Sunday, 16 November 2014

Nasi Lemak CT Garden, Kuala Lumpur

Ramai yang dah tau pasal Nasi Lemak CT Garden ni.

So far for me, nasi lemak yang lauk pauk dia semua best. Kalau diajak pergi, memang tak tolak ah.


Lokasi nya berdekatan dengan Kampung Baru. To be precise, boleh tengok map.


Restoran ni ke dalam sikit. Tapi nak cari taklah susah mana pun. Kalau dari pintu gerbang Kampung Baru tu, masuk ke jalan bertentangan. Landmark lain kalau nak cari ialah dekat dengan SMK Puteri Wilayah atau Kelab Sultan Sulaiman.


Restoran ni mengamalkan cara self service. Semua customer kena layan diri, except masa nak ambik lauk dengan nak bayar je. Masa mula2 masuk, pergi ke area abang2 yang tengah bungkus nasi lemak. Nasi Lemak kecik je, harga tak sampai RM1 je. Kalau rasa tak cukup satu, ambik le dua atau lebih. Aku biasa ambik 2 bungkus. Hew hew hew.


Then kalau orang tak ramai, akak kat area lauk pauk ni akan layan kita. Kalau customer ramai, kena layan diri. So far aku dah rasa lauk sambal telur puyuh, paru, kentang dan daging. Semua sedap, hoih! Ambik le lauk banyak mana yang kita nak.



Lepas ambik lauk, pergi ke kaunter air pulak. Semua jenis air ada, just tuangkan sendiri dalam cawan. Terasa macam zaman sekolah dulu2. Lol.


Then bolehla bayar dekat cashier counter. Lepas tu cari mana2 tempat untuk duduk, dan makan. Harga adalah reasonable. Tak perlu ambik satu lauk tu banyak, ambik sikit2 je, then boleh campur dengan lauk lain.


Kalau tanya aku, mestilah aku nak pergi lagi dan akan pergi lagi in future. Restoran ni dibuka dari pukul 6 petang sampailah ke malam. Kalau malam biasanya ada performance unplugged. Sambil makan, sambil sembang, sambil layan muzik :)



Rating menu : 8/10
Rating kebersihan : 6/10
Rating lokasi : 5/10
Rating harga : 6/10 (Reasonable)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...