Thursday, 4 December 2014

Corat Coret Kenangan di Korea

Sedikit cerita masa aku di Korea, based on experience and Korean people story ;
 Nami Island

Public Transport
Aku sangat impress dengan sistem public transport di KS, macam subway tu. Tapi masa kat sana, aku tak berkesempatan untuk naik subway, nantilah next time kalau ada rezeki lagi pergi sana, aku akan pastikan aku naik subway, hew hew hew. Masa aku naik train untuk ke main Incheon Airport terminal, kebetulan aku naik dengan semua penumpang lelaki, except sorang kakak yang join the trip. Aku orang yang last masuk, so aku decide nak berdiri je sebab aku tengok kat seat semua penuh. Then tetibe, ada sorang lelaki Korea yang tengah duduk tu terus berdiri bila nampak aku, aku macam eh, apa hal pulak ni? Rupa - rupanya orang Korea kat sana mengutamakan kaum yang lebih lemah, diorang akan bagi seat bila dalam train. Orang Korea kat sana lebih suka berdiri. Aku pun duduklah, sambil buat muka bangga. Tak pernah dapat layanan macam ni kat negara sendiri, lol.

Akak yang naik train sekali dengan aku pun duduk, sebab kitorang berdua je perempuan dalam train. Dia cerita, masa dia first time datang Korea, dalam train dia dapat tempat duduk. Tiba2 semua orang dalam train tengok dia, like dia ada buat jahat. Dia pun peliklah. Rupa - rupanya, dia tak perasan ada perempuan pregnant dalam train, terus dia bangun sambil muka merah padam. Even seat dia takde sticker tulis "this seat is for pregnant woman or senior citizen only". Tapi culture di Korea memang macam tu, seat dalam train untuk yang lebih memerlukan. Lif pulak untuk orang OKU, orang tua, orang pregnant dan orang yang ada anak2 kecil sahaja. So kalau korang yang sihat walafiat naik lif, memang orang Korea akan bagi "that kind of look" macam ko ni orang jahat. Tak perlu nak ambik gambar then upload dalam facebook untuk bagi kesedaran, memang kena tang tu jugak.

Aku wonder, kenapa kita di Malaysia tak macam tu?

Bersenam
 Kat mana2 je, either dekat Seoul atau luar Seoul, aku selalu jumpa orang jalan kaki, orang bersenam, orang naik basikal, dan orang berlari. Kalau kat luar Seoul masa di Sorak Mountain, ramai makcik2 Korea yang datang dengan geng dan pakai sweater warna warni untuk pergi hiking. Kat Seoul, kerajaan Korea buat trek untuk rakyat diorang bersenam, berlari dan cycling. Trek tu bukan kat atas jalan raya, tapi kat bawah jalanraya. Kagum. Aku kagum sangat. Sebab tu susah nak jumpa orang Korea yang overweight. Kebanyakannya slim melim dan with normal weight. Mereka lebih suka jalan kaki. Bukan takde jem kat Korea, ada je kat Seoul tu, tapi kalau sistem public transport awesome, kenapa nak naik kereta lagi kan? Jimat duit, just kena rajin menapak je lah, turun tangga naik tangga. Exercise secara tak langsung.

Sekolah dan Kerja
 Waktu persekolahan di Korea amatlah panjang, tour guide kata budak sekolah biasa habis waktu sekolah ialah pukul 3 petang. Lepas tu tak balik rumah terus, ada kelas masa luar sekolah dan aktiviti riadah. Normally diorang akan balik rumah around pukul 8 malam macam tu, ada jugak yang balik pukul 10 malam. Kiranya, ada di rumah untuk dinner dan breakfast sahaja. Tu memang culture diorang. Ada jugak budak2 yang tak tahan, either lari dair sekolah (berhenti sekolah) atau apply sekolah kat negara lain. Pressure.

Kalau yang bekerja pulak, even kebanyakan waktu ofis habis pukul 6 petang, tapi kebanyakannya akan balik rumah waktu malam, around 8 - 9 malam macam tu. Orang Korea jenis hardworking people, work ethics diorang macam tu. Pressure pun tinggi. Rutin diorang, masa kerja ialah betul2 kerja. Masa weekend, masa betul2 relaxs. Sebab tu everytime weekend, diorang jarang duduk rumah. Semua keluar buat aktiviti dan bawak family pergi jalan2. Release stress dan tension. Then, suami yang berkeja, duit gaji akan automatically masuk dalam akaun isteri sebab kat Korea, orang perempuan yang handle perbelnjaan untuk isi rumah. Memang government diorang dah tetapkan macam tu. Bab ni suami kena ikutla. Tour guide bagitau, biasanya diorang orang lelaki ada simpanan sendiri. Either simpan duit dalam bonet kereta dekat spare tyre, atau bukak personal account tanpa pengetahuan isteri. Kena pandai2 nak hidup. Lol.

Kopi dan Teh
Orang Korea suka minum kopi, dan juga teh. Tapi kopi diorang import. Kopi kat Korea adalah sedap, aku suka sangat. Orang Korea jugak suka minum arak. Biasanya lepas waktu kerja diorang akan lepak di bar dengan kawan2 atau sorang2. Its a culture.

Makanan
Orang Korea jarang makan makanan bergoreng, mostly grilled, soup dan ala2 jeruk. Macam kimchi la, senang cerita. Kat rumah2 di luar Seoul, diorang tanam kobis untuk buat kimchi. Kimchi makanan wajib bagi setiap keluarga di Seoul, dibuat melalui proses fermentasi. Kimchi bukan saja dibuat dari sayur kobis, sayur lain pun boleh. Kimchi ialah dishes utama especially pada musim sejuk, yang mana pembuatannya adalah difermenkan di dalam tempayan besar bawah tanah. Makanan orang Korea rata2 adalah menyihatkan. Dan bagi aku yang tekak universal ni, sedap. But depend pada orang, ada yang boleh terima, ada yang tak. Dan diorang suka makan babi.

Makanan halal susah nak dapat kat Korea sebab orang Islam adalah golongan minoriti di Korea. Islam di Korea adalah sangat baru menyinar, dalam era 70-an macam tu. Mostly orang Korea adalah Athiest (takde agama)

Orang Korea
Orang Korea sangat suka tolong orang. Mostly baik dan beradab. Kecuali di Namdaemun, lol. Walaupun tak berapa friendly maybe in terms of communication, tapi diorang baik. Bahasa Korea lebih meluas digunakan berbanding bahasa Inggeris. Orang Korea kebanyakannya patriotik. Senang nak jumpa kereta buatan Korea di jalan raya, mana2 pergi mesti ada. Diorang jugak jenis berdisplin, sangat kagum.
Orang Korea tak suka disamakan dengan orang China atau orang Jepun. Diorang kata, Malaysia agak tidak bersih sebab kat Malaysia ada orang Cina. Aku terkejut, aku cakap, "But you also Chinese". Diorang kata, "No, I am Korean". Lol!

 Kebersihan
 
Kagum bila tengok jalan2 raya di Korea bersih, dan tandas2 di Korea memang bersih. Aku tanya tour guide, "Korean people really have a good attitude of hygiene?" Dia kata sampah ada, tapi sampah bukan ada di tempat2 terbuka macam jalan raya, just attitude diorang tak suka tengok benda2 kotor di luar rumah. Dia cerita, masa zaman pemerintahan Park Chung Hee yang merupakan satu - satunya president yang mempunyai military background, beliau telah mengarahkan rakyat supaya keluar dari rumah pada waktu pagi dan sapu sampah di jalan2 raya. PCH adalah seorang president yang sangat tegas, dia buat rakyat dia macam askar. Tour guide kata dia tak suka PCH, sebab PCH macam diktator, but in terms of economy, PCH dalah president yang terbaik sebab banyak bawak perubahan kepada Korea Selatan dalam sektor ekonomi. PCH juga digelar President with 2 face - means good side and bad side sangat obvious. Bila tour guide cerita pasal PCH, aku teringat pada Tun Mahathir. Orang pun panggil dia "diktator", "maha firaun", "maha zalim" tapi beliaulah yang membangunkan ekonomi Malaysia dengan jayanya. So?

Kosmetik
Orang Korea sangat suka kosmetik. Perempuan dan lelaki pun suka jaga kulit, tapi perempuan lagi banyak guna produk kosmetik. Prinsip diorang, perempuan bila umur 30 tahun adalah kulit seharusnya macam umur 20 tahun, kalau umur 40 tahun, kulit kena macam umur 30 tahun. Kiranya kulit kena nampak muda 10 tahun dari usia sebenar. Memang kulit diorang nampak sihat dan cantik. Kagum.
Pembedahan plastik memang terkenal di Korea Selatan.

Islam, Malaysia dan Korea
Kerajaan Malaysia pernah merancang untuk memberi sumbangan kepada pembinaan masjid di Korea, tetapi perancangan itu tidak kesampaian atas sebab2 tertentu. Boleh baca di sini.

Walaupun Islam adalah agama minoriti di sini, sesetengah produk makanan buatan Korea tidak keberatan untuk merujuk dengan JAKIM bagi mendapatkan pengesahan JAKIM tentang status Halal produk2 mereka. Macam seaweed, kimchi, miso soup, ramen, coklat, biskut, susu pisang yang diimport ke Malaysia.

Bagi sesetengah orang di Korea, bila ada hijabista lalu kat depan diorang, diorang akan tengok sambil buat muka pelik. Ya, Islam adalah agak begitu asing di bumi Korea, hanya golongan minoriti tapi actually kebanyakannya pun tak heran, tak rasa pelik. Sometimes, diorang yang Athiest tu wonder, apa yang orang buat kat bilik musolla (prayer room). Diorang excited nak tengok orang tu buat apa, sembahyang macamana. I really thought at first Korean people majority are Buddhists, but I was totally wrong. Hurm.


Tempat Bersejarah
Banyak tempat bersejarah di Korea Selatan yang dibina semula oleh kerajaan kerana tempat2 itu termusnah semasa zaman perang. Tapi, ciri2 asli tetap dikekalkan dan ada yang dikomersialkan untuk menjadi tempat tarikan pelancong. Banyak tempat bersejarah kepada negara Korea keseluruhannya berada di Korea Utara. Malangnya, kerana masalah politik antara KS dengan KU, orang KS tak boleh pergi atau masuk ke KU. Kalau orang KS didapati masuk ke KU secara tak sengaja atau secara haram melalui sempadan antara KU dan KS, mereka akan dipenjara selama 30 tahun kerana disyaki sebagai pengintip. Kalau orang KS masuk ke KU secara sah pulak, mereka takkan bebas bergerak sebab once jejak je kaki kat KU, mereka akan kena follow dengan guard2 kat KU, so kalau pergi pun takde makna, tak best.

Aku pernah baca kat somwehere, yang di sempadan antara KS dengan KU, kerajaan KU ada bina sebuah kawasan yang kononnya2 ada orang tinggal kat sana, like apartment, kedai, bangunan2 padahal semua tu fake je, takde orang duduk pun. Ni taktik untuk intip penceroboh yang masuk dan nak intip KS.

Bahasa Melayu dan Orang Malaysia
Bila orang Malaysia pergi mana2 kat Korea ni especially kat Seoul, senang je orang Korea nak cam, eh, tu orang Malaysia. Sebab ramai orang Malaysia yang pergi Korea, either datang untuk melancong atau tinggal kat situ (belajar atau kerja). So sesetengah tempat di area2 shopping macam Namdaemun atau Dongdaemun, bila nampak je orang Malaysia, diorang akan kata, "Mari2, murah2, mari beli" Lol. Then ada sesetengah perkataan diorang faham, like bila kita tanya, "Yang ni berapa?", diorang akan jawab, "Lima ribu". Nak jual barang punya pasal kan, kena la pandai tackle customer. Lagi2 dengan orang Malaysia yang suka shopping ni.

Tanah
 Secara amnya, Korea mengalami masalah tak cukup tanah.Juga masalah overpopulation. Dan ianya diselesaikan dengan proses penambahan tanah di laut, sungai oleh tanah2 yang diambil di gunung atau bukit. Aktiviti reclamation memang banyak kat sana (penambakan). Contoh macam Incheon Airport, di bina atas 2 pulau yang disatukan menjadi satu pulau. Tanah2 yang asalnya dari tanah gunung dan bukit tu akan dijual kepada syarikat2 yang ingin membuka kilang macam kilang elektronik, kilang komputer dsb. Kerancakan dan penyumbang ekonomi Korea iaitu industri elektronik menyebabkan demand yang tinggi terhadap tanah rata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...