Bagi orang PJ, terutamanya SS17, Nasik Pakapau ni tak asing lagi bagi rakyat2 PJ...hehehehe...
Istimewanya Nasik Pakapau ni, ialah ianya tak terdapat di tempat yang lain selain SS17. :)
Harga dia pun RM3.50 je. Apa yang istimewanya pasal nasik ni?
Nasik ni cuma ada telur dadar dengan daging cincang. Dan jugak disertakan dengan sup kosong bersama timun dan sambal belacan. Tu yang mantopp tuh!
Ok, kalau nak tau kat mana, nih aku dah attached google maps ni, terletak di PJ SS17, sebelah dengan Universiti Malaya, dan dekat dengan kilang Dutch Lady.
Kalau korang dari SS2, kena lalu bulatan yang dekat hotel Lisa D In tu, belok kiri, lepas tu masuk simpang pertama belah kiri, straight, kemudian masuk simpang kedua belah kanan, straight je kat jalan tu, dan korang akan nampak gerai Nasik Pakapau tu belah kanan;
Gambar ni aku curik dari fb member aku
Ok, aku malas nak lukis map, aku snip google maps je la ek. Kalau aku dah rajin esok2, aku lukih laa maps tu...
Yang aku bulatkan tu, kat situ la tempatnya...
Bila dah lama tak makan kat Nasik Pakapau, tu yang jadi rindu nak makan situ...
Tengok member aku sorang ni, bila dapat makan nasik pakapau...
Tak toleh kiri kanan dahhh....
Ni pun gambar curik dari fb Rafezah :D
No comments:
Post a Comment