur 40 dah tak larat dah.
Jangan nanti bila kau dah tua2, terkeluar ayat2 macam ni, "Kenapalah masa dulu aku tak bla bla bla...".
Lagi satu, kalau kau rasa perkahwinan atau pasangan ko as a wall which block you to achieve your dream, jangan nanti kalau bercerai, kau akan buat statement, "Kenapalah aku tak buat bla bla bla...sebab kahwin punya pasal lah ni, sebab si anu tu tak bagi, kalau tak aku dah bla bla bla dah". Masa ni tak guna kau salahkan orang lain atau salahkan benda lain, sebab semuanya atas diri kau sendiri sebenarnya. Nak atau tak nak. Buat atau tak buat. Itu je.
NEVER STOP CHASING YOUR DREAM.
No comments:
Post a Comment