Aku terbaca cerita ni di Facebook, di post oleh seorang facebooker. Tak tau kenapa aku boleh menangis baca cerita ni, dan cerita ni sangat menginsafkan. Sama - samalah kita hayati ...
Nak share cerita menyentuh hati ex school mate saya di MRSM Balik
Pulau dulu... Nor Sahidah Hamid yang baru menunaikan haji baru2 ini...
Solatlah awal waktu. Baca sampai habis, semoga beroleh manfaat dan jadi
inspirasi untuk istiqomah solat awal waktu.
Sedikit pengalaman saya ingin
kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi
empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari
semua penerbangan sudah tiba.
Pada hari itu saya berjanji untuk
menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00
petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling
sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.
Oleh kerana leka
berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat Asar
hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan
20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid,
keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan
Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan
untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan
sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.
Ruang
sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah
penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau
dengan 'muka kesian' memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk
solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia
seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal
awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh
dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak
gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.
Seketika
kemudian azan Asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya
belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di
tengah - tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah
masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak
juga dapat duduk.
Akhirnya ada sedikit ruangan kosong di bahagian
hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang cantik tadi.
Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar
mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia
bersebelahan dengan tiang.
Saya tiada pilihan. Sambil azan masih
bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia
bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke
ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya
akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, di tepi sebuah
tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa
membawa sejadah.
Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi
kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran
dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik
itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku
tadi minta saf dia tidak beri..bagaimana pula wanita ini?
Wanita Arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia
menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang
senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu
melangkah langkah dicelah - celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba
nasib di ruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.
Saya
tiba - tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di
celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan
tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak
tangga.
Sambil memandang wanita arab itu, dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata - kata dari mulut saya,
"Here in Masjidil Haram sometimes we have to beg for a space. Just to
see God." Saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): "Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat.
Tapi.. " Airmata saya mula bergenang. "Lihatlah tempat saya.." Saya tak
mampu lagi terus berkata kata.
Tiba tiba seorang jemaah yang
berhampiran menyampuk. "Itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja.
Sebelum tadi masih banyak tempat".
Mendengar saja ucapannya saya
terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya
terusik dengan perkataan 'Lewat'. Dalam fikiran saya penuh penyesalan.
Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.
Oleh kerana saya
dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain
duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya
kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku
penontonnya.
Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis.
"I am sorry.. bukan saya tak nak beri ruang, tapi saya pun tak cukup."
perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa
ketika saja lagi akan memulakan solat.
Sambil mengesat air mata
saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. "Saya bukan
marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of
space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques. Tapi
di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan
solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau
membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa
terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di
hadapan Tuhan".
Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua
jemaah lain yang faham Bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu.
Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk "Where is your hometown?".
" I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country".
"When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarras me in Mahsyar"
Wanita Arab tadi memegang tangan saya sambil berkata "Terima kasih,
hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan
pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila
saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur".
Bilal
pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke
ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan
belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. "Hajjah, here is space
for you". Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak
sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I
feel blessed.
Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun
mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali
datang memeluk saya dan berkata, "Thank you Hajjah, haji mabrur Inshaallah".
Ya Allah terimalah kami sebagai tetamuMu, janganlah
kami diuji perkara yang kami tidak mampu menghadapinya.....sesungguhnya Engkau maha mengasihani......Amin
No comments:
Post a Comment