Saturday 22 November 2014

Percutian di Korea Musim Luruh (Autumn) Hari Ketiga



Annyeong haseyo!

Bangun pagi macam biasa 5.30 pagi even wakeup call pukul 4.30 pagi. Lepas mandi, solat dan packing barang semua, bukak sliding door dan nampak view ni dari balkoni. Sukaaaaa!


Dah lama tak bangun pagi dengan view yang cantik ni dan fresh air. I really love Korea ^_^. Tapi, kami bermalam satu malam je kat sini sebab lepas habis aktiviti kat Sokcho ni, kami akan ke Seoul pulak.

Messy as usual. Mesti rindu nak tido macam ni lagi

Lepas sarapan di hotel, kami berangkat ke Mount Seorak National Park untuk naik cable car di Kwonkeum Castle yang semalam tak jadi naik tu. Cuaca pagi ni sangat baik, sangat lovely. Sampai sini dalam pukul 8.30 pagi.




Entry kali ni banyak gambar sebab view kat Sokcho ni cantik2 :)
Suhu waktu ni adalah 8 darjah selsius, sejuk dan berangin. Aku kena pakai jacket, gloves dan shawl masa ni sebab tak tahan sejuk.

Sempat posing sekejap kat pokok cantik ni
(picture taken by Tony the photographer)

Cantik :)

Sampai kat tempat nak naik cable car

Seoraksan National Park ni adalah di bawah jagaan kerajaan Korea pada tahun 1965. Tapi pada tahun 1982, UNESCO meletakkan area ni under jagaan UNESCO. Seoraksan ni terletak di bahagian timur dan di tengah2 semenanjung Korea dan area nya meliputi Injegun, Yanyanggun dan Sokcho. Salah satu tempat yang popular dan menjadi tarikan kepada pelancong luar.

Tinggi Seoraksan ini adalah lebih kurang 1,200 - 1700 meter dari aras laut. Seoraksan adalah gunung ketiga tertinggi di Korea Selatan.



Jacket (Inspired by ZARA) by Fashburnout, sweater by Armani Exchange, shirt by Fabspy
3 lapis ha aku pakai
(photo taken by Tony the photographer)

Tourguide tengah bagi penerangan


Tadaa..dah sampai ke tingkat 2 untuk naik cable car.
Cantiknya......tapi cam gayat je..huhuhu. Cable car ni adalah lebih kurang 860 meter dari aras laut.

Ok, dah sampai. Moh kite

Hoih! Rasa gayat weh...tapi seronok!

"The mountain is named Seorak because  snow wouldn’t melt for long time, keeping the rocks in a permanent state of white."

View dari dalam cable car. Subhanallah ....

 Lepas sampai di puncak dan lepas turun dari cable car, tour guide bagitau yang siapa nak ikut dia naik ke puncak atas, boleh ikut. Siapa yang tak nak, boleh duduk dekat station. What??? Hiking time??? OMG!
Dengan flat shoes aku yang tapak dah haus tu, aku kena buat aktiviti hiking sampai kat atas?? Memang la tour guide bagi choice nak ikut ke tak, tapi takkan aku nak duduk je kat station tu, tak thrill la. Nanti orang ngate muda2 lagi dah pancit. Hoih! Tercabar den!

So kena ikutla hiking sampai atas. Mula2 naik, memang ada tangga. Nasib baik dekat every step anak tangga tu, diletakkan getah so that takde la kejadian slippery, then kalau yang daki pakai flat shoes macam aku ni, okay sikit lah. BUT, still but, sangat tidak sesuai okay. Plus bahaya jugak. Sebab ada step yang korang kena pijak batu2 sahaja. Batu2 tu licin, kalau tak berhati2 boleh jatuh kat atas batu atau jatuh bergolek2 sampai bawah dan boleh cedera. Still kena pakai sport shoes or sneakers.

Stop sekejap sebab nak ambik gambar 
(padahal stop sekejap sebab dah putus nafas, pancit sudah, lol)


Sampai sudah ke puncak Gwongeumseong. Posing berlagak sebab dah berjaya sampai walaupun pancit beberapa kali, hahaha. Kalau korang besarkan gambar kat atas ni, akan nampak orang Korea yang daki puncak ni pakai boot heels lagi. Lagi stylo dan challenge. "Challenge" sangat!

View puncak atas. Mesmerizing dan sangat menenangkan. Angin takde pun


 Orang tua2 kat Korea ni semua sihat2, diorang boleh daki puncak ni tanpa nampak unsur kelelahan atau muka macam nak maki diri sendiri sebab cepat pancit. Steady je diorang, sebab orang Korea tak kira tua atau muda memang rajin exercise, one of the thing I love about Korean people. Kalau nampak satu group makcik2 Korea comel yang sama tinggi dan pakai sweater warna warni, umur diorang biasanya dalam 50 ke atas. Diorang suka buat aktiviti dalam satu group.

Masa aku tengah sibuk ambik gambar untuk orang lain, ada satu group makcik2 Korea ni datang kat aku, cakap Korea dengan aku. Sumpah aku tak faham diorang cakap apa tapi muka diorang sangat confident aku faham apa yang diorang bebelkan. Bila diorang hulur handset diorang kat aku, baru aku tau. Rupanya diorang suruh aku ambik gambar, lol! Aku pun cakap omputih kat makcik2 tu dengan rasa confident jugak, confident yang diorang faham, "You want me to take your picture?" Diorang jawab pakai bahasa Korea jugak, tapi aku tak tau diorang jawab apa. Memang macam ayam dengan itik bercakap dah, hahaha. Aku tafsir sendiri dari riak muka diorang, mungkin diorang cakap, "Boleh ke?" Then tangan diorang tunjuk kat arah utara, arah selatan, arah timur dan macam2 arah lagi. Lepas tu aku pun tanya lagi, "You want to have picture at there? Ok, can". Bila aku cakap ok, diorang pun start nak posing dah, hahaha. Dua2 cakap bahasa lain, tapi based on body languange, boleh jadi faham. Kelakar sangat bagi aku masa tu. So sempat la snap 2, 3 kali untuk makcik2 Korea tu, lol. Main tunjuk2 je, aku tunjuk kat area situ, diorang pi posing kat situ. Aku tunjuk kat area sini, diorang pi posing kat area sini. Sangat comel diorang ni, lol.

Posing untuk last time before turun ke station

View Seoraksan dari station sementara tunggu nak turun ke bawah

Lepas berjaya hiking ke puncak dan turun ke bawah by cable car,  kitorang ke area ShinHeung Temple, jalan2 kat sana dan ambik gambar view cantik.



Besar gila baq hang!

View area ShinHeung Temple


 Musim utama di Seoraksan National Park ni ialah musim luruh. Bila musim luruh, view kat sini memang cantik sangat dengan daun yang berwarna merah, kuning, oren, hijau dan coklat. Tourguide cakap, time kitorang datang waktu ni memang cun timingnya, sebab daun tengah bertukar warna.


Habis 2 jam aktiviti di Seoraksan, kami bergerak pula ke Daepohang Fish Market yang mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk sampai. Sampai di Fish Market dalam pukul 11 suku pagi. Fish Market ni berdekatan dengan laut, so sesuailah area tu. Pasar ikan kat sini sangat bersih dan kalau ada bau pun, bau ikan, bukan bau busuk atau hanyir. Kagum.



Kat sini boleh beli makanan bergoreng yang semuanya berasaskan ikan dan tepung. Diorang yang beli cakap sedap, sebab ikan memang fresh. Macam sotong atau ikan goreng tepung laa kat Malaysia. Harga dari 1,000 won ke 5,000 won sahaja (RM3 - RM15).



View kanan

View kiri

Singgah di Daepohang Market ni sekejap je, lepas tu kami bergerak untuk makan tengahari. Dalam pukul 11.45 pagi macam tu, kami sampai kat restoran ni. Ada yang mengeluh, "Makanan Korea lagi...". Hehehe...maybe ada yang dah muak hadap makanan Korea yang healthy tu, tapi so far aku okay je. Rindu jugak kat makanan Malaysia yang pedas2 tu tapi makanan Korea aku tak muak nak hadap lagi.


Dah 3 hari mengadap ikan, takde orang pun lalu nak makan ikan lagi. Aku sorang je duk pulun ikan ni, masih berselera. Yang tengah2 tu macam sup telur, rasa dia lebih kurang kalau kita masak megi kari yang letak telur, ha macam tulah. Tapi sedap. Dan side dishes yang lain tu as usual la, kimchi, seaweed. Aku ingatkan duk Korea aku boleh lose weight, but unfortunately, not. Nope.......

Bila tengok gambar ni, rasa rindu dengan makanan Korea, oh!


 From day first waktu lunch, macam nilah kitorang duduk. Sangat suka ^_^




Selesai makan, solat di tingkat atas, dalam pukul 12.45 tengahari, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya yang mengambil masa 2 jam untuk sampai - Yangpyung Railbike. Letih daki gunung pagi tadi, tertidur dalam bas. Ingat kan dah takde aktiviti berpeluh peluh hari ni, rupanya ada lagi. So aktiviti untuk hari ni dan last day di luar Seoul adalah aktiviti yang ,menyihatkan badan - hiking dan cycling. Bagus jugak, sebab muka aku pun dah macam kuih pau, mengembang for sudden even baru datang Korea 3 hari. Just imagine kalau kawin dengan orang Korea dan duduk kat sini for forever. Eh?

Beli tiket dulu kat sini


Basikal ni ada 4 tempat duduk, 2 depan 2 belakang. Kat depan seat rendah, kat belakang seat tinggi. So tenaga yang digunakan untuk mengayuh di seat belakang adalah lebih tinggi daripada tenaga yang digunakan di seat depan. Basikal ni jalan atas rail, so takyah risau tergolek ke kalau terlanggar batu2 kecil atau terkeluar dari rail tu. Safety tip top, asalkan tak gelojoh semasa mengayuh dan tak buat benda2 pelik, lol!


Kena duduk kat belakang dan jadi orang yang kena kayuh basikal laju2 sebab masih muda katanya. Itulah cara orang2 yang lebih berusia untuk saiko orang muda supaya willing dan rasa hebat dan gagah duduk kat belakang. Oh ya, cuaca waktu petang adalah berangin sejuk, suhu lebih kurang 14 darjah selsius. Sebab tu aku pakai shawl dan gloves. Kena pakai seat belt masa naik. Dan jangan risau, ada brek tangan. Tapi kat belah seat kanan, depan dan belakang.

Ok, jom kita kayuh!

Masa kayuh tu, aku wondering kenapa Malaysia tak buat macam ni. Kalau ada kan best? Cycling sambil tengok view cantik kiri kanan. One of the tourists attraction ni, sambil boleh menyihatkan badan, sambil tu jugak boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan dan sahabat handai. Tapi mungkin akan timbul pergaduhan kalau balik2 orang yang sama je duduk kat seat depan sebab siapa yang duduk kat seat belakang tu akan penat lebih.

Sambil mengayuh, sambil tengok view cantik sebelah kiri


Eh, ada terowong!

Lepas sampai ke penghujung rail, aku ingatkan dah tak payah kayuh dah, confident bas kitorang pergi sebelah sana untuk ambik kitorang. Rupanya, I was wrong. Totally wrong. Kena kayuh balik, hokay. Laluan yang sama sebab nak patah balik ke stesen asal. Whatt?? Aku dah cukup pancit hari tu, lagi nak kena kayuh kaa..haduii. Mesti kena duduk kat seat belakang lagi. Confirm.





Aku capture view yang berbeza2 untuk tunjukkan view sepanjang aktiviti cycling, nampak sungai, nampak gunung, nampak rumah orang, nampak sawah padi, nampak kereta lalu lalang. Seronok, and I enjoy so much.

Aktiviti di Sokcho berakhir pada pada pukul 4.30 petang, then kami terus bergerak untuk ke Seoul. Tamat sudah aktiviti kat luar Seoul yang pastinya meninggalkan kenangan manis buat aku sampai bila2. Yang paling manis adalah ... hehehe ... BIARLAH RAHSIA. Choyyyyyyy :P

Dalam satu jam setengah perjalanan, kami sampai di Seoul, bandar besar yang maju dan mengkagumkan. Kenangan yang aku tak boleh lupa kat Seoul ialah - aku jatuh kat tengah2 bandar -__-

Ye, aku jatuh. Gambar kat bawah ni adalah gambar terakhir yang aku snap sebelum aku jatuh tergelincir di tengah2 bandar Seoul, di tengah2 lalulintas ramai orang, kereta dan motorsikal. Ceritanya, masa tengah jalan dengan cepat aku sibuk nak ambik gambar kat Seoul ni, flat shoes yang aku pakai tu kan licin. Then, aku pulak lalu kat laluan yang tak berapa selamat, lalu tergolek dog lah kat situ. Betul2 depan kedai Body Shop, kat Itawoen tu, aku ingat lagi. Shitttttt.....sakit tu aku tak kisah sangat, tapi malu tulah ..huhuhu.....jatuh kat Seoul :(


Kami dinner di Itaweon Foreign Restaurant yang menyediakan makanan halal - Makanan India, buffet style. Ada nasi, ada kari, ada kuah dal, ada roti naan, ada ayam tandoori, french fries.

Picture taken from Google.com

Aku ingatkan orang Korea tak makan kari, lol!



Makan nasi, kuah kari, ayam tandoori dan french fries. Orang kata roti naan dia best, tapi aku tak sempat rasa sebab kekenyangan makan nasi. Kari dia okay la, tak pedas sangat. Lepas kenyang makan, sebelum check in di hotel, kami pergi beli souvenir dulu. Kat Seoul ni lah tempat nak perabihkan duit.

Suhu kat Seoul teramatlah sejuk, drop sampai 5 darjah selsius. Serious, aku tak tahan. Pakai gloves, jacket dan shawl pun still sejuk, so aku dah badmood sikit, takde mood nak bergambar atau ambik gambar. Kami beli souvenir dekat Doota Mall, sebab tourguide cakap murah. Tapi next entry aku bagitau tempat yang lagi murah. Fesyen2 kat Doota ni untuk winter season sangatlah stylo dan cantik. Berkenan dengan beberapa baju tapi aku tak dapat beli ... kecewa nok :(


Habis shopping, finally kitorang check in kat May Hotel di Dongdaemun. Pun aku tak ambik gambar sebab malas dah. Hotel 3 bintang, ok sangat. Lepas mandi, solat, makan roti & minum milo, then tido. Esok aktiviti shopping for the whole day. Till then, thanks for reading this entry :)





*All pictures of the May Hotel taken from Google.com

Autumn di Korea Selatan Hari Keempat

Autumn di Korea Selatan Hari Kelima

5 comments:

  1. Seronoknya akak~ terasa na pergi lagi ta? Hehe

    ReplyDelete
  2. Of course nak pergi lagi! Tapi InsyaAllah nak cover Jeju Island dengan Busan pulak. Seoul pun nak pergi lagi, nak shopping till drop alat makeup kat sana :D

    ReplyDelete
  3. Boleh tau apa nama kedai yang awak lunch kat sokcho tu?

    ReplyDelete
  4. hye sis, boleh tau nama hotel yg u duduk di sokcho tu? best tgok pemandangan cntik..

    ReplyDelete
  5. dear,minta izin pinjam gambar untuk rujukan,terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...