Sunday, 15 May 2011

Janwa Thai Restaurant

Aku ingatkan kat tempat aku ni takde tempat makan best.
Akhirnyaa..jumpa juga :)
Dan aku jumpa tempat makan yang ada tomyam terbaikkkkk bagi aku.
Huhuhuhu...so agak2 bila ngidam tomyam tu, bolehla datang sini :)


Kredit untuk gambar dari blog Malaysian Foodie

Tentang review restoran ni, bolehlah baca blog Babe in the City, Malaysian Most Wanted, Malaysian Foodie, Apple Foodees, VKeong, Big Boys Oven  dan Just Phood.

Malam tu aku order Ais Cendol, Sayur Paku Pakis masak belacan, Tauhu goreng, Tomyam sayur dan ayam pandan as recommended by most blog yang aku baca. Tapi sayangnya, gambar ais Cendol takde sebab kamera aku buat hal, aku pun tak tau kenapa gambar cendol tak muncul even aku dah snap banyak kali :(

Tomyam yang berjaya mengkecurkan air liur aku ;)

Dishes pilihan aku sudah semesti nya tomyam. Makan sekali, terus jatuh cinta..sampai teringat - ingat ok. 
Ada 2 jenis tomyam, tomyam yang clear dan tomyam yang tak clear. Yang tak clear, of course laa guna pes kan, tu yang mantopp tu. Tauhu goreng bagi aku ok je, tapi bila cicah dengan sos Thai tu, jadi ummph!


Sayu paku pakis biasa je..tapi ok laa sebab portion untuk 2 orang bagi aku terlalu banyak;


Dan yang menjadi idaman blogger yang tersebut, ayam pandan yang berharga RM2 seketul. Aku ambik 2 ketul je, since member aku tu baru lepas kena penyakit gatal2, dan dia tak boleh makan ayam, aku sorang je laa makan. Quite ok, tapi takde bau pandan pun. Hehehe....but nice if you want to try :)



Sorry, gambar tak clear...heheheh

Puas hati makan kat sini, mungkin next time nak pergi lagi untuk order dish lain pulak macam kerabu ayam ke, lala masak pedas ke dan harga bagi aku reasonable, untuk dinner hari tu RM46.80 (2 orang makan). Restoran ni berdekatan dengan Tesco Kepong. Jadi silalah kunjungi ya!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...