I went to Damansara to pick up Blanco from the founder. Masa tu founder dia balik kampung, so dia tumpangkan Blanco kat rumah jiran dia. Akak jiran dia baik sangat, siap belikan kibbles ProDiet yang besar, dengan wetfood 3 peket dan mainan lagi untuk Blanco. Dari gaya dia, dia memang sangat sayang kat Blanco. Aku memula tak kisah, aku tanya dia banyak kali, kalau akak nak, saya ok je. Tapi dia kata laki dia alergik dengan kucing, so dia takleh buat apa even dia nak sangat bela Blanco. Dia siap letak Blanco dalam kotak besar, dengan kain supaya Blanco tak sejuk, dan angkat kotak tu pergi ke kereta aku. Yang aku rasa nak tergelaknya, dia siap seat belt kan kotak tu, dia takut kalau aku break emergency, takut kotak yang berisi Blanco dalam tu tercampak. Okay, kat situ memang boleh nampak dia sayang sangat si Blanco nih.
First day kena angkut. Nampak cam baik and manja je si Blanco nih. Nama Blanco ni aku terpikir masa aku nak adopt dia. Entah, rasa cam nama tu sesuai dengan dia.
Inspektor buta pun nak check
Giliran Tom pulak nak check
Nampak tak telinga ke belakang tu? Nampak tak?
Malam tu, aku letak Tom n Snowy dalam cage kat luar. Kesian jugak, tapi kena bagi space sikit kat budak baru ni. So sebagai sesi bermesra, aku bawak dia tido dengan aku. Blanco masa ni dah toilet trained, memang dia pandai sangat.
Hari esoknya, sesi bermesra antara budak bertiga tu. Blanco still lagi dingin, Tom n Snowy cuba nak merapati dia. Yang kelakarnya, bila Snowy makin duduk dekat Blanco, si Blanco jeling je Snowy, tanda tak suka, Snowy tu kan buta, manalah dia nampak kalau Blanco tu jeling dia ke apa, lol. Tapi anak2 aku si Tom n Snowy memang kucing2 yang baik, mudah mesra, especially Snowy. Sayang Snowy sangat2.
Tom ; Eeii..sombongnya!
Snowy : "Hai, nama saya Snowy"
Blanco : "Ada aku kesah?"
"Sombonglaa awak ni, kita nak kawan jee"
"Ko jangan dekat dengan aku"
Beginilah diorang sampai pertengahan bulan 4 tu, baru ngam. Baru boleh main gurau2, main kejar2 dan makan sama2. Selalunya Snowy laa jadi mangsa wrestling Blanco sebab Snowy lagi kecik daripada dia. So dalam nak dekat 3 minggu jugaklah diorang baru ngam, sampailah Snowy hilang which is hari yang teramat sedih bagi aku....
Good old days, tengah tengok mama pergi kerja :')
Memula makan jauh2, lepas tu dah boleh makan dekat2
Blanco ni aku rasa dia kitten lone ranger dulu n selalu kena buli dengan kucing besar. Thats why dia tak berapa boleh ngam dengan mana2 kucing pun dulu, even kucing tu kecik daripada dia. Memula tu, bila nak tido siang, dia akan cari port kat tempat2 tersorok macam belakang tong sampah, belakang almari, bawah meja untuk tido sebab maybe dia rasa insecure even duduk dalam rumah sendiri. Memang kelakar bila tengok dia sanggup tido lurus badan bila tido belakang almari yang sempit tu. Dulu2 dia dah biasa kot macam tu, lol.
Old habit of stray cat, lol
Dulu masa Snowy ada, Snowy la kucing kedua paling aku sayang selepas Semek, laa ni Blanco ganti tempat dia. Blanco ni kucing homey type, dia lebih suka duk rumah teman aku daripada main kat luar, tak macam Tom, asyik nak gi jalan je. Mana aku pergi, Blanco akan ikut, takleh berenggang langsung kalau aku ada kat rumah, Even nak gi jamban pun dia nak ikut. Kalau aku mandi, dia duduk depan pintu, tunggu aku keluar. Kalau aku balik kerja, dia akan lari kat aku macam sambut aku balik.
23/08/2014
Lepas Raya, umur Blanco dah capai 7 bulan aku rasa, so dah boleh bawak klinik untuk castration. Dia still lagi tunjuk tanda2 dia nak mengawan, tapi aku tak pernah tengok dia pi keluar cari awek, asyik melekat dengan aku kat rumah. Kekadang terpikir gak, si Blanco ni gay ke apa? Lol.
Cerdiknya si Blanco ni, lepas bawak balik dari klinik, aku letak dia dalam cage supaya dia tak pergi main2 dengan Tom, kang terkoyak pulak jahitan kat anu dia tu. Bila aku balik kerja lepas seminggu dia kena duduk dalam cage, tetibe aku tengok dia ada kat atas pagar, tengah tunggu aku balik kerja. Macam sakit jantung aku dibuatnya, takut kalau jahitan dia terkoyak. At first, aku ingat orang lain yang bawak dia keluar cage since dia selalu bising2 nak keluar, maybe orang menyampah dengar. Last2 aku dapat tau, dia sendiri yang keluar dari cage. Cage bersendal, tapi aku cuma sendal guna sendal atas je, so dia keluar kat sendal bawah. Sooooo pandai.
Baru2 ni Blanco sakit, macam cirit birit, maybe sebab salah makan. Aku punyalaa risau, sampai aku ambik half day leave untuk hantar dia ke klinik, siap buat blood test lagi. Fees RM100 lebih jugaklaa, campur dengan ubat2 dia semua, dah la masa tu hujung bulan. Dia yang tak suka duduk dalam cage, tetiba masuk dalam cage sebab nak tunjuk dia tu sakit. Menangis aku masa tu, doa banyak2 supaya dia takde apa2. Alhamdulillah, lepas jaga elok2 dan bagi ubat secara konsisten (even dia mostly muntahkan ubat2 tu), dia dah okay. Happy sangat :)
Harap2 Blanco stay lama dengan Mama :')
No comments:
Post a Comment