Monday, 2 May 2011

Restoran Baser

Ok, jalan2 cari makan lagi.
Terigin nak makan Nasik Ayam?
Selain dari Nasik Ayam yang sedap lagi heaven kat PJ SS2 tu, ni ada satu lagi yang best.
(tapi sure tak boleh lawan nasik ayam SS2 lagi kan!) - Restoran Baser.

Terletak di Puchong, dekat dengan DHL dan berhadapan dengan kilang Haier.
Ok, ni map dia yang aku ambik dari fb Restoran Baser ni sebab aku adalah malas untuk lukis map;



Menu terbaik, adalah;


Ye, sengaja aku sengetkan gambar tu ...
Kalau kat facebook, ini link dia - Restoran Baser


Selain dari nasik ayam, sup daging dan mee rebus juga adalah sedap :)



Menu - menu terbaik ni kena cuba ;D



Dan, kalau nak datang makan masa bulan puasa, kena laa booking dulu sebab sememangnya ramaiiiiii sekali dan sentiasa penuh sampai kena open table kat luar kedai.
Restoran Baser ni adalah milik seorang Cina Muslim, dan bagus sebab kedainya bersih dan ada surau disediakan untuk pelanggan :)



Masa booking untuk bulan puasa tu, kena order sekali la menu yang nak makan hari tu.
Aku dengan geng pernah gi makan masa bulan puasa, dan ini yang kami order;


 Dan dessert ni, dia bagi percuma. Yelah, kan sunat makan manis2 sebelum berbukak kan...

Karipap dengan kuih bingka tu aku beli sendiri laa...

Restoran Baser ni famous kat Johor, dan bila dia dah bukak cawangan kat KL ni, haruslah pergi cuba kan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...