Sunday, 5 October 2014

Apa Yang Perlu Untuk Kucingku

Dulu masa mula2 decide nak bela Semek, bagi makan kat dia Friskies je. Memula beli peket kecik, lepas tu beli peket 5 kilo terus.

Lepas tu bila terbaca yang Friskies tak elok untuk usus kucing, so tukar kepada Smart Heart, which is ada sorang kawan pun bagi SH kat kucing2 dia. Dia kata better than Friskies.

Bila bela Tom & Snowy, still continue bagi SH. Sampailaa satu hari tu, decide nak tanya sendiri doc, apa opinion dia tentang makanan kucing komersial yang dijual kat pasaraya. Dia takdelaa cakap, "No! Tak boleh bagi! Nanti kucing sakit!". Dia cuma cakap macam ni je,

"I dont believe commercial cat food".

Sentap kejap bila dia cakap camtu. So lepas buat survey dan baca komen2 kat group peminat kucing, at last decide nak bagi brand Black Wood untuk Tom, Snowy (masa tu) & Blanco. Masa tu ada buat jugak perbandingan percentage protein antara brand. Of course la lain2, tapi Black Wood kira affordable & kandungan protein pun cukup untuk kucing.




Tapi tak beli dalam pek original punya since ada petshop and petshop online yang buat re-pack untuk branded cat food macam BW. Gambar kat atas tu beli kat petshop dekat area office, harga dalam RM17 untuk BW Adult, and RM21 untuk BW Kitten. Untuk stray cats aku beli SH jugak, sebab RM10 je sepeket. Semua dalam 1kg.

Gambar kat bawah tu aku beli dengan online petshop. Sometimes aku beli dengan dia, tapi bila aku tak boleh buat appointment nak jumpa kat tempat biasa at certain time, so aku beli jelah dekat petshop area office. Harga memang ada beza, tapi kalau terdesak, memang tak boleh buat apa. Online petshop tu dia jual BW Adult RM13, BW Kitten RM18. 1kg jugak, murah kan?

Kalau wetfood pulak, sebab ramai yang guna Fussie Cat dan survey kata bagus and bau sedap, so aku decide nak beli jugak Fussie Cat ni. Dulu masa bela Semek n Coffee, bagi wetfood Whiskas je..... feeling guitly to them :( Tapi Tom n Blanco jugak untung, dapat makan wetfood Fussie Cat. Memula trial beli dalam 2 tin je, lepas tu beli semua flavor sebab budak2 tu suka. Bau pun sedap, hahaha. Masa Tom n Blanco kecik lagi, memang bagi wetfood ni campur dengan BW, sebab tu badan depa jadi macam sekarang. Tapi sad moment ialah hari yang aku beli FC trial 2 tin tu, hari tu jugak Snowy hilang. Actually decide nak beli FC tu untuk Snowy sebab dia kurang nutrisi kan, tapi takde rezeki .... memang sedih sangat kalau ingat. Rindu kat Snowy :'(



Harga satu tin ialah RM3.90, ada 12 flavor kalau tak silap, semua flavor aku beli. Tak sampai setahun pun untuk 2 budak tu. Aku bagi wetfood ni 2 kali sehari, gaul dengan BW. Tapi bila diorang ("diorang", lol) dah lepas kena castration, aku stop slowly sebab orang kata bagi wetfood selalu tak bagus sebab nanti diorang malas menguyah dan ada effect pada gusi. Sebab tu bila kucing dah besar, just beli wetfood yang tin kecik tu je, as a treat for them once a week. Harga sama, cuma percentage of protein berbeza, kot?

Dulu sebelum ada kesedaran, aku beli macam2 jenis pasir kat supermarket, commercial brand jugak. Harga dalam RM11.90 - RM17.90, tengok pada jenis apa dan brand apa. Ada yang okay, ada yang tak, kena try semua. Last2, aku decide nak pakai brand Fussie Cat jugak sebab ada flavor (bau laa) dan sangat clumping. Plus, bila budak2 tu poo, bau tak kuat tapi kena rajin buang laa. Bila pee pulak, pasir tu akan serap and just buang seketul pasir tu je. Sangat bagus dan sangat suka.



Satu pek ni boleh tahan sebulan ke dua bulan, sangat berbaloi. Harga dalam RM14 untuk 5 kilo ni. Ada macam2 flavor, dan bau sangat best.

Bila some of people kata OKO Plus adalah bagus dan jimat, so aku decide nak try jugak. Memula ok, tapi aku rasa OP tak sesuai untuk budak2 tu sebab diorang suka main2 dengan OP, then bila main jadi bersepah dan aku penat nak kutip semula. Plus, aku ada try buang dalam mangkuk tandas and flush, tapi macam tak berapa menjadi je. Aku beli first time dengan online petshop, harga dalam RM38 untuk 10liter (10 kg). Tu first time n last time. Untuk dalam rumah maybe bagus untuk orang lain, tapi tidak untuk budak2 tu. Lain kucing lain effectnya.

Model OKO Plus, Snowy. Mama miss you :'(

Beli keperluan untuk anak2 bulus kena buat survey a bit dan kena try sebab nak tau benda tu bagus n suit tak untuk kucing2 kita. Tak semestinya bagus pada kucing orang, bagus jugak untuk kita. Then tengok bajet kita berapa jugaklah, kena pandai2 sendiri. So far aku stick pada brand2 ni tapi kalau ada brand2 bagus dan harga lain murah, aku akan try beli. Hoping this entry can give a little guidance for those who first time raise kitty :)

Typo Shop

First time terjumpa kedai Typo ni adalah dekat KLCC. Bila tengok poster kat luar kedai, terus hati melonjak - lonjak nak masuk.





Ada barang2 untuk cat lady macam diary, mug, beg, cushion, fridge magnet diletakkan atas meja besar. Semua comel2 :)



Branch Typo boleh didapati di ;

1) Suria KLCC
2) Pavilion
3) Setia City Mall
4) One Utama

Check it out!


Monday, 29 September 2014

Cecik In Memory

31/08/2014
I found this little guy sitting on the floor alone and he seems lost. So cute. Masa tu nak pergi butik Sincerely By Us, dia duduk betul2 depan butik tu, dekat tangga. Mula2 fikir, mungkin mak dia ada, so biar jela dulu, pergi window shopping dulu.


Lepas keluar dari butik, tengok ada lagi. Duduk diam situ, tak gerak2. So masa tu I decided to take him home, nasib baik ada kotak kecik dalam kereta, letak dia dalam tu. Senyap je dia, kadang2 mengiau kecik, maybe still blur and ketakutan.


Bila bawak balik, Tom start bising. Dia buat bunyi "hisss" bila nampak budak kecik ni, petanda tak best. Sebab biasanya, Tom yang paling senang nak adapt dengan miau baru. Or maybe sebab Tom dah besar, so karakter dia dengan dulu tak sama.



Masa tu, baru jumpa miau yang datang rumah dan miau tu sakit, then baru jumpa this little guy, so agak kelam kabut sikit, sampai muka dia yang comot ni tak sempat nak tenyeh dengan kain. Bila try nak mandikan dia, dia punya mengamuk macam miau besar. Badan pun penuh kutu. Dan masa tu cage yang kecik buat letak miau yang sakit tu, so takde choice kena letak budak ni dalam bilik, just biarkan dia jalan2 dalam bilik.





01/09/2014
Keadaan semakin tidak mengizinkan dengan miau yang jumpa kat tepi rumah tu makin sakit, dengan Blanco nya still dalam cage sebab lepas castration, rasa dah tak boleh handle. Memula fikir, sayang jugak nak lepaskan tapi bila memikirkan takut tak terjaga, so hari tu open for adoption. Dengan harapan, ada orang cepat nak adopt sebab budak ni comel sebenarnya, cuma comot sikit. Last2 jumpa jugak adopter dia, which is jiran belakang rumah je (advertise kat Fb).

 Dia suka tido kat celah2 ni, maybe dia rasa safe. So cute sangat tido kat celah2 buku, kan?



Kadang2 dia ok, kadang2 rasa insecure. Maklumlah, baru beberapa hari. Tapi takut kalau simpan lama2 lagi rasa sayang, so bila dah jumpa adopter dia, terus je nak hantar. Even hati rasa berat :(

02/09/2014
Balik je dari kerja, terus hantar budak ni kat jiran belakang rumah, Yati nama dia. Masa tu rasa sedih, tapi yakinkan dalam hati he will get a better home. Sebab memang selalu berhajat nak bela kucing warna oren, dan tak sangka ni first time jumpa sendiri, biasanya previously adopt dari Fb. So, ni gambar terakhir sebelum lepaskan dia ....

 Tonyoh sikit muka before hantar kat mama baru, so takde laa comot sangat. Masa ni rasa sedih tengok muka dia, berat je rasa ...


03/09/2014
Lepas hantar, rasa rinduuu sangat kat budak kecik ni, sampai laa Yati (adopter) kirim gambar dekat Whatsapp. Dah bersih dah, tak comot lagi. Kutu pun dah takde. Suka sangat tengok dia happy jee :)


20/09/2014
Selepas beberapa hari berlalu, tiba2 dapat whatsapp dari Yati, dia kata Cecik (Yati bagi nama dia Cecik) dah takde ...Terkejut sangat masa tu. Yati hantar Cecik pergi Vet, doktor cakap ada jangkitan bakteria kat pundi kencing dia. Patutlaa Cecik macam susah nak kencing dan kalau berak, dia kena teran kuat2. Cecik pun masa duduk dengan aku sehari dua, dia tak suka minum air, so end up aku kena push dia minum pakai syringe. Kesian Cecik, memang sedih sangat.

Masa Yati kirim gambar ni, Cecik dah besar dah, tapi sebak rasa tengok badan dia jadi kurus. Maybe dia suffer sebab tak boleh kencing dan berak. Kesian sangat. Yati kata, sebelum ni dia happy je main2, bergurau. Mungkin usia dia memang tak panjang, kami pun redha je .... RIP Cecik, mama & mama Yati always love you :'(


Sunday, 28 September 2014

Where To Eat - Bubba Gump & TGI Friday

Dah lama tak update blog, maklumlah update ikut mood, kan.

Kali ni just nak buat a quick review pasal makanan dan tempat mana nak makan, and recommended for 2nd time dine in.

1. Bubba Gump
Located at The Curve, 1st floor dekat Food Street. Dishes berasaskan shrimp mostly, and memang sedappp sampai Man kata nak dine in lagi kat sini. Here are the food that we ordered that day.



 Never try Salmon eating with rice, but this one is soooo nice!


Nachos for appetizer, really tempting!!

Sorry I dont remember name of menus but all are recommended, especially the nachos. I would love to revisit again here!

2. TGI Friday

I had lunch here 2 times with my friends, and all dishes were ordered by them. Semua sedap2! Here are they:







 Recommended this one, soooooo tasty!!



 Cinnamon Cake

Very sweet, brownies with Vanilla Ice Cream on top, order 1 and share with all your friends because you cannot finish it by yourself!

Thursday, 17 July 2014

Coliseum Cafe 1921, Jalan TAR

Dulu, setiap kali lalu kat sini, mesti Man akan cakap steak kat sini the best.
Aku kalau bab makanan, kalau dengar orang kata "the best", mula laa cepat2 simpan niat nak rasa and review.




Bila siapa2 tengok kedai ni first time, mesti rasa skeptikal. Like, "Sedap ke makanan dia?" Tengok dari luar, like, "Macamana view kat dalam?"

Actually, cafe ni adalah antara cafe yang tertua kat Malaysia. Most cafe yang lama2 before zaman kemerdekaan adalah kat Melaka dan Penang (as far as I know laa). Sudah beroperasi di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sejak zaman pemerintahan British di Malaya lagi pada tahun 1921. Pernah jugak dapat anugerah 
"Longest Operating Western Colonial-Themed Restaurant" oleh Malaysia Book of Records. So agak unik, dengan nama cafe dan konsep front face pun tak pernah tukar.

Masa masuk cafe ni, memang terasa sangat macam berada di zaman dulu2. Konsep deco cafe ni tak pernah tukar, yang tu aku suka. I love anything that classic and feel vintage. Banyak gambar lama masa zaman sebelum merdeka tergantung kat dinding. Style of furniture pun tetap sama (according to Man) cuma material dah tukar baru la.





Disebabkan Man lebih arif bab order makanan kat sini, so I let him decide. Dia kata masa kecik2 dulu selalu makan kat sini. Harga memang pricey la, silap la kalau ada orang expect harga makanan dia sama macam rupa cafe dia. So end up, dua2 orang pun order steak.




Appetizer : Plain bread with butter tu memang akan dihidangkan kepada customer. Klasik kan? Even the plate also very old school. French Onion Soup (RM9.90) ni Man yang suggest, memang sedap. Belum pernah rasa sup bawang kat mana2 sebelum ni, sedap pulak tu. It is a must try menu.


Mashed Potato (RM5.00)

 Mine : Grilled Australian Tender (RM48.90)

 Man : Grilled Australian Sirloin (RM46.90)


My dessert : Banana & Chocolate Spring Roll with Vanilla Ice Cream (RM10.90)


Man dessert : Caramel Custard Pudding (RM6.90)



Branch lain ialah di Midvalley dan  Jaya One, PJ. Tapi according to other bloggers review, feeling dia tak sama laa. Kalau betul2 nak feel the origin, memang kena dine in kat sini. I was having a nice chit chatting moment with Man on that day. Masa tu, kat luar hujan pulak. Very unforgettable moment :)

Total harga makan kat sini with all these kind of menu, almost RM200. With that size of menu, its worth your money, depend on what you choose. Tapi aku suka dengan ambiance cafe ni, so maybe will come again next time to try other dishes pulak.

Lokasi :Berhampiran Sogo, Jalan TAR
Review : Should give a try

Date : 31.05.2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...