Lama duk peram cerita pasal Seam Reap ni, baru sekarang ada masa nak tulis sebab aku dah habis exam, dah settle semester, Alhamdulillah. Selepas stress bagai, sekarang baru gian nak menulis balik. Takut nanti peram lama2, lupa pulak, huhuhu.
Ok, ada yang tanya, kenapa Seam Reap? First, sebab Seam Reap ada Angkor Wat. Second, sebab Seam Reap adalah kawasan yang selamat untuk solo bacpacker, especially untuk wanita. Third, sebab Seam Reap is easy to explore. Faktor2 nilah yang menyebabkan aku tetiba je nak pergi Seam Reap, even SR takde dalam list aku.
1) Cuaca
Masa aku pergi SR, cuaca adalah PANAS. PANAS YA AMAT macam Malaysia. The best time kalau nak pergi Cambodia ialah bulan November hingga Februari (peak season), suhu dalam 24 - 26 darjah celcius. Kalau pergi masa low season macam aku, alamat dia bergelen - gelen la air teguk, balik Malaysia kulit gelap macam baru balik bercuti dari pulau.
2) Pakaian
Pakai ler baju macamana yang kau pakai masa kat Malaysia. Oleh sebab banyak berjalan, so pakai la pakaian yang selesa, yang menyerap peluh, warna cerah2.
3) Kasut
Pakai selipar or kasut sport or sneakers adalah digalakkan.
4) Makanan dan minuman
Masa aku buat research before pergi SR, ada yang kata halal food is limited. So beria nih, beli makanan macam nak pergi ke negara yang totally takde orang Islam, bawak macam nak pergi seminggu. Actually, tak perlu sangat pun. Just bawak light food macam snack, junk food sebab masa kat Angkor Wat, tetiba tengah jalan rasa lapar, so makan jap dalam Angkor Wat tu. Bukanla kau kena makan bentang tikar, bawak periuk nasik bagai, melampau tu. Bekal macam roti ke, sneakers ke, biskut ke. Sebab bila dah dalam AW yang besar bapak tu, takkan nak patah balik pergi cari makanan kan, rugi masa. Plus, boleh jimat sikit.
In terms of air, air kat SR harga lebih kurang USD0.75 - USD1. Air mineral around USD0.75 (500ml), air tin USD1, lebih kurang RM3 laa. Aku banyak spend untuk air, tekak kering dan panas ya amat. Sikit2 beli air, sikit2 beli air. Kalau nak jimat, bawak air dari hotel or bawak banyak2. Tinggal larat tak larat je nak pikul.
Ayam Brand Tuna dengan Sambal Yoes tu kena rampas dek Kastam sebab liquid above 100ml tak boleh bawak masuk dalam cabin (handy bag) even aku letak dalam bagpack. Tapi Nasi Lemak, Nasi Tomato, Kari Ayam tu lepas even kalau ikutkan dalam kategori liquid jugak. Kalau ikut rules, memang tak boleh, tapi depend on Kastam jugakla. Diorang tanya aku nak pergi mana, aku cakap la nak pergi Cambodia. Lepas tu buat muka pelik, macam tak pernah dengar pulak Cambodia tu kat mana. Mungkin bagi diorang, Cambodia tu macam takde orang Islam je, so makanan halal limited. Tu yang lepas nasik2 tu bagai, firasat aku la. Yelah, bagi aku Kastam tu pun manusia jugak, timbang rasa jugakla. Yang penting, ekspresi muka tu main peranan. Buat muka kesian dan senyum banyak2, insyaAllah okay. Ceeeee....plus, aku check in pukul 4 pagi, aku mamai2, Kastam pun mamai2.Tak straight sangatla. Tapi tuna dengan sambal dalam tin tu memang banned. Sayu je tengok masa kena rampas tu, huhuhu.
5) Duit
Cambodia ada 2 jenis matawang, USD dan Riel. Masa aku tukar,
USD 1 = RM3.6 / RM3.64
USD 1 = 10, 000 Riel (Cambodia currency)
Kat Malaysia, kau tukar je RM ke USD. Masa kat Cambodia baru tukar sikit ke Riel. Actually, tak tukar pun takpe, sebab kalau beli air dan kita hulur duit USD, orang Cambodia akan bagi balance dalam duit Riel. So boleh la buat beli air ke, benda2 yang murah. Tapi make sure habiskan duit Riel tu kat sana before balik Malaysia, kalau tak, nanti kat Malaysia tak boleh nak tukar dah. Kalau ada duit Riel kat tangan, guna duit Riel dulu, then baru guna USD.
Aku tukar duit macam biasa laa, kat Nu Sentral. Dulu aku cerita kat Spectrum Forex ni takde orang pun kan, laa ni kena beratur laa pulak. Dah ramai yang tau exchange rate kat sini murah ek. So aku tukar RM503.30, dapatla USD 140.
Then aku tukar lagi dekat Midvalley Forex, tukar RM181.75, dapatla USD 50 jee. Masa kat sini, akak jaga kaunter tu tanya, aku nak pergi mana tukar duit USD ni. Aku cakapla nak pergi Cambodia. Dia bagi semua duit baru kat aku. Sebab kata dia, kalau kat Cambodia, diorang terima duit baru dan masih elok je daripada tourists. Duit kemek, koyak, buruk, berlipat, bergulung, tak nak. So simpan dan jagalah USD korang baik2, jangan lipat, jangan kerunyuk, jangan gulung. Leceh kan.
6) Dokumen
Aku ni jenis proper planning punya orang. So sebab plan nak pergi solo, dokumen2 ni aku letak dalam satu fail, kalau ada apa2, senang. Refer je.
a) Salinan fotostat pasport
b) Salinan emel dari agoda.com (pengesahan hotel)
c) Salinan voucher dari hotel
d) Itinenary aku
e) List of budget by day
f) Itinenary flight
g) Boarding pass, copy of boarding pass
h) Alamat dan nombor telefon kedutaan Malaysia di Cambodia
7) Mask
Kat Cambodia adalah berdebu, disebabkan atas jalan raya ada macam2 - lori, bas, tuk tuk, motor, kereta, kereta lembu. So mask adalah wajib jugakla, especially kalau kau jenis cepat sakit or ada masalah paru2. Tuk tuk driver aku panggil "snow in Cambodia" :D Kau perlukan mask ni masa jalan2 naik tuk2. Tapi aku tengok omputih takde pun pakai mask, mungkin diorang kebal la kan.
RM4.30, kat Wellness Aeon huhuhu
Ok, tu je untuk persiapan ke Cambodia. Nanti aku cerita pasal aktiviti day by day ye. Till then, thanks for reading!
Angry bird aku tertinggal kat aiport Seam Reap :(
No comments:
Post a Comment