Sunday 9 November 2014

Percutian di Korea Musim Luruh (Autumn) Hari Pertama


Habis je kerja, aku terus park kereta dekat dengan LRT untuk ke stesen Bandar Tasik Selatan. First experience tarik luggage berat, naik turun train adalah sangat memenatkan, tapi aku excited to the max. Sampai kat BTS, terus ambil KLIA express untuk ke KLIA2. Harga tiket ialah RM26.50.

Sambil nak tunggu pukul 10 malam untuk sesi briefing, isi perut dulu sebab dah lapar gila.

 Nampak macam sedap, tapi hampa ...

Then lepas sesi briefing pukul 10, aktiviti bebas sambil nak tunggu check in pukul 12.30pm. Patutlaa ramai merungut dengan KLIA2, kena jalan jauh untuk check in. Imagine kalau orang tua2 yang datang KLIA2, kesian sangat, mesti berhenti beberapa kali sebelum sampai kat gate. Sape laa punya idea buat KLIA2 macam gini. Tak mesra alam langsung.

 Bye Malaysia!
Waktu berlepas adalah pukul 1 pagi, which is aku memang mengantuk gila masa tu. Lepas kerja terus pergi KLIA2, tak tido2. Ingat ke dalam flight boleh tido, sedihnya tak .... sebab sejuk gila :(


Sampai di Korea dalam pukul 6.30am, hari dah cerah. First time jejakkan kaki kat oversea, rasa excited sangat tapi still behave, lol. Lepas check out, kitorang menuju ke arrival hall. Ternampak ada sorang mamat Korea pegang signage tulis "Kembara Sufi".

Checking luggage at Incheon Airport

Wearing my favorite hoodie from Uniqlo, designed by Pharrell Wiliams.
Boot from Marizz Shop.

 Lebih kurang 4 jam daripada Incheon Airport ke Gyeonggido. Tapi aku tak rasa pun macam 4 jam sebab tido tak puas dalam bas :(

Masa ni excited, tapi muka tak berapa nampak excited sebab aku mengantuk tahap gaban. Just imagine tak tido from last night, then kopi pun tak jumpa lagi. Dalam bas nak tido lena pun tak sempat, pening kepala. First day terus pergi ke Gyeonggido untuk sesi DIY Kimchi Making Experience. By the way, what is Kimchi??

Sesi penerangan tentang apakah itu Kimchi?

Aku tak pernah makan any Korean food before, sebab tu kimchi pun aku tak kenal. Kimchi ialah sejenis makanan wajib bagi orang Korea, dibuat menggunakan proses fermentasi. Kedudukannya lebih kurang macam sambal belacan laa bagi orang Malaysia, dish wajib gitu. Rasanya masam2 dan tak pedas even cili is one of the raw ingredients.

Kimchi in the making. Sayur telah mengalami proses fermentasi, 
sekarang nak lumurkan dengan pes cili 

Picture after lumur dengan pes cili. Kena lipat2 so nampak kemas.

Dalam bilik buat Kimchi

Masa before masuk bilik ni, aku terperasan ada banyak kimchi diletakkan dalam plastik kat atas almari, masa tu aku ingat kimchi tu nak dibuang. Sebab yelah, tourist yang datang untuk buat kimchi mungkin buat tak senonoh, maybe ada hygiene issue. But I was wrong, I was told that kimchi yang dibuat tu akan dihantar ke rumah anak yatim or rumah orang tua as a free supply. OMG. Sangat kagum dengan orang Korea, diorang bukan jenis membazir. So masa buat kimchi tu memang berhati2 dan follow hygiene process.


Lepas tu, kami dihidangkan dengan macam2 jenis kimchi. Oo, macam ni rupanya dan rasanya kimchi. Memang sedap. I guess I can try eat them lepas balik dari Korea. First time makan dah suka :)


Aku tak tau pun habis je sesi DIY Kimchi, ada sesi pakai Hanbok lepas tu. Hanbok ialah pakaian tradisional orang Korea dan ia adalah sangat comel. Excited gila pakai Hanbok tu, langsung hilang mengantuk aku. Puas ler ambik gambar, posing sakan dengan Hanbok. Tak complete pergi Korea kalau tak merasa pakai Hanbok, lol!

Muka sememeh tak cukup tido pakai Hanbok. Kelakor nampak

Boleh pilih kat sini nak pakai Hanbok jenis apa. Diorang tolong pakaikan.

Kat belakang tu my tour guide, David nama dia. I never knew Korean guy is so hensem ;)
Terus tetibe jadi K-Pop fan.

Around 11ish, kitorang dibawa ke restoran ikan, The Fish di Digital Pavillion, dekat dengan Nuritkum Mall. I was told it for lunch. What? Lunch pukul 11? Awal gila. Even memang hungry masa tu tapi still for me, awal lagi. Waktu kat Korea adalah awal sejam daripada waktu di Malaysia. So kalau kat Korea pukul 11 pagi, kat Malaysia still pukul 10 pagi. Cam gitu.

Just fish


Even nampak simple but sedap! Plus, makanan sihat sangat, kimchi, tauhu dan macam telur goreng, lol. Kalau dah lapar, apa yang depan mata pun bedal je kan. My first ever experience makan makanan orang Korea  ^_^

Nasi adalah daripada beras yang melekit2 macam beras pulut. No wonder orang Korea tak makan banyak nasik sebab beras diorang cepat bagi kenyang. Takde istilah nasik tambah macam orang Malaysia, hahaha. Just semangkuk tu je nasik, cukup. Lauk mesti banyak. Ni 5 jenis ni tak cukup banyak ni.

Main dish - Grilled fish. Tapi aku tak tau diorang masak macamana. Sedap dan sangat suka :D

Sometimes, kalau masa tak mengizinkan, waktu solat akan dibuat di restoran je. Caranya ialah dengan ketepikan semua meja dan solat kat tengah2 tempat makan. Kalau still sempat, akan solat kat tempat lain.

Later on lepas kenyang makan, kitorang dibawa pula ke Seasonal Fruit Farm. Kat sini kami diberi sebijik buah pear yang besar lagi sedap rasanya. Yang buat aku tergelaknya masa kat sini, oleh sebab masa tak mengizinkan, so any action kena buat cepat2. Semua orang diberi sebijik buah pear then buat action konon2 macam petik buah, then ambik gambar. Owner ladang tu ke sana ke sini petik buah dan tarik semua orang untuk posing dengan pokok buah, hahaha. So funny. We were really running out of time :D


Masa ni musim buah pear. Before this musim buah epal kalau tak silap aku. Ada jugak masa musim buah peach. Buah ikut giliran bermusim. Besar2 buah diorang, makan sebijik tak habis. Lepas posing ambik gambar, kami dihidangkan buah dari ladang tuan punya.

Sebijik harga 5000 won, lebih kurang RM15 sebijik

Aktiviti terakhir untuk hari pertama adalah ke Everland Theme Park. Aku tak berapa suka pergi theme park actually sebab aku tak berapa nak enjoy dengan game2 kat theme park yang mostly, melibatkan ketinggian. Iolls jenis takut tempat2 tinggi :(

Begitu ramainya manusia....hari cuti pulak tu

Everland Theme Park ni adalah theme park yang paling besar di South Korea. Visitor lebih kurang 6.6 juta orang, OMG. Parking kereta adalah seluas saujana mata memandang, you dont know where is the end edge.

My sleepy face. Masa ni duk mengira waktu, berapa jam lagilah nak check in ke hotel. 
I badly need to sleep :(


Hallowen theme

Kitorang cuma sempat naik cable car je. Game lain nak kena beratur panjang, ada la sejam kena tunggu, mampu? Kalau sabar, dapatla main 1 or 2 game, tapi tempat lain tak dapat nak teroka laa.

View masa naik open cable car. Gayat sikit, tapi kalau jatuh, kat bawah ada net. Hew hew hew



Dalam pukul 5pm macam tu, suhu tetibe jatuh ke 14 degree celcius, masa ni mula cari heat pack dan gloves untuk dipakai sebab sejukkkkk. Aku biasa sejuk kat tangan, so gloves memang wajib dibawak ke mana2. Nasib baik hoodie yang beli kat Uniqlo tu ketebalannya cukup masa kat sana.


Everland Theme Park view. Visitors semakin ramai.

Jalan punya jalan, tetibe ternampak another area kat bawah park yang penuh dengan bunga2 cantik. Cepat2 kitorang turun dan berselfie melfie. Tak rasa macam dalam musim luruh pun, rasa macam musim bunga je. Area ni jugak menghubungkan dengan area Belgium Village, which is banyak kedai2 makan kat bawah tu. Berbaloi laa jalan2 satu theme park, sementara nak habiskan masa sampai pukul 7pm.

View dari atas




 Lovely flower, eh?



Time ni dalam pukul 6pm camtu. Suhu jatuh, jadi sangat sejuk. Aku paling tak tahan bila angin sejuk lalu kat hidung, rasa macam ada air batu dalam hidung. Boleh sakit kalau selalu macam ni. 

Dalam Everland Theme Park ni ada tempat untuk solat, nama bilik tu ialah Musolla. Tips : Bawak air sebotol kecik untuk ambik wudhu atau guna kain basah, sangat praktikal kalau pergi oversea yang tak banyak tempat untuk solat macam kat Korea ni. Dan bawalah telekung yang material jenis ringan dan sejadah kecik, so boleh sumbat semua dalam bag galas.


Lepas berkumpul dalam pukul 7ish, its time to dinner. Kami dibawa ke Thai Siam Restaurant & Cafe. Semua dishes adalah sedap and as usual, healthy :) Oh, sup tomyam juga adalah sangat sedap. Bila jumpa sup tomyam, berselera betul orang Malaysia makan, siap mintak nasik tambah, hahaha. Orang Malaysia memang tak boleh kalau takde unsur pedas dalam makanan :D


Ikan. Hari ni makan ikan je.

Ikan, salad dan sayur. Healthy, kan?
Selain daripada ikan, ada sotong. Pun sedap.
 Ikan, telur. All protein source.

Finally, around 8.30pm, kitorang check in to Vivaldi Park Resort yang terletak di Hongcheon-gun, still dalam area Gyeonggi. First time masuk, OMG, sangat best and very the Korean style. Simple je resort dia, tapi basic item semua ada. Sangat sukaaaa :D

From entrance to pantry view

 Living room. Kitorang tido kat sini sebab dalam bilik panas

Simple je tapi I like ;)

 Lantai dalam bilik ada heater. Bila tido rasa panas, 
thats why kitorang tido kat luar sebab boleh bukak sliding door bila malam.

 Seriously macam Nobita and Doraemon stlye, lol. 
Feeling Korea gitu bila tido atas lantai :D

Even takde katil, tapi we olls suka sebab boleh feeling ala2 orang Korea, tido atas lantai je. Comforter sangat selesa, rasa tak sakit belakang pun. Plus, very hygiene. Orang Korea memang terkenal dengan sikap hygiene depa.

View from our balcony. My tour guide cakap, view kat resort ni sangat cantik tapi bila kitorang datang check in, hari dah malam, so tak dapat tengok view cantik itu. Tapi ni pun kira cantik gak. 


Ramai yang mengeluh bila tour guide bagitau, takde wifi kat resort ni. Me one of them, lol. Yelah, masa tulah nak update gambar and status bagai (time to menunjuk, lol). Wifi cuma available kat lobi je. Lepas mandi, kitorang macam lapar balik sebab dinner awal kan. So, kitorang supper dengan roti makan dengan nutella dan minum milo panas. Suprisingly, aku tak rasa pun nak makan meggi yang aku bawak tu. Bila tido bukak sliding door, adalah amat selesa. Oh, sukaaaa :D

Ops, here tips kalau nak tau qiblat solat macamana, aku download apps nama  SOFTnet Waktu Solat. Masa kat Korea, apps ni automatically tukar area from Malaysia to Korea. Arah qiblat, waktu solat, masjid or surau terdekat, semua ada.

Tamat entry untuk hari pertama which took me 2 days to finish it. Nanti kalau ada masa aku buat next entry untuk hari kedua pulak. Thank you for taking time visit my blog and read my entry :)

1 comment:

  1. Hi sis. Seronok bca blog u pasal korea. Agak2 kalau akak bawa family follow ur itinerary senang ke without tourist guidr

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...