Masuk tahun 2015 dah kita, Alhamdulillah. Besides umur yang dah makin bertambah, experience dan kenangan pun makin bertambah.
Tahun 2014 adalah tahun "calm down" untuk aku, di mana aku banyak spent masa dengan aktiviti batiniah (batiniah? bukan batiniah yang tu, hokey) atau aktiviti spiritual (bukan main spirit, hokey). Tak dapat dinafikan, aku suka dan rasa tenang hidup macam ni, selepas apa yang aku lalui pada tahun 2013 adalah sangat menyedihkan. So tahun 2014, aku banyak tenangkan diri dan enjoy setaip detik.
Paling best pada tahun 2014, ialah of course, pergi Korea. First time pergi oversea, mau tak excited to the max. Hadiah untuk diri sendiri selepas 10 tahun kerja dan bila umur dah masuk 3 dekad. Dan ada benda2 yang berkaitan dengan kerja, yang mana aku mintak dengan Tuhan hari2, akhirnya dimakbulkan. Syukur. Sesungguhnya Allah bersama - sama dengan orang yang sabar dan orang yang dianiayai :')
Benda yang tak best ... ada jugak benda yang tak best. Malas nak citer, tapi apa yang terbuku di hati aku, sama macam apa yang Bangsar Babe cerita. Sama. Itu yang tak best. People come and people go, but only the true one will remain with you. Kan?
"Some friends gladly stay, some move away. Some come and go, but their
affection grows. While some, I recall, are not friends at all."
Dan sama jugak seperti perempuan2 yang single, still single macam orang lain, dah lali dengan soalan2, "bila lagi", "lama dah single tu", "tak nak kawin ke?". Kekadang rasa kalau aku ada kekuatan, nak je jawab, "Dont worry about my life, okay. I am okay, and there is nothing you need to worry about". Tapi aku faham, some of them really concern, but some are just asking. Belum kawin, tanya bila nak kawin. Dah kawin, tanya bila nak ada anak. Tipikal masyarakat memang camtu. Senyum, tak perlu kata apa2 :)
Of course, penantian itu satu penyeksaan. Apatah lagi kau dah tunggu untuk itu for a longgggg time. For many many years. Tapi, Tuhan kata, "Ko punya turn belum lagi. Sabar okay". So, kena la tunggu. Kalau benda kita dah plan bagai nak rak pun, kalau Tuhan kata belum, so tunggu la lagi. Kau tengok kiri, kawan2 dah kawin. Kau tengok kanan, kawan2 dah dukung anak. Kau masih macam tu. Single. Alone. And lonely.
One of the reason aku bela kucing banyak2, ialah sebab aku tak nak fikir tentang "loneliness" tu. Bila aku ada kucing, aku kena pikir depa nak kena bagi makan, sakit kena bawak pergi vet, depa happy ke tak tinggal dengan aku. So, bela kucing ni one of the way to distract me daripada pikir tentang kenapa aku masih single? Kenapa aku masih tak kawin? Tapi, aku ni memang catlover pun. Bukan semata - mata sebab lonely or what, okay.
Dan aku sibukkan diri aku dengan buat benda2 yang aku suka - like memasak, membaca dan menulis. Aku belajar untuk enjoy every minutes of my life. Yes, am single? So? Doesnt mean kalau single, kau kena bersedih hari2. Hari2 cakap kat diri sendiri, "Turn kau belum lagi, one day. One day. One fine day. Sabar".
Aku ni bukan jenis orang yang penuh dengan kesabaran. Kalau dulu, rasanya unsur sabar dalam diri aku cuma 20% je. Aku memang jenis tak boleh sabar, semua benda aku nak cepat. Dan aku jugak jenis apa yang aku nak, dan apa yang aku dah plan, mesti nak jadi. Kalau tak jadi, aku nak mengamuk. Biadap betul perangai, kan?
But now, not anymore. Aku belajar untuk berlapang dada. Kalau apa yang aku nak tapi tak dapat, aku sabar. Kalau orang duk ngate aku, aku sabar. Kalau orang asyik nak sabotaj aku, aku sabar. Aku ubat kesedihan aku dengan baca al-quran. Itu je yang mampu menenangkan jiwa aku, yang mampu meredakan kegelisahan aku. Bukan nak bajet alim, tapi aku cuma cerita benda yang betul. Based on my experience.
Sebab aku yakin Tuhan itu Maha Adil.
Setiap hari, aku cuba untuk improve myself to be a good Muslim. Kalau tak good pun, as an ordinary Muslim yang happy dengan hidup secara wasatiah. Cewah, cakap macam ustazah, kan. Aku sekarang spend time more untuk dengar cerita dan masalah kawan2 dan orang2 di sekeliling aku. Kalau dulu, aku asyik sibuk pikir tekanan kerja aku, tekanan hidup single, tekanan itu, tekanan ini. Sampai aku "lupa" yang orang sekeliling aku pun ada cerita masing2. So sekarang ni, aku ketepikan segala tekanan dan permasalahan aku, instead aku luangkan masa dengar cerita, taking care of people around me. People who appreciate kehadiran aku.
Plus, dengan adanya kawan2 jenis yang suka travel, menambahkan keceriaan hidup aku. Dulu bukan aku tak minat travel, cuma maybe asyik pikir pasal kos, kos, kos. Sekarang, aku tak peduli dah pasal kos. Yang penting, aku nak gi travel. Travel buat aku rasa happy sangat. Syukur sangat sebab Allah bagi rezeki agar aku dapat travel. Apa yang aku nak, Tuhan bagi. Nak kucing, Tuhan bagi. Nak kucing banyak, Tuhan bagi. Nak pergi travel, Tuhan bagi. Ye, ada yang Tuhan tak bagi, tapi belum. Maybe belum. Kena sabar. SABAR, SABAR dan SABAR.
Tahun 2015, aku tak mengharap a big miracle, tapi aku pasang niat jugaklah sikit2. Benda pertama aku nak buat ialah, derma darah. Syukur dah termakbul awal Januari hari tu, dah derma darah for first time untuk tahun ni. Secondly, aku nak keep travelling. Dah plan dengan member2 nak pergi situ, nak pergi sini. Hari2 excited membilang hari nak pergi vacation. Ewah, macam duit kau banyak je kan nak pergi merata2 tempat. Then, aku nak anak2 aku (baca : kucing2 aku) sihat walafiat. Dan aku still berharap Semek dan Coffee dapat jumpa aku balik. Lagi, aku berharap sangat aku dapat sambung belajar (dah apply, tengah tunggu result). Aku juga berharap agar aku dapat menukar kerjaya aku kepada yang lebih better dari sekarang, InsyaAllah. Dan akhir sekali, aku harap tahun ni, jodoh aku dengan orang tu sampai jugak akhirnya. Aku nak kawin dengan orang tu.
Eh, kau kata sikit je pasang niat kan. Ni lebih daripada 5 niat dah ni.
Dan untuk tahun 2015, aku nak tingkatkan amal ibadah aku dan menjadi Muslim yang lebih better daripada hari ini. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment