Saturday, 21 May 2011

Flaming Steamboat

Dah lama nak buat entry ni, tapi macam biasa laa, buat  - buat buzy konon takde masa.
Padahal aku sememangnya malas.
Oklah, aku nak cerita ni. Ni tahun bila pergi makan ni?
Rasa - rasanya tahun 2010 kot? Around May 2010.
Member aku yang suggest makan kat sini. So aku dengan housemate aku ok je.
Sebab kitorang pun tak pernah cuba kan.
Hmm..rindunya nak pergi jalan - jalan cari makan macam ni...

Flaming Steamboat ni terletak sebelah Sunway Pyramid je. Restaurant ni dekat hujung blok pertama, menghadap jalan. Nak pergi sini, kalau drive, parking kena bayar ok. Tak silap aku dalam RM5 camtu.
Makan ala - ala buffet. Second time aku pergi sini ialah dating second time dengan Man. Hehehehe...tak boleh lupa yang tu, sebab dating kali kedua tu yang paling istimewa sekali. Hehehehe...

Ok,. aku bukan nak cerita pasal tu, aku nak cerita pasal Restoran Flaming ni.
Oleh kerana makan ala buffet, so untuk seorang, kena bayar RM22.50.
Ni harga masa aku pergi bulan May 2010 ok. Start Januari 2011 ni, dah naik harga jadi RM23.80 seorang.


Ni masa pergi makan 3 orang. Kenyang yarabbi..tak payah cakaplah. Sampai aku surrender.
Choice untuk seafood banyakkkkk sangat, sampai ada 3 bahagian. Masa mula - mula pergi, semua aku ambik. Memang spesies tamak kan. Ada laa balance tak habis, tapi tak banyak laa. Aku ambik nasik goreng lah, mee goreng lah, ayam goreng lah. Member aku kata, makanan yang macam tu hari - hari pun makan, so dia ambik seafood yang mahal - mahal je. Yelah, masa tu aku baru balik kerja lagi, mau tak kebulur kan. Sebab tu tamak haloba.

 Keji kan member aku, yang dia punya semua letak dalam sup tomyam, yang aku punya dia letak dalam sup biasa je. Hampeh.

Environment kedai ni memang bagus. Kalau nak makan kat dalam, ada air cond. Kalau nak smoking, makan kat luar. Masa dating second time dengan Man, mesti kitorang duk luar punyalah, sebab Man kan smoking kan. Masa tu malu - malu je aku nak masak steamboat tu depan dia. Kontrol je aku, menyampah. Kalau ingat - ingat balik, rasa nak muntah pulak. Sikit pulak aku makan malam tu, tak macam aku yang biasa. Sambil makan, sambil flirt Man. Hiii....apa nak jadi aku ni....

Okay, sambung cerita pasal Flamingo. Kedai ni bukak hari - hari, dari pukul 5 petang sampai 12 malam, dan biasa hari minggu, ramai je orang, silap - silap kena booking kalau datang lepas Maghrib. Aku rasa, kalau nak bawak family jauh datang makan sini, sangatlah sesuai sebab puas hati, ko bayar RM23.80 untuk makan segala benda.


Antara menu selain dari seafood adalah macam kuih, mee goreng, nasi goreng, lauk ayam rendang, fast food pun ada, dessert macam ais kacang, marshmallow, aiskrim, dan macam - macamlah! Korang boleh tengok kat sini. Masa pergi dengan budak - budak tu, diorang suka makan marshmallow dengan coklat. Aku tak gemar sangat, aku makan aiskrim je. Masa dating dengan Man, Man yang ambikkan aku aiskrim. Hehehehe...teringat pulak kenangan lalu..ahaks!

Heaven ni :D

Isy, bila tengok balik, rasa nak pulak :(

Dulu, dia bukak kat Sunway je. Sekarang ni, dah ada branch baru, dekat Danau Kota, Setapak. Makan steamboat, time hujan sejuk - sejuk, bestlah aku rasa. Dan kalau nak pergi, pastikan before tu tak makan apa - apa lagi, sebab kalau datang bila perut full, rasa macam rugi je sebab tak boleh makan banyak - banyak kan. Bolehla review pendapat blogger - blogger lain di sini dan di sini.


Mee Japan warna hijau :D


Antara yang comel jadi mangsa aku ;D
Rindulah nak pergi sini lagi...kalau nak pergi pun, nak ajak Encik Man lah..heheheh...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...