Friday, 5 December 2014

10 Cara Mengatasi "Vacation Blues"

Aku baru faham bila baca artikel ni tentang apa yang aku alami sekarang.

Vacation Blues.

Tak sangka vacation pun ada blues. Lol. Ingat ke Monday je ada blues.
Maklumlah, I never went to any overseas before, pulak tu bukan sehari dua, almost seminggu.


Ciri2 "Vacation Blues" yang aku alami ;

1) Lupa semua password
 - Especially password kat PC office. Take time nak ingat, aku kena berangan2 dulu baru ilham password tu timbul

2) Aku dah tak minat apa yang aku buat sekarang
 - Aku asyik fikir nak travel je for my whole life. Aku rasa apa yang aku buat sekarang tak challenge, boring, rasa nak resign, nak pindah rumah, bla bla bla ... OMG

3) Asyik teringat Korea
 - Which takes a month already, and am still, miss the food, the environtment, the view, the routine, the air, the people. Eh?

 Taken from 9gag.com

Aku tak tau orang lain atau "vacationers" yang balik dari long holiday pun akan rasa macam ni, maybe diorang rasa sama macam aku rasa, tapi "period of blue mood" mungkin berbeza bagi setiap orang.

Lepas baca artikel tu, aku try overcome my blues by ;

1) Menulis
Aku tulis pengalaman aku kat blog, kat Facebook, kat Instagram. Bila tulis, aku rasa seronok dan everytime aku rasa rindu, aku baca balik apa yang aku tulis tu. Lepas tu senyum sorang2. Saiko tak? Lol.

2) Bercerita
Hanya orang yang suka travel dan ada experience travel je yang suka dengar cerita vacation orang lain, kan? Yang tu aku perasan. So, everytime orang tanya aku, "Best tak Korea". Panjang lebar je jawapan aku, dan aku berjaya buat orang yang tak pernah pegi Korea, rasa nak pergi Korea, lol. Then, aku kongsi2 cerita, kongsi tengok gambar dengan member2 yang pernah pergi Korea, kongsi "excitement" dan experience, sangat seronok rasanya.

3) Membaca
Semua bloggers yang pernah pergi Korea tak kiralah zaman bila pergi, semua aku baca. Orang Malaysia memang terkenal kat Korea, sebab Malaysia one of country yang memberi sumbangan besar terhadap Korea dalam industri perlancongan. Kalau korang perasan, orang Korea bila nampak korang kat sana, mesti diorang akan tanya, "You Malaysian?" Kan? Kan? Lepas tu korang jawab dengan penuh bangga dan teruja, "Yeargh! I am Malaysian". Lol! Memang ramai orang Malaysia suka pergi Korea, senang sangat nak selisih dengan orang Malaysia kat Korea, especially kat Nami Island tu, ye dak? Thats why la ada bendera Malaysia kat Nami Island tu. So, dengan membaca blog, baca posting di FB, akan terubat sikit rindu aku pada negara kimchi tu. Experience lebih kurang sama, cerita je yang berbeza.

4) Tengok balik gambar2 atau video
Rasanya dah lebih 50 kali aku duk belek2 gambar dan video masa kat Korea dalam handphone dan laptop aku. Moment yang sangat indah.

 I love Nami Island :)

5) Makan makanan Korea
Masa kat Korea after 5 days tu, aku dah muak nak tengok ikan, kimchi, ikan, kimchi. Sampai balik Malaysia aku dah tak nak tengok any kind of kobis. Kobis bulat ke, kobis panjang ke, kobis 4 segi ke. No more kobis. No more ikan. Aku hadap KFC, Pizza lepas balik Korea. Tapi, after one month tu, aku sibuk nak cari kimchi. Tak pernah pernahnya aku beli kimchi, like OMG, first time in my life kot beli kimchi, lol. So, cari laa kimchi di AEON. Bukan kimchi je aku beli, seaweed pun aku beli gak. Sampai ketagih baq ang! Makan nasi aku letak kimchi, makan megi aku letak kimchi. Aku rasa dah boleh dah kawin dengan orang Korea ni. Lol


Kimchi kobis, harga tak sampai RM15.
Sila cari di pasaraya AEON, di bahagian makanan2 import dari Korea.
Ada yang packing macam ni, ada yang packing dalam bekas.
Halal, recognized by JAKIM.
Perasaan aku ialah kimchi semakin lama kita simpan, rasa semakin sedap, semakin masam.
Oh, sukaaaaaaaa :D

Sebelum ni jugak, I never tried any Korean food. Pernah la dengar nama cam Bulgogi Brothers tu, tapi never crossed my mind nak try la kan. Tapi lepas 1 month, aku dah start rindu kat makanan Korea. So, ajak la the K-poppers girls gi makan Korean food. Diorang suggest makan kat The Street Cafe kat USJ SS 15. Sedap. Aku sukaaaaa. Review pasal The Street Cafe ni lain kali aku buat, okay?

 With the K-Poppers cute girls

6) Tengok cerita Korea
Aku tak pernah suka drama Korea sebab aku macam ada perception yang drama Korea ni tak best macam drama Jepun. Skeptikal betul sebab asyik2 cerita cinta je, bosan. Aku suka tengok drama Korea zaman dulu2 punya, macam cerita pasal maharaja, dinasti, pasal orang istana. Sambil tengok, sambil boleh belajar bahasa Korea, ye tak? Kalau tidak, masa kat Korea, tau 2 perkataan je - Annyeong Haseyo dengan Kamsa Hamida. Lain word, fail.

7) Pergi ke tempat2 yang ada Korean event, atau Korean air
Yang terkenal kat KL ni ialah di Sunway Pyramid Mall, yang ada Korean street tu, dan juga aku terjumpa posting blogger ni pasal Korea Plaza, yang mana everything about Korea its here!! Wah, aku yang bukan K-Poppers ni macam teruja jugak nak usha tempat ni, nantilah ada masa aku pergi terjah. 

8) Belajar bahasa Korea
Kalau korang K-Poppers, rasanya bab ni takde masalah. Dah biasa dengar lagu Korea, tengok drama Korea, mesti dah faham banyak perkataan Korea kan. Setakat Annyeong Haseyo dengan Kamsa Hamida tu, apalah sangat. Kalau korang rasa serius nak belajar bahasa Korea, boleh ambik kursus Bahasa Korea di UITM, harga dan tempoh masa belajar boleh rujuk kat link tu ye.



9) Connect dengan orang2 Korea
Tak kiralah samada korang pergi dengan travel agent ke atau secara backpackers ke, mesti at least ada sorang orang Korea korang kenal kan? So, make it last forever, berhubunglah dengan diorang via email ke, whatsapp ke, facebook ke, instagram ke atau apa2 sajalah medium so that orang Korea sentiasa di hati korang. When we travel more, we make friends more :)

10) Plan untuk next trip
Korea ialah negara pertama yang aku pergi, so lepas ni ada berderet lagi wishlist aku nak tunaikan. Lepas Korea, InsyAllah aku nak pergi Beijing. Lepas Beijing, nak pergi India. Lepas India, nak pergi Istanbul and Turki. Lepas tu, nak pergi either Xian, Guilin atau Guangzhou (China). Then, baru rasa nak pergi Ho Chi Minh (Vietnam), Australia, Afrika, Jepun, London, New Zealand. InsyaAllah :)
 
Kekadang aku terpikir, kenapalah masa muda2 dulu aku tak menabung untuk pergi melancong? Sibuk enjoy dan berpoya2 je, so wasted. Kalau tak, dah macam2 negara aku jejak, dah penuh dah buku passport tu, lol. Tapi yelah kan, kena percaya pada qada dan qadar. Kalau Tuhan kata belum rezeki nak sampai, plan lah macam mana sekalipun bagai nak rak, tak sampai jugak. Macam kes aku ni, Korea tak pernah ada dalam list, tapi tak sangka, ada jugak rezeki sampai ke situ. Alhamdulillah, syukur sangat2. Even mission nak settle dulu hutang baru pergi oversea, tak kesampaian. LOL.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...