Monday, 13 July 2015

Seam Reap, Cambodia - Day 2 (Part 1)


Hari kedua adalah hari yang ditunggu.
Gigih bangun pagi2 bersiap, sebab dah janji dengan driver tuk tuk, pukul 6.30am ambik aku kat depan hotel.
Tapi driver aku ni pulak salah hotel perginya, entah hotel mana dia singgah.
Dah aku kena tunggu dia pecut tuk tuk dia tu.

Bagus driver aku ni, siap ada container untuk isi air sejuk. Kalau ambik trip dengan dia, dia akan bagi air mineral percuma.


Reason bangun pagi2 ni adalah sebab nak catch sunrise kat Angkor Wat :)
Ingatkan tak sempat, tapi Alhamdulillah, dapat jugak peluang.
Dalam 15 minit perjalanan ke Angkor Wat, kiri kanan aku hutan je.
Even hutan tak tebal mana pun, cuaca sejuk jugak.
Aku perasan ada beberapa omputih yang naik basikal untuk ke Angkor Wat ni.
Boleh sewa basikal kat Seam Reap ni, harga kalau tak silap aku start from USD3. 
Omputih kan suka benda2 adventure ni. 
Ada peta, compass, dah cukup dah.
Lagipun pagi2 ni tak panas kan.



Nak masuk mana2 Angkor, mesti tunjuk pass ni, so jangan hilangkan yek. Kalau hilang, nanti kena buat yang baru, mahal tu, USD20.


Sebelum masuk ke kawasan Angkor, driver aku berhenti dekat kaunter untuk buat pass masuk.
Pass masuk ni siap kena ambik gambar lagi tau, macam ambik gambar passport tu.
Tapi ni terus je ambik gambar kat situ, takde studio2 bagai.
Aku beli pass masuk untuk one day entrance, harga USD20.
Pusing laa satu Angkor tu sampai tercabut kaki kau.
Ada jugak pass untuk 3 hari, seminggu camtu.
Ikutlaa berapa hari larat nak pusing2 dalam Angkor tu.

Then, sampai di Angkor Wat. Alhamdulillah :)

Subhanallah :)

Sempat jugak tengok sunrise even dah terlambat sikit.
Punya laa ramai orang nak tengok sunrise, ada yang sampai panjat tembok.
Photographer pun ramai, aku tengok macam2 jenis kamera, lens diorang bawak.
Bosar godang lak tu. Nak dapat the best shoot punya pasal kan.

Subhanallah, berbaloi sangat bangun pagi2 camni.
Sunrise di Angkor Wat cantik, rasa macam nyaman je.
Like, kagum tengok senibina Angkor dari jauh, berlatarbelakangkan cahaya matahari.
Something that you cannot miss when you visit Angkor Wat.

Dalam 20 minit camtu menghayati keindahan ciptaan Tuhan, so aku pun gerak ke depan. 
Menuju ke Angkor Wat.
Rasa sangat excited dapat pergi tempat bersejarah macam ni.

Across the bridge


Bayang2 4 tiang Angkor Wat dari jauh


tips : bawak air mineral banyak2 ye, sebab masa ni cuaca adalah sangat kering dan panas. 
Sebotol kecik tu pun tak cukup. 

Oh, ya! Aku tak ambik breakfast lagi, just pack some biscuits, Sneakers, potato chips untuk alas perut.
Dalam area Angkor Wat ni ada je gerai makan, belah kiri. Berlambak.
Cuma Halal issue tu aku sangsi laa, sebab terbaca menu nasi goreng yang ada pork gitu.
Nak minum je pun tak berapa sure, kalau beli air botol ok laa.
Plus, harga pun mahal ok. Biasalaa, tourists attraction punya tempat kan.
Kalau kau pergi tempat ni, diorang akan persuade korang makan kat tempat diorang.
Tinggal hati kental tak kental je lah.
Ada lagi orang2 Cambodia yang menjual segala benda, persuade kau untuk beli jugak.
Tapi diorang ok, ada sorang akak tu pujuk aku beli shawl dia.

"How much?" aku tanya.
"5 dollar miss for one. Can use Peso also" jawab dia sambil tersenyum2 kat aku.
Dia bawak beberapa helai shawl di bahu dia.
Pulak dah, dia ingat aku ni Pinoy ke hape.
"I dont have Peso. I am Malaysian" kataku. 
Semalam diorang ingat aku Cambodia, hari ni diorang ingat aku Pinoy. Mati laa muka 1Asean sangat kann.
"Oh, I thought you Phillipines, sorry miss, sorry" sambil tunjuk shawl dia untuk aku pegang.
Actually aku tak berminat nak beli, tapi aku minat nak borak dengan dia je.
"Your English is very good. Where do you learn English?"

Depan Angkor Wat adalah sungai. So kena across the bridge bila nak masuk ke bangunan. 
Pelan dan architecture yang sangat menarik :)


Actually and seriously, kalau kau datang Seam Reap, kau akan kagum dengan orangnya yang pandai berbahasa Inggeris, takde pelat bunyi cakap Cambodia langsung. 
"Where do you learn English?" adalah soalan favorite aku kalau dengar pronounciation diorang yang sangat well done bila cakap omputih. 
Kagum.

"I learn from tourists miss. Tourist teach me how to speak English, from US, from Phillipines also" sambil tersenyum2 dengan aku.
Dia cerita lagi, dia ada kedai souvenier kat area situ, dekat belakang tempat aku duduk. 
Dia ajak aku pergi kedai dia, tengok2 barang. 
Aku tolak dengan lembut, aku cakap aku nak masuk Angkor Wat dulu, nanti dah habis jelajah, aku pergi cari kedai dia. 
Dia pun cakap "I wait for you miss".

Dan aku tak pergi pun kedai dia lepas keluar dari Angkor tu.

Sekumpulan makcik2 sedang membersihkan tasik depan Angkor Wat daripada pokok bunga teratai. Kalau tak bersihkan, nampak macam berkeladak je tasik tu.


Aku perati, omputih kalau pergi satu2 tempat tu, diorang akan dressing macam orang tempatan. 
Macam kat night market biasanya jual t-shirt putih dan seluar palazo printed kan, so diorang akan pakai 2 tu untuk pergi ke Angkor Wat. 
Fefeeling local gitu, even muka dah macam udang bakar sebab panas hazab kat Seam Reap ni.



Here I am, in front of the mystic and classic of Angkor Wat :)

On the way nak masuk ke Angkor Wat, aku tak habis2 bergambar, macam tak percaya je diberi peluang untuk ke Angkor Wat. 
Syukur sangat.

Ok, once dah masuk, apa yang boleh aku katakan ialah, 

SENIBINA ANGKOR WAT ADALAH SANGAT MENGKAGUMKAN DAN SANGAT KLASIK.


Bila ada kat sini, feeling macam dalam filem2 zaman pahlawan Cina :D




Memang tak berkedip mata aku memerhati segenap ruang dan inci senibina candi yang agung ni. 
Like, macamana orang dulu2 bina semua ni tanpa kemajuan teknologi macam zaman sekarang? 
Melalui senibina dan hasil tinggalan, kita tau betapa majunya tamadun sesebuah zaman tu. 
Betapa halus seni dan budaya mereka.

Ok, sebelum aku pergi Seam Reap, aku tak buat research pun pasal Angkor Wat ni. 
Yang aku tau, ianya dibina oleh Raja Suryavarman 2 yang dikatakan berketurunan Khmer. 
Boleh baca sejarah ringkas Angkor Wat kat sini.

Tapi, lepas aku baca buku ni, baru aku realized kaitan candi Angkor Wat dengan candi Borobodur di Jogja, Indonesia. 
Senibina dan ukiran kedua2 candi ni hampir sama, so maknanya ianya dibina oleh sesuatu kaum atau orang dari golongan yang sama. 
Dan kaum itu dipanggil kaum "Malayu" :)


Candi ni selain berfungsi sebagai tempat bersejarah, menjadi tourists attraction, ia juga masih berfungsi sebagai  kuil untuk penganut Buddha, yang mana sami2 Buddha ada sembahyang di sini. 


Kalau terjumpa dengan mereka yang pakai kain warna oren ni, boleh bergambar dengan mereka, tapi ada syaratnya ;

1) Kena mintak izin diorang,
2) Tak boleh suka2 hati nak sentuh diorang (physical touch)

So, just respect them ok.






Boleh dikatakan hampir semua area di Angkor Wat ni aku tinjau, naik tangga turun tangga, panjat situ, panjat sini. 
Sampai sengal2 rasa kaki. 
Tapi rugi laa kan kalau tak explore every single part, datang jauh2, beli tiket mahal2 tapi tak explore.
 Rugi, rugi. 
Belum tentu dapat peluang kedua nak datang sini kan. 
So sakit kaki pun, sakit kakilah. 

Then kau boleh nampak, ramai betul photographer ala2 National Geographic kat sini, semua pikul kamera gabak masing2 dengan lens 2, 3 jenis tu. Seriously said, Angkor Wat ni adalah heaven for photographer, nak cari angle untuk shoot for the best pictures, adalah sangat worth sebab hasilnya gambar sangat cantik. 
Aku yang guna camera phone je pun, takyah edit2 bagai. 
Even langit Cambodia tak berawan, tapi warna biru nya tu yang membuatkan gambar nampak cantik, macam bukan kat Cambodia, lulz. 
Tapi bab panas dia tu hazab takyah cerita laa kan.





Kat sini jugak, kau boleh hired tour guide kalau nak tau sejarah Angkor Wat ni. 
Tour guide kat sini ada macam2 jenis, I mean diorang boleh berbahasa berbagai2. 
Ada yang boleh berbahasa Inggeris, ada yang boleh cakap France, Itali, Russia. 
Yang berbahasa Indonesia pun ada. 
Maklumlah, tourists from all over the world kan. 
Muka Khmer, tapi cakap Itali baq ang. 
Kagum nok. 
Tapi sorry ye, aku tak tau berapa fees untuk hired tour guide berbahasa macam2 ni. 


Panjat jangan tak panjat

Penjelajahan Angkor Wat sampai ke kemuncak apabila kau kena naik tangga yang curam ni untuk ke atas. Memula aku pikir, eh, boleh ke ni? 
Sebab aku kan gayat kan. 
Dua tiga kali jugak pikir nak naik ke tak nak. 
Tapi ah, naik jelah dah alang2 sampai kan. 

tips : Jangan pandang bawah atau pandang belakang atau sibuk nak tengok kawan kau dah sampai tangga mana kalau kau jenis gayat. Naik slow2, tengok depan je. Tau2 dah sampai atas :D



Bila dah sampai atas, boleh tengok keseluruhan area Angkor Wat ni, sebab area ni yang paling tinggi. 
Kat area ni actually private sikit, sejumlah orang tertentu je boleh naik dalam satu2 masa, dan ada beberapa rules kau kena ikut, macam dalam gambar kat bawah ni.


Pergi mana2 tempat orang, sentiasa ikut rules. 
Jangan macam tourists dari sebuah negara tu, dahla suka pergi melancong ramai2, lepas tu suka buat bising, even dah dilarang buat bising sebab tempat suci kan. 
Aku pun tak paham, kat mana2 tempat depa ni bila bercakap macam berniaga kat pasor. 
Security kat situ pun dah letih dah nak sound group2 ni. 
Paleolitik sangat perangai tu.

Pakaian kalau nak mari sini pun kena jaga, tak boleh pakai ikut suka mak bapak kau je. 
Skirt pendek, seluar pendek santai macam nak pergi pantai tu tak boleh pakai. 
Topi tak boleh pakai. 
Sebab according to my little knowledge, semakin tinggi area candi tu, semakin suci ia dianggap oleh penganut2nya, so any pantang larang kena follow. 
Semakin tinggi sesuatu candi or kuil or tokong tu, dianggap semakin dekat dengan Tuhan mereka. 
So memang kena behave lah kalau nak pergi tempat orang. 
Kalau area tu diletakkan papan tanda "do not enter", so janganlah masuk, maybe untuk keselamatan kau sebab certain area still in construction (proses pembinaan semula candi) atau sesuatu tempat tu adalah suci, tak boleh suka2 hati nak masuk.


Salah satu daripada 4 tiang candi Angkor Wat. 
Senibinanya dan ukirannya sangat halus, sangat bertamadun.


Aku tengok ramai orang lepak kat sini, so aku pun join la sekali sebab rasa macam best je kan. Tapi kitorang kena halau dengan guard sebab dah jadi port lepak2 dah, lol. Ramai guard kat Angkor Wat ni, so sila patuh pada arahan ye. Kat belakang tu ialah bahagian2 yang diorang re-construct balik untuk mengekalkan kesenian Angkor Wat ni.



3 jam lebih aku explore area Angkor Wat ni, tu pun rasa tak puas lagi tengok senibinanya yang mengkagumkan. 
Tapi memandangkan matahari macam dah terpacak atas kepala, so aku berjalan keluar untuk cari driver aku yang entah kat celah mana port dia pergi tido.

Tapi apa yang aku dapat perhatikan masa kat Angkor Wat ni, kalau Angkor Wat ni tak wujud di Seam Reap, tak tau lah apa tarikan untuk tempat ni. Secara tak langsung, ianya membuka peluang ekonomi dan pendapatan kepada penduduk tempatan - jadi tour guide, jadi penjual souvenier, bukak kedai makan, jadi penyewa basikal, jadi driver tuk tuk, jadi translator. 
Dan diorang memang jaga kebajikan tourists kan sebab tourists lah punca pendapatan mereka.

Ok, tu je untuk part 1 ni. Dah penat menaip, nanti sambung part 2 pulak ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...