Monday, 30 May 2016

Travelog Bukit Tinggi & Padang, Indonesia : Tour Guide

Salam semua,

Sorry laa aku dah jarang2 buat entry baru sebab buzy dengan benda lain...kalau aku tak buzy pun, aku takde mood nak update. Mood nak menaip tu perlu, kalau tak, bosan je nanti orang baca.

Aku tak sangka pulak entry Bukit Tinggi aku tu mendapat sambutan daripada pembaca2, dan ramai sekali yang bertanya, aku pakai guide yang mana? Dah hampir setahun berlalu sejak aku pergi Bukit Tinggi tu kan, baru laa ni aku nak bagitau, ceh. Tu pun lepas ramai sangat yang bertanya. Maafkan saya yang malas ni ye.

Oklah, aku guna khidmat Mukhlis Budget Tour Padang masa pergi Bukit Tinggi tu. Tapi kan aku ada cerita yang Mukhlis ni meninggal few days before aku sampai sana, so yang handle tour aku masa tu ialah bapa mertua kepada arwah Mukhlis dan isteri arwah. Aku sebenarnya masa tu macam ...entahlah....rasa sedih... even aku tak pernah jumpa arwah Mukhlis, cuma berwhatsapp je dengan dia.

Harga untuk tour ni depend pada berapa ramai yang kita nak pergi biasa laa kalau tour kat Indonesia ni, lagi ramai kau bawak, lagi murah la yang kau dapat kan.

Hotel yang aku tinggal..sorry la, lupa laa nama hotel ni apa


Guide yang aku guna ni sangat bagus dari segi pilihan lokasi hotel untuk aku. Hotel ni ada free wi fi (kat area receptionist) dan ada breakfast sekali. Yang paling best, dekat sangat dengan tempat makan lain2 macam restoran atau gerai2 street food . So malam2 boleh usha macam2 makanan, jalan kaki je.

In term of guide pulak, bapak mertua arwah Mukhlis sangat peramah, dia melayan je soalan2 aku dan dia pun suka bercerita. Dia tau aku suka makan, dia bawak ke tempat makan yang best2, bagi aku rasa. Dan mana aku nak pergi, dia bawak je. Yelah memang lah bayar kan, tapi servis nya jugak bagusss pak.
Nyamannnnn :D :D :D

Mereka boleh dihubungi di nombor +62 812 6842 2608 atau +62 819 7513 210.

Aduhh...cerita pasal Bukit Tinggi ni, teringat aku sambal hijo kat restoran Lamun Ombak tu...adoiii..kenapa la sambal kau sedap sangatttt....mana nak cari kat KL ni sambal sedap macam tu, haish...rindu pulak kat Bukit Tinggi :(




Monday, 2 May 2016

Hammam Spa, Publika

Hidup membujang macam ni laa kan, bila rasa badan dah banyak daki setebal satu bundle kertas A4, takde orang nak tolong gosokkan. Yelah, nak gosok sendiri, tak berapa nak keluar daki tu. Nak mintak tolong kawan, eh malu pulak nanti nak mandi sama2. Orang Malaysia kan, bukan orang Korea yang memang culture mandi sama2 kat sauna. Nak mintak tolong mak aku, dia dah tak larat.

So sudahnya, pergi spa jelah...eh..motif kat promote macam tu. Actually dah setahun kot aku simpan hajat nak pergi Hammam spa ni tapi asyik delay je. Delay sebab bajet lah, delay sebab takde masa lah, delay sebab location tak ngam lah.

Picture courtesy from cindysplanet.com

Hammam spa tu ape? Ok, aku tau pasal Hammam pun dari geng traveller yang pergi Istanbul, boleh baca kat sini dan sini. Bila tau tu macam, wow, bestnya! Kalau nak pergi Turkey tu macam lambat lagi kan walaupun teringin tu dah lama, so aku pun riki2 la diorang pasal Hammam bath ni. Rupanya ada dekat KL, tapi dekat Bangsar lah. Since aku tak suka pergi Bangsar, so aku biar jela dulu. Kalau harga Hammam bath dekat Turkey around 15 TL (Turkey Lira). Tapi kat Malaysia tak boleh dapat laa harga tu. Hammam ni ada yang open to public, ada yang private kalau kat Turkey. Kalau public tu, boleh la tengok adegan kau gosok aku, aku gosok kau. Dan biasanya orang tua2 pergi Hammam ni. Wakakaka.

"The Turkish bath, or also known as hammam spa, is a place where the locals visit for a restorative soak or massage. For centuries, the hammam spa was more than just a place to rejuvenate the body as it was also intimately related to the everyday life where people regardless of age and background come freely to have social activities.
The tradition of the Turkish bath extends far back to a time before the Turks reached Anatolia. They brought with them a significant bathing tradition combined with the Romans and Byzantines then merged with the Muslim concept for cleanliness and its concomitant respect for the use of water. This new concept is then called the hammam spa." 
Article from here

Since Hammam ada 2 tempat, satu di Bangsar dan satu lagi di Publika, so dah takde excuse lah kalau tak pergi tu. Kalau kat Bangsar memang tak laaa aku nak pergi, tempat yang always jem dan hazab nak cari parking tu. Yang bestnya, Publika tu dekat dengan rumah aku. So moh ke Publika la kita.

Pergi tempat orang kaya2 ni memang lain sikit, maklumlah, tak biasa. Dalam website, tak tulis pulak dekat block mana Hammam spa ni, memang sesat barat la jawabnyee..sampai ke hujung bangunan aku pergi ha. Rupanya dekat block D2, area bridge warna merah. Kalau korang lalu masuk antara 2 bangunan Publika tu, cari bridge warna merah. According to the receiptionist, bridge warna merah tu maknanya area health and beauty. Kalau korang masuk dari tepi Publika, lepas parking, naik lif level G4. Then cari block D2. Spa ni betul2 dekat bridge warna merah tu.

Picture courtesy from here

Hammam Spa
Bangsar Village Ii, 2, Jalan Telawi 1, Bangsar, 59100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hammam Spa
Level 4G, Publika Shopping Gallery1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas,Kuala LumpurMalaysia

Phone Number: 03 6201 0881


Dan actually appointment aku pukul 11, tapi aku terlajak tido from 9am sampai 11am, so aku mintak delay pukul 12pm. Nasib baik diorang ok, hehehe.

So lepas hazab cari spa tu, aku pun jumpa laa. Nice ambiance masa first masuk tu, rasa different sikit. Hammam spa ni from Morrocco, bukan Turkey. Ah, belasah jelah, kesah pulak from Morrocco ke Turkey. Akak dah lama ngidam ni ok nak berspa spa bagai. Sempat laa aku complaint pada receiptionist tu, susah nak cari Hammam spa tu. Tipikal Malaysian customer kan, sampai je terus complaint.

                                                             Picture courtesy from here

First, kena isi form dulu. Dalam form tu, dia tanya customer ada allergic apa2 tak, tengah pregnant ke, first time datang ke. Then pelayan diorang akan brief Hammam Spa ni apa. Since aku dah tau, aku tak excited sangat laa nak tanya apa2, sebab dah tak sabar nak start. Then, kat situ ada laa package dia atau nak buat by per activity pun boleh. Biasanya customer akan ambik package atau lepas session mandi, session massage kan. Tapi, selepas badan aku dilenjan oleh momy Loly hari tu, I think i should give my body rest a bit. Review pasal massage with momy Loly tu nantilah aku buat.

 Aku ambik Hammam & Goomage

Yang ni by package

Selepas pelayan foreigner brief aku ibarat dia hafal skrip, aku dah pilih apa yang aku nak, aku kena proceed to payment first. Then only aku di bawa ke bilik persalinan. Dalam bilik tu, ada almari yang kita boleh simpan segala benda yang kita bawak DAN, pakaian kita. Semua, okay. SEMUA. Diorang bagi kita 1 bathrob, 1 selipar macam crocs tu, 1 disposable bra dan 1 disposable panties. So kita kena tanggal semua pakaian di badan kita. Handphone tak boleh bawak masuk ye. Bukan apa, camne ko nak pegang phone masa mandi nanti. Locker ni pakai security number, bukan kunci. So easy peasy. Jangan lupa nombor password sendiri dahla.

Locker to keep your personal belongings. Picture courtesy from theyumlist.blogspot

Masa aku bukak pintu bilik persalinan tu, ada laa sorang pompuan ni sapa aku, "Hai, good morning Madam". Aku pun cakap la hai balik kat dia. Aku ingatkan dia orang Turkey, rupanya Morroccoan. Dialah yang akan mandikan aku dan gosok segala daki dibadanku, huhuhu.

Oleh sebab English dia sangat limited, so ada some misunderstanding situation happened. Dia tunjuk kat aku washroom, aku ingat dia suruh aku mandi kat situ. Aku pun blur2 la, bukak baju semua. Lepas tu terpikir, eh, pahal pulak mandi dalam ni je, tak macam dalam website tu pun? Lepas done my small business inside, aku bukak pintu, aku tanya dia, "Shower here?" Dia pun gelabah, cakap, "Eh, no madam, no here. Follow me, follow". Ah, sudah. Kena pakai balik bra and panties disposable tu.

View from rest room. Picture courtesy from theyumlist.blogspot

So masuk lah aku ke dalam bilik mandi yang besar ala2 sauna tu, sebab bila masuk rasa panas je. Gelap. Ada 2 area dalam bilik tu, dry area dan wet area. Wet area tu la tempat aku kena dimandikan. Ada 3 marble top yang rupanya macam meja, setiap top tu ada pasu tembikar yang berisi air suam panas sikit2 (macam orang zaman dulu2). Bila dia suruh aku face down (baring) atas marble top, mak aii, panas weyh. Tapi panas lit lit ja baq kata orang Kedah. Andddd, this process is almost naked, okay. Bath rob aku dia letak kat dry area.

Lebih kurang macam nilaa bilik dia. Tu marble top. Picture courtesy from timeout.com

Since english dia limited, susah jugak la aku nak faham apa dia cakap mula2 tu. Tapi lepas tu, tak susah dah, balik2 dia cuma cakap - face up, face down, stand of, sit down. Then "you okay?". Itu jelah proses nya - face up, face down. Face down tu maknanya meniarap la, face up tu maknanya baring laa.

Mula, dia akan jirus air suam panas lit lit tu kat badan aku yang tengah meniarap. Rasa panas sikit, tapi rasa lega. Lepas tu dia sapu badan aku dengan sejenis minyak yang sedap sangat bau dia. Satu badan okay dia sapu. Aku time dia suruh face down tu ok lagi, tapi masa dia suruh face up tu la....pffttt...segannyeee lah hai. So untuk kurangkan rasa awkward tu, aku tanya laa dia asal mana, dah berapa lama kerja Malaysia. Dia muka rilex je, dah keje dia kan. Aku laa segan tak memasal.

Lepas proses lumur minyak di badan, dia akan mandikan pulak. Lepas mandikan, dia sapu pulak sejenis sabun yang pun, sedap sangat bau dia. Eeiii, sukalah! Lagi sedap dari bau minyak aromatheraphy. Pun satu badan dia sapu. Lepas sapu tu, dia tinggalkan aku sorang2 dalam bilik mandi tu around 5 minit. Masa sorang2 tu, aku rasa macam aku ni mayat yang kena mandi jenazah pulak. Yelah, duk baring kat atas top tu almost naked. Dan cara dia mandikan aku tu macam mandi jenazah. Cuma nasib baik bezanya ada part dia suruh aku berdiri atau duduk. Oh, ya! Kalau datang dengan kawan2 or family, korang akan kena mandi sekali. Sebab dalam bilik mandi tu ada 3 marble top kan. Imagine laa aku mandi dengan member2 aku..mak aiii....sebulan tak jumpa agaknya, malu gila dowh. Actually masa dia tinggalkan aku tu, nak bagi liang2 kulit aku terbukak, so senang dia nak sental daki keluar nanti. Pada firasat aku laa.

Around 5 minit lepas tu, dia masuk dengan glove warna biru di tangan. Glove tu lah yang akan digunakan untuk menyental segala jenis daki di badanku. Glove tu kasar macam sponge hijau yang kau guna untuk sental kerak dekat periuk atau kuali okay. Takde laa sakit sangat. So, bila dia suruh aku face down, dia start sental daki aku kat belakang badan. Paling suka part dia sental upper body la, habis keluar segala mak nenek daki. Daki2 tu pulak macam sisa getah pemadam yang kita guna untuk padam tulisan tu. Terbaik weyh.

Paling takleh blah masa dia sental dalam keadaan aku face up laa. Aku ni ada area2 yang aku geli sikit, so aku tahan je dari nak gelak masa dia sental tu. Kalau aku gelak karang, hilang mood nanti. Dia confirm akan gelak sekali. Macam aku gelak masa momy Loly urut aku hari tu. Malu weyh.

Aktiviti sental menyental dan mandi tu berlangsung dalam more than 30 minutes. Session yang aku ambik basic je, Hammam bath je dalam 45 minutes. Masa dia mandikan aku tu, rasa macam baby ada, rasa macam permaisuri pun ada. Aku just baring, bangun, duduk, tu je. Permaisuri pun agaknya mandi sendiri. Lol. Memang dia mandikan betul2, from head to toe. Dia gosok, dia sabunkan. Kalau nak dia syampukan rambut kita, pun boleh, boleh request. Sebab tu include sekali dalam bayaran. Syampu yang dia pakai tu dari minyak rosemarry, sedap nyelah weyh.....I love Morrocco!

Cuma kena tahan laa masa dia dah cabut disposable bra kau. Dia dah tengok semua weyh, habis dia sapu celah2 tu. Eh, malu aku pun ntah pergi mana dah sebab rasa best dengan bau2 minyak yang dia pakai tu. Plus, mandi air suam panas lit lit lagi. Nasib aku baik sebab takde orang lain dalam bilik mandi tu :D

Dah habis mandi, awek Morocco tu keringkan badan aku dengan towel, balut kepala dengan towel semua. Lepas dia pakaikan bathrobe tu, aku follow dia ke bilik rehat. Since aku takde ambik massage apa2, aku just rehat jela dalam bilik yang dihiasi lampu Turkey style tu dengan muzik yang relax diorang pasang. Awek tu datang balik kat aku, sambil bawak compliments, baklova dan Moroccoan tea yang sedap sangat ada rasa mint. Pelayan situ kata home made. Baklova pun sedap. Semua sedap T_T Me sooo like!!

                                                   Picture courtesy from tripadvisor.com

Dalam Hammam spa ni ada banyak bilik, macam bilik untuk massage, mandi dan rehat. Semua jenis massage ada, nak massage badan boleh, nak massage kaki boleh. Hulur duit je.

Lepas rehat dalam 20 minit, aku bangun nak balik sebab takut tertido kat situ. Actually, nak tido sekejap pun boleh, sampai malam pun boleh. Tapi jangan laa sampai tak nak balik kan. Lepas salin baju semua tu kat bilik persalinan, aku pun keluar pergi kat receiption area. Oh ya! Dalam bilik persalinan ada hair dryer, cotton buds, kapas semua. Just use them if you want okay.

Sebelum keluar, kena isi form feedback dulu. Lepas tu pelayan tu tanya aku macamana, okay tak? Best tak? Mestilah best, rasa fresh kot lepas keluar. Kulit rasa bersih sangat, shining lagi. No more daki2. Nanti dah kaya, aku nak ambik package pulak plus massage. Gituuuu :P

Since Hammam spa ni unik, different experience dan tak banyak lagi kat Malaysia ni, why dont you give a try? ;)

Facebook Page
Trip Advisor Review

Wednesday, 10 February 2016

Restoran De Templer, Taman Melati

Oh my...berhabuk dah blog pathetic aku ni. 
Dah lama tak update since sibukkkk ya amat dengan study, kerja dan hal2 yang menyedihkan during 2015.

Exam dah habis, Alhamdulillah. Now tengah tunggu result keluar. But still, aku buzy catch up dengan kerja and other activities. Dalam sibuk2 tu, sempat lagi buat research untuk pergi Busan. Eh, kenapa Busan? Bukan kata nak pergi Ho Chi Minh, Kashmir, Beijing, Xian dengan Hong Kong ke? Well well, so sad. Cuti aku tak banyak mana lepas tolak itu, tolak ini. So dalam semua tempat yang aku dah plan tu, aku boleh pergi 1 tempat je tahun ni. Nak pergi Kashmir, banyak preparation nak kena buat, aku dah la masa tak banyak. Nak pergi HCM, lately orang Malaysia kata sana macam dah tak best, especially nak deal dengan Vietnamese yang rude (mostly). So daripada pergi HCM, baik pergi Hanoi (kata mereka). Beijing n Xian pun ambik masa, takkan nak pergi Xian je, tiket mahal tu. Preparation pun lagi banyak daripada nak pergi Kashmir. Hong Kong pulak, tengok keadaan. Tapi yang pastinya, aku dah rindu sangat Korea, dah plan nak 5 hari di Busan. Belum pergi Busan lagi dah demam Busan!

Ok, bukan nak cerita pasal travel.
Tapi nak recommend makan kat 2 tempat ni, in case kalau minat makan Chinese dishes yang halal.
Instead of Haji Shahrin Low dan Abdullah Chan, kali ni aku nak try kat tempat lain pulak.
So before CNY ari tu, macam biasa aku dengan my bff, Law akan makan2 sebelum dia balik raya CNY laa.
At first aku nak bawak dia makan kat Dolly Dim Sum, tapi cumanya kat Dolly tu cuma ada dim sum je, which is susah nak kenyangkan we olls yang masa tu lapar gila dah.
So puas laa aku google, then terjumpa review pasal Restoran De Templer Taman Melati dekat Gombak ni (MRR2 highway).
Satu baris dengan Sate Kajang Hj.Samuri, dan dekat dengan Petronas dan McD tepi highway ni.

Oleh kerana Law adalah sangat cerewet pasal kebersihan kat mana jua dia pergi makan, so aku pun risau jugak kalau restoran De Templer ni tak memenuhi level kebersihan dia tu.
Tapi Alhamdulillah, De Templer tu bersih, dan Law kata toilet pun bersih.
Aku suka De Templer ni sebab deco restoran ni memang Chinese feel.
Daripada meja, alas meja, pinggan mangkuk yang dia guna, semualah.

Dan yang paling best, menu di De Templer adalah memang original Chinese taste.
Dahlaa menu banyak, sedap2 pulak tu.
Aku dengan Law termenung agak lama bila tengok menu2 dia, like oh my, mana satu nak pilih ni, semua nampak sedap okay.
Kalau kat Haji Shahrin Low, aku rasa menu dia dah macam ala2 Melayu sikit, setakat yang aku makan dekat branch Bukit Antarabangsa, Shah Alam, dekat Danau Kota.
Cuma branch dekat KLCC tu belum cuba lagi.
Abdullah Chan pulak bagi aku, ok laa.

Untuk lunch kali ni, aku biar Law yang pilih. So ini hasilnya ;



Oleh sebab Law yang pilih, so semua pun tak pedas, hahaha.
Yang paling kiri tu ialah Taro dumpling, harga RM5.50.
Ni semua dah cukup buat aku full ok, nasik kena tambah 2 kali sebab Law makan sangat perlahan, maybe dia enjoy the food.


Kam Heong Chic Yam Basket, RM20

Yang ni paling awesome.
First time aku makan dish yang ala2 sarang burung ni.
Sedap pulak tu. Pandai Law pilih.
Ni nama dia Kam Heong Chic Yam Basket.
Dalam "basket" tu adalah ayam dengan daun kari, Kam Heong tu nama masakan untuk ayam tu.
It gives a different taste.
Dan "basket" tu adalah yam yang disalut tepung rangup, Law suka sangat makan ni.
Pecahkan "basket" tu, then makan "basket" tu dengan isi ayam sekali.

Crab Meat bean Curd, RM14 (kiri) Prawn dumpling, RM5.50 (atas)

Dimsum pun kitorang ambik, Law pilih Prawn Dumpling dan Taro dumpling.
Taro dumpling tu aku tak sempat nak makan, sebab perut dah full masa tu.
Aku tanya Law, dia kata sedap. Tapi pelik tengok dia makan tak habis, hahaha.
Dim sum dekat De Templer ni punya laa banyak choice, memang tak tau nak pilih mana satu.
Yang berkuah tu ialah Crab Meat Bean Curd.
Not bad laa rasa dia, tapi yang ni Law suka sangat sampai habis dia makan.
Gravy dia sangat thick, rasa telur pun banyak.
Harga RM14 sepinggan.


Sesame Lotus Cake, RM4.50 (3 biji)


Ok, yang ni aku pilih. Tak sia2 aku pilih dessert ni.
Tengok dari luaran macam, eleh, biasa je ni.
Macam kuih yang jual kat tepi2 jalan tu kan.
Nope, nope. Silap ok.
Ni nama dia Sesame Lotus Cake.
Nama je cake, tapi kuih la.
Bila gigit, rasa rangup sangat, rasa ringan.
Tapi bila dah sampai ke isi, ya ampun, sedapnyaaaaaaa!
Filling dia adalah lotus. Hoih! Teringat2!
Dont judge a kuih by its appearance :P

Total semua sekali kitorang makan hari tu ialah RM68.45 (include gst). Selain menu di atas, kitorang order;
Chinese Tea Pot (lebih kurang RM4)
Nasi satu besen kecik (RM3.20)
Air Pineapple Asam Boi (sedap weyh) (RM4.80)

Ok laa kan harga dia. Aku wonder jugak, kenapa restoan ni tak ramai orang, padahal menu dia not bad. Sangat sesuai untuk yang nak pure Chinese style dan bersih. Servis bagi aku, ok je. Takde laa lambat sangat. Even review customer lain mungkin tak best, tapi bagi aku ok, dan aku decided nak datang lagi untuk cuba menu lain pulak. Mungkin lepas ni nak bawak Man datang sini :)

Anyway, siapa yang nak cari restoran Chinese Muslim, boleh jenguk kat sini for more info!


picture taken from my.openrice.com

Alamat :
Jalan Melati Utama 2, Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Phone no :
03-4105 8000

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...