Dapur Sarawak terletak berdekatan dengan Bulatan Pahang. Kalau dari Bulatan Pahang, ambik lorong ke Melawati / Wangsa Maju / Danau Kota. Tak susah pun nak cari even location cafe ni agak tersorok. Dekat dengan Restoran Haslam dan dekat dengan Pekeliling. Belakang Hospital Tawakkal.
3, 4 kali jugaklah aku pergi kat sini. Sebab everytime datang, try satu menu. Mana nak larat try banyak2, datang waktu malam pulak tu. Masa memula dapat tau ada cafe ni, happy la jugak sebab dah lama sangat duk cari Laksa Sarawak, my favorite. Teringat makan kat sini, laksa Sarawak yang awesome. Jom tengok apa yang aku dah try ;
Mee Kolok Special, RM9.50 (Udang, ayam, daging)
Mee Kolok, menu paling famous di Sarawak, Not bad for me yang first time try. Suit untuk breakfast. Kalau nak makan, kena gaul2 dengan sambal kicap. Even mee kolok ni ada sup, tapi aku lebih suka makan mee ni kering2.
Nasi Manok Panggang, price range RM9-RM10
Nasi Manok Panggang. Manok tu means penyet. Ala, macam Nasi Ayam Penyet la. Ayam tu sedap, dan besarrrr.
Laksa Sarawak RM8.50
Laksa Sarawak. Rindu nak makan Laksa Sarawak ni, akhirnya tercapai jua.
Bihun Belacan, RM6
Beehun Belacan, Oh my God, yang ni adalah sangat awesome, should give a try! Even kuah nya guna belacan pun, tapi rasa belacan tu adalah sedappp. Bau belacan pun unik, beza sangat belacan Sarawak dengan belacan semenanjung, lol. Ada letak telur padi (macam telur pindang orang Johor tu) This one is recommended!
Harga RM6 - RM7.50 (depend on size)
Mee Jawa. Not bad, kuah pekat. Boleh try lagi next time.
Nasi Aruk Dabai, or Nasi Goreng Dabai. Yang ni wajib cuba, sebab rasa dia unik. Dabai tu sejenis buah yang cuma terdapat di Sarawak, harga agak mahal kerana buah ni bermusim, according to my Sarawakian friend. Buah dabai tu yang memberikan rasa dan warna yang unik pada nasi goreng ni. Buah dabai ni agak masin, thats why kalau letak dalam nasi goreng, tak perlu tambah garam. Sedap, I like this one :)
Nasi Aruk Dabai RM6
Cucur Pusuk (Cucur Ikan Bilis) RM4
Tea C Special, RM3.50
Tea C Special, atau Teh 3 Layer, special drink kat sini. Sedap, sebab minuman ni guna gula apung yang dibawa khas dari Sarawak. Gula Apung tu macam gula nira laa. So rasa manis tu berbeza. Recommended.
Asam Boy Fizz, RM3.50
First Lady, RM4.50
First Lady, minuman special yang ada Ribena, susu, buah (ada laici, tapi kalau minum kat Sarawak, macam2 buah diletak) dan lemon. Sedap. Should give a try.
DAPUR SARAWAK
off, 19, Jalan Sarikei, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam
Harga menu bergantung kepada saiz
No comments:
Post a Comment