Pukul 4.30am aku terjaga sebab deringan telefon. Sapa pulakkk yang call pagi2 buta ni..huh. Oh, baru aku teringat. Memang tour guide ada cakap, dia dah settle untuk wake up call for Subuh prayer. Oh...sukaaaa. Tapi aku tido sampai pukul 5.30am, then baru bangun. Sejuk nya la haiii. Lepas tu bersiap2. Jadual hari ni pergi ke Nami Island. Terujaaaa :D
Gambar kat bawah ni adalah electric cord kat Korea. Semua sama pesen je, bulat. So make sure beli yang betul ye. Ni benda wajib untuk dibawa ni, as I mentioned before.
Fleece turtle neck shirt by Uniqlo, beli tahun lepas. Pant by Kitschen
Accessories pashmina
On the way nak pergi breakfast. Breakfast kat bangunan lain, so kena across the road. Sejuk gilaa masa ni, suhu around 8 degree celcius. Mafela dengan glove wajib dipakai oleh mereka yang tak tahan sejuk. Angin sejuk yang lalu kat muka boleh membuatkan dalam hidung rasa macam ada air batu. Oh....tak suka :(
Lepas breakfast, jalan2 kejap kat luar hotel sementara tunggu untuk gerak ke Nami Island.
Cantik bunga2 kat sini. Kami cuma bermalam kat sini untuk 1 malam je, tak puas rasanya. Tapi lepas ni kena gerak kat tempat jauh. Will be missing the apartment that so comfy and lovely.
Perjalanan ke Nami Island lebih kurang 43 kilometer, around sejam macam tu. So sempat tido dalam bas. Maklumlah, lepas makan kan.
Kitorang sampai sini lebih kurang pukul 10.30 pagi, cuaca sangat baik, Alhamdulillah. Nak masuk Nami Island kena ada "passport" tau. Ala, atau sebenarnya boarding pass.
Dalam pukul 11 pagi, feri sampai. Berebut2 naik. Feri agak besar, mostly passenger berdiri je sebab tak sampai 10 minit pun jauhnya Nami Island tu. Feri ni 2 tingkat, boleh naik kat tingkat atas atau nak duduk kat tingkat bawah, tak kisah. Visa fees untuk per entrance ialah 10,000 won (RM30), tapi untuk warga asing ada discount, fees cuma 8,000 won (RM24). Fees untuk kanak2 ialah 4,000 won (RM12). Ferry tiba dalam 10 - 20 minit antara pukul 9 pagi hingga 6 petang. Waktu terakhir pick up ialah pukul 9.45 malam. Paling awal pick up time ialah pukul 7.30 pagi, gap masa setengah jam.
Dalam feri on the way ke Nami Island
Sudah sampai :)
Nami Island juga dikenali sebagai Naminara Republic. Maksudnya Nami Island ni dianggap konon2 nya sebuah negara kecil yang mana nak masuk ke dalamnya perlukan visa, dan visitor dipanggil "Immigrant".
Nami Island terletak kira2 63km daripada Seoul. Ianya berada ditengah2 Sungai Han. Nami Island ni dinamakan sempena nama General Nami yang mati pada usia 26 tahun. Tempat ni jadi famous selepas drama Korea "Winter Sonata" tu. Aku tak follow sangat cerita tu sebab cerita tu sememeh, awek dia asyik nangis je tiap kali dating. Tapi lagu drama tu aku suka laa.
Map Nami Island
Menuju ke area tengah pulau
Apa Khabar? :)
Cantik :)
Kat sini boleh sewa basikal, ada yang untuk single, ada yang untuk couple. Untuk single, 3,000 won (RM9) untuk setengah jam, 5,000 won (RM15) untuk selama sejam. Kalau couple bike, harga double. Kalau family pulak, 10,000 won (RM30) untuk selama 30 minit. Service available dari pukul 9 pagi hingga ke 6 petang sahaja. Kemudahan lain juga ada disediakan seperti wheelchair (FOC), baby carriage dan train. Semua ni under UNICEF Fundraising.
Semua info boleh didapat di service counter atau dari pamplet yang disediakan. Kalau pergi mana2 tempat kat Korea, ambik je apa2 pamplet, sebab sangat berguna. Mana kot tau lepas ni nak pergi secara backpackers ke kan, baru thrill :D
Restoran yang terdapat di Nami Island. Perasan tak ada perkataan "Nasi Goreng" kat situ? Kat sini ada makanan halal, nama restoran tu adalah Dongmoon (casual Asian style). Bagi penggemar kopi, terdapat cafe yang menyediakan coffee & desserts, dan coffee & sandwich. Semua info boleh didapati di pamplet.
Briefing sebelum meneruskan perjalanan
Follow the tour guide
Tadaa...sudah sampai kat tempat cantik ni, Ginkgo Tree Lane. Oh, sukaaaa :)
Frust sikit sebab ramai pulak orang masa ni. Yelah, pergi hari Ahad kan, what you expect?
Nak posing lebih2 pun malu...oh
Tips pergi ke Nami Island : pergilah dengan teman yang pandai ambik gambar, so end up tak frust
Cantik kan?
Ni dekat area Dream Village
Subhanallah
Muka happy dapat tengok view cantik
Aku tak tau apa motif statue ni --_--
Ada banyak monumen Winter Sonata kat sini, tapi yang ni je aku jumpa
Unfortunately, aku tak jumpa pun statue Winter Sonata tu. Tulah padah tak tengok map, padahal statue WS tu sebelah je dengan statue takde motif tu. Bukan aku nak cari sangat statue WS tu, tapi mesti orang tanya, "Takde ke gambar dengan patung Winter Sonata?". Ceh. Masa 2 jam setengah mana laa cukup nak cari semua benda kat sini kan.
Bahan bacaan disediakan kalau tak tau nak buat apa kat sini
Nami Island ada buat collaboration dengan Pulau Langkawi
yang mempromosikan Nami Island kat sana
"Musolla" bermaksud bilik sembahyang. Berdekatan dengan Nami Library
Tertarik dengan deco kedai souvenir ni. Payung design 4 musim di Nami Island
Ni ialah tempat kukus pau. Besar kan? Stylo betul macam zaman dulu2, kukus pau dalam ni. Tak berpeluang nak rasa sebab masa tak mengizinkan :(
Harga satu pau 1000 won je (RM3), inti kacang merah
Hehehe...yang tengah terbaring kuak mengiring ni ialah our profesional photographer, Tony. Dia ada dengan kitorang sepanjang hari dari first day lagi. Dia akan ambik gambar kita dan print the picture on the last day. Kalau kita suka gambar dia, kita belilah. Aku beli 3 keping je sebab duit nan hado, habis dah. Frust je muka dia masa aku beli 3 keping je, hahaha. Dia tanya aku, gambar yang dia ambik tak cantik ke? Aku cakap semua cantik, tapi aku duit nan hado. Kesian pulak tengok dia. Takpelah Tony, nanti I kawin, nak ambik gambar kat Nami Island, I roger you okay, dont worry. Lol.
Bus tour disediakan untuk tourist yang maleh nak jalan kaki untuk ronda2 satu pulau. Kalau nak jalan semua tempat kat Nami Island ni, mau makan sehari kot. Untuk 20 - 30 minit, bayaran per person adalah 5,000 won (RM15)
Kat tempat menunggu. Reben ikatan kasih couple2 kat Korea. Lol
Kat mana2 je kat Korea ni ada bendera Malaysia :)
Dalam pukul 1.50 petang macam tu, kitorang ke restoran Korea di area2 dekat dengan Nami Island untuk makan tengahari. Perut memang dah lapar gila sebab breakfast pagi tadi makan sikit je (sebab kureng). So macam biasalah, duduk bersila dekat meja.
Begitu banyaknya dish untuk kali ni, tapi semua macam kimchi je. As usual, ikan. Ikan lagi.
On my right side
On my left side
All the dish dengan nasi pulut dan Miso Soup
Suprisingly, I can settle all of them, even never ate any Korean food before. Sebab lapar dan sebab sukaaa. Miso Soup tu sampai aku hirup2 minum pakai mangkuk. Buat macam kat rumah sendiri, hahaha. Bila tengok gambar ni balik, aku rindu kat all the Korean food. Maybe patut kawin dengan orang Korea, so hari2 boleh makan kimchi. Eh? :P
Around 2.30 pm bertolak ke Seorak, pukul 4.45 petang sampai di Muzium Teddy Bear. According to my tour guide, supposedly hari ni lepas melawat muzium ni, kami naik cable car tapi memandangkan cuaca tak berapa elok (angin kuat), jadi terpaksa tunda ke hari esok. Bahaya kot naik cable car bila angin kuat. Mampu ke nak rasa goyang2 kat ketinggian lebih dari 500 meter? Memang tak laa kan.
Muzium ni hanya memaparkan teddy bear sahaja. Sahaja.
Ada 4 muzium teddy bear ni di Korea Selatan. Satu di Juju Island, satu di Mount Namsan, satu di Heyri dan satu ni di Seorak. Dibuka pada pukul 9 pagi hingga 7 malam. Kalau musim bunga tutup pukul 9 malam. Bayaran masuk adalah 7000 won (RM21) untuk dewasa, 6000 won (RM18) untuk remaja dan 5000 won (RM15) untuk kanak2. Kalau pergi lebih daripada 20 orang dalam satu group, dapat diskaun 1000 won (RM3) seorang, untuk sekali masuk. Kanak2 bawah 3 tahun adalah percuma (1 ibubapa, 2 kanak2 below 3 tahun). Untuk warga tua berumur 65 tahun ke atas, ada special discount.
Muzium ni terletak di Gangwon-do, dalam Daemyung Resort Complex. Dekat dengan pergunungan Seorak. Actually bagi aku muzium ni nak gembirakan kanak2 jela, orang tua mesti bosan masuk sini sebab nak tengok teddy bear je kan. But just be fair to the kids, orang tua jangan selfish ye, lol.
Original teddy bear. Sebab tu letak atas kerusi vintage dalam almari kaca. Klasik
View dari tingkat atas. I kill that teddy. Lol
(pic credit to the photographer Tony)
Kalau feeling2 remaja, boleh pose dengan teddy2 yang sebesar manusia ni
Penat dengan aktiviti seharian ni, masa untuk makan malam. Aku tak tau kenapa aku still kenyang lagi, maybe sebab awal lagi untuk dinner (bagi aku laa) sebab masa ni pukul 5.50 petang, tapi hari dah gelap. Pukul 6 petang kat sini kan ibarat pukul 5 petang kat Malaysia, tapi pukul 6 petang kat sini ibarat pukul 7 malam, gelap, Maghrib dah. Lol.
Steamboat yang nampak menyelerakan
Kimchi, salad, sayur, ikan bilis dan kicap lada. So healthy
As steamboat is not my favorite, so aku bedal semua side dish yang ada, makan dengan nasik. Masa ni aku still tak lapar, tapi makan jelah sebab malam nanti lepas mandi mesti lapar, dah tau dah.
Restoran ni juga terletak di kawasan pergunungan Seorak. Cuaca sangat sejuk. My tour guide baik hati belanja kitorang kopi. Orang Korea suka minum kopi, tapi kopi depa terpaksa import sebab keadaan musim di Korea tidak sesuai untuk diorang tanam kopi. Tapi kopi yang diimport sangat sedap. Aku teruja jumpa kopi setelah semalam tak jumpa langsung. Tapi aku minum sikit je, buat pelepas ketagih sebab takut malam nanti tak boleh tido.
Lastly, masa untuk mandi dan tido. Kami check in di Sorak Delpino Golf & Resort. Apartmen jugak, macam day first. Tapi yang ni besar sikit, ada 2 bilik. Then living room ada sofa dan coffee table.
Mini pantry lengkap dengan kelengkapan basic
Simple bathroom yet clean
Master bedroom
So macam biasa, lepas mandi, solat, then supper dengan milo panas and roti yang disapu Nutella. Tapi malangnya, malam tu aku tak boleh tido. Puas tergolek sana, tergolek sini, still tak tido sampai la ke Subuh? Sebab? Sebab kopi yang aku minum pukul 7 malam tadi. Minum sikit je pun, secawan kecik cup kertas tu. Kuat betul kopi tu. So berjaga la aku terkebil2 malam2 buta :(
Kitorang tido bukak sliding door sebab panas (floor heater), then aku yang tak boleh tido ni terdengar dari balkoni, suara orang yang keluar sampai larut malam. Nak tengok tv, tak faham bahasa Korea. So layan internet jelah. Oh ya, sepatutnya takde internet kat sini, tapi sebab tingkat aku tak jauh dari tingkat lobi, so dapat la wifi daripada lobi tu.
Kitorang tido bukak sliding door sebab panas (floor heater), then aku yang tak boleh tido ni terdengar dari balkoni, suara orang yang keluar sampai larut malam. Nak tengok tv, tak faham bahasa Korea. So layan internet jelah. Oh ya, sepatutnya takde internet kat sini, tapi sebab tingkat aku tak jauh dari tingkat lobi, so dapat la wifi daripada lobi tu.
Thank you for reading this entry. Next entry hari ketiga pulak :)
No comments:
Post a Comment