Saturday, 24 January 2015

Apabila Saya Rindu Korea...


Hoih! Cerita pasal Korea je tak habis2 kan, macam blog K-Poppers dah jadinye asyik citer pasal Koreaaaa je. Even am not a K-Popper, but I loveeeeee Korea!

After dah 3 months, still rindu Korea cuma tak seteruk dulu lah. Luckily, bila rasa rindu Korea, rasa nak makan makanan Korea, ada member2 yang minat Korean food gak. Tak semua orang boleh telan Korean food kan, ni kalau aku bawak Man makan Korean food, for sure dia tengok je aku makan. Tak patut pulak kan camtu.

So first place yang aku pernah pergi, ialah Street Cafe yang terletak di USJ SS15. Ada 2 branch Street Cafe ni, satu lagi di Sunway Piramid. Yang dekat USJ ni betul2 depan Taylor College, landmarknya ialah sebelah Seven Eleven.


The Street Cafe, USJ SS15


Menu adalah macam2, tapi since kat Korea aku makan set nasik berlaukkan lauk tipikal Korea, so itu jelah yang aku order. Tak berani lagi nak cuba yang rare, lol. Nanti tak habis makan, membazir lak.

Bulgogi Pot Set, RM19.90

Ni yang aku order hari tu. Nama menu ni ialah Bulgogi Pot Set. Ada Miso sup, Bulgogi, kimchi dan salad. Bulgogi dan Miso sup adalah sedap. Kimchi pun sedap, semua origin from Korea. Nangis makan :') . Terus feeling macam ada kat Korea. Oh, I miss Korea so much! Licin okay aku makan.


Ni drinks yang kitorang order hari tu. Aku macam biasa, coffee addicted mesti order coffee punya. Sedap coffee ice dia. Diorang order Korean tea dan yang macam ABC tu, aku lupa nama dia. Korean ABC kot, lol. Tapi sedap dan rupanya sangat menarik compared with other 2 drinks.

Kimbab Set (Street Raboki + Kimbab), RM21.90.
Tak tau rasa dia macamana, tak try pun. Ada kimchi dan sos dia.


Kimbab set tu ada include yang macam sushi ni sekali, yang belah kanan tu nama dia Chicken Stick Korean BBQ, aku order asing. Harga RM6.90. Not bad laa. Tapi tu pun tapau, sebab kenyang terlampau. Tamak kan order banyak2, lepas tu tak larat nak makan.

 
Toboki Rice Cake with Sweet Chilli Sauce, 
range price RM8.90 - RM11.90. Ada orang tu makan tak habis.

 Ramyun Spicy Mushroom Mix, RM12.90

Meja kitorang penuh dengan makanan


Macam biasa muka happy dapat makan

Total up makan semua lebih kurang RM150++, included all taxes. Konsep Street Cafe ni origin Korean cafe style, ada dinding yang korang boleh conteng2 dan paste patch sticker. Dan korang boleh pilih samada nak duduk atas kerusi meja cam biasa, or duduk makan atas lantai dengan meja kaki pendek tu, ala macam Korean style la. Makan atas lantai pulak ada 2 konsep, satu yang open, satu lagi yang  private, ada langsir boleh tutup. Kitorang pilih yang private. Mostly yang ada sini adalah orang2 muda, tak nampak pulak mak2 or bapak2 makan sini. Tak kena tekak kot, yelah as I mentioned before, bukan semua orang boleh makan or suka makan Korean food. Alhamdulillah aku dilahirkan dengan tekak yang universal, semua makanan InsyaAllah aku boleh makan. Sebab tu badan aku tak slim2. Eh?



Ok, tempat seterusnya untuk melepaskan rasa rindu terhadap Korea, adalah Bulgogi Brothers. Ada 3 branch BB ni, aku makan kat E Curve. Branch lain ialah di MidValley Megamall dan Paradigm Mall.
First impression, eh ni mesti mahal makan kat sini, sebab deco restoran nampak macam restoran mahal. But I was wrong, until I saw the menu and the bill.

Bul means api.
Gogi means daging.
Bulgogi means daging yang dimasak atas api. Eh, betul ke?

Spicy Chicken Bulgogi atau Dak Galbi Bulgogi, RM29.90

Kitorang order Dak Galbi Bulgogi then share makan. Dak Galbi ni served mentah2, then waiter tu akan masak depan kitorang. Gambar kat bawah ialah cara dia masak Dak Galbi ni. Simple je, aku pun boleh masak cam gitu. Kan?

Waiter tengah masak

Rupa Chicken Bulgogi yang siap dimasak


Ni hidangan penuh. Yang side dishes macam kimchi dan Korean salad tu, FOC. Kimchi origin from Korea, sedap sangat. Member aku makan salad tu, dia kata yang warna kuning tu ada rasa labu, sedap katanya. Dan jangan risau, BB tak serve babi, no pork dish, okay. Kalau tak pasti, boleh refer kat website BB Malaysia ni, boleh tengok menu dia. Kalau was2, jangan makan. Simple.

Measil Tea, RM3.90

Measil tea ni OMG. sangatlah sedap okay, rasa macam teh jasmine pun ada. Aku tanya waiter tu, tea ni boleh refill ke? Dia senyum je, dia kata takde refill. Tapi dia boleh bagi aku satu small cup, free. Oh, suka! Service kat sini adalah sangat bagus, sangat sopan dan sangat warm. Environment adalah cozy dan relax je. Kitorang order satu dish je, then tambah satu mangkuk nasi (sebab satu set ada satu mangkuk nasi je), itu pun dah kenyang. Total makan semua included all taxes, less then RM50. So surprise. Ok laa kan.




Ada satu lagi tempat yang aku nak cuba, iaitu Dubu2, one of Korean restaurant yang ada kat Malaysia ni. Nanti kalau dah try, InsyaAllah aku buat review. Till then, thank you for reading this entry. I love Korean food :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...