Friday 5 December 2014

Percutian di Korea Musim Luruh (Autumn) Hari Kelima


Hari ni adalah hari terakhir kami di  Korea Selatan, which is bermakna genap 5 hari 4 malam kami away from Malaysia.  Lepas bangun, solat, bersiap dan packing barang dalam luggage, check out from May Hotel, kami sarapan di Taj Palace. Aku tak taulah kenapa, everytime makan di Taj Palace, mesti lupa ambik gambar dalam restoran tu atau gambar makanan. So entry kali ni dan hari terakhir ni, tiada gambar makanan, so sad :(

Perasaan pada hari terakhir adalah bercampur baur. Seronok sebab hari ni nak balik Malaysia, tanah airku yang tercinta even banyak kekurangannya (bak kata pepatah hujan luruh di negara orang, hujan panas di negara sendiri) dan aku rindu sudah dengan kucing2 aku yang ditinggalkan dengan 3 besen kibbles, especially Blanco, anak kesayangan aku tuh. Dan jugak, aku sedih sebab nak tinggalkan Korea, dan tak pasti bila lagi aku akan kembali ke sini sebab aku ada waiting list dan wish list yang perlu ditunaikan. Secara rumusannya, gembira dan sedih. Saiko je bunyinya, ko gembira ke, ko sedih ni? Lol.

Pagi ni special sikit, sebab semalam ramai yang merungut takde air panas pagi2 sebab pagi cuaca sejuk, dan sebagai orang Malaysia yang tipikal, dah rindu dengan air manis. So pihak travel agency dan tour guide bermurah hati untuk request Taj Palace sediakan air teh tarik halia untuk kitorang. So nice. Maybe jugak sebab semalam aku merungut2 nak kopi, nak kopi kan. Hahaha. Next time aku kena ingatkan diri sendiri untuk bawak kopi sebagai bekal, bancuh sendiri, senang.

Setelah mengadap menu yang lebih kurang sama di Taj Palace iaitu nasi, kuah kari dan yang lain aku tak ingat (better than Foreign Itaewon, tapi still tak boleh lawan Ankara Palace), pukul 8.30 pagi kami terus berangkat ke muzium. Cuaca sejuk dengan suhu 5 darjah selsius. Suhu di Seoul berbeza sangat dengan suhu di luar Seoul, di Seoul sejuknya melampau2. I hate that.


The reason kenapa kitorang pergi National Folklore Museum hari ni, on the last day ni sebab hari ke-4 tu hari Isnin, tempat ni tutup on Monday. So memandangkan hari ni masa singkat, aktiviti pun berjalan dengan ringkasnya. Tambahan pulak mood memasing dah macam takde, asyik ingat nak balik Malaysia, ingat kat nasik lemak, roti canai, teh tarik dan sebagainya. Tipikal orang Malaysia, lol.

Mula2 kami pergi ke The National Folklore Museum untuk mengenali budaya, sejarah Korea dengan lebih dekat. Tapi bagi aku, muzium ni macam Muzium Negara kat KL tu, tak best sebab mostly item2 dalam tempat berkaca. So boring. Tapi layan jelah kan. Tengok cara hidup orang Korea pada zaman dulu, sejarah tu, sejarah.


Upacara perkahwinan orang Korea zaman dolu2

Lepas ke muzium, kami proceed ke Gyeongbukgung, sebelah sebelah je dengan muzium tu. Gyeongbukgung adalah tempat wajib pergi kalau datang ke Seoul. Dibina pada tahun 1395, tempat ni jugak dikenali sebagai "Istana Utara" sebab kedudukannya yang menghala ke utara, berbanding dengan istana disebelahnya iaitu Changdeokgung (Istana Timur) and Gyeongheegung (Istana Barat). Tempat ini musnah kerana kebakaran semasa zaman perang Imjinwaeran (1592 - 1598), tapi bilik2 di istana ni sebanyak 7, 700 buah dibina semula di bawah pimpinan Heungseondaewongun semasa era pemerintahan Raja Gojong (1852 - 1919).




Cantik senibinanya


Istana ni jugak biasanya menjadi tempat penggambaran untuk drama2 Korea macam drama Dae Jang Geum tu. Popular tu drama tu, aku tak ingat aku ada tengok ke tak. Takpe, nanti cari DVD. Istana tu ada banyak bahagian, area untuk Raja dengan area untuk Permaisuri. Raja dulu ada banyak gundik, tu yang sampai beribu2 bilik tu. Kadang2, Raja pun tak sempat nak "rasa" gundik dia sebab terlalu ramai (ko ingat kimchi ke nak rasa2, lol). Ada yang datang tapi kemudian balik kampung semula sebab terlalu lama tunggu. Kalau nak main sorok2 pun boleh sebab area Istana terlalu besar, azab nak cari kat satu2 bilik, lol. Area Raja biasanya ada patung naga kat atas bumbung, kat area Permaisuri takde. Kat sini jugak ada taman larangan, yang mana Raja je boleh masuk, orang lain tak boleh, Tapi kami tak pergi kat taman larangan tu, takut kat tempat lain nanti tak sempat. So sad :(


Semua info mengenai Gyeongbukgung boleh didapati di sini kalau nak pergi secara backpackers.

Ketara gila muka macam kuih pau daging dah -____-
(Picture taken by Tony the photographer)


Sebelum beransur dari Gyeongbukgung, kami sempat tengok upacara pertukaran pengawal, yang mana upacara ni hari2 ada dalam pukul 11 macam tu (kecuali hari yang tutup la). Sempat tengok je, tak sempat nak usha2 atau bergambar dengan lebih dekat, atau merasa pakai baju pengawal tu. Lepas tengok, kami berangkat untuk ke tempat seterusnya.

Dalam pukul 10.30 am macam tu, kami singgah sebentar di Cheonggecheon Steam untuk sesi bergambar. Untuk entry kali ni, tak banyak gambar yang aku ambik sebab aku nak jimat bateri handphone, terkilan jugak sebab hanya gambarlah yang jadi kenangan utama kalau rindu2 dengan orang Korea kan.

Cheonggecheon Steam ni adalah salah satu tempat yang terkenal jugak di Seoul. Boleh baca kat sini tentang apa yang specialnya Cheonggecheon Steam ni. Dulu Cheonggecheon ni kotor macam Sungai Klang tu, tapi Korean government took inisiative untuk memulihkan kebersihan sungai ni dan dijadikan destinasi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Aku rasa Sungai Klang dengan Sungai Gombak tu patut buat macam ni.

Cheonggecheon Steam


Aku capture adegan ni sebab bagi aku unik.
Means, kalau kat Malaysia, siapa yang sanggup spend masa seminit dua nak baca keratan akhbar atau artikel kat tengah2 bandar dan tengah2 orang lalu lalang kan?
Dan even glass board macam ni pun, pekerja dia bersungguh2 bersihkan so that orang awam dapat baca.
Dari situ, bagi aku kita boleh tengok level of mentality sesuatu bangsa dan kaum di sesebuah negara tu.
Kalau kat Malaysia, info2 macam ni, "nobody cares" nak peduli pun, apatah lagi nak baca.
Sigh.

Sebelum we head off to Incheon Airport, kitorang singgah di kedai souvenir untuk sesi menghabiskan duit buat kali terakhir, so mana yang ada balance duit lagi tu, kat sinilah last pit stop. Sorry gambar takde sebab aku tak ambik, dan aku tak dapat recall kat mana tempat ni, yang pasti sehala ke Incheon Airport. Kedai ni ada bertingkat2, tapi 2 tingkat untuk shopping. Kena naik from first floor then turun bawah. Macam2 ada, mostly tourists akan beli makanan la, like chocolate ginseng, seaweed, kimchi, susu pisang, any food yang berasaskan ginseng, kerepek, jajan originally by Korean, dan bawak balik ke Malaysia as a souvenir atau nak makan sendiri. Macam susu pisang yang glamour kat Korea tu, kena minum perabih before masuk airport untuk check in. Kat sini korang bolehla spend RM50 - RM100. Harganya quite ok, except barang2 macam keychain, fridge magnet, kraftangan tu tak payahla beli kat sini, sebab pricey sikit.

Seawal pukul 1.00 tengahari, kami berangkat ke Incheon Airport atas nasihat tour guide sebab takut kalau terkejar2 sangat, bila rush nanti jadi gelabah. Tour guide kata better awal 2 jam di sana, sebab tiket balik adalah pukul 4.25 petang. Sedikit tips bila nak check out from airport, kalau korang pakai jacket, masa nak body checking tu, staff akan arahkan supaya tanggalkan jacket. Then, kalau pakai tudung, diorang akan check apa dalam tudung yang korang pakai, ni aku tengok dengan mata aku sendiri. Tujuannya tak pasti, aku assume diorang takut kalau ada something yang kita hide dalam tudung tu, atau kadang2 dalam tudung kan kita pakai pin, kalau yang besi tu, nanti bila lalu kat screening door, nanti berbunyi lak. Ada yang merungut, kata kenapalah sampai macam tu sekali diorang check kita ni orang Islam kan. Tapi bagi aku, kita kena follow jelah. Kalau takde buat salah, buat apa nak takut. Plus, Korea ni bukannya negara majoriti Islam, majoritinya takde agama, so tak boleh nak expect diorang fikir apa yang kita fikir. Yang lain2 macam check kasut yang ada besi, botol air tak lepas masuk dan lain2 tu adalah sama macam kat aiport lain.

Tiket pukul 4.25 petang, tapi flight D7 505 delay, dalam pukul 4.50 pm baru kami boleh masuk. 6 jam lebih perjalanan, kami sampai di KLIA2 dalam pukul 10.30 malam. Masa balik ni aku boleh tido, aku tido jee sepanjang masa dalam flight sebab nanti aku kena drive balik. Lepas check out dan ambik bagasi, aku terus bergegas ke ATM machine dan kemudian beli tiket KLIA transit untuk turun di Stesen Bandar Tasik Selatan. Lebih kurang pukul 1 pagi sampai rumah. Alhamdulillah.

Even Korea Selatan bukan dalam wishlist aku dan never crossed my mind to have a vacation here, aku dah start fall in love dengan KS. Suka dengan makanannya, budayanya, kemajuannya, gaya hidup orangnya, dan orangnya. Hahaha. Kalau ada peluang lagi dapat pergi KS, aku nak pergi secara backpackers pulak, InsyaAllah. Pernah jugak aku terfikir untuk ambik tiket terus ke Seoul, menginap di Namdaemun atau Myongdong, then shopping puas2 for 2 days, then balik ke Malaysia, hahaha. Sebab balas dendam tak dapat shopping till drop masa pergi first time kan. Of course nak pergi masa Spring atau Autumn season, dua musim tu je yang terbaik kalau nak pergi KS.

Terima kasih for reading this entry and any entry of me about trip to Korea, dengan experience yang tak seberapa ni.
Kalau ada benda aku teringat nak cerita, aku akan update dalam mana2 entry.
Once again, Kamsa Hamida ya!

10 comments:

  1. sy pun dah jatuh hati dgn negara Korea,,,specially gaya hidup dorng yg sgt healthy..dok teringat ingat lg jeritan tour guide Korea kami "lepas makan jalannnn!!"..hehe...trip sy ke Korea sgt terkesan kepada diri sy...walau dah setahun berlalu sy masih amalkan cara makan org2 Korea - kurangkan makanan berminyak dan minuman yg manis2 tu, minum air kosong jer, banyak berjalan kaki dan turun naik tangga...sy dok plan nak pi sana lg tp pi sendiri je kalau ada rezki (tgh giat menabung :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Fi Lee! Samalah kita! Korea sangat terkesan di hati, kan? Banyak sangat budaya diorang yang kita patut tiru. Saya pun kalau ada rezeki, nak pergi sana lagi. Tapi kali ni nak cover Jeju Island dengan Busan, tapi still nak pergi Seoul. Nak pergi style backpacking pulak :)

      Delete
    2. Seronok baca entry sis ..mana taw boleh pergi dengan bahtera kembara holidays plak kan..btaw cik sh banyak dapt info bila baca blog sis..thanks a lot ...lagipom sekarang ada promo depo rm350 sorang pergi musim luruh 12-16oct

      Delete
  2. Tumpang tanya, u pegi berapa hb ek? InsyaAllah will be going on Nov 28th, harap2 still autumn so sempat amek gamba kat pokok2 berdaun oren tu :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai there. Saya pergi around end of October. According to my tour guide masa tu, waktu daun2 bertukar warna hanya dalam masa 2 minggu, so waktu tu orang Korea akan ramai2 selalu keluar rumah untuk tak lepaskan peluang enjoy that moment. Not so sure daun2 tu still warna warni macam bulan October during bulan November, tapi early of November mungkin masih cantik lagi. Sebab end of November tu dah nak masuk winter, so perhaps daun2 hampir luruh.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. terima kasih Suzane:-) Saya baca banyak kali post Korea ni sbb akan ikut KS travel pada 12-16 dis 2016. Banyak info sangat berguna, Walau ni adalah distinasi negara ke 29 yg saya lawati tapi ini Korea bikin saya sangat teruja.
    Cuma yg tak pasti winter trip ada tak masa untuk bermain ski semasa di Mount Sorak tu. Harap ada lah. Ok thanks dude....... tyt kamal

    ReplyDelete
  6. Stream atau steam sis? Cakap bahasa melayu je. Campur2 poning den. Terima kasih untuk semua artikel.

    ReplyDelete
  7. Hi, nak tanya kalau mid of November kan Korea sejuk Sgt x?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...