Saturday 6 December 2014

Travel Secara Backpackers atau Pakai Agent?

 Nami Island in Autumn

 Aku pergi Korea hari tu guna travel agent, nama agent tu ialah Kembara Sufi, boleh tengok kat link ni dan link ni untuk info lebih lanjut. Memang, akan ada suara2 sumbang mengatakan, "Apalah pakai agent, mahal kot, baik pergi sendiri, lagi murah, bla bla bla". Aku jawab, "Duit aku, aku punya sukalah". Sekian.

Memang ada pro n cons pakai agent ni, tapi as for me yang first time nak pergi oversea, first time pergi Korea, then takde member yang jenis "backpackers" nak join, so aku memang fully depend on travel agent. Lagipun Alhamdulillah, first time aku pakai travel agent, tapi setakat yang pergi Korea tu takde apa2 kesulitan. Bagi aku la...tak taulah either aku bernasib baik atau aku jenis tak banyak songeh.

Sebab masa kat Korea, aku berpeluang kenal dengan orang lain yang ada macam2 cerita. Terselit cerita pernah kena tipu dengan travel agent tu, travel agent ni. Serious menakutkan aku, tau. Yelah, kalau keluar duit ribu2 tapi service not as what per expected, mestilah kecewa kan. Kalau yang first time pergi holiday kat oversea, kena tipu, lagilah sedih. Terus boleh jadi trauma kot nak pergi holiday atau trauma nak pakai travel agent dah.

So far experience aku first time dengan KS, rate aku 8/10 bintang. In terms of makan (breakfast, lunch, dinner) dengan accomodation aku puas hati. Honestly aku cakap, aku pilih KS sebab agent ni Islamik. Walaupun aku sendiri tak berapa Islamik (lol). Bab Halal depa jaga, bab solat (especially wake up call for solat Subuh), then dalam bas masa nak pergi satu2 tempat, ada tazkirah from ustaz. Ni bukan artikel berbayar ye, aku cerita based on my experience.

Of course apa2 agent pun mesti ada kelemahan, tapi dengan apa yang aku bayar tu, aku puas hati la. Memula masa nak pergi, aku tak survey pun atau buat comparison harga sebab aku tak reti. Pergi dulu, experience sendiri, then baru compare. Lepas aku balik, kongsi2 cerita dengan member2 yang pernah pergi Korea, then baca blog2 bloggers yang pergi Korea, aku boleh kata dan member2 aku kata, price yang aku bayar tu murah dan ok. Means, memang oklah.

Then, kalau aku nak pergi Korea lagi (InsyaAllah few years after my wishlist complete), aku akan pergi secara backpackers atau pakai personal tour guide. Sebab? Aku dah ada experience pergi Korea. Tu je. Aku ni jenis tak berani nak pergi travel sendiri, sebab aku memang jenis penakut. Takut sesat, takut itu, takut ini. Plus, aku takde member yang jenis backpackers punya orang, nak harapkan aku sendiri plan itu, plan ini, memang tak lah kan. Kalau member yang nak pergi tu jenis rajin nak plan itu ini, aku bersemangat lah jugak nak pergi secara backpackers.

Bagi aku, depend pada masing2 nak travel secara apa. Depend on your budget jugak. Kat sini aku senaraikan pro n cons pergi pakai agent dan pergi secara backpackers ;

A) Pakai Travel Agent

Pro ;
1) Tak payah pikir nak makan kat mana, nak naik apa, sebab accomodation semua disediakan. Korang bayar, then bawak diri dan luggage je kat sana. Sesuai untuk orang yang first time takut2 nak pergi negara asing (contoh terbaik, aku lah) dan orang yang malas nak fikir banyak, like aku nak pergi holiday ni semua orang uruskan, aku nak enjoy je.
2) Dapat menambah kenalan baru, sesuai untuk orang yang friendly dan jenis suka bercampur gaul dan jenis tak buat hal sendiri. Dapat tukar2 experience dan tukar2 tips atau cerita.
3) Takkan ada masalah "tak sempat" nak pergi mana2 tempat yang disebabkan oleh kelambatan orang lain (except sesetengah orang yang lambat 5 or 10 minit la) sebab agent dan tour guide akan berusaha untuk cover semua itenary, so that tourist puas hati.
4) Korang akan dapat banyak info dari tour guide pasal negara yang korang pergi tu (bonus kalau tour guide tu hensem, LOLOLOL) dan bagi aku, lebih bagus kalau ambik tour guide orang negara tu sendiri, then boleh tukar2 cerita and opinion, tak gitu?

Cons ;
1) Disiplin kena tinggi, especially bab masa. Kalau kau jenis bangun lambat, tak payah pakai travel agent. Pergi sendiri.
2) Terkejar2 dari satu tempat ke satu tempat sebab masa terhad, nak cover semua itenary. Sebab kalau tak, nanti travel agent kena complaint, like, "Apa ni, kata dalam schedule ada pergi tempat ni, tapi takde pun?". Haa, memang tak sedaplah kan kalau ada agent yang kena complaint.
3) Bajet lebih sikit daripada pergi sendiri sebab kau kena bayar travel agent. Travel agent kena bayar tour guide.
4) Makan tak boleh pilih nak makan apa. Apa yang orang bagi, ko kena hadap je.
5) Masa terhad. Tak boleh nak berlama - lama kat satu2 tempat.
6) Tak sesuai untuk korang yang jenis tak suka campur dengan orang, tak suka makan dengan orang asing (yang tak kenal), tak suka cepat2, tak suka kompromi, tak suka itu, tak suka ini. Pergi sendiri.
7) Tak sesuai untuk korang yang ada anak kecik ramai atau anak2 jenis tak dengar kata. Ada je yang join trip hari tu ada anak kecik, tapi diorang boleh handle anak2 diorang, so oklah, no problem at all.
8) Tak sesuai untuk orang yang berjimat banyak
9) Kena ikut itenary, especially negara yang mana kerajaan depa dah tetapkan any tourists yang pakai tour guide diorang mesti pergi ke kedai2 government untuk perkenalkan produk dan persuade korang beli. Agak tak best, tapi yang ni tak boleh nak elak.

B) Backpackers Style

Pro ;
1) Bajet jauh lagi jimat dari pergi pakai travel agent
2) Experience lebih challenging sebab semua kena plan sendiri, kena hadap sendiri, kena banyak bertanya, kena pandai2 sendiri
3) Free n easy, tak payah terkejar2 masa nak pergi satu2 tempat, boleh lengah2, boleh lama2 dan enjoy lebih
4) Boleh tambah experience dan berkenal - kenalan dengan orang tempatan di negara tu, lebih banyak pengalaman
5) Sesuai untuk orang yang jenis tak kisah accomodation tak tip top, ok dengan hotel / hostel bajet, tumpang rumah member, makan ala kadar janji kenyang
6) Sesuai untuk jenis yang lone ranger, tak suka bercampur dengan orang asing
7) Itenary boleh tetapkan sendiri, boleh avoid dari pergi tempat2 yang tak payah pergi

Cons ;
1) Kena usaha lebih, kena study lebih, kena rajin survey sebab semua kena plan sendiri
2) Akan ada experience2 yang tak best, like sesat ke, tak faham map ke, masalah komunikasi (kalau orang kat negara tu tak pakai Bahasa Inggeris)
3) Tak sesuai kalau takde geng nak pergi secara backpackers jugak, tak sesuai kalau korang jenis takut2 nak travel sendiri
4) Tak sesuai kalau ada ramai anak2 kecik atau anak2 jenis susah nak disiplin, tak sesuai kalau pergi kat negara yang banyak kena guna public transport like naik turun tangga.

C) Personal Tour Guide / Underground / Group Travel

Pro ;
1) Sesuai untuk yang ada anak kecik ramai / anak ramai
2) Sesuai untuk yang jenis nak bercampur dengan orang2 yang dikenali sahaja
3) Boleh plan sendiri itenary nak pergi mana, nak makan apa, nak naik apa, tour guide akan settle kan
4) Boleh control bajet sendiri
5) Tak banyak masalah in terms of masa, bajet dan planning

Cons ;
1) Maybe kurang experience atau info, sebab berkumpul atau just communicate with each other in group dan tak banyak usaha sendiri sebab tour guide yang settle kan, so less challenging.

So itu sajalah yang dapat aku senaraikan, but in the end, its up to korang punya planning, bajet dan keselesaan kan, its your decision. Hang punya duit, hang punya pasai, lol. Happy travelling! :)

5 comments:

  1. Sy n adik pernah g korea..backpacker aje..redah kasi pecah..mmg kena study betul2 negara org..sesat jln mmg alami..tp, sronok sgt dan byk ketawa..sbb kita bebas..

    ReplyDelete
  2. Salam Sejahtera,

    Saya Saiful dari www.naracards.com

    Boleh saya tahu bagaimana nak hubungi empunya blog melalui email?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Kumpulan Situs Judi Online Terbaik & Terpercaya di INDONESIA sejak 2006 sampai saat ini ( Bola, Casino, Poker, Togel SG HK dll ) hanya ada disini

    http://77.104.158.154

    https://kumpulanbandar.com

    https://indobandar88.com

    https://daftarpkv.online

    Ayo Daftar Sekarang juga dan Menangkan HADIAH nya Setiap Hari
    Terima kasih Good Luck :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...