Thursday, 24 September 2015

Battambang, Cambodia - Day 1

Bercinta weyhh aku nak habiskan entry Cambodia ni.
Cepat cepat kena habiskan sebab nanti kena buat entry baru pulak :)
Maklumlah, taip ikut mood.
Kalau mood ke laut, so ke laut lah entry aku tu :D

Ok, day 3 kat Cambodia ni, dari Seam Reap ke Battambang.
Masa ni rasa cam sedih je nak tinggalkan Seam Reap.
Sebab aku suka dengan Seam Reap, mungkin sebab tempatnya yang happening bila malam.
Dan sebab ada Angkor Wat.

Pukul 6.50am aku dah terpacak depan hotel, dah checkout semua.
Tunggu pick up bas yang kata nak ambik depan hotel pukul 7 sharp.
End up pukul 7 lebih baru sampai.
Ingat kan bas ni terus bawak ke stesen bas, rupanya just pick up untuk berkumpul kat tengah2 town.
Tak jauh pun tempat berkumpul tu, boleh jalan kaki kot.
Then baru naik bas ni untuk ke stesen bas.

Bas nak pergi ke stesen bas

Sorry aku tak ingat berapa tambang naik bas ni ke stesen bas.
Sebab pagi ni aku tetibe cam blues sikit.
Kalau tak silap aku dalam USD1 camtu.
Bas ni akan bawak kita ke stesen bas untuk ke Battambang.


Bas nak pergi ke Battambang

Kat stesen bas ni, pandai2 lah korang untuk tanya orang kat situ, mana bas pergi ke Battambang.
Sebab orang kat sana expect kau tau, bas mana untuk pergi ke Battambang.
Aku dengan omputih2 yang naik bas ni muka dah blur2 dah.
Turun2 je, kena tinggal camtu je. Hahaha.
Masa tu orang2 Korea pun ada sekali dalam bas.
Tanya orang tu, tanya orang ni, then diorang tunjuk bas ni ke Battambang.
So untuk confirmation sekali lagi, tanya terus driver bas tu, betul ke bas ni pergi Battambang.
Bila dia suruh naik, so confirmlah pergi Battambang.
Mula2 aku macam cuak jugak nak simpan bagpack aku kat bawah bas tu.
Tapi last2 aku tawakkal jelah. Koser aih nak angkut bawak naik atas bas.


Pekan kecil

Perjalanan dari Seam Reap ke Battambang lebih kurang 3 jam.
Takde apa yang menarik untuk dilihat sepanjang perjalanan.
Bumi Cambodia yang gersang kadangkala membuatkan aku sedikit bosan.
Yelah, pergi pun masa musim panas ya amat.
Tapi bila melihat jalan2 nya yang berdebu, tanahnya yang kontang, ternakan nya yang kurus, membuat aku insaf sedikit, bertuahnya aku duduk kat Malaysia.


Sedih tengok lembu tu

Dalam bas, aku tak boleh nak tido.
Sebab pagi2 dah minum Nescafe.
Tapi ok je, sebab rasa macam rugi kalau tido je.
Bas berhenti kat suatu tempat, untuk urusan nak pergi ke toilet atau beli something.
Aku turun je, untuk beli air.


Nak kumbang goreng?

Turun je dari tangga bas, ternampak benda ni.
Tak pasti kumbang ke, belalang.
Orang kata rangup, like krup krap krup krap bila kunyah tu.
Actually aku nampak "burung puyuh goreng" kat sebelah kumbang goreng ni.
Sebab memang ingatkan burung puyuh goreng, so tak ambik la gambar, kat Malaysia pun ada.
Tapi rupanya katak goreng. Damn.



So lebih kurang sejam macam tu, bas pun sampai kat sini.
Ni tempat company bas yang aku naik tu laa.
Oleh sebab aku dah janji dengan driver tuk tuk tu, so tak pening laa nak pilih yang mana satu kan.


Sebab bila turun je dari bas, berebut - rebut driver tuk tuk akan usha korang untuk dapatkan service diorang.
Aku tengok je omputih2 yang naik bas sekali dengan aku, punya la rimas bila nak ambik beg kat bawah bas.
Tengok je la gambar kat bawah ni.



Ok, ni tour guide aku, cum driver. Adik kepada tokey restoran Muslim Kitchen tu.
Ganteng orangnya. Hahaha.
Single lagi nih. Sekali pandang macam Melayu.
Asyik senyum manjang. Dah tu kalau senyum pulak, nampak semua gigi dia.
English dia...phew...siap slang Amarika jah. Fluent sangat.
Dia kata dia belajar English dengan tourists je. Humble nau ayat tu kan.
Suka bercakap. Ada je cerita yang dia nak cerita.

Mula2 dia bawak aku pergi hotel dulu.
Since aku dah tau nak aim ke hotel mana, so dia hantarkan je.
Masa kat hotel tu, dia tunjuk kat aku dan briefing sekali, aktiviti apa yang boleh dibuat kat Battambang ni.
Actually ada few, like kat sini ada candi Watt jugak tau, tapi takdelaa besar macam kat Seam Reap tu.
Ada sungai, ada bukit boleh hiking.
Aku bagitau dia, buat yang mana boleh dibuat until pukul 7 malam.
Dia cakap ok.
Lepas settle urusan check in semua, perut dah berbunyi2 mintak diisi kan.
So aku tanya la dia, any halal food here?
Dia cakap "lets follow me"


So, dia pun bawak la aku kat sini.
Dia kata, kat Battambang ni, ini je satu - satunya kedai makanan halal.
Yelah, Muslim kat sini minoriti kan, kau expect apa.
Aku tanya dia, ada nasik tak? Hahaha. Nampak tak tekak Melayu aku kat situ.
Dia kata memang jual nasik pun. Lauk pun macam2.
Ni memang tempat dia makan almost hari2 kot.
So aku pun on.
Mintak nasik dengan adik tu, lepas tu cedok sendiri lauk nak apa.
Lauk macam lauk kita jugak, tapi rasa dia of course lah lain kan.

Satu je kedai halal kat Battambang ni


First time makan nasik campur Cambodia, lol!
Nasik selambak dia letak, memang tak boleh nak habis even aku lapar gila masa tu.
And syukur jugak Allah anugerahkan aku jenis tekak universal, semua makanan InsyaAllah aku boleh telan.
1World gitu.
Harga di charge around RM3.50 (after convert). Cuma air kena beli kat kedai sebelah.
Oklah kan.

View depan kedai

Perut dah diisi, so boleh start jalan dah.
Masa sebelum makan tu, guide aku bagi aku map ni, so that lepas makan, aku boleh explore around the small city kan.
Gigih laa dia ni buat map bagai, bagus betul.
First time dapat guide yang suruh explore sendiri. Hahaha.
Sebab sementara aku pergi makan tu, dia pergi mana ntah, ada hal sikit katanya.
So aku pun jalan2 la, pusing situ, pusing sini. Dengan panas terik hazabnye.
Dia kata, lepas habis ronda, call dia. Dia ambik kat situ.



Lepas penat berjalan (mengah sebenarnya) around that area, aku pun call dia suruh ambik.
Then start the trip.
First of all, dia bawak aku ke tempat landmark Battambang ni.
Kat tengah2 round about.


Mengikut cerita lagenda orang2 di Battambang, ini adalah dewa bernama Preah Bat Dambang Kranhoung (Kranhoung Stick King) yang telah menyelamatkan kawasan Battambang dengan kayu saktinya.
Kayu sakti tu yang dipegang atas mangkuk tu.
Battambang itu sendiri maksud dia ialah "kayu yang hilang" or "the loss stick".
So disebabkan jasa beliau telah menyelamatkan orang2 di Battambang, penduduk tempatan pun buatlah patung dia di tengah2 bandar ni.
Bila pagi weekend, ramai orang akan bersembahyang mengelilingi dewa ni, sebagai tanda terima kasih pada dia dan meminta pertolongan daripada dia.
Majoriti penduduk kat sini ialah Buddhist. Muslim tak sampai 5% pun.
Battambang ni bandar kedua terbesar di Cambodia, dijumpai pada abad ke 11.
Battambang adalah pembekal utama beras kepada negara Cambodia.

Ada jugak guide aku cerita pasal history dan cerita politik kat Cambodia, tapi aku rasa tak appopriate nak cerita kat sini.
Aku cerita kat FB aku je, tu pun among my FB clans.
Guide aku ni memang suka bercerita, tu yang best. Ada je cerita dia tu.
Pasal sejarah dia tau banyak, tanya je.
Dan dia ada opinion dia sendiri, which is, good.
Suka tengok dia bercakap, tambah dengan slang US dia tu.


So lepas cerita2, dia pun bawak aku ke tempat yang aku nak pergi sangat tu.
Dalam perjalanan, dia berhenti kat kedai2 kecik macam ni untuk beli petrol.
Banyak kedai2 kecik macam ni di Battambang yang jual petrol, sebab tuk tuk is mostly main vehicle kan.

Some of my friends wonder at that time, kenapa aku pergi Battambang, instead of Phnom Penh atau Kampung Champ?
Well, ini je sebab dia.


Yes, kat Battambang je ada ni, hahaha.
Bamboo Train, attraction yang famous kat Battambang ni.
Aku baca blog, ramai benor omputih yang pergi Battambang naik benda alah ni, so aku macam teruja jugaklah nak try.
Dah alang2 jejak Cambodia tu, main lah sekali benda ni :D


"Train" ni diperbuat daripada buluh, sebab tu nama dia Bamboo Train.
Satu "train" ni boleh muat around 10 orang kot macam tu.
Tapi makin berat train, makin slow laa dia gerak. Hew hew hew.
Bayaran nya ialah USD10, bayar kat polis yang jaga kat situ.
Lepas bayar, dia siap offer lagi ambik gambar aku.
Orang kat Battambang baik sangat, very nice. Suka.
Diorang bila aku datang, duk tanya2 guide, aku ni orang Filipino ke?
Guide aku pi cakap aku ni orang Cambodia jugak, habih semua duk bantai cakap Cambodia dengan aku.
Hahaha.
Bila aku cakap dari Malaysia, diorang macam tak percaya. Lagi cakap aku dari Filipina ke.
Adoyaii :D
Sebab jarang sangat ada orang Malaysia datang ke Battambang kan.
Mostly omputih je ramai.


Kat sini ada satu lane je. So laluan pergi balik guna lane yang sama.
Kalau bertembung dengan train lain, one of the train kena surrender laa.
Sepanjang naik, train aku tak pernah surrender, asyik2 train orang lain yang kena surrender ke tepi.
Agaknya brother yang bawak train aku tu taiko kot kat situ, tu yang semua orang lain surrender tu.
Gambar kat atas tu ialah proses surrender untuk bagi laluan pada train yang aku naik.
Alas bamboo tu kena angkat, letak ke tepi.
Then baru angkat 2 roda yang menggerakkan alas bamboo tu.
Aku tengok macam boleh tahan jugak berat roda tu.
Enjin pun alih sekali.
So train aku boleh gerak ke depan.


Atas alas bamboo tu siap letak tikar dan bantal bagai.
Brother tu suruh aku duduk atas bantal tu.
Aku ingatke boleh baring2 masa naik train ni :D
Laju jugaklah train ni, around 40km/j macam tu.
Terbang2 rambut ditiup angin.



Ni traveller Aussie, dia ambik gambar aku duk atas train, so aku pun ambik gambar dia.
Dia kata dia datang sini solo je. Ramai traveller Aussie yang perempuan datang sini solo je.
Ada la 3, 4 orang yang aku jumpa masa tu.
Dia baru je jejak sini, 4 hari jugak total dia spend.

Train ni akan berhenti sekejap around 10 - 15 minit macam tu kat last pit stop.
Kat last pit stop tu, ada jual t-shirt dan souvenier, minuman macam tu.
Ada jugak 2, 3 orang budak yang akan persuade kau untuk beli souvenier yang diorang buat.
Kalau kau tak nak beli, kena tolak cara baik, which is, susah jugaklah. Hahaha.
Ada jugak diorang ajak kau pergi tengok2 kampung diorang, tapi kena bayar around USD5 macam tu.
Depends, kalau kau nak pergi, pergi. Tak nak, boleh tolak cara baik.
Tapi rata2 diorang memang pandai cakap English, which is aku kagum.
Lepas berhenti tu, brother yang bawak train tu akan panggil balik naik untuk pusing sekali lagi.

Dah habis naik train, guide aku tanya, nak pergi mana?
Since aku takde plan lain selain naik bamboo train, so aku suruh je dia plan kan untuk aku.
Dia kata okay :)

Masa nak on the way ke tempat seterusnya, tetiba kitorang ternampak ada driver tuk tuk tersadai tepi jalan.
Customer dia omputih.
Bila guide aku stop kan tuk tuk dia untuk tanya, rupanya ada masalah bateri macam tu.
So bila dah try try start tak boleh, guide aku tolong bawak customer brother tu, sebab our destination sama je kan.
Bagus diorang ni, bekerjasama sangat. Yelah, siapa lagi nak tolong kalau bukan sesama mereka kan.

Kitorang pun sampai la ke tempat yang dituju, bersama2 aku ialah omputih Aussie.
Dia bawak DSLR besar.
Guide aku kata, kitorang kena naik motor dari sini untuk naik ke atas puncak bukit tu.
Aku masa tu dah "What? Ride motor tu there?"
Sebab aku pikir, dengan berat badan aku ni, mampu ke diorang nak carry aku kat belakang?
Macam kesian je. Naik bukit pulak tu.
Aku dah rasa doubtful dah.
Guide aku kata, "You dont worry. I have seen many times they bring white people to up there, 2 times bigger than you. I dont how they do it, but they can".
Aku dah macam, iskk...biar betul dia ni.
Aku berkeras tak nak, aku tak confident.
Omputih tu pun tak confident, dia kata nak jalan kaki je naik atas bukit tu.
Guide aku kata bukan tak boleh jalan kaki, cuma masa nak sampai kat atas tu, ambik masa.
Takut nanti penat, tak larat dah.
Memula tu omputih tu macam berkeras nak jalan kaki jugak, last2 dia pun akur je.
So kitorang pun bayar la USD3 sorang per ride.
Aku dah mengucap2 dalam hati dah, risau jatuh tergolek ke nanti.
Takde gambar ye, sebab aku rasa tak perlu (jangan jadi macam sesetengah orang, ambik gambar naik motor konon bangga sebab backpackers, lepas tu upload kat group, kena bash teruk. Lepas tu sentap kat twitter).
Jangan ye, jangan buat perangai.


Around 5 minutes jugak laa nak sampai ke gua ni.
Dengan curamnya, ya Allah.
Aku tawakkal jelah masa tu, mengucap panjang2, banyak2 dalam hati.
Aku pegang handle kat belakang tu rasa macam nak tercabut handle tu.
Memang betul, brother tu successfully bawak aku naik atas.
Dan memang betul kata guide aku, kalau nak jalan kaki naik atas memang azab.

Masa sebelum naik, diorang ada briefing, kalau terserempak dengan polis, kena bagi duit bila diorang mintak.
Padahal nak pergi kat sini tak payah bayar pun ,free je.
Tu motif nak mengepau la tu.
Tapi dia kata kalau nasib baik, tak jumpa.
Aku tanya la, kebarangkalian tak jumpa tu berapa percent?
Dia kata 90% biasanya akan jumpa.
So just prepare jelah duit ye.
So memang nasib aku tak baik masa tu, terserempak dengan polis tu kat area tokong tu.
Betul diorang cakap, mostly polis kat Cambodia kuat mengepau tourists.
Duit masuk dalam poket.


Ni one of "Killing Field" kat Battambang ni.
Masa on the way nak ke sini, tiba2 aku terbersin banyak kali.
Sah, nak demam.
Aku memang macam tu, asal gi oversea je demam.
Gi Korea hari tu pun demam.
Nasib baik memang siap2 pack segala bagai jenis ubat semua.
So, dalam nak demam tu, gigih jugak turun tangga ke dalam gua ni.
Dalam gua nilah tempat di mana berlakunya pembunuhan ramai2 orang Cambodia masa zaman Pol Pot dulu.
Kesian kan.


According to the local here, orang Cambodia dipenggal kepala dan mayat mereka dicampak ke dalam gua ni.
Nampak tak minah omputih yang pakai shirt biru tu?
Dia laa yang naik sekali tuk tuk dengan aku, yang kata nak jalan kaki tu.
Gigih kan bawak kamera dia yang besar gedabak tu.
Gigih jugak dia duk panjat sana, panjat sini nak dapatkan shoot yang terbaik.
Sampaikan bila aku dah turun, dia tak turun - turun lagi.
Entah celah mana dia pergi shoot.
Aku rasa dia memang photographer, yang jual gambar2 untuk magazine travel.
Gitulah assumption aku kan.


Tengkorak manusia yang dibunuh di Killing Field

Masa nak masuk ke gua ni, kitorang diekori oleh locals yang akan cerita pasal history kat Killing Field ni.
Ada jugak some kids yang akan secara spontannya akan bagi explanation kat kita.
Diorang speaking tau.
Ada laa sorang budak laki ni, memula aku tengok dia macam bercerita tentang gua ni kat minah omputih yang nak jalan kaki tu.
Tapi aku terdengar dia cakap, "No, I dont need guide, thank you".
Lepas tu budak tu pun give up, dia pergi kat orang lain pulak.
Andddd, dia pilih aku.

Aku mula2 tu macam minah omputih tu jugak, buat tak tau je.
Tapi bila dia non stop bercerita, aku rasa kesian pulak.
Rasa macam tak patut buat tak tau je.
So aku pun mula bagi perhatian kat dia, tengok cara dia bagi explanation tu kan.
Actually quite ok la cara dia cerita, history kat situ memang dia tau semua.

Lepas dah habis bercerita, aku tanya dia, "How old are you?"
"I am 13 years old sister" dia jawab.
"Your English is good, you learn it from school?"
"I learn at school, but sometimes I learn from tourists"
"You didnt go to school today?"
"Today is Sunday, school not open sister"

Oh, lupa pulak aku hari tu hari Ahad.
Then dia cakap, "Sometimes if I have money, I go to school. If dont have, I didnt go".
Aku tengok mata dia sambil berkerut. Perasaan ingin tahu datang.
"Why?" aku tanya dia.
"If go to school, need to pay fees USD3 sister".

Aku terdiam. Aku tarik hingus yang hampir nak meleleh.
Aku tengok dia. Tengok mata dia. Nak cari kebenaran dan ketelusan dalam kata2 dia.
Betul ke? Takkan sampai macam tu sekali?
Tapi dia tengok je aku. Masa tu aku tak pasti samada dia cakap betul atau tipu.

Betul atau tipu kadang2 bukan persoalan.
Kalau dia cakap tipu means, terdesak betul hidup ni, terpaksa menipu demi sesuap nasik.
Kalau dia cakap betul means, memang kehidupan kat sana sangat terdesak.
Teringat aku peristiwa masa kat Thomb Watt tu. Yang budak perempuan ngekor aku tu.
Masa aku tengah menghalusi kata2 dia tu, tiba2 tak semena - mena mata aku berkaca.
Aku rasa sebak. Tak tau kenapa.
Air mata turun sekali dengan hingus aku.
Aku rasa sedih sebab dia macam tipu aku ke?
Atau aku rasa sedih sebab hidup dia memang susah?
Entah.

Masa aku menangis tanpa sedar tu, aku palingkan muka aku ke arah lubang gua.
Aku tak nak dia perasan yang aku menangis tiba2.
Ye, aku menangis.
Aku menangis sebab aku bersyukur aku orang Malaysia.
Tinggal di Malaysia.
Yang mana, aku tak perlu susah payah cari duit untuk bayar yuran sekolah.
Yang mana aku tak perlu menipu demi sesuap nasik.
Aku beruntung.
Aku sebenarnya orang yang beruntung di sebalik complaint2 aku selama ni.
Being a typical Malaysian, aku memang suka complaint.
Complaint itu, complaint ini.
Tapi hari ni aku sedar, ada banyak lagi orang yang lebih susah dari aku, yang mana mereka lebih layak untuk complaint tentang hidup mereka.
Tapi mereka tak buat macam tu, sebab complaint tu tak membantu mereka untuk dapatkan sesuap nasik.
Aku insaf. Aku tersedar dengan realiti hidup ni.
Aku bukannya susah sangat. Dan hidup aku sebenarnya tak susah mana pun.


Lepas adegan emosi secara tak semena mena tu, aku tengok orang lain beransur naik.
Aku pun turut sama naik, sambil masih menarik hingus aku yang selalu meleleh masa tu.
Ke aku rasa emosi sebab aku nak demam?
Atau sebab "spirit2" yang sedih kat situ, so terjangkit dengan aku sekali?

Masa kat atas tu, aku hulur USD1 kat budak tu.
Dia ambik, tapi tak kata apa2. Selamba je muka dia.
Takpelah, rezeki dia.
Rezeki dia sebab memberi aku good lesson about this real life.
Actually kat atas tu ada temple, tapi aku tak masuk pun.
Orang di Cambodia memang kuat sembahyang, you can see temple everywhere.
Yelah kan, bilamana pihak berkuasa tempat rakyat bergantung tak boleh nak diharap, hanya pada Tuhan sajalah jadi tempat mengadu.
Persekitaran perkampungan kecil atas bukit ni pun sangat daif, anjing ada di mana2 tapi kurus.
Budak2 ramai, tak terurus.
Pemandangan yang sedih, tapi mereka nampak tak pernah putus asa.
Sentiasa memanjatkan hajat kepada Tuhan. Demi meneruskan kehidupan ni.

Lepas tu, brother yang bawak motor tu bawak aku pergi tengok view Battambang dari atas bukit.
Boleh nampak bumi Battambang yang luas, yang berpotensi sebagai kawasan pertanian sebenarnya.
Tapi oleh sebab tandus daripada sumber air, so nak bercucuk tanam apa agak sukar.
Sayang kan?
Masa tu ada few omputih jugak lepak kat situ tengok view.
Aku tengok minah omputih baju biru tu panjat celah mana entah, gigih betul dia.
Sampai driver dia tanya aku, "Where is another one?"
Adoii, mana entah dia pergi. Bukannya aku follow dia pun.

Masa turun dari puncak adalah menyeramkan okay.
Laju brother tu bawak motor, dengan keadaan curamnya.
Phew.....aku mengucap tak henti2 okay kat belakang tu.
Tolonglah, aku nak hidup lama lagi.
Nak aje aku suruh dia bawak slow2, tapi mesti dia tak peduli pun.
Lepas turun tu, dia hantar aku kat tempat tengok kelawar ni.
Aku cari kelibat guide aku, tak jumpa.
Entah mana dia pergi menyembang entah.
Jumpa geng la tu.
So aku duduk je kat pangkin bawah gua tu. Dengan omputih2 lain.
Ramai okay yang datang Battambang ni. Dan aku sorang je orang Melayu. Hahaha.
Terasa dahaga tiba2, so aku beli air coke kat gerai acik sebelah.

Baru nak keluar

Dalam sejam macam tu, aku dengan omputih yang lain, ramai2 tunggu kelawar2 n keluar dari gua.
Macam dalam dokumentari National Geographic pulak.
Sambil2 borak, minum, makan kacang.
Aku mula2 tu ada kat betul2 bawah gua tu, tapi bila dah rasa tak sedap badan, aku tunggu kat atas tuk tuk je.
Kuasa Allah kan, kelawar ni kan buta, tapi diorang kalau pergi cari makan, pergi ramai2 or dalam group macam tu. Diorang follow each other based on the sound that they make.
Kalau kita kacau frekuensi bunyi yang diorang hasilkan tu, so berterabur diorang terbang, pecah dari group (sebab aku ada ternampak ada brother tu gores something kat jalan tar, so bila hasilkan bunyi lain, kelawar2 ni rasa terganggu dan berpecah dari each other).
Banyakkkk gila, okay.
Bila dah terlampau banyak tu, mula laa kencing pun berterabur.
Terkena kat 2, 3 omputih kat situ, hahaha.
Aku gelak je dari atas tuk tuk.
Sekali sekala tengok ciptaan Allah yang unik ni kan.
Then guide aku terus bawak tuk tuk, follow kelawar2 ni.
Mula2 aku cakap kat dia nak tengok sunset sekali, tapi unfortunately, sunset tak kelihatan masa tu.

On the way nak balik, guide aku tanya, kenapa satu hari je kat Battambang, rasa tak puas nak bawak aku jalan2.
Aku cakap, ni additional planning je, sebab kalau pergi 3 hari je ke Cambodia ni, macam rushing sangat.
Dia tanya, lepas ni nak datang Cambodia lagi tak?
Aku senyum je, cakap, "InsyaAllah, if I have more money". Lol
Dia cakap, banyak benda lagi dia nak show kat aku.
And sebab jarang sangat dia dapat customer Malaysia, Muslim pulak tu, so dia rasa excited terlebih.
Hahaha.



Guide aku hantar balik hotel around pukul 6 macam tu.
Pukul 6 kat sini dah gelap macam pukul 7.
Lepas bayar dia USD20, cakap terima kasih banyak2, tukar2 contact number, then aku pun naik ke bilik.
Since badan memang dah rasa tak sedap dari petang tadi, lepas mandi, solat, makan, makan ubat, aku tido.
Seram jugak tido dalam bilik besar, mula laa aku pikir benda bukan2.
Aku pun tak tau nak pergi mana malam2 kat sini, so bila dah demam tu, rehat jelah.
Aku tak keluar makan pun, just heat kan bekal nasik lemak Brahims tu.
Guna kettle je, hahaha. Rasa dia, hurm....telan jelah. Hahaha.
Air mineral tak disediakan, tapi hotel ni ada jual air dalam fridge kat lobi.
Kettle kena mintak kalau nak guna.

Ok, nanti sambung last part ye!

Ps : Oh ye, ada sejarah mengatakan, Battambang nilah tempat Raja2 Melayu zaman keagungan Srivijaya dulu pernah membuat perjumpaan, something like that. Boleh baca kat sini sumbernya.

4 comments:

  1. Menarik cerita... Berbaloi x pergi Battambarg tu ?

    ReplyDelete
  2. Menarik cerita... Berbaloi x pergi Battambarg tu ?

    ReplyDelete
  3. boleh tak bagi no contact orang bawa tour tu?

    ReplyDelete
  4. Dominohalo Situs Agen Poker Online Terbaik Rekomendasi Oleh Banyak Orang. Proses DP/WD Tercepat. Dengan di layani oleh Cs yang profesional Akan Siap Melayani 24 Jam . Silakan Coba Keberuntungan Anda Bersama Kami bos!!

    Di Dominohalo
    Minimal deposit Hanya Rp.20.000
    Minimal tarik dana 20ribu

    Bonus-Bonus yang Yang Ada :
    Bonus TurnOver 0.5% Bonus
    Refferal 20% Bonus Kejutan Tak Terduga Untuk New Member

    Untuk Registrasi silahkan klik link di bawah ini ^^
    HLOQQ .NET<== Daftar Di sini

    Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di Dominohalo^^
    Hubungi Customer Service Kami Stand By 24 Jam

    Contact Us :
    BBM : D8885BBE
    WA : +6282114007258
    lINE : DominoHalo
    #kaskus #situsjudionline #situsjudipoker #dominoqqqq #gambling #gamers #pecintapokeronline #bandarqonline #bandarpokeronlineterpercaya #dominoqq #bandarpoker #bandarsakongonline #Dominoqqonline #deposit #withdraw #tanpabot #online24jam #bankcimb #makassar #surabaya #papua #kalimantan #bonusrollingan #bonusrefferal #agentsituspoker #agenpokerterpercaya #promosmsqq #judionlineterpercaya #webstagram #followme #beautiful #teamlikeback

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...