Disebabkan stress dengan schedule yang pack - assignment nak kena hantar, dengan kuiz nye lagi, so aku decided nak pergi travel lepas tu. Balas dendam sebab serabut bergelumang dengan perihal study aku.
Sebelum ni tak pernah terfikir untuk jejakkan kaki ke Cambodia or nama asalnya Kemboja, tapi tertarik bila traveller cerita Seam Reap is a safe city, so aku buat plan. Lepas research sana sini, then terus usha tiket kat AirAsia. Ada apa kat Seam Reap? Seriously say, if only you love history and architecture, then Seam Reap is one of cool destination for you.
Terjumpa air ni kat Jaya Grocer, KLIA2.
Orang cakap sedap, bagi aku..hurm...ok laaa
First time merasa Nasi Lemak Pak Naseer. Sedap :)
Tiba di Seam Reap Airport
And, if you love outdoor photography, Angkor Wat will give you the best memory to capture.
Aku beli tiket masa ada promotion, tapi tak murah mana laa harganya. Tak ambik baggage service, just add on meal je. Check in pukul 4 pagi, malam tu tak berapa nak tido sebab terlalu sejuk. Aku dah aim nanti check in je hotel, nak tido dulu. Wah, datang jauh2 terus tido dulu, nampak sangat kaki tido :D
Cambodia ada 2 je airport - di Phnom Penh dan Seam Reap. Jejak je kaki, dah rasa panas bahang. Bumi Cambodia yang tak berawan masa tu membuatkan cuaca rasa terik. Arrive pukul 8 lebih, tapi rasa macam dah
pukul 10.
Masa nak keluar aiport, nampak ada kaunter jual simcard. Ada 3 kaunter, aku beli simcard kat kaunter hijau - SMART namanya. Harga USD5. Nak experience macamana internet kat Cambodia, ok ke tak. So far laju sikit dari Malaysia even negara dia kategori negara miskin *facepalm* Servis sangat bagus, siap tolong tampalkan simcard asal aku supaya tak hilang kalau aku letak kat mana2 celah. Dan diorang ajar macamana nak tengok baki, nak buat international call, nak topup and all.
Keluar je airport, nampak 2, 3 orang tuk tuk driver tengah usha customer. Baguslah, tak payah nak cari2 lagi. Lepas tanya berapa rate pergi hotel, then deal, terus pergi kat tuk tuk dia.
Suasana kat Cambodia is nothing interesting kalau kau jenis kaki shopping, jenis suka travel kat tempat2 up je like Europe, Australia, Japan. Sebab memang takde apa pun, ada Angkor Wat je. Jalan2 nya berdebu, cuacanya panas. Maklumlah, aku pergi masa musim panas gila baq ang. Tu yang aku bagitau kena bawak mask tu. Pakai masa naik tuk tuk. Tapi tengok omputih relax je tak pakai mask pun. Kental paru2 diorang tu.
Bila dah sampai hotel, driver tuk tuk tanya aku, apa plan aku lepas ni. Aku jawab, "I want to sleep first". Mati lah pergi oversea semata nak tido je kan. Tapi, tu memang mission aku pun, tido dulu sebab mengantuk sangat. Then baru plan nak buat apa. Lepas deal dengan dia next planning pukul 1pm, aku pun check in.
Tapi nya, aku terlajak tido sampai pukul 2pm. Sebab aku adjust sendiri jam kat handset masa dalam flight, so sudahnya jam kat handset aku lambat 2 jam. Timing kat Cambodia lambat sejam daripada Malaysia. Kelam kabut bangun, mandi sebab dah lama driver aku tunggu kat bawah hotel. Dia siap tido lagi. Tipikal orang Malaysia kan, always late, never early.
Aku tak ambik lunch sebab masa dah tak mengizinkan. Driver terus bawak pergi ke tempat yang offer segala bagai tiket - tiket flight, tiket entrance, pakej. Lepas usha dan refer to my plan, aku decide nak pergi War Museum dan Cultural Village je. Makan pun atas tuk tuk je, nasib baik dah bawak bekal sikit.
Lepas cakap mintak maaf dengan dia sebab buat dia tunggu lama, so kitorang pun menuju ke first place to visit - War Museum. Agak dalam tempat dia. Aku pilih nak pergi tempat ni sebab semua yang datang Seam Reap pun pergi sini. Tapi ....
Antara servis2 yang ditawarkan
Boring. Not worth dengan apa yang kau bayar. Just tengok benda2 peninggalan masa zaman perang Khmer dulu yang disusun teratur. Muzium Perang Penang lagi best. Tapi oklah kalau nak tau sejarah kan (kata minat sejarah). Aku tak ambik banyak gambar pun kat sini. Masa aku mintak tour guide yang diorang kata free tu, orang kat situ kata "Sorry, no tour guide". Hurm...so jalan2 je laa dalam tu. Lepas dah jalan, boleh tengok sejarah perang, diorang pasang video kat satu bilik tu. Salah satu sebab Cambodia lambat membangun ialah diorang baru je habis perang saudara. Dalam tahun 80an macam tu. Kalau tanya aku, tak pergi tempat ni pun takpe.
Lepas tu, driver bawak aku pergi Cultural Village. Haa, yang ni best. Recommended sangat. Dapat award one of best tourist attraction by TripAdvisor. Fees USD20. Masa beli tiket, orang kat kaunter tanya aku,
"Are you Cambodian?"
Mula2 rasa nak carut, tapi bila pikir balik, orang Khmer dengan orang Malayu memang serumpun, so terus cool. Sejarah tu, sejarah.
Mula2, masuk muzium. Dalam muzium tu, ada patung2 karakter terkenal bagi orang Khmer, raja2 diorang. Patung2 disusun ikut zaman, so kita boleh tengok macamana perkembangan budaya dan pengaruh hegemoni budaya lain ke atas orang Cambodia dari zaman dulu hingga zaman sekarang. Perkembangan kemajuan diorang agak lambat, mungkin faktor kerajaan diorang yang tak berapa stable.
Sekejap je dalam tu, then keluar jalan2, pusing2 dalam Cultural Village tu. Tempatnya besar, macam kau jalan2 dalam taman. Boleh tengok architecture bangunan2 sejarah di Cambodia, versi mini. Memula aku pelik, kenapa bangunan dia ada ciri2 budaya Melayu? Apa kaitan orang Khmer dengan orang Melayu?
Lepas pusing2 satu taman sambil ambik angin, then petang sikit, ada persembahan drama oleh pelakon2 dan penari2 kat CV tu. Enjoy tengok lakonan dan persembahan diorang. Different area, different cerita, tapi based on culture orang Cambodia laa. Ni baru betul vacation, enjoy the moments :)
Dah puas jalan2 dalam CV, aku rasa nak round bandar Seam Reap lagi, tapi masa dah tak mengizinkan. Dah nak senja dah. So aku mintak driver bawak ke area masjid. Sebelah masjid ada 2, 3 buah restoran Muslim.
Tapi sebab dah teruja nak try famous dish kat Seam Reap - Lembu Naik Bukit, so aku terus tuju ke restoran ni.
tips : Bagitau je kat driver, nak pergi area makanan halal, sebab kat area ni jer ada makanan halal.
Malam tu untuk dinner, aku order 2 dishes - Beef Climbing Mountain dengan Fish in Morning Glory Pond.
Lembu Naik Bukit tu, akak ni masak depan kita. Daging tu akan di marinated terlebih dahulu, then baru masak dengan telur, sayur2 bagai. Bekas nak masak dish ni pun unik - kat tengah2 tu macam menggelembung
ke atas, so macam seolah2 daging lembu tu naik atas bukit masa memasak. Perumpamaan laa...
Bagi aku, not bad laa. Tapi dish Fish In Morning Glory Pond adalah sangattttt sedap! Tak pernah jumpa lagi kat Malaysia, lol!
Lepas makan, rasa macam berat nak jalan even driver tuk tuk aku kata dekat je kalau nak pergi night market. Aku mintak tokey kedai panggilkan driver tuk tuk, ambik aku depan kedai. Punya laa pemalas kan. Bayar USD1 je, memang dekat pun night market tu, lol!
Night market ni ada beberapa bahagian, 3 area kalau tak silap aku. Aku pergi night market area sini je, usha2 dulu, esok baru decide nak beli ke tak. Souvenier, t-shirt, pants tu semua ada laa. Basic things macam rayban, power bank tu pun ada.
ps : tips kalau nak cari t-shirt or pants, sebab design selalunya kalau tak gambar gajah, design gambar Buddha. So cari design gambar Angkor Wat. Balik balik itu je design nye.
Lepas tu aku pergi ke area Pub Street. Meriah betul kat situ, ramai omputih melepak sambil minum beer murah. Ada jugak orang jual juice, jual durian, jual street food kan sini. Pancake pun ada! Tetibe teringat penkek Krabi :P
Kat sini ramai tuk tuk driver akan usha tourist yang nak pakai service diorang. So kalau nak plan apa2 aktiviti untuk day after, boleh la deal dengan diorang. Kalau jalan ke depan sikit, akan nampak Art Centre Night Market, lepas jambatan. Kat sini ada barang2 ukiran dan kraftangan, tapi tak ramai customer. And harga tak pasti murah ke mahal, sebab aku tak survey pun. Kalau nak pergi Hard Rock Seam Reap, jalan ke kiri sikit. HR tu dekat area round about. Tak pun tanya je orang kat situ, "Where is Hard Rock Cafe?"
Dah puas ronda2, so aku pun balik hotel. Simpan tenaga sebab esok untuk day 2, nak pakai tenaga banyak nak jalan2 kat Angkor Wat. Soo teruja!
No comments:
Post a Comment